I Will Follow You...

Friday, August 31, 2012

Satu Malaysia Satu Bahtera

Lagu untuk 55 tahun Merdeka kali ini, composed and sang by my cousins.
Yup, they inherited this from our late uncle Megat Ismail who wrote "fikirkan Boleh", "Perempuan", "Oh Ibu" and many more.
We are proud to be MIGGC (Megat Itam Great GrandChildren)



Composed by Megat Ahmad Fazly.
Arrangement by Megat Ahmad Aizzat.

Lirik: Satu Malaysia Satu Bahtera

Jalur gemilang, lambang bersatu
Warna cemerlang, merah putih kuning dan biru
Bulan dan bintang, itu naunganku
Perjuanganku, di bawah kibarmu

CHORUS

Satu Malaysia, Satu bahtera
Berganding bahu, harus berjaya

Satu Malaysia, Satu bahtera
Berganding bahu, harus berjaya

Bertindak dengan sepenuh kemampuan
Gagah berani menghadapi cabaran
Mara kehadapan penuh keyakinan
Walaupun apa jua halangan

Semangat waja menyatukan semua
Walau pelbagai warna atau budaya
Berdaya maju rajin dan bertenaga
Bertekad untuk menjulang jaya

Satu Malaysia, Satu Bahtera
Berganding bahu, harus berjaya!

Thursday, August 30, 2012

27 Ogos 2012

27 Ogos 2012

Genap 14 tahun abah tiada

Ada tika terdetik, bagaimana agaknya perasaan mempunyai seorang ayah?

Aku rindu, kasih sayang seorang insan bernama Abah.




20 Ogos 2005

Masih terngiang-ngiang pesanan mama...

"jaga adik baik-baik, berilah kasih sayang kepadanya, dia tak berpeluang rasa kasih sayang abah..."

Monday, August 13, 2012

Morning meeting hari ni...

Morning meeting hari ni...

Terasa kerdilnya diri ini.
Terasa ceteknya ilmu agama di dada.
Terasa...


Sent from my iPhone

Thursday, August 9, 2012

Pemakaian Samping dan Maknanya





Agak-agak tahun ni, para suami pakai atas lutut atau bawah lutut eh?
Hehehe

Thursday, August 2, 2012

Doa Si Anak

Last weekend, air cond kereta merajuk.

Nak tak nak, aku redah juga dengan Lil Muhammad ke kedai dengan panas-panas tu.

Lil Muhammad : Mama, nak aircond...

Me : Aircond rosak sayang

Lil Muhammad : (terus tadah tangan dengan penuh khusyuk dan tawaduk) Ya Allah, tolong bagi mama banyak duit, Muhammad nak beli kereta baru. Nak beli bas, nak beli lori, nak beli roket ... (sambil bebel2 sorang-sorang)

Me : Ulps! mana nak parking semua tu nak ooiii...

Aminnnnnnnnn......semoga kita sekeluarga dimurahkan rezeki ye sayang!

Wednesday, August 1, 2012

Gila Shopping!

Dunia di hujung jari.
Shopping pun kat hujung jari je.
Bulan ni asyik online shopping.
Habisla penuh rumah aku tu.

#nak google jap : tips berhenti shopping online!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...