I Will Follow You...

Tuesday, May 31, 2011

Sesi lepas geram untuk pembaca sesat lagi

Blog aku, aku punya suka!

Kau sibuk nak kata kau terbuku di hati.
Yang aku simpan berbuku-buku dalam hati?

Kau sibuk nak kata aku mengungkit.
Yang kau dok ungkit cerita zaman budak tak reti apa-apa?

Mr Nabil, pinjam sat naaaa
LU PIKIRLAH SENDIRI...

Monday, May 30, 2011

Sesi lepas geram untuk pembaca sesat

Terima kasih sebab baca blog aku...

Sukati kau la kan nak baca sebagai pembaca sesat, yang x komen tapi tumpang baca tapi komen kat luar kan?

Tapi blog aku, aku punya suka la kan?

Ada penah aku kata pasal kau ke dalam blog ni? Atau kau terasa sendiri!

Pergi mampus la, blog aku, aku punya suka la!

Otak kau letak kat lutut, aku pedulik apa!

Bongok!

Andai

Andai kasih telah pudar
Nyatakanlah
Tidak aku terus mengharap

Andai kasih tidak berpanjangan
Hentikanlah
Agar aku tidak lagi menanti sesuatu yang tidak pasti

Andai kasih itu telah tiada
Izinkanlah
Aku melangkah pergi...

Sunday, May 29, 2011

Selamat Ulang Tahun...

Hari ni hari lahir dia...
Aku tak lupa
Mungkin aku tak akan lupa
Atau aku sengaja tak nak lupakan

Tapi aku tak lupa
Bila tiba hari ini
Tiap-tiap tahun

Bezanya,
Dulu aku selalu tak sabar nak tunggu hari ini tiba
Dulu aku selalu berdebar-debar tak tau nak cari hadiah apa
Dulu aku...semua tu dulu punya cerita

Sekarang,
Aku hanya teringat memori indah dan luka...

Selamat ulang tahun, semoga Allah sentiasa memberkatimu...

Saturday, May 21, 2011

Suami oh Suami_Part 2

Corat Coret Sana Sini: Suami oh Suami

Kesinambungan cerita di atas
Remuk rendam rasa dalam hati
Bila dah tahu siapa pengganti yang dicari

Suami oh suami
Rupanya kau main dengan api
Main cinta dengan orang yang sangat si isteri sayangi

Sangka si isteri
Baik si suami demi simpati
Rupanya udang di sebalik mi

Suami oh suami
Tergamak kau main cinta dengan adik si isteri
8 tahun cinta terjalin
Kau rewang sana sini
Si isteri tak pernah sangka buruk
Sebab kau dah lama kenal adik ipar ni

8 tahun bukan sekejap
Kalau kau dah lama tahu
6 tahun lalu patut kau buat keputusan
Antara teruskan pernikahan
Ataupun percintaan

Ya Allah
Semoga Kau permudahkan dugaan yang menimpamu
Semoga hari-hari mendatang dapat kau tempuhi dengan kesabaran
Semoga kau tabah, meskipun baru 3 minggu berpantang

Thursday, May 19, 2011

Bolehkah Manusia Tidur Berdiri?

Jawapan untuk soalan di atas ialah YAAAAAAAA!!!!

Dan aku adalah salah seorang daripada mereka sebab berjaya tidur sambil berdiri dalam tren.

Ramai gak manusia-manusia yang berjaya tidur berdiri tu rupanya ye. Maklumla, aku tak keje di celah kesibukan kota, tak merasa berhimpit dengan manusia. Biasanya aku berhimpit dengan kereta di jalanraya je.

Satu sebab kenapa mata ni nak tidur gak ialah:-
1. Aku cuma tidur 1 jam je malam tadi, gara-gara kes kecemasan dari jam 730 hingga 2 pagi pastu sambung masak untuk Muhd - bekal bubur nasi esok.
2.Aku tak larat nak menjadi saksi 2 insan bercinta depan aku yang dok asyik bermadu kasih, cium-cium sana, peluk-peluk sini...

Yang nyata, aku tak sempat buat homework lagi weh!!!


Sent from my iPhone

Wednesday, May 18, 2011

Cepatlah tren!!!

Aku tersepit di celah-celah ramai manusia di stesen monorel Hang Tuah.

Argh... Seksanya jadi kategori "rendang" (rendang yang merujuk kepada pokok yang rendang dan bukannya rendang ayam atau rendang dendeng, maka jangan terliur)

Berpeluh sakan, tengok manusia yang tinggi melangit semuanya lega sebab tak perlu bersesak di celah ketiak hangit dan masam, perfume pelbagai bau, tengit ada, wangi ada, dah tak tau nak kata bau apa lagi...

Cepatla sampai tren oii, aku nak labuhkan punggung kat kerusi empuk dalam bilik training satgi...

Dan akhirnya tren tiba...hoyeah!!!


Sent from my iPhone

Thursday, May 12, 2011

Mencari Momentum

Lamanya blog tak dijengah
Entahkan sibuk entahkan malas
Entahkan jemari tak lalu menaip patah demi patah

Hari ini, aku gagahkan jua
Walau sepatah kata
Walau secebis ayat
Walau sebuah perenggan

Hey kawan-kawan
Sokonglah aku
Agar aku kembali mencoret
Kerana aku mencari momentum
Momentum yang semakin merudum

;(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...