I Will Follow You...

Tuesday, November 30, 2010

Kisah K.A.H.W.I.N. dan yang seangkatan dengannya


Bila tiba musim kenduri kahwin, yang paling penting ialah aku tak payah masak! Hik Hik Hik…

Teringat zaman kenduri aku dulu, nak dijadikan cerita boleh plak orang buat piket sampai jam sepanjang-panjang MRR2 tu. So ramaila tetamu kehormat aku yang lambat sampai dan menyebabkan orang-orang yang lain ni terpaksa tunggu untuk makan.

Hmm…Alhamdulillah dah 5 tahun pun perjalanan hidup aku dalam bab seterusnya. Suka duka tangis tawa semua ada. Tipu la kalau aku kata semuanya indah belaka. Kalau semuanya indah je, apa guna kahwin kan? Kena la gaduh sikit-sikit, baru la reti nak pujuk bini or vice versa. Kalau asyik stereotaip je, aku pun muak! Hehehe.

Ok, enough with the prologue. Back to the point yang aku dah karang sepanjang perjalanan balik kerja tadi.

Apakah perkara halal yang amat dibenci Allah?
Yup…guess that you guys pun tau kan!
C.*.R.*.I. atau D.*.V.*.R.*.E.

Sedih, geram, terkilan…dan macam-macam lagi yang aku tak dapat ungkapkan di sini bila seorang sahabat baik telefon dan berbual tentang perkara ni.

Kenapa?
Sebab diorang ni kawan baik aku. Banyak kisah sedih, suka duka yang kitorang selalu kongsi bersama.
(tujuan aku menulis kisah ni di sini bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak, tapi sekadar teladan buat sahabat-sahabat yang aku sayang. Dan aku harap korang tak perlu buat spekulasi tentang siapakah gerangan yang aku maksudkan di sini ye supaya tak menyinggung perasaan sesiapa)

Encik J dan Puan Nur (bukan nama sebenar) dah berkawan agak lama. Bercinta pun lama dan banyak dugaan yang menimpa sepanjang perkenalan diorang sampai la diorang kahwin dan beranak pinak. Tapi semua tu diorang lalui dengan tabah.

Semua tu berubah bila Encik J dapat jackpot! Maaf, bukan jackpot kat kasino tu yer tapi some sort of durian runtuh ler.  The lifestyle pun start to change for someone yang tak pernah merasa senang dalam kehidupan. Hubungan persaudaraan yang rapat pun mula menjadi renggang. Perkara-perkara yang biasa dilalui zaman susah seolah-olah jijik bila diingat kembali. Sebab tu la aku takmo jadi kaya, cukupla senang sikit daripada biasa, takut aku lupa daratan, lupa asal usul.

Bila harta dunia yang dikejar, maka banyaklah tukang hasut dan banyak jugalah dugaan yang mendatang. Bila dah berharta, mulalah ada yang memandang dan nak mengendeng. Dan kerana ada yang mengendeng itu jugalah, maka anak isteri mula dilupakan. Sakit pening anak isteri mulalah dirasakan sebagai beban.

bersambung dalam entri seterusnya

Cuti sekolah tiba lagi!


Aku nak buat Persamaan Terbitan dah tak reti, so aku hanya boleh nyatakan persamaan yang wujud apabila tibanya cuti sekolah.

1. MRR2 tak jam = boleh keluar lambat atau boleh sampai opis awal
2. Nursery bukak lambat, tutup cepat…cis! = kena kuar lambat dan balik cepat
3. Banyak kenduri kahwin = boleh makan free + tak payah masak kat rumah + cost saving!!!!!


My next entri akan berkisar tentang kisah yang ada kaitan dengan kahwin …tunggu ye

Brain Tumor : Ikhtiar dan Doa mengiringimu Byzah


Last week aku jumpa Byzah lagi. Itupun sebab Amran nak pulangkan hard disk aku tu. Kot tak, susah jugak nak jumpa si Byzah ni. Diorang on the way back after rawatan di Darul Ruqyah, Batu Caves.

Godek-godek cerita Byzah, sekarang ni turun naik semua pusat rawatan yang ada dalam usaha nak pulihkan dia. Since rawatan moden dia dah buat, doctor pun ada suggest untuk dia cuba kaedah rawatan alternative. Cyberknife pun dah buat, Alhamdulillah 1st surgery berjalan lancar. Tapi kuasa Allah tu tak dapat ditanding sebab Dia akan sentiasa menguji kita. According to her, dia hanya boleh ikhtiar dan doa jelah at this stage. Sebab tanda-tanda pemulihan tu belum ada, dan dia masih at risk.

So kawan-kawan yang aku sayang, bukan nak menakut-nakutkan sesiapa…tetapi, kalau rasa ada abnormality pada diri ataupun penyakit yang sentiasa berulang-ulang, janganlah ambil mudah. Pergilah berjumpa dengan yang pakar supaya tak terpempan di kemudian hari.

Sedikit informasi yang aku korek dari internet tentang siapa yang berisiko mendapat brain tumor untuk rujukan semua.

No one knows the exact causes of brain tumors. Doctors can seldom explain why one person develops a brain tumor and another does not. However, it is clear that brain tumors are not contagious. No one can "catch" the disease from another person.
Research has shown that people with certain risk factors are more likely than others to develop a brain tumor. A risk factor is anything that increases a person's chance of developing a disease.
The following risk factors are associated with an increased chance of developing a primary brain tumor:
  • Being male - In general, brain tumors are more common in males than females. However, meningiomas are more common in females.
  • Race - Brain tumors occur more often among white people than among people of other races.
  • Age - Most brain tumors are detected in people who are 70 years old or older. However, brain tumors are the second most common cancer in children. (Leukemia is the most common childhood cancer.) Brain tumors are more common in children younger than 8 years old than in older children.
  • Family history - People with family members who have gliomas may be more likely to develop this disease.
  • Being exposed to radiation or certain chemicals at work:
     
*   Radiation - Workers in the nuclear industry have an increased risk of developing a brain tumor.
*   Formaldehyde - Pathologists and embalmers who work with formaldehyde have an increased risk of developing brain cancer. Scientists have not found an increased risk of brain cancer among other types of workers exposed to formaldehyde.
*   Vinyl chloride - Workers who make plastics may be exposed to vinyl chloride. This chemical may increase the risk of brain tumors.
*   Acrylonitrile - People who make textiles and plastics may be exposed to acrylonitrile. This exposure may increase the risk of brain cancer.
Scientists are investigating whether cell phones may cause brain tumors. Studies thus far have not found an increased risk of brain tumors among people who use cell phones.
Scientists also continue to study whether head injuries are a risk factor for brain tumors. So far, these studies have not found an increased risk among people who have had head injuries.
Most people who have known risk factors do not get brain cancer. On the other hand, many who do get the disease have none of these risk factors. People who think they may be at risk should discuss this concern with their doctor. The doctor may be able to suggest ways to reduce the risk and can plan an appropriate schedule for checkups.

Monday, November 22, 2010

Blog yang tak dijengah

Rasa macam lama pulak tak menjengah kat blog nih. padahal tiap2 pagi idea melambak-lambak dan mencurah-curah utk dikeluarkan. Haih En Suami, semenjak teponku dah diPINJAM oleh En Suami, tak dapat la nak memblog secara mobile eh. Nampak gaya bulan depan kena ganti satu bleh? (hint utk En Suami..hehe)

Sedikit update utk bulan November yang tak dapat aku terjemahkan dengan panjang lebar...

7 Nov - Genap 1 tahun hilang motor kesayangan JFJ8114..sob sob sob

9 Nov - WHC bertukar hakmilik

10 Nov - Makan-makan malam dengan Kak Ame's family kecuali Abg Huzir. (Aimran,Alia,Azhad: Ni kira Cik Lin celebrate awal bleh? hehe)

11 Nov - Result UPSR keluar. Aimran dapat 4A 1B (english). Haih, Kak Ame mengeluh jugak le sebab dia kan mengajar English. Tapi Aimran pun admit, dia over confident waktu exam tu and after review his paper, memang ada banyak silly mistake pun. Takpelah, at least syukur jugak dia boleh jawab after so much pressure yang dia try to manage early this year. It is not good enough but it will be even better next time, kan?

12 Nov - Birthday Azhad 5 tahun
13 Nov - Birthday Alia 10 tahun
So, memandangkan birthday dekat-dekat, Cik Lin tak larat nak pecah kepala pikir hadiah apa nak bagi. So, Cik Lin bagi Aimran, Alia dan Azhad duit je tiap-tiap sorang. Lagipun, Ayah korang dah bising yang barang-barang dah tak muat dalam rumah tu.Muahaha

15 Nov - Mam pesan jangan call sepanjang 5 hari di Arafah. Mama nak beribadat dan sempurnakan rukun haji. Baiklah Bonda...doa kami sentiasa mengiringi Bonda di sana.

17 Nov - Raya Haji di Lubok China. Orang dok melapah daging kat belakang, aku dok depan jaga anak je la ye..Sapa soh plan last minute..ngehehehe...

18 Nov-20 Nov - Down with Cough, Flu and Fever. Haih, kensel sumer plan meronda dengan Pn Nira. (Nira, next time aku singgah UPM je la kita borak-borak). Anyway, jaga diri dan jangan sedih-sedih.

21 Nov - Pusing-pusing Ampang, cari tempat makan, beli mainan Muhammad...

Sekian dulu buat hari ini... :)

Monday, November 8, 2010

Hey, anak mama dah 8 bulan rupanya…


6 November lepas genap My Lil Muhammad umur 8 bulan. Mama lupa sangat sebab hari tu kita semua tengah sibuk pindah rumah. Nasib baik ada abang Aimran, abang Azhad dan Kak Alia tolong layan Muhammad. Kalau tak, mama mesti mati kutu nak jaga Muhammad sambil angkat barang kan?

Malam tu jugak Muhammad makan nasi habis 2 portion sekali ngap. Sian anak mama, mesti lapar dan penat asyik kena dukung sepanjang hari kan? Minggu ni mama tak sempat nak buat desert. Esok, kita beli epal, pear dan pisang ye.  Tapi tak boleh le asyik suruh mama dukung. Sekali sekala kenala duduk dengan ayah, tak mau la asyik nangis je bila ayah jaga tau! Boleh mama masak untuk Muhammad ok…

Pindah Rumah...Selesai Sudah...

Minggu lepas minggu yang sangat hectic, fantastic Mr Loba Loba. Penat sangat sampai tak terdaya nak gi kerja rasanya.Nasib baik semalam dapat kasut baru, so berkobar-kobar perasaan nak gi kerja. Terima kasih En Suami! Ni semua gara-gara kasut kerja yang aku dah asingkan terangkat sekali kat dalam stor, dan kedudukannya sangat strategik - paling dalaaaaaaammmmmmm sekali!

Haih, barang aku dah bersepah kat 4 bijik rumah.
1. Rumah Kak Ame - 5 bundut baju (yang jarang guna), 1 stand fan (bagi terus kat Alia), 1 bijik TV (yeay, ada can dapat tv baru!!!)
2. Rumah Sri Nilam - Fridge & Freezer + barang-barang yang dah campur aduk. Reason why tak letak semua barang dalam tu, huhu, gara-gara lift rosak dan orang situ marah sebab 1 lift je yang berfungsi dan kitorang je yang fully occupy.
3. Rumah Lembah Maju - semua perabot termasuk washing machine dan barang-barang yang turut bercampur aduk (aku dah lost count barang-barang nih, nampak gaya baju yang tak basuh pun semua masuk dalam tuh)
4. Rumah mama - baju kerja, baju+toys+toilettries Muhammad, Aku+En Suami+My Lil Muhammad

Yup, we end up staying at Mama's house sebab tak jumpa nursery lagi. Rumah Mama is less than 5 minutes to the nursery. So, sehingga berjumpa nursery baru, or dapat maid (whichever comes first), kitorang akan still duduk situ sampailah rumah yang akan kitorang duduk siap renovate. Perancangannya, bulan 1 baru masuk dan akan buat simple housewarming. Buat baca doa sikit, rumah tu dah lama tak duduk, dah lain "penghuninya"...Hmm, moga-moga semuanya dipermudahkan olehNya. InsyaAllah.

Thursday, November 4, 2010

Suatu Pagi di MRR2_Part 5


Traffic was so smooth hari ni. So, I took my own sweet time, driving dengan aman dan tenang. Putting on my RM10 so-called GUCCI sunglasses yang beli kat Kuantan (jauhhhh tuuuuu…kena campur tolak duit minyak dengan tol ni). Safely arrive kat opis at 7.45am.

Hmm, inilah penangan Public Holiday, budak cuti sekolah, cikgu cikgi tak gi ngajar…bestnye kalau hari-hari macam ni. Takdela aku bawak kereta mencilok sana-sini just to beat the traffic yang ntahpehapahapa tu.

Since mood sangat baik hari ni, aku lebih bersemangat dan bertenaga untuk gi kerja. Gambatte!

Wednesday, November 3, 2010

My Lil Muhammad lagi


I stumbled upon a baby pic while surfing for "Attitude Change" image.

So, dengan perasaan yang sangat geram, entri aku yang ni just for uploading gambar My Lil Muhammad je..hihi..Suddenly I miss My Lil Muhammad yang baru nak tumbuh gigi sebatang..hmm..hilang stress jap.

Hijrah itu pengorbanan

Why entri kali ni berkisar tentang Hijrah?

Banyak kaitannya...sebenarnya aku nak compress few stories dalam satu entri je.. :)

1. Hijrah : kerja lama kepada kerja baru

Perlu ke tukar kerja? In terms of challenge, yes. In terms of career development, yes. In terms of new environment, yes.
Adakah aku tukar kerja semata-mata ingin lari dari kehidupan lama? Tipu kalau aku kata tak, but it is only small part of it. (Promised salary adjustment not been done, aku tahankan aje) Truth is, aku dah tak larat nak stuck with the same position, same task. I need something more energetic, something alive, something realistic.
Aku nak merasa berpijak di dunia nyata (akhirat tak lupa jugak), bukan angan-angan setinggi awan. Maka, aku akan terus bekerja, sampai aku capai apa yang aku idamkan.

2. Hijrah : rumah lama kepada rumah baru
Ni rumah aku yang kat SU3

Perlu ke pindah rumah baru? Err...ni bukan keperluan, dah kira wajib ni! Maklumlah, tuan rumah aku yang gila bagi notis 10 hari untuk kosongkan rumah. Just because dia ada personal conflict dengan kakak aku, aku yang jadi mangsa. And the reason given by her is soooooo TAK MASUK AKAL! Whatever it is, rumah tu rumah dia, aku hanya penyewa, maka keluarlah aku. Alhamdulillah, dapat rumah korner lot yang dekat dengan ofis En Suami, depan padang permainan, dekat dengan public transport dan banyak facilities dengan harga yang SANGAT berpatutan. Mungkin doa-doa orang teraniaya telah didengar olehNya, dan berkat doa seorang ibu yang mendoakan anaknya di hadapan Kaabah, InsyaAllah.

3. Hijrah : sikap lama kepada sikap baru

Quoting from satu company nih "Change Starts With Me". It is so true. Titik tolak perubahan bermula dari diri sendiri, dan dari situ dapat kita ubah persekitaran kita. Itu jugalah yang selalu aku bebelkan kepada anak-anak buah aku. Same goes to En Suami. Komen dia pasal ROKOK, "kalau nak berhenti, tak payah Niquotin segala bagai, cukup dengan niat nak berhenti dari hati sendiri". Hmm...tapi En Suami pun masih hisap rokok lagi, hehehe...Takpe, sok aku beli banyak-banyak refill e-cigarette tu. :)

Time's up, panggilan solat Zuhur lebih diutamakan. InsyaAllah, aku jenguk lagi blog usang ni entah bila-bila nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...