I Will Follow You...

Thursday, April 28, 2011

Pangkor Day 2 - Round island before snorkelling

Ini pun kerja yer...

Pangkor Day 2 - Mulakan hari anda dengan senyuman ;)

Pagi ini dimulakan dengan solat Subuh berjemaah followed by kuliah subuh yang sangat mengujakan!

Tamat je kuliah, terus breakfast sambil ditemani enggang yanf berterbangan ke sana sini... Gambar sunrise tak sempat nak amik sebab by 7 am dah terang gila!

Next, prepare for round the island and snorkelling activities...

Pangkor Day 1 : Bila Larut Malam

Termenung panjang di balkoni. Ada 2 pokok disimbah cahaya lampu neon. Di depannya ada ombak, sekejap menghempas dengan ganas. Sekejap berdesir.

Aku rindu...

Isk, tak maulah layan perasaan ni.

Ngantuk dan penat. Tadi aktiviti memancing, tapi takat pegang pancing je laaa..

Balik bilik, pam buat hal pulak! Terpaksa guna kaedah Marmet. Dapatlah 3oz...takpela, setidaknya aku usaha...

Sekarang nak tidur, terbayang-bayang Lil Muhammad yang selalunya kat sebelah sambil aku bacakan Alfatihah, surah 3Qul, Ayatul Kursi, doa sebelum tidur dan zikir munajat. Terbayang juga nasihat aku padanya. Isk... Baru 1 hari aku dah tak keruan...

Uwaaaaaaaaa...i mis my Lil Muhammad...

Wednesday, April 27, 2011

Pangkor Day 1- Free n Easy

From the boat to the beach...


View from our room

Pangkor Day 1 : Shah Alam - Lumut - Pangkor

Perjalanan hari ini dari Shah Alam ke Lumut mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih termasuk berhenti rehat 2 kali.

Setibanya di jeti, seperti biasa sesi ambil gambar non stop oleh jurugambar amatur. Dah lama aku tak ke pulau, termasuklah Pulau Pinang. Sekali sekala ambil angin laut dan pantai seronok juga. Tiba-tba rasa sebak, teringat Lil Muhammad kat rumah. First time rasanya duduk jauh dengan dia. Dan first time juga tidur malamku tanpa Lil Muhammad.

Ok, masa untuk menikmati pemandangan di atas feri sambil memuji keindahan Yang Maha Esa...

Gambar rindu pada Little Muhammad

Monday, April 25, 2011

Pureen Warehouse Sale?

Alaaaaaa...

Hajat nak menyinggah ke Pureen Warehouse Sale tidak berjaya sebab pokok tumbang!
Tu gambar petugas JPA tengah kerat pokok yang tbang betul-betul kat pintu masuk kilang...

Frust, nak beli diapers murah tak tercapai...
Tapi, poket aku selamat dari beli benda yang bukan-bukan la pulak!

Sunday, April 24, 2011

Mesej Untuk Perokok Tegar

Dear smokers,
Please get a plastic bag and cover yourself whenever you wanna start smoking, so that you can enjoy the smoke 100% by yourself. I don't want any percent of it. And, some of my friends, too. 
Regards, Miss/Mr. Don't-kill-me-if-you-want-to-kill-yourself 
p/s: copy and paste this message at your profile to support the keep-smoke-away campaign


Satgi mesti Mr AKU bersuara...hikhik

Saturday, April 23, 2011

Keghoje weh...

Dapat sms dari bos, esok masuk kerja jap...

Hmm...okies...

Tetiba baru teringat, sok weekly maid aku datang!
Esok jugak aku ada appointment dengan kak nor urut tu!
Err...nak urut pun kena buat appointment 2 bulan awal...adeh...
Nak buat camne, terpaksa la aku postpone urut lagi 2 bulan.

Maka dengan itu, aku terus berpaling arah dari AF, terus buat laundry, gosok baju, kemas rumah, dan semua yang sewaktu dengannya. Aku dah tinggalkan job tu untuk Sulastri tapi since kena gi kerja, takkan nak tunggu lagi 2 minggu kot...

Omak, tulang den dah berkeriut keriat ni.

Sok nak cari thai massage lah!!!

http://keretamayat.blogspot.com/

yup, aku suka baca blog di atas.

ayat sempoi tapi sangat menusuk kalbu kalau korang baca dengan penuh penghayatan.

ada yang tertampar kat muka aku sendiri.

ada juga yang terkedu aku dibuatnya.

tak kurang aku merenung masa silam.

bila nak berubah?

ubah la...


dah tua dah pun.

bukan makin hari makin muda.

Wednesday, April 20, 2011

Suami oh Suami

Ada seorang kawan ni, si suami punya perangai suka sangat bersms dan berchatting dengan perempuan
Tak tahulah sebab apa, agaknya memang hobi sejak azali kot.
Rahsia suaminya banyak yang dia tahu, banyak yang dia diamkan.
Akibatnya merana diri, merana badan.

Meh nak cerita sikit...
Perihal suami tak sedar diri, isteri di rumah engkau buat tak reti,
Engkau jadikan dia kuli, jadikan hamba abdi.
Balik kerja, duduk rumah sekadar goyang kaki, satu apa pun tak nak tolong si isteri.
Main game dan tengok tv, itulah kerja sehari-hari.

Si isteri pagi kerja, balik rumah pun bekerja.
Mana nak dijaga anak kesayangan.
Mana nak memasak untuk suami yang bimbang akan kelaparan.
Urusan basuh baju, sidai baju, gosok baju pun belum kesiapan.
Hai si isteri, takkanlah si suami langsung tak ringankan badan?

Satu hari si isteri perasan.
Telefon si suami tak boleh berenggang.
Si isteri dah agak, mesti ada skadal dengan perempuan.
Experience dah banyak kali, si isteri takkan tak perasan!

Sahih!
Memang si suami dok layan betina mana entah.
Siap sms, telefon tolong dodoikan.
Hai si suami, dah banyak kali lukakan hati si isteri,
takkan tak sedar-sedar lagi!

Bukan si isteri tak tahu,
Bukan si isteri bodoh melangu
Bukan si isteri suka diperkotak-katik begitu
Bukan...

Dah lama dah... (ikut gaya Tun Dr M kita bercakap yer)

Si isteri tak tahu pada siapa nak mengadu.
Pada pejabat agama...si suami mampus tak mahu!
Maka pada akulah jua meminjam bahu.
Menangis, ketawa dan sendu.

Tangisilah, ketawalah sepuas hatimu...

Seperti biasa, lepas cerita padaku, cerita selebihnya hanya antara dia dan Allah yang satu...

Moga-moga jiwanya tenang, dan bertemu jalan dan panduan.

Friday, April 15, 2011

Lil Muhammad Demam Campak

Lil Muhammad demam campak...
Babysitter called last Thursday, I was in the training.

Maka dengan itu, bercutilah aku hari ni, nak melayan budak ni yang kena kuarantin dan asyik merap, mungkin badan gatal2 dan miang.

Daun mambu (a.k.a neem leaves) dah penuh satu bilik air ni.

Cepat sembuh ye Lil Muhammad, mata mama dah jadi macam beruang panda ni...

Rahsia

Kadang-kadang ada rahsia yang perlu kita tahu
Kadang-kadang ada rahsia yang tak perlu tahu
Kadang-kadang ada rahsia yang jangan sibuk ambil tahu langsung

Ni yang aku tak suka bila dapat tahu rahsia orang ni!

Sila dok diam-diam, buat tak tahu, berlagak neutral...ok?

Thursday, April 14, 2011

Finance for Non Finance Manager?

2nd day attending FfNFM training by Vincent. As of now, still ok walaupun tangan kejap-kejap kaver mulut yang menguap tu.

Kawan yang sorang lagi tu ngelat takmo datang sebab dia tak mau Pecahkan Pala Otak memikior isi perut training tu... Huhu

Maka dengan itu juga, blog aku tak sempat nak diupdate la yer :)

Wednesday, April 13, 2011

I Had A Crush!!!

Pehal tak boleh?
Sukati aku la...

Ni la masalahnya,
Nanti aku tak boleh duduk diam.
Nanti aku tersipu-sipu,
Padahal dia bukannya tahu.

Erm, kejap je tu,
Tak lama lagi aku lupa la kat dia,
Tak lama lagi aku sedar la yang aku perlu berpijak di alam nyata...

Tuesday, April 12, 2011

Ikan? Patin Buah? Patin Muncung?

Ya, tajuk kali ini bukan tentang ikan patin buah atau patin muncung. Cuma mungkin kebetulan hari ni ada banyak kisah ikan. Ikan patin harga sampai RM13000 la...harga sekilo RM100 la.

Yang penting, kisah aku malam ini pun tentang ikan jugak! Tapi bukan ikan mahal-mahal, ikan tongkol je pun...

Mula-mula tak nak dinner, tapi aroma ikan masak asam pedas sangatlah menggiurkan dan menggoncang keimanan aku pada malam ini sehinggalah keenakan itu diragut dengan peristiwa tercekik tulang ikan.

Tercekik tulang ikan pada rongga toraks berhampiran anak lidah adalah sangat menyeksakan! Habis segala usaha minum air, telan nasi bulat, telan pisang lenyek(kebetulan ada bancuhan cekodok dalam peti ais, bedal je la). Semua tak berjaya menghilangkan seksaan aku.

Lepas terkial-kial macam ikan dah nak mampus, berjaya jugak aku keluarkan dengan sepit di bawah...

Maaflah ye sebab perbandingan saiz tulang ikan tu hanya dibuat dengan duit 5 sen dan seketul dawai kokot! Itu je yang ada depan mata...

Sent from my iPhone

Bahana Kutuk Kawan

Kejap-kejap rasa sejuk
Kejap-kejap rasa seram
(camne rasa seram eh?)

Kejap-kejap menggigil
Kejap-kejap lenguh
Kejap-kejap sengal

Sendi-sendi mula sakit
Hudung mula memuntahkan cairan
Kepala mula pusing
Tekak mula pahit
Mata mula bengkak

Ni semua kaffarah aku kutuk hantu deghoyan si Nizam kot?

Oh demam, pergilah jauh-jauh...
*Demam tu penghapus dosa-dosa kecil kan?

Monday, April 11, 2011

L.O.V.E .


“To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little.
To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all.”
– Helen Rowland

Sunday, April 10, 2011

Yang Dinanti Telah Tiba

Aku tak sempat mengupdate blog sebab terperangkap dalam dunia novel. Yang dikirim dah tiba.
Terima kasih Kak Yatie(secangkir madu merah) sebab sudi mengepos Irama Semalam buat tatapan aku.

Reading time!!!

Love You

When i saw you i was afraid to meet you.
When i met you i was afraid to kiss you.
When i kissed you i was afraid to love you.
Now that i love you, i am afraid to lose you...

Friday, April 8, 2011

Saya Pilih Carpool!


Masuk hari ni dah 11 hari kami bercarpool.
Seronok rupanya!

Terasa badan tak begitu stress sebab dapat rehatkan mata dan badan daripada memandu. 5 hari kereta Kak H, 5 hari kereta aku.

Bila naik kereta Kak H, aku dapat jadi Mem, sebab duduk kat seat belakang!

Jom kita carpool!

Thursday, April 7, 2011

Masalah


Bila ada masalah, aku tak boleh layan sangat perasaan ni sebab nanti menjadi-jadi pulak. Kesannya, aku takut aku tak boleh focus pada kerja.

Semua orang ada masalah dan tak dapat lari daripada masalah.
Yang membezakan ialah bagaimana seseorang itu berdepan dengan masalah yang dihadapinya.

Maka dengan itu, aku nak layan cerita-cerita merapu merapik meraban…hehe…
(hipokritkah aku?...garu kepala)

Wednesday, April 6, 2011

Warkah Terima Kasih Buat Rakan Blogger!

Salam,
Terima kasih kawan-kawan blogger sekalian atas keprihatinan anda. Saya sangat terharu atas kesudian anda meminjamkan bahu, telinga dan mata untuk saya.

Bagaimanapun, InsyaAllah saya masih ok, masih bertahan...
Bak kata Saleem Iklim, "walaupun pedih sanggup kutelan dan kurelakannya..."
Hihihi

Saya cuba melupakan tiap peristiwa pahit maung, derita lara...Mungkin saya terlalu dibuai perasaan, terlalu berat nak menanggung sendirian kala itu.

Dan mungkin pada satu tahap, saya terpaksa meluahkannya juga. Dan pada masa itu, saya sangat berharap agar rakan-rakan blogger tersayang masih ada di saat saya kecundang.

Tatkala ini, saya merenung masa silam saya. Mungkin tiap yang berlaku adalah balasan atas tiap kesalahan yang pernah saya lakukan. Saya redha. Mungkin dengan menerima apa jua yang terjadi dapat mematangkan saya dan mendekatkan saya kepadaNya.

Mudah-mudahan...InsyaAllah.

Terima kasih sekali lagi buat sahabat-sahabat blogger yang saya sayangi.

Seandainya

Seandainya, 
dapat ku lari
jauh ku pergi membawa diri

Sebenarnya,
langkah terkunci
antara kasih dan juga budi

Tabahkanlah hati ini untuk menempuh hari-hari mendatang...

Teguhkanlah benteng keimanan agar mampu bersabar dan berfikiran rasional...

Tunjukkanlah jalan agar aku tak meraba-raba dalam kesesatan...

Tuesday, April 5, 2011

Kemurungan Punca Penyakit Mental

Subjek ini rancak diperkatakan dalam buletin utama semalam. Sekurang-kurangnya 20% rakyat dunia mengalami kemurungan dan jumlah tersebut bertambah hari demi hari.

Kemurungan bukanlah penyakit mental, namun ia mampu menjurus ke arah gangguan mental.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda awal kemurungan, segera dapatkan bantuan daripada pakar.
*dah lupa pulak tanda-tanda awal tu...hehe

Agak-agak kalau jumpa psikiatri, aku kena buang keje tak? Maklumlah, bila jumpa psikiatri je, mesti orang terus kata orang gila!

Pasrah...

Monday, April 4, 2011

A Shoulder To Cry On

I really need a shoulder to cry on.
Would you be one?

Aku dah terlalu banyak makan hati.
Dah terlalu banyak tekanan.
Aku tak mampu lagi...

Sunday, April 3, 2011

WeeKend maid

Hari ni first time aku guna khidmat weekend maid, turut merupakan daily weekdays maid kawan opisku.

Upah RM50/4jam
Job scope : cuci tingkap, cuci kipas, cuci bilik air, sapu+vacuum+mop lantai, kemas stor.
Tak sempat pulak nak suruh gosok baju. Mungkin sebab hari ni extra menyental kuman degil!

Kenapa ambil maid? Tak mampu cuci dan kemas sendiri ke?

Erm, kami start buat kerja pukul 830 pagi. Muhammad bangun tidur pukul 930 pagi. Nasib baik dia boleh duduk diam kat kerusi selama 30 minit. Maka bolehlah aku selesaikan kerja di dapur. Selepas iu, bermulalah kerja aku untuk panaskan makanan, bagi Muhammad makan, mandikan dia dan sebagainya.

Setidak-tidaknya, dengan kehadiran Sulastri dapatlah aku sedikit masa berkualiti dengan anak...

Bukannya tak mampu kemas sendiri!

Ok Sulastri, lagi 2 minggu datang lagi ya!

Friday, April 1, 2011

SAWO

Sawo.
Isterimu Inang.
Matang, anak lelaki harapanmu.

*Teater Sawo ni menang peringkat Zon JB, tak silap aku tahun 1999. Yup, terpampang di dada akhbar, separuh muka depan.

Banggakah aku?
Sedikit. Bukan riak.

Sebab aku sebahagian daripadanya. Yang gigih berlatih siang dan malam.
Yang tak jemu menerima kritikan.
Yang usai dilemparkan cercaan.

Orang benci, tak suka!
Sebab kami dianggap orang kelas bawahan.

Yang tak mampu bersosial di kelab ekuestarian.
Yang tak mampu menghayun besi dilapangan.

Ah pedulikan semua itu.
Kerana itu kepuasan bagiku!

*tiba-tiba rindu nak jumpa geng-geng PERSADA.
Kalau nasib baik, leh jumpa 'Sawo' di Titiwangsa yang sibuk dengan lakaran karikaturnya, sambil-sambil dapatkan ide untuk kerja architecture nye.
'Matang' last aku jumpa kat Auditorium DBKL, dengan Petronas katanya.
Tapi camne nak cari, mana aku ingat nama betul depa semua! Garu kepala...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...