nak share something from fb...
"Past is past...and never regret that...
Now and future, guess it is much better without you, and without knowing what you have done before..."
mendalam maksudnya nih...
*sigh*
Aku mencorat dan mencoret, apa di sekeliling, apa dialami, apa dirasa, apa yang aku suka...
Showing posts with label Suka-suki. Show all posts
Showing posts with label Suka-suki. Show all posts
Monday, September 19, 2011
Friday, August 12, 2011
Karipap-Karipap Cinta
Okey, akan ditayangkan di pawagam berhampiran anda mulai 31 Ogos ini.
Kenapa aku beria sangat nak promosikan kat sini?
1. Nazri M. Annuar adalah schoolmate aku walaupun bukan classmate aku
2. Karya-karya beliau banyak yang dah ada dalam koleksi aku (walaupun sampai hari ni aku tak berjaya dapat yang ada tandatangan dia)
3. Karya-karya dia sangat bersahaja, lenggok bahasa yang mudah difahami
4. Ye, aku tau aku tak baik dengan dia pun zaman sekolah dulu, tapi aku menghargai karyanya (aku takde niat membodek ye)
5. Sokonglah industri filem negara
p/s: Blog Nazri M.Annuar atau Dunia Vovin boleh dilayari di sini.
Tapi, bila aku kenangkan Lagenda Budak Setan the Movie, adalah sangat mengecewakan sebab aku lebih menghayati novelnya. Maka aku pilih novel lebih dari movie.
Untuk kes Karipap-Karipap Cinta pulak, aku belum beli novelnya (maaf ye Beron, err, ini panggilannya suatu masa dahulu, ko tak marah kan?) Maka, aku harus berkejar ke kedai buku berdekatan untuk beli sebelum kehabisan di pasaran. Dan apa jua outcome dari movie itu nanti, aku akan cuba untuk tidak buat perbandingan sebagaimana LBS.
(Kalau ada yang tak ok, aku terpaksa juga beri komen membina)
Ada juga blogger yang kutuk habis-habisan karya ni, tapi bagi aku terpulang kepada pembaca sebab tak semua orang ada citarasa yang sama.
Di sini juga saya nak mohon rakan-rakan blogger sekalian, supportlah sahabat saya ni ya! Jangan lupa beli tau! Pukul 8 pagi ni dia akan ke udara dalam Nasi Lemak Kopi O di TV9...

Friday, August 5, 2011
SEPENDA tu apa weh?
korang tau tak SEPENDA adalah singkatan untuk apa sebenarnya?
p/s: AKU, tolong jangan jawab...aku tau ko dengar jawapannya tadi...
MYSELF pun tak bleh jawab!!!! haha
p/s: AKU, tolong jangan jawab...aku tau ko dengar jawapannya tadi...
MYSELF pun tak bleh jawab!!!! haha
Friday, July 29, 2011
Huargh...
Libang libu dalam dada
Hati menangis tak siapa yang tahu…
Thursday, July 28, 2011
Nak Bisnes?
Taip http://mudah.my
Tekan Enter
Belek dan belek lagi.
FH dah berjaya jual sofa Fella Designnya tadi.
Aku?
Nak beli atau nak jual?
Yang nak jual, barangnya belum aku collect dari Ipoh.
Yang nak beli, mana duitnya???
Daripada aku belek barang-barang mengarut, baiklah aku cari sesuatu
yang bermakna.
Pilih option dan Enter!
Hmm, aku rasa macam nak bukak spa.
Angan-angan kosong kah?
Intai poket, ada singgit.
Mana cukup nak beli kedai dik non!
Kalau main kutu RM1000 sebulan, cukup 12 pusingan aku dah boleh beli
sebijik.
Upah pekerja?
Misc charges?
Company registration?
Risk Register?
Risk Management Strategy?
Business Case?
Arrr…
Pening.
Lain kali pikir.
Tuesday, July 5, 2011
Ada seorang budak, tunggu rakannya pick up di TBS.
Ada seorang budak, tunggu rakannya pick up di TBS.
Dah 10 minit berlalu, budak ni mula gelisah.
Dia mula capai telefon, tanya rakannya dah ada di mana.
Nampak macam rakannya dah tersilap jalan. Dia mula memandu arah.
2 minit berlalu, masih tiada bayang.
5 minit berlalu, dia capai telefon lagi. Rakannya itu masih belum sampai.
10 minit berlalu, bayang-bayang rakannya pun tiada lagi.
20 minit berlalu...
Oh, rupanya rakannya tersilap tunggu di tempat lain.
30 minit berlalu...
En Suami dah sampai.
Aku baru nak tanya budak tu, kalau dia nak tumpang ke luar sana...
Dan akhirnya rakannya tiba...
Aku dan En Suami terus berlalu.
Sent from my iPhone

Friday, June 24, 2011
GLC Open Day...apa aku dapat?
Hari ni sehingga Ahad ada GLC Open Day bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre.
Apa aku dapat?
First
Sakit kaki!!! sepanjang dalam tren aku rasa nak menangis sebab kaki terlalu sakit - lama sangat berdiri dan melecet-lecet sebab jarang pakai high heels!
Second
Penat...
Aku penat tawaf keliling hall untuk kutip goodies!!!
Third
Beli vitamin pada harga diskaun 30% daripada harga biasa...
Fourth
Dapat RFID keychain sebab aku dah pre-register kat FB!!!
Fifth
gambo upload later la yer
Bergambar dengan Upin dan Ipin (best ke?)
Sixth
Curi-curi ambil gambar Aku dengan M. Kayveas
Seventh
Convert TouchnGo lama kepada PlusMiles
Last but not least
Networking, tak lupa jugak jumpa kawan2 lama
Dan yang paling penting...
Knowledge & experience
(tapi kalau diberi pilihan lagi sekali, aku tak nak la pergi dah...penat wooooo!!!)
for more info, sila lawati www.glcopenday.com
Wednesday, June 22, 2011
Pandemik Influenza
Waktu temankan mama buat check up kat GH hari tu, aku jalan-jalan kat luar.
Nak hilangkan ngantuk dan penat...
Bacala apa yang patut kat notis board tu.
So aku pun nak share barang sebaris dua...
Lagipun, hari tu dok kecoh pandemik influenza, adik beradik H1N1 la juga.
Maka, cepat2 take action bila simptom dan suhu badan seperti di atas yer :)
Sunday, June 19, 2011
CARS! @ Sunway Pyramid...
Encik Suami touchdown je, terus kena ajak ke Sunway Pyramid. (padahal semalamnya aku dah tawaf SP tu)
Jalan punya jalan, ternampak watak Tractor dengan Cars. Bukan main suka Lil Muhammad! Terus tak nak duduk dalam push cart.
Nasib baik tak melalak bila nak balik. Boleh babai-babai lagi!

Saturday, June 18, 2011
Friday, June 17, 2011
Bunga Untuk Saya?
Ingatkan dah lupa
Tapi ingat juga.
Ingatkan tak ada apa-apa
Tapi ada juga.
Ingatkan...
Thank you Sayang,
Ingat jugak you kat birthday I ye...
(macamlah you pernah lupa...Tapi ni tiru idea I untuk birthday you tahun lepas! Hehe)

Thursday, June 16, 2011
Lil Muhammad n Me
Bila Encik Suami asyik tak ada, tinggallah aku dan Lil Muhammad berdua di rumah.
Bila dua-dua dah bosan, inilah jadinya!
Bila dua-dua dah bosan, inilah jadinya!
Wednesday, June 15, 2011
Jangan Usik!
Hari tu aku buat "jamuan kecil-kecilan" untuk cik semut yang selalu berparti kat meja tu.
Setakat ini, racun semut jenama nilah yang aku guna semenjak tahun 2000, terbukti keberkesanannya!
Tapi sori, aku tak tahu jenamanya sebab aku tak reti baca chinese character.
Kalau nak cari, carilah kat kedai senseh. RM0.50 je sekeping...
Kalau nak cerita tentang bagaimana racun semut tu berfungsi, mau berjela-jela nanti!
Maka, lain kali la ye aku sambung...
P/s: ni aku nak tabur racun lagi, nak buat "jamuan" untuk "semut besar" yang selalu amik makanan atas meja aku tu!
Tuesday, June 14, 2011
Aku teringat...
Corat Coret Sana Sini: SAWO
Hari ini aku ada di konvensyen.
Ambience; mengembalikan aku kepada nostalgia lama.
Sound system, lighting, pentas...
Tiba-tiba aku rindu.
Rindu nak berteater.
Rindu nak berdekon.
Rindu pada rakan-rakan pentas.
(mungkin aku terlebih tengok Akademi Fantasia...hoho)
Belek handphone.
Eh, nombor telepon Khalid Salleh ada lagi!
Nak telefon ke tak?
Nak kembali atau tak?
Nak revamp semula hidupkah?
Perlu atau mahu?
(garu-garu kepala, aku kena letak konsentrasi pada persembahan kat depan ni weh!)

Monday, June 13, 2011
Birthday Kak NN (1 month overdue!)
| choc cake for bday girl |
Hari tu birthday Kak N. Bukan kami belanja, tapi Kak N yang belanja kami. Isk, terharu plak!
Anyway, Happy Birthday Kak N...
Semoga dimurahkan rezeki
Dikurniakan kesihatan
Dipermudahkan segala urusan
Dan semoga berbahagia selalu...
InsyaAllah...
Monday, June 6, 2011
Sunday, June 5, 2011
Test Skill
Tengah belek-belek handphone, ternampak application yang aku download ari tuh.
Godek-godek jap, nak tau camne nak guna.
Cubaan pertama...
Saturday, June 4, 2011
Terima kasih PUSPEL SYABAS!
Lepas aku mengamuk sakan kat PUSPEL SYABAS pagi semalam, barulah water tanker tiba.
Macamana aku tak mengamuk, aku dah mintak bantuan tanker since Khamis 8:37pm, dan pagi Jumaat tu still tak sampai-sampai!
Finally pukul 10:20am barulah kitorang merasa nak jumpa setitik air. ( barulah nak value ayor yer )
Bila driver tanker tu kol dan bagitau dah nak sampai, maka akulah insan pertama yang tercegat nak ambil air. Kat babysitter Lil Muhammad pun aku pesan suruh siap sedia bila tanker sampai.
Alhamdulillah, adalah bekalan air mentah untuk buat mandi dan ke jamban!
p/s: pukul 8 malam barulah bekalan air pulih seperti sediakala selepas gangguan selama 40jam!!!
Thursday, June 2, 2011
Alamak, air tak ada!!!
Alaaaaaaaa....
Napa takde air...lepas aku google, baru teringat ada pengumuman gangguan bekalan air di Ulu Langat.
Adeh, setitik ayor pun tak ada nih. Naya aku!
Tapi kan, waktu announce tu, kata 1 jun. Ni dah 2 jun weh!
Bila aku call PUSPEL, deme kata tak tentu, kemungkinan 2~3 hari jugak baru setel.
Hampeh!
Baby sitter dah give up, mana nak jaga budak kalau ayor takde!
Huhu, sok aku cari ayor sungai le jawabnya...

Monday, May 30, 2011
Andai
Andai kasih telah pudar
Nyatakanlah
Tidak aku terus mengharap
Andai kasih tidak berpanjangan
Hentikanlah
Agar aku tidak lagi menanti sesuatu yang tidak pasti
Andai kasih itu telah tiada
Izinkanlah
Aku melangkah pergi...
Nyatakanlah
Tidak aku terus mengharap
Andai kasih tidak berpanjangan
Hentikanlah
Agar aku tidak lagi menanti sesuatu yang tidak pasti
Andai kasih itu telah tiada
Izinkanlah
Aku melangkah pergi...
Subscribe to:
Posts (Atom)