I Will Follow You...

Showing posts with label My Lil Muhammad. Show all posts
Showing posts with label My Lil Muhammad. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Tuesday, September 20, 2011

Friday, September 9, 2011

hey, macam gegirl lah!

ni budak sudah pandai ajuk cakap
pandai ajuk perbuatan
pandai ajuk segala benda

kadang-kadang risau jugak 
kalau-kalau...
terbuat benda pelik-pelik
tercakap yang bukan-bukan

haih, itulah namanya sel-sel minda sedang berhubung

mamanya dah tak pakai getah rambut, Lil Muhammad pulak yang sibuk nak pakai
ouch, suka-suka tak apa sayang
jangan jadikan amalan sudah...

p/s:abaikan bilik sepah yang tak dan nak kemas sepanjang balik cuti tu :p

Wednesday, August 24, 2011

Lil Muhammad kena kokak!


Dah la aku bengang bila tengok rambut dia dah kena kerat, tangan pulak berbirat-birat.

Sepatah pun idak kat aku nih.

Nak tanya aku dah malas, nanti jawapnya sama je.

Nanti kata aku bias, menangkan anak sendiri je, anak orang aku nak salahkan.

Ye, aku tau anak aku suka rebut mainan, cembeng...

Tapi kot ye pun, tengok-tengokla sikit budak yang lagi satu tu, yang memang sume orang tau suka gigit orang lain.

Ini baru satu tempat, ari tuh aku tengok sampai TIGA gigitan kat tangan Lil Muhammad.

Bukan sekali dua, rasanye ni dah kali keduploh dah ni.

Bukan senang nak cari BS wehhhh :(

Sunday, June 19, 2011

CARS! @ Sunway Pyramid...

Encik Suami touchdown je, terus kena ajak ke Sunway Pyramid. (padahal semalamnya aku dah tawaf SP tu)

Jalan punya jalan, ternampak watak Tractor dengan Cars. Bukan main suka Lil Muhammad! Terus tak nak duduk dalam push cart. 

Nasib baik tak melalak bila nak balik. Boleh babai-babai lagi! 



Sent from my iPhone

Thursday, June 16, 2011

Lil Muhammad n Me

Bila Encik Suami asyik tak ada, tinggallah aku dan Lil Muhammad berdua di rumah.

Bila dua-dua dah bosan, inilah jadinya!

Thursday, April 28, 2011

Pangkor Day 1 : Bila Larut Malam

Termenung panjang di balkoni. Ada 2 pokok disimbah cahaya lampu neon. Di depannya ada ombak, sekejap menghempas dengan ganas. Sekejap berdesir.

Aku rindu...

Isk, tak maulah layan perasaan ni.

Ngantuk dan penat. Tadi aktiviti memancing, tapi takat pegang pancing je laaa..

Balik bilik, pam buat hal pulak! Terpaksa guna kaedah Marmet. Dapatlah 3oz...takpela, setidaknya aku usaha...

Sekarang nak tidur, terbayang-bayang Lil Muhammad yang selalunya kat sebelah sambil aku bacakan Alfatihah, surah 3Qul, Ayatul Kursi, doa sebelum tidur dan zikir munajat. Terbayang juga nasihat aku padanya. Isk... Baru 1 hari aku dah tak keruan...

Uwaaaaaaaaa...i mis my Lil Muhammad...

Friday, April 15, 2011

Lil Muhammad Demam Campak

Lil Muhammad demam campak...
Babysitter called last Thursday, I was in the training.

Maka dengan itu, bercutilah aku hari ni, nak melayan budak ni yang kena kuarantin dan asyik merap, mungkin badan gatal2 dan miang.

Daun mambu (a.k.a neem leaves) dah penuh satu bilik air ni.

Cepat sembuh ye Lil Muhammad, mata mama dah jadi macam beruang panda ni...

Sunday, April 10, 2011

Love You

When i saw you i was afraid to meet you.
When i met you i was afraid to kiss you.
When i kissed you i was afraid to love you.
Now that i love you, i am afraid to lose you...

Tuesday, March 29, 2011

Solatlah Wahai Anak...

Macam ni la rupanya Maghrib di rumah bila mama dan Muhammad tinggal berdua. Mama solat dan Muhammad akan rukuk dan sujud entah ke mana kiblat. Tapi tak apa, jadikan latihan wahai anak. Nanti dah besar jangan lupa solat!

Sent from my iPhone

Sunday, March 20, 2011

Another Steps!!!


Dah 1 tahun dan 1 minggu usia Muhammad Amirul Al-Raziq.

Terasa baru semalam aku pegang kaki kecilnya yang sebesar dua jari itu. Hari ini, kaki itu mampu berdiri dengan sendiri. Gagah melangkah lantas membuatkan aku rasa dia semakin besar. Harapan aku, janganlah ada apa-apa yang merenggangkan ikatan kami berdua biarpun masa yang terluang untuknya agak terbatas.

Mama sayang Muhammad...Kala ini, sebuah ciuman hinggap di pipi kecil itu yang sedang asyik diulit mimpi...

Monday, March 7, 2011

Cuzzie's Day Out

Last Saturday, Chu ajak gi IKEA. Mula-mula Mama dan Chu je. Pastu Chu call Kak Fieza, kebetulan dia cuti so bolehla bawak anak-anak sekali.

Maka saratla satu kereta Chu tu dengan Mama+Chu+Kak Fieza+Fareez+Marissa+Muhammad+Me. End up, Mama dan Chu je yang bershopping pun. Yang bawak budak-budak kecik ni entah mana-mana perginye.

Sampai IKEA, call pulak Anith. Plan asal nak ke rumah dia lepas tu but since dia nak join kitorang kat IKEA, maka bertambahlah cucu Pak Tok Rahman kat IKEA nih.

We had lunch kat McD je sebab IKEA cafe sangat pack! Later we headed to rumah Ayah Nuar @ TTDI, makan-makan curry puff IKEA kat sana. Around 630pm baru la reti nak balik rumah...

Sunday, March 6, 2011

Lil Muhammad Turn 1 Today!

Anak mama dah setahun rupanya hari ni. Semalam, advance celebrate kat Hot Spring Selayang from 10pm until 2am pagi tadi...(suka-suka je ajar anak berembun!) Hari ni apa program pulak?

Hmm...nak dedicate this to Lil Muhammad lah!

My Lil Muhammad,
Hari ni jugak mama celebrate 1year of parenthood. Dan hari ni jugak mama bergelar 'mama'. Thank you sayang for being such a good and obedient boy.

My Lil Muhammad Amirul Al-Raziq,
Mama doakan agar anak mama menjadi seorang insan yang berguna, berjaya dunia dan akhirat. Mama doakan agar anak mama ni juga jadi anak soleh, mentaati agama dan mendengar kata. Jangan lupa doakan mama walaupun mama dah tak ada nanti.

Mama saaaayaaannngggg Muhammad!

Sent from my iPhone

Friday, February 18, 2011

Hadiah Uncle Wan & Aunty Hana

Ni gift dari Uncle Izwan dan Aunty Hana. Saya dah boleh naik!

Nanti ajak Kak Awliya dan Abang Qaiser datang rumah ye. Boleh main sama-sama.

Salam sayang dan semoga cepat sembuh to Kak Awliya dan Abg Qaiser :)

Usaha Menangkap Gambar Gigi

24 Oktober 2010, 2 batang gigi bawah dah tumbuh.

6 Januari 2011, 2 batang gigi atas pulak tumbuh.

11 Februari 2011, lagi 1 batang gigi atas tumbuh.

Usaha nak ambil gambar gigi ke-5 tak berjaya jugak. Tapi inilah hasilnya yang taklah begitu mengecewakan. Cuma nampak 4 batang je, yang ke-5 tu tak berapa sangat.

Lepas ambil gambar ni, terus kena gigit dengan Muhammad. Geram gamaknya, asyik kena suruh senyum je...

Handphone Rosak :(

Semalam My Lil Muhammad campak handphone mama yang usia tsk sampai 2bulan ni dari atas kerusi dan dusshhh... ke lantai!

Kesan dari kejadian tu, speaker handphone dah tak berfungsi langsung. So, setiap kali nak kol, aku kena guna loudspeaker. Sangatlah tertekannya rasa, tapi tak boleh nak salahkan si kecik tu. Sapa suruh letak handphone merata-rata. Haish, kena gi kedai phone la plak. Malasnya nak keluar rumah dengan hidung yang tersumbat nih!

Thursday, February 17, 2011

My Lil Muhammad and His New 'Playland'


Semalam lepas kemas rumah, ternampak satu area yang agak kosong. Terus terfikir nak letak semua barang mainan Muhammad kat situ. Before this semua susun kat korner je. Playmat tu pun baru pasang.

Mainan dalam kotak tu pun nak kena segregate sebab dah tak sesuai dengan peringkat umur Muhammad. Err...berkira-kira nak beli mainan untuk bajet bulan depan. Masalahnya, aku tak sure mainan macamana yang sesuai dengan dia. Muhammad lebih suka main tempat sidai baju, kerusi, meja, remote astro...haih anak teruna mama ni...

Nampak gaya, pencarian mainan Muhammad akan bermula la ni... :)

Sent from my iPhone

Wednesday, February 16, 2011

My Lil Muhammad : Almost 1 yr old

Pejam celik pejam celik macam tak percaya lagi beberapa hari My Lil Muhammad dah nak mencecah umur setahun.

 Rasa macam baru je keluar dari hospital.
Rasa macam baru je tengok dia belajar meniarap.
Rasa macam baru je tengok dia mula merangkak.

Semalam, Maulidur Rasul...
Petang tu aku tak ada plan nak ke mana-mana pun. Memandangkan cuaca pun sangat baik dan tak berapa panas, aku terus suggest kat En Suami untuk bawak Muhammad ke Town Park Pandan Indah. Sebelum ni asyik pergi Taman Metropolitan Kepong je. Itupun dia duduk dalam stroller je.

This time, aku saja lepaskan dia kat atas rumput. bagi dia berani sikit untuk bertatih-tatih. For the first time jugak la aku bagi dia naik slide, buai dan jongkang jongket.

Tetiba rasa macam sayu pulak sebab rasa rindu nak gomol dia waktu kecik-kecik. As time goes by, aku harap dia akan jadi seorang insan yang berjaya dunia dan akhirat, dan sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya. InsyaAllah...

Tuesday, January 25, 2011

My Lil Muhammad : progress to date

Actually entri ni dah berkurun lama dalam notes kat handphone. Saja suka-suki nak update...btw, tajuk kali ni dah macam update repot pulak ye!
Muhammad progress to date
1.dah pandai tegur orang, selalu kata "hey" bila nmpk kucing, pisang atau apa2 yg menarik minat dia
2.dah boleh ingat gambar magnet pada fridge (e.g. Bird,tik tok,bus,taxi-dia dah pandai matchkan gambar2 tu bila kita sebut)
3.dah boleh berdiri sendiri-1st time on 1st jan hari tu
4.suka makan, pantang nampak makanan!tp berat normal, alhamdulillah
5.dapat repot dr nursery, muhammad naik belakang baby umur 6 bulan dan "tunggang" mcm naik kuda. Pastu suka korek mata budak kat nursery dan sekarang sangat hyperactive...sekarang Muhammad dah tak duduk nursery, dia dok kat rumah babysitter.
6.sgt suka kena dakap-mama miss you sayang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...