I Will Follow You...

Friday, December 30, 2011

Penutup...

Today seems to be the last working day in this year.

Today also seems to be the last day in KL...

Tomorrow, dah kat tempat lain.

Tomorrow jyga akan bermula hidup tanpa internet for few days.

Kepada sahabat blogger sekelian, tak mampu saya nak rangka ucapan panjang-panjang. Cukuplah dengan Selamat Tahun Baru. Semoga setiap impian yang dihajati tercapai sepanjang tahun ini.

Jumpa lagi tahun depan!!!


Sent from my iPhone

Wednesday, December 28, 2011

Suatu petang di Pejabat Pos...

Aku tak pernah hantar parcel, so agak jakun la hari tu.
Bila bukak website Pos Malaysia asyik hang aje.
So, aku redah je la tanya kat kaunter tu.

Aku: Dik, saya nak pos barang ke Kuching. Berapa ye?
Adik Pos Msia: Poslaju ke? Pos biasa?
Aku: Tengok dua-dua, saya nak compare harga.
Adik Pos Msia: Akak nak hantar barang apa ye?
Aku: Barang-barang baby.
Adik Pos Msia: Nak hantar....Kuching ye?
Aku: Eh, saya nak hantar barang baby la. Saya tak nak hantar kucing!
Adik Pos Msia: (senyum-senyum) Erm, akak nak hantar barang tu ke Kuching kan?
Aku: Ermm...Arrr...Uhhh...haiyoooooooooo

Moral of the story...korek-korek le telinga tu sikit! Haih...

Friday, December 23, 2011

Lesen memandu mengikut tarikh lahir...argh pening!

Sedang sibuk melayari laman web JPJ (untuk semak status XXX...hehe), tiba-tiba terpandang FAQ untuk lesen memandu mengikut tarikh lahir.

Hasil bacaan tersebut = Aku tak faham!
*mungkin sebab aku memang tak mampu nak digest apa sahaja bentuk penulisan buat masa ini.

Terlalu banyak persoalan yang aku timbulkan, antaranya:-
Situasi: Lesen aku 'meninggal' bulan 6, 2013. Tarikh lahir aku pada bulan 5.
Q1. Untuk mendapatkan insentif kerajaan, perlu ke aku apply pada tahun depan?
Q2. Kalau lahir pada bulan 5, lesen mati bulan 6, adakah aku akan jadi pemandu haram selama 1 bulan?
Q3. Kalau tak jadi pemandu haram, aku boleh renew awal tapi matinya pula pada bulan 5 tahun 2014, adakah aku kena bayar utk 1 bulan yang aku jadi pemandu haram tu?
Q4. Kenapa aku kena bayar harga lesen memandu waktu birthday aku? Sedangkan banyak lagi aku nak beli untuk celebrate birthday sendiri!!! (yang ni ialah suara hati seorang budak opis aku bila kitorang diskus tentang perkara ni kat opis tadi, secara tak langsung mewakili suara ramai!)

Betul gak ye bahagian Q4 tu!

Thursday, December 22, 2011

Petang ini, aku LAPAR!
Lantas aku teringat, aiskrim yang aku beli ada dalam peti ais di pantry!

Aku offer sahabat di sebelah, "Nak biskut...cicah aiskrim?"
Tanpa berfikir panjang, biskut dalam drawer diambil rakus.
Aiskrim dalam cawan disapu dan ditenyeh seadanya dan dikatup dua.
Kemudian dia teringat, kalau dikatup biskut tu, aiskrim tu pula akan melimpah keluar.
Dibukanya kembali...
Ngap! Sekeping biskut langsai di dalam mulutnya.
Tinggal sekeping lagi.
Eh, belum ambil gambar la!!!

Jom makan biskut!

Wednesday, December 21, 2011

Bersabarlah...

Sabar
Walau apapun ujian
Walau apapun dugaan

Sabar
Walau apapun tohmahan
Walau apapun hinaan

Sabar
Allah tidak akan menduga lebih daripada apa yang kamu mampu tanggung
Allah menyayangi orang yang sering mengingatiNya dikala susah, kala senang

Ya Allah
Berikan ketabahan
Berikan kekuatan
Berikan kesabaran
Pada hamba-hambaMu yang diduga...

Sunday, December 18, 2011

Sedap itu mendalam maksudnya...

Dah lama tunggu orang belanja kat sini, dah pernah ajak walaupun bukan untuk mintak dibelanja tapi hampeh tak layan!
Sebab ada orang rekomen, akhirnya berjaya jugak aku dibawa kat sini...
Sedap?
Sedapppppppp...
Bertambah sedap bila ada orang belanja!

Aku terdesak...

Haha, gambar ini benar-benar menunjukkan keadaan terdesak untuk melepaskan hajat!

Lokasi: JM BARIANI Kemuning Utama

Apa2 pun, terbaiklah bro makan hari tu! Terima kasih daun keladi...

Friday, December 16, 2011

Perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli?

Ariff Alfian Rosli, pelajar Malaysia yang dikatakan hilang tu berkahwin sesama gay di Dublin? Kalau betullah, ALlahu Akbar... Apa nak jadi dah ni... Sumber maklumat dan gambar ada di sini Link kat atas dah tak boleh masuk, mungkin terlalu byk komen sensitif. Tapi aku link kan juga di bawah utk mereka yang nak tgk gambo dia, serta link dalam wikipedia... Gambar dan cerita di sini Sumber wikipedia di sini

Wednesday, December 14, 2011

Karipap Durian?

Ada 1 orang, makan karipap sardin. Ada kuah durian, letak di sisi pinggan. Orang itu, ambil kuah durian, letak dalam karipap. Maka jadilah karipap durian sardin. Konsepnya masih sama... Anda makan 2 jenis makanan yang berbeza. Dalam perut tetap bercampur rasa. "hasilnya" tetap bentuk yang sama... Haha

Thursday, December 8, 2011

Lunch for today!

Sambil tekan keyboard, bau harum deghoyan di jari menusuk ke hidung... Wangiiiiiiiiiiii

Wednesday, December 7, 2011

Tasbih Kaffarah : Bacaan Rumi

Corat Coret Sana Sini: Tasbih Kaffarah : Bacaan dan Maknanya

Aku tengok ramai yang sampai ke blog ni amnya, dan mencari bacaan rumi tasbih kaffarah khasnya.

Bagi mempermudahkan mereka yang mencari, aku ringkaskan dan romanizekan.

Mudah-mudahan perkongsian ini memberi faedah kepada semua.

Wallahu'alam...

(pada cendekiawan, kalau salah mohon betulkan ya)

Subhanakallah humma wabihamdika asyhadu anla ilaha illa antastaghfiruka wa atubu ilaik

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاََإِلَهَ إِلاَّ أَنْتََأسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Tuesday, December 6, 2011

Pureen Warehouse Sale 2011

Last Saturday aku "melawat" warehouse sale yang sekian lamanya aku tunggu.
Kali ni aku tak ambil gambar, sebab aku sorang-sorang.
Mana nak pegang handphone, mana nak pegang barang, mana nak pegang handbag!

Lil Muhammad aku tinggalkan kat rumah.
Tak nak lah aku seksa dia di tengah-tengah lautan manusia yang berketiak hangit, masam, tengik dsb!
Mujurlah aku dah set dalam kepala, apa yang nak dibeli.
Aku dah survey harga pasaran sebelum menyumbat barang-barang masuk dalam bakul.

Hasilnya...
1 beg plastik penuh pakaian budak (umur < 3 tahun sahaja ye, harga rata-rata RM1 dan RM3 sehelai)
4 maternity pad (20pcs each)

2 Pureen Dry5 Premium (48pcs each)
1 botol Pureen Clinzo (untuk blocked nose)
9 botol besar Dr Mist (yang ni memang aku tunggu!)
2 botol besar Head-to-Toe
4 pack besar baby wipes

1 manual pump (yang ni ada member pesan, aku dah belambak pump, nanti En Suami bising pulak)

2 pasang stokin
apa lagi yer...macam ada lagi tapi dah lupa pulak!

Jumlah keseluruhan = RM300 termasuk duit minyak (Pandan Indah-PJ-Pandan Indah), parking @ Quill (RM3).

Ikutkan hati, ada lagi yang aku nak borong. Dok mikior camne teman nak ngangkut semua tu gi parking, tu yang kensel tuh! Itupun dua kali ulang alik angkat barang ke parking... :p

Yang penting, aku puas hati!
Tahun depan, aku nak redah lagi!!!

Monday, December 5, 2011

Hari ini hari Isnin...

Hari ini aku tertinggal handphone kat rumah.
Hari ini aku rasa macam kosong.
Hari ini aku blur.

Kenapa?

Sebab hilang satu punca komunikasi.
Sebab hilang satu konsentrasi dan timbul satu konspirasi, ahaks!
Sebab aku rasa tiap-tiap hari aku memang blur dek kerabunan mata yang semakin memuncak, cis...

Monday blues maybe...

.
.
.
.
.

Aku rasa macam aku terpaksa nekad.
Aku nak mulakan semula berniaga, tapi apa yang aku nak niagakan?
(tiap-tiap hari pun fikir macam tu, tak sudah-sudah)

Berniaga di uptown; jual baju bundle sudah, jual popcorn sudah...
Untung tak?
Alhamdulillah, popcorn tu memang sangat laku.
Sebab tukang jualnya sangat cute! Siapa lagi nak puji, pujilah diri sendiri, kan?
Baju bundle, waktu mula-mula jual memang laku.
Sebab tak ramai yang jual baju bundle pompuan, baju preggy...
Bila dah maju, ramai pulak yang mengikut.
Kena pulak lokasi kurang strategik, terus merudum.

Berniaga kuew teow (macam-macam versi orang eja, aku bantai aje) pun sudah.
Macam ulat lampu orang hurung gerai kitorang kat pasar malam dulu.
Sedap ke? Err...yang nyatanya kalau En Suami yang masak, gerenti ramai orang kerumun!
Tapi ikhlas cakap, dia masak sedap... (habisla kembang segala yang boleh dikembangkan!)

Supply peralatan pejabat pun sudah.
Tapi asyik kena tiiiipuuuuuu aje.....fed up lah aku!

Sekarang aku nak minimize segala kos kalau berniaga.
Aku nak buat online business...
Masih mencari apa yang sesuai...

Aku nak lakukan segera.
Aku dah malas hidup di sekeliling manusia hipokrit.
Manusia yang sering menuding kesalahan orang lain, walhal dirinya pun turut melakukan perkara yang sama.
Manusia yang sering menunjukkan dirinya lebih bagus daripada orang lain.
Manusia yang sering menjaja cerita supaya dirinya tampak lebih hebat.
Manusia yang suka menjatuhkan maruah orang lain.

Kat mana-mana pun ada manusia macam ni.
Cuma aku dah penat berurusan dengan orang macam ni lah!

Monday blues, confirmed!


Monday, November 21, 2011

Friday, November 18, 2011

Birdcat? Amende tu?

Lil Muhammad watched Nat Geo last night.

Dia nampak flying fox and said "Birdcat!"

My understanding, dia mesti tengah imagine yang menatang tu nampak macam kucing dan boleh terbang macam burung. Mungkin sebab tu juga sel-sel otak dia telah berhubung dan terus menjanakan perkataan baru...

:)


Wednesday, November 16, 2011

Cermin, ko ejek aku eh?

Aku tak paham, napela cermin toilet install tinggi2. Kalau nak kata utk manusia2 yang tinggi, tak adalah selampai itu pun!  Ye...aku ngaku aku pendek! Tapi tak bolehla sekejam tu letak cerminnya!!! Ptuih, rasa macam cermin tu ejek aku plak!

My heart, my soul...

Mama luv u always...

Monday, November 14, 2011

Kenangan terindah - Samson

Aku yang lemah tanpamu Aku yang rentan karena Cinta yang tlah hilang darimu Yang mampu menyanjungku Selama mata terbuka Sampai jantung tak berdetak Selama itu pun Aku mampu tuk mengenangmu Darimu... Kutemukan hidupku Bagiku... Kau lah cinta sejati Ooh... Bila yang tertulis untukku Adalah yang terbaik untukmu Kan kujadikan kau kenangan Yang terindah dalam hidupku Namun takkan mudah bagiku Meninggalkan jejak hidupku Yang tlah terukir abadi Sebagai kenangan yang terindah Ooh...

Sunday, November 13, 2011

Lelaki kalau dah jadi suami...

Kisah rumahtangga memang macam-macam halnye... Bila isteri tengah mengandung, elak-elak la buat mende yang bukan-bukan.  Kalau rasa malas sangat nak jaga hati isteri, setidak-tidaknya jagalah hati dia  di kala dia mengandungkan permata hati itu. Tak payahlah penat-penat nak jaga hati insan yang adakalanya tak ada kaitan langsung dengan rumahtangga. Kalau rasa susah sangat nak beri tumpuan pada isteri, apalah salahnya tumpukan pada dia ketika dia  mengandung. Tak payahlah dodoikan insan-insan lain baik melalui panggilan telefon, sms mahupun messenger. Kadang-kadang aku pelik tengok insan bernama lelaki atau lebih tepat buat suami-suami di luar sana. Ada saja nak cari peluang berpeleseran dengan betina-betina garik dan gatal. Nak buat camne, nafsu 1 akal 9, tapi yang satu tu jugak dilayannya. Sebab itulah didikan agama tu penting. Sebab itu jugalah solat itu menjadi tiang agama. Sebab itulah al-Quran itu dijadikan panduan. Kalau pagi-pagi tengok drama kat tv, camnilah jadinya aku..hihi...yang penting, apa dalam drama sememangnya berlaku di sekeliling kita. Mudah-mudahan menjadi iktibar untuk semua...

Wednesday, November 2, 2011

Lil Muhammad dan "KLCC"

Balik rumah aje, Lil Muhammad terus capai blocks.
Bila tanya nak buat apa, dia jawab KLCC.
Inilah hasil "KLCC" Lil Muhammad.

Apa nak buat, dari rumah tu cuma boleh nampak KLCC je pun...

Friday, October 28, 2011

Semalam...



tak tau kenapa, terngiang-ngiang lagu ni dalam kepala dari semalam lagi...
ari nih, teringat kat yellow submarine plak...adoiiii

Tuesday, October 25, 2011

24 Oct 1938 - 27 Aug 1998

Abah turns 71 yesterday...

13 years passed by, aku still tak tahu apakah perasaan sebenar aku.

Yang aku tahu, I miss the feeling of having a father's love...

Hanya ada seorang yang mengerti, tapi dia pun dah jauuuuhhhh...

Al-fatihah buat arwah Abah, semoga tenang di sana.

Wednesday, October 19, 2011

Pantai Ampang - Day 1

Lil Muhammad @ Pantai Hosp Ampang after vomitted for the 9th times... While mama is on 3days medical leave... :'(

Wednesday, October 12, 2011

Mistaken identity

Am I a Passo?
Am I a Myvi?

Am I Perodua?
Am I Toyota?

Hmmm...identity crisis nih

Tuesday, October 11, 2011

Terjumpa sudahhhh

2 days workshop Tengok notice board, ada satu company nih. Macam kenal (sennyum-senyum sorang-sorang) Lunch time Ada satu brother tegur, oh dia ingat lagi kat aku! Dia mintak name card Tengah bagi, datang lagi 2-3 orang Compliment from they all, "you look great!" Alhamdulillah...senang hati kot... Seronok juga jumpa ex-colleague ni yer!

Monday, October 10, 2011

Potong! Jangan tak potong!

Kerat rambut Lil Muhammad tapi senget benget sebab takmo dok diam!

Sunday, October 9, 2011

Jerat dah terkena rupanya...

Hmm... Lately aku buat blog hangin... Common blogger komen aku diamkan aje Tetiba ada komen dari alien! Ahhahh...finally, memang jive dengan apa yang terjadi... Mengena jugak rupanya eh! No problemo lah, aku dah rekod sume pun... Terima kasih sebab menyenangkan keghoje i yer...

Saturday, October 8, 2011

Duhai anakanda

Anakanda...
Muhammad Amirul Al-Raziq

Sesungguhnya mama rasa bertuah kerana mengandungkan anakanda, melahirkan dan membesarkan...

Walau tiap karenah, walau tiap tangisan, walau tiap tawa
Mama bahagia

Mama tak akan lupa...
Tiap perkembangan
Tiap tutur kata dan patah perkataan
Tiap langkah
Tiap detik dan tiap ketika
Mama tak akan lupa...

Mama rindu detik-detik anakanda belajar bertatih
kerana mama tahu kala itu anakanda dah mampu
untuk bergerak sendiri
untuk berlari sendiri
dan satu hari nanti...anakanda akan jauh dari mama

Andai satu hari nanti
tiba masanya mama pergi
entah esok entah lusa entah bila

Ingatlah anakanda
Mama terlalu menyayangimu
Tiap saat dan ketika
Doa mama untuk mu tak pernah padam
Tak pernah lupa tiap kali tangan mama tadahkan

Mama sayang Muhammad
Always and Forever...

Friday, October 7, 2011

Day 3 @ HUKM

Alhamdulillah, surgery went well yesterday. Masuk OT kul 0900 until 1515. Waited patiently for mama to awake and kept her accompany until 2230. Banyak-banyak tempat, dalam wad ni dan depan katil mama ni jugak aku boleh terserempak dengan sahabat baik aku waktu form two. After 16 years, she still recognised me. Aku je macam tak perasan sangat kat dia sebab dia tgh preggy. What a small world! Boleh la mintak some advice and help from her to take good care of mama. Pernah dengar Dr Safri dan Dr Hamimah? Dia ni anak dia la, and 3 out of 4 siblings semuabya dah jadi doktor skrg. Alhamdulillah... As of today 0700, mama mintak air sebab rasa kering sangat bibir tu. Sempat buat lawak dengan nurse yang betulkan serkup kepala mama. Aku kata yang bulat tu biar kat tepi, tiru CT yang letak sanggul kat tepi tu..huhu Saja hiburkan hati nurse-nurse kat sini. Makcik sebelah ni pulak nak operation breast lump. Saja aku borak-borak bagi dia relax sikit. Dia kata memang dia rasa nebes, sebab baru je operate last month. Pagi tadi, aku bacakan mesej2 yang diterima dalam fon mama. Sambil2 tu tolong reply kat yang aku belum buat semalam. Kawan-kawan baik mama pun aku dah inform. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan yang memberi semangat. (mudah-mudahan aku dapat mewarisi semangat mama yang kental ni, takdela cembeng sangat!hihi)

Thursday, October 6, 2011

Korang kurang ajar mewarisi sapa?!?!

I am officially removing you from my list... Anak+mak+bapak perangai sama je... Termasukla mak pak sedara dia tu... (kadang-kadang aku wonder Allah tu maha adil sebab tak bagi sesetengah orang waris sebab belum tentu diorang mampu membentuk generasi diorang kalau dengan anak orang pun diorang leh bentuk untuk menjadi kurang ajar macam diorang) Tak gunala masuk tahfiz ke, maahad ke, pondok ke...kalau otak yang ada tu tak boleh memaksa akal untuk berfikir. I'm done... Ikutla perangai buruk bapak korang tu, termasuk perangai mak pak sedara korang tu... Dasar manusia yang tak reti bersyukur macam tu lah...

Rajuk


Gugur ranting ke bumi
Tanda rapuh percintaan
Rajuk yg tak mudah diubati lagi
Kesal yang tak sudah
Tinggal parut yg berdarah
Dari jendela kamar
Kepiluan aku termanggu
Melihat dunia ini
Bagai tiada ertinya lagi
Apa mungkin ada tempatnya
Untuk ku bergantung harapan
Gugur ranting dan benih cinta
Pasti membuat hidupku berubah
Oh kekasih berikanlah
Tanda kepastian
Yang sering ku impikan

Tuesday, October 4, 2011

Kau Sakiti Hatiku

Today ada exam...
Otak agak mengong...
Mood tak stabil...
Laksa pak ngah tak dapat lagi!

Menurut klausa 1.1, finding adalah seperti berikut:

Fauziah Latiff Kau Sakiti Hati Ku 

Seandainya kau tahu
Perasaan ini
Barulah kau tahu
Apa yang ku rasa
Sekiranya dikau
Menjadi sepertiku
Bagaimanakah dikau
Menghadapinya
Mengapa mudahnya
Kau sakiti hatiku
Tanpa merasa
Belas dan kasihan
Sedangkan kau tahu
Daku menyintaimu
Lalu mengapakah
Kau sakiti hatiku
Bagaimana kiranya
Ku buat kau begitu
Tentu kau tak suka
Jangan kau ulangi... oh...
Dugaan apakah
Yang sedang melanda
Di antara kita
Walau hati terhiris
Air mata menitis
Namun tak pernahku
Dendam kepadamu

Green 5S dan aku

Pernah dengar menatang ni tak?

Kalau korang nak more info, bukak www.hk5sa.com

Mungkin berguna kepada korang juga...

Maka, penuhla hari aku selama 3 hari dengan training dan OJT utk Green 5S Green-Belt.

Sehubungan itu, blog aku mungkin jadi tong sampah dengan cerita karut atau cerita yang dah basi sebab kebanyakannya aku korek dari draft semata.

Kalau korang tak sudi lawat pun tak apa, aku tak kecik hati. (sinikalnya...)

Lagipun minggu ni jiwa aku agak libang-libu, mengenangkan mama yang akan dibedah Khamis ni.

Bukan pembedahan yang aku risaukan, tapi lebih kepada post-operation procedure.

Jadual harian dah aku draf; pukul berapa aku harus bangun dan masak, kerja-kerja harian yang perlu dilaksanakan, dressing pada hari apa dan pukul berapa.

Aku agak susah hati, mengenangkan mama sendirian kat rumah.
Maid yang dah berjanji nak datang, tiba-tiba lari waktu aku nak ambil.
Maid yang baru, bulan 1 baru available.
Kalau opis sebelah rumah, aku dah jenguk-jenguk kepala kejap.
Ini opis 4 tol pergi balik, kalau jem kena tambah lagi 1 tol untuk shortcut.

Aku tak mintak simpati, jauh nak mintak orang kesian kat aku.
Ini blog aku, aku punya suka nak mengadu la kan.
Kalau ada mangkuk yang sibuk guna blog aku sebagai isu, pi mampus la kan.
*Kalau ada yang terasa nasibla yer...

eh, dah melalut merapu meraban dah aku ni...

err, aku masih lagi susah hati, sebab laksa pak ngah pun aku tak dapat lagi...(nak juga interframe tu)

Monday, October 3, 2011

Stanza Cinta


Aku bukan follower of this story to be exact...

Cuma aku terpanggil untuk tengok finale last night.

Dan part menyentuh hati adalah pada epilog cerita tersebut.

"Walau sehebat mana kita merancang kehidupan, hidup tidak pernah mengikut apa yang kita rancangkan"

which is sooooo much true...in a way, i am trying my very best in letting go, yang pernah terbuku dalam hati...InsyaAllah...harapnya aku lebih tenang nanti...

Thursday, September 29, 2011

KUL-BTU-SBW-BTU-KUL...3d2n ^_^

Paramount Hotel, Sibu
The Swan Garden...tapi gambo rimau!
Tak nampak plak tulisan Pintu Gerbang Sibu kat belakang tu

Wednesday, September 28, 2011

Only in Malaysia!

kebaya & seluar, biasa dah tengok
tapi kurung & seluar ???

Friday, September 23, 2011

W T F!!!

We are not the only ones who hate a long working week...

...After Monday and Tuesday, even the calendar says: "W Th F"

hihi..quote from a fren kat FB

Thursday, September 22, 2011

Ketupat in the making...first trial by me :D

cubaan pertama makcik...hasil ajaran Aeron
lepas dikemaskan...yay!

Ketupat in the making

Kerja kami di opis ari ni...

kredit kepada tangan Aeron...yang berjaya ajar aku buat ketupat sate...
hikhik

Rezeki dari kengkawan

 minggu lepas kawan-kawan bermurah hati
ada yang memberi
ada yang tolong bawakan sebab aku beli
yang penting, niat tu
terima kasih kawan-kawan
maklumla, mak ni hantu makanan!

rendang ayam kampung super sedap from kak NY

 
kek lapis sarawak original recipe, homemade from mr ZM


Wednesday, September 21, 2011

Tuesday, September 20, 2011

Monday, September 19, 2011

Sharing is Caring...

nak share something from fb...

"Past is past...and never regret that...
Now and future, guess it is much better without you, and without knowing what you have done before..."

mendalam maksudnya nih...

*sigh*

Borneo Esplanade

hoccay...

pinggang aku rasa nak patah...3d2n kl-bintulu-sibu-bintulu-kl

yang kl-btu-kl je naik flight, lelain by road...

anyway, very adventure la kan! gps tu kira reliable la kan???

tengkiu hubby for the unplanned holiday :)

next month kita buat gila2 camtu lagi okeh?!

p/s: gambo maleh nak update lagi...tunggu terrrrajin sikit

Friday, September 9, 2011

hey, macam gegirl lah!

ni budak sudah pandai ajuk cakap
pandai ajuk perbuatan
pandai ajuk segala benda

kadang-kadang risau jugak 
kalau-kalau...
terbuat benda pelik-pelik
tercakap yang bukan-bukan

haih, itulah namanya sel-sel minda sedang berhubung

mamanya dah tak pakai getah rambut, Lil Muhammad pulak yang sibuk nak pakai
ouch, suka-suka tak apa sayang
jangan jadikan amalan sudah...

p/s:abaikan bilik sepah yang tak dan nak kemas sepanjang balik cuti tu :p

Thursday, September 8, 2011

Laksa Kualer - Pak Ngah pun Pak Ngah la

ok ok ok...
aku masih mode laksa
so n3 kali ni masih berkisar tentang laksa

tak kira la
aku nak jugak laksa pak mail!!!
silap-silap, minggu ni jugak aku start enjin keta balik kualer
kalau ikut gila, sekarang jugak!
tapi nanti bos cari...huahuahua

aku google (gatai pi google sapa suruh!)
jumpa laksa pak ngah
kalau aku tak dapat laksa pak mail, laksa pak ngah pun boleh la...







tak pun, laksa mak mazura (datang rumah tamau bawak! sob sob sob)

uwaaa
nak laksaaaaaaaaaaa

Hari Msia is around d corner! Watch these Malaysian voicing what thy love most about our country! #SayaSukaMalaysia

Hari Msia is around d corner! Watch these Malaysian voicing what thy love most about our country! #SayaSukaMalaysia

Wednesday, September 7, 2011

Laksa Pak Mail

Uwaa...

Raya kali ni aku masih mencari laksa kualer...

Kalau sebut laksa Kualer, sumer dok ingat laksa Pak Ngah je...

Sepanjang aku dibesarkan di kualer, aku rasa aku lebih prefer laksa Pak Mail yang kayuh sepeda dari rumah ke rumah.

Melabun la aku mencari laksa pak mail kat KL ni...

Laksa oh laksa. Ada sapa2 nak buat open house masak laksa tak???

Monday, September 5, 2011

Makan dan tidur...

Sian anak mama nih. Penat main air, makan kuih pun boleh tertido!

Tuesday, August 30, 2011

Mama & Lil Muhammad di Pagi Lebaran

Salam Aidilfitri buat semua, Maaf Zahir Batin... Rindunya suasana Kuale Kangsor... :(

Thursday, August 25, 2011

Bos, saya nak mintak cuti...approve ye?


Saya: Bos, saya nak cuti ye, sempena raya yang mulia ini.

Bos: Bila?

Saya: sabtu ni hingga isnin yang lagi satu.

Bos: Lamanya! Tak boleh kurang sikit?

Saya: Ala bos, sekali sekala

Bos: Tengoklah dulu, sekali sekala tolong jengah opis tu. Bersawang nanti!

Saya: Kira ok la ni bos? terima kasih bos! sayaaaaaannngggg bos! mwah mwah mwah!

*ok, bos dah bagi kebenaran untuk saya tidak mengupdate cite dalam blog selama saya bercuti ini. kalau saya rajin, saya lawat la blog untuk sapu-sapu sawang eh.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
buat semua umat Islam di seluruh dunia,
buat blogger yang sering melawat
samada yang sering titipkan coretan atau semata-mata jadi silent reader.

Mohon maaf andai ada terkasar bahasa, tersilap kata, terhiris hati dek bahasa yang kurang enak.

Semoga kita berjumpa lagi, semoga selamat dalam perjalanan walau di mana anda berada.

Kalau nak jemput saya ke open house anda, sila email ke kedondongmasam@gmail.com ok.
(Rumah ai...ermm, tunggu lepas musim raya kalau ai larat nak buat keje sensorang...hehe)


Rendang Pedas Daging : resipi campak-campak

Aku dah plan dengan kak ame, dia buat rendang dendeng, aku buat rendang pedas, nanti kita switch. Yeah, tak payah aku masak banyak2!

resipi rendang dendeng aku dah bagi kat dia.

kali ni aku nak buat rendang pedas daging negeri perak, yang hiris ye, bukan yang blend!
kalau arwah pah ada, mesti kitorang dah kumpul kat dapur umah kualer buat mende ni...sob sob...

anyway, resipi rendang pedas ku...

2kg daging - potong kiub kecik-kecik
kunyit sebesar ibu jari - tumbuk


(yang bawah ni semua hiris halus-bahan-bahan leh tambah atau kurang mengikut citarasa)
halia sebesar 2 ibu jari
serai 5 batang
daun kunyit 5 helai
bawang merah 15 biji
bawang putih 10 ulas

cili boh - aku guna cap puteri sebab rasa dia natural, dan sebab aku malas nak blend cili kering
santan

(yang ni masuk last)
garam
gula
asam keping

perap dan masuk semua dalam kuali
masak semua sekali dan rasa (bulan pose jangan makan dulu eh!)

dan boleh makan!

gambor takde eh? hmm, baru nak buat satgi :)



Wednesday, August 24, 2011

Bingai!

Kang aku panggil bingai, marah plak!

Sent from my iPhone

Lil Muhammad kena kokak!


Dah la aku bengang bila tengok rambut dia dah kena kerat, tangan pulak berbirat-birat.

Sepatah pun idak kat aku nih.

Nak tanya aku dah malas, nanti jawapnya sama je.

Nanti kata aku bias, menangkan anak sendiri je, anak orang aku nak salahkan.

Ye, aku tau anak aku suka rebut mainan, cembeng...

Tapi kot ye pun, tengok-tengokla sikit budak yang lagi satu tu, yang memang sume orang tau suka gigit orang lain.

Ini baru satu tempat, ari tuh aku tengok sampai TIGA gigitan kat tangan Lil Muhammad.

Bukan sekali dua, rasanye ni dah kali keduploh dah ni.

Bukan senang nak cari BS wehhhh :(

Bencana nak datang dah...

Dulu,
Lu pada gua is somebody

Sekarang,
Gua nampak lu as nobody

Konklusi,
Baik gua lari sebelum lu dapat cari gua, sebelum bencana melanda!

p/s: mekasih sahabat bagitau aku pasal dia tadi...

Sent from my iPhone

Tuesday, August 23, 2011

crash!

otak aku yang crash!

maklumla, mood raya sudah mali.

takde idea nak buat keghoje nih. camne?

dok pikir sabtu nak cari daging, nak hiris serai, daun kunyit, halia, bawang... hahaha...

dengan appointment doctor untuk Lil Muhammad lagi...

how i wish ada 48 jam dalam sehari!

Monday, August 22, 2011

Rendang Pedas Daging _ Warisan Turun Temurun

Hari ni ada masa terluang sikit.

Saja aku belek statistic post bulan ni.

Wah! Mencanak-canak orang google resipi chocolate chip famous amos dengan rendang dendeng

Erm, terus rasa nak buat biskut petang ni.

Rendang dendeng plak, tahun ni macam dah tak kuasa nak buat.

Tahun ni aku nak buat rendang pedas jelah! (Aku masak style orang perak, hiris halus-halus, tak main la pakat blend je sumer halia, daun kunyit, serai tu...)

Hinsh...hinsh...bersemangat nak menghiris ni...

Harap-harap bahan sumer cukup, minggu ni aku beli kuali baru demi rendang pedas itew!!!!

Sunday, August 21, 2011

Bahan Baeeekkkkk

Tiba-tiba rasa nak berkunjung ke laman pengikut (TM dah lama buat dahhh).

Mood time ni agak sayu.

Jangan tanya kenapa sebab aku pun tak tahu.

Bila baca tentang menangis, entri adakala kita perlu menangis buat aku terpana kejap.

Terkenang kejap kisah-kisah lama...hikhik

Terus baca entri kami dah putus, bukan aku menyesal, saja terkenang...

Dan rasa sesal (ada sikit kot), sedih, melabun dan macam-macam perasaan lain terus lenyap.

Kiranya, kita kena redha dengan perjalanan hidup kita.

Walau susah, walau senang.

Kalau mudah, kita kongsikan...

Kalau payah, kita perbaiki lagi...

Sekadar renungan...

Friday, August 19, 2011

Resipi Chawan Mushi

dulu aku pernah try satu resipi tu tapi macam tak jadi...

aku pun callin-calling Ayu kat Jepun, mintak resipi sebab En Suami teringin bebenor nak makan.

Ayu pun share satu link ni, http://hanamemories.blogspot.com

Alhamdulillah, menjadi dan sangaaaatttt sedap...

Wiken ni teringin plak nak buat, walaupun En Suami tak ada :)


Bahan-bahan
  • 1 biji telur size L
  • 160ml stok dashi - jika tiada bleh gune stok ayam@ikan bilis
  • 1/2 sk souyou@kicap jepun - jika tiada bleh ltk garam sedikit shj
  • 1/2 sk gula
Filling - bleh ltk ikut suka
  • 50g daging ayam - potong kecil2
  • 2 ekor udang segar - buang kulit
  • 2 biji shitake mushroom - hiris
  • 2 batang crab stick
  • 1/2 sk syouyu@garam@kicap cair
  • 1/2 sk minyak bijan - optional
  • daun ketumbar
  • potongan carrot kukus utk hiasan
Cara-cara
  • Gaul ayam dan udang segar dengan syouyu dan juga myk bijan. ketepikan.
  • Kocok telur sebentar. Masukkan stok dashi, syouyu dan sedikit gula. Kacau kemudian tapiskan.
  • Sediakan cawan@tea cup, masukkan ayam, udang, crab stick. Tuangkan telur tadi.
  • Panaskan kukusan. Kukus 10-12min dengan api perlahan. Tutup periuk kukusan dengan kain. Boleh juga menggunakan oven dengan kaedah waterbath. Tapi pastikan bekas tuh bleh masuk oven yer!
  • Dah masak, angkat dan letak hirisan daun ketumbar dan juga potongan carrot kukus td.
  • Siap dihidang.
TIPS supaya mendapat hasil telur yang cantik;
  • Telur jgn terlebih pukul. Kacau sekadar pecah kuning telur dan sebati shj.
  • Api kukusan jangan buka terlalu kuat. Buka api kecil sahaja.
  • Letak bamboo mat di atas chawan mushi semasa mengukus. Jika tiada cukup sekadar letak kain pada penutup periuk kukusan.
  • Buka sedikit periuk kukusan atau ltk chopstick seperti dalam video ini.

Thursday, August 18, 2011

Mana Mak?

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.


Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian


Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 


Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

 

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.


Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"  

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.




Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

p/s: terima kasih kat kakak aku sebab tolong emailkan cite ni sampai aku tersok sek sorang-sorang kat opis...uwaaaaa 

Tuesday, August 16, 2011

Aku digoda...dan ya, aku tergoda!

Dalam fb pun digoda
Dalam blog pun digoda
Sembang dalam telefon pun digoda

Akibatnya
aku benar-benar tergoda

Semalam jam teruk
Walaupun aku balik awal dari opis
Sampai rumah dekat pukul 7 juga

Hati dah tak tenang
Jiwa tak tenteram
Terbayang-bayang

Isk
Tak dapat aku bayangkan
Nikmat dan keseronokan itu
Uish...

Berbuka dengan jiwa yang kacau
Tak sabar dah rasanya

Lepas Maghrib, aku intai
Hmm...line clear
Lil Muhammad pun main sorang-sorang

Aku gomol semua sekali
tapi tak boleh lama-lama

Hah, dah panas!
Boleh aku masak cucur bawang ni!!!
Yay...

Enaknya makan cucur bawang :)

Meeting in Progress

Shhh...tak boleh bising-bising!

p/s: mintak maaf ye tuan punya tepon ngan spek mata, amik gambo tanpa kebenaran

Monday, August 15, 2011

Meriam Buluh Halal!

Kome pernah tengok?
Kome mungkin pernah dengor...
Kome mungkin tak berjaya lihat dengan mata kepala sendiri...

Teman dari kecik,

Biasa dah dengor...
Biasa dah tak boleh tido malam...
Biasa dah naik pekak telinga teman...

Dummmm....
Dummmmmmmm....
Dummmmmmmmmmm....

Lepaih je Pemegang Mohor DiRaja buat pengumuman
Deme mula bakor meriam
Dari malam sampai ke pagi raya
Pagi raya pun masih berdentum-dentam

Dulu deme kata tak boleh main
HARAM wehhhh...

Ate
Orang yang mainnya pun pakat-pakat bekas askar, bekas polis (yang belum jadi bekas pun ada jugak..teman taw...toksah nak tipu)

Pah kata,
"kome budak-budak kecik jangan gatai nak seberang sungai tengok orang main meriam!"

Itu dulu...
Sekarang, nak main meriam tu dapat kelulusan Sultan.
Heritage katanya.
Jadi, dah HALAL la main meriam ni wehhh...

Ni gambor tahun 2009, kat belakang rumah Pah.

Sunday, August 14, 2011

Hari tu Pn Munirah ada buat n3, untuk sesiapa yang nak sampaikan salam buat Norma.
Korang dah tau pasal Norma kan?

Maka, aku pun titipkan sesuatu.
Mungkin tak bermakna bagi sesiapa, tapi itu mungkin yang termampu aku kirimkan buat Norma kala ini.
Mudah-mudahan Norma akan bertambah pulih.
Moga-moga Syawal ini dapat menyaksikan Rafiq dapat berhari raya buat pertama kali dengan mamanya.
Supaya, Talib lebih ceria berhari raya dengan anak dan isteri tercinta.
Insya Allah...

Salam norma dan keluarga

Berbanggalah,
kerana menjadi insan yang dipilih olehNya,
insan yang diduga adalah insan yang disayangi Allah

Bersyukurlah,
kerana mendapat keluarga yang penyayang,
yang sentiasa di sisi walau apapun yang mendatang

Berdoalah, dan jangan berhenti...
demi anak dan suami
demi adik neradik dan ahli keluarga
kerana Allah tidak pernah lupa mendengar doa hambaNya
kerana Allah sayangkan hambaNya

Berjuanglah,
walau hingga ke titisan terakhir
jangan mengalah, kerana itulah kekuatanmu

Talib,
Jangan dikesalkan dugaan yang diberi
kerana di situlah kasih sayang sebenar mula terpancar

Buat semua yang sentiasa di sisi Norma, yang setiasa menjaga, mengasihinya
Kalian adalah insan terpuji
Yang tak pernah mengenal erti penat dan lelah
Yang tak pernah mengeluh walau diuji
Yang sentiasa senyum di hadapannya walaupun hatimu diruntun
Tabahlah selalu

A relatives once quote me, "when taking care of the one with the pain, sometimes people forgotten about the pain of the primary caretaker..."
BErsabarlah, Berdoalah, Berusahalah

dan tawakkal kepadaNya...

Friday, August 12, 2011

Karipap-Karipap Cinta

Okey, akan ditayangkan di pawagam berhampiran anda mulai 31 Ogos ini.

Kenapa aku beria sangat nak promosikan kat sini?

1. Nazri M. Annuar adalah schoolmate aku walaupun bukan classmate aku
2. Karya-karya beliau banyak yang dah ada dalam koleksi aku (walaupun sampai hari ni aku tak berjaya dapat yang ada tandatangan dia)
3. Karya-karya dia sangat bersahaja, lenggok bahasa yang mudah difahami
4. Ye, aku tau aku tak baik dengan dia pun zaman sekolah dulu, tapi aku menghargai karyanya (aku takde niat membodek ye)
5. Sokonglah industri filem negara

p/s: Blog Nazri M.Annuar atau Dunia Vovin boleh dilayari di sini.

Tapi, bila aku kenangkan Lagenda Budak Setan the Movie, adalah sangat mengecewakan sebab aku lebih menghayati novelnya. Maka aku pilih novel lebih dari movie.

Untuk kes Karipap-Karipap Cinta pulak, aku belum beli novelnya (maaf ye Beron, err, ini panggilannya suatu masa dahulu, ko tak marah kan?) Maka, aku harus berkejar ke kedai buku berdekatan untuk beli sebelum kehabisan di pasaran. Dan apa jua outcome dari movie itu nanti, aku akan cuba untuk tidak buat perbandingan sebagaimana LBS.
(Kalau ada yang tak ok, aku terpaksa juga beri komen membina)

Ada juga blogger yang kutuk habis-habisan karya ni, tapi bagi aku terpulang kepada pembaca sebab tak semua orang ada citarasa yang sama.

Di sini juga saya nak mohon rakan-rakan blogger sekalian, supportlah sahabat saya ni ya! Jangan lupa beli tau! Pukul 8 pagi ni dia akan ke udara dalam Nasi Lemak Kopi O di TV9...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...