I Will Follow You...

Tuesday, August 30, 2011

Mama & Lil Muhammad di Pagi Lebaran

Salam Aidilfitri buat semua, Maaf Zahir Batin... Rindunya suasana Kuale Kangsor... :(

Thursday, August 25, 2011

Bos, saya nak mintak cuti...approve ye?


Saya: Bos, saya nak cuti ye, sempena raya yang mulia ini.

Bos: Bila?

Saya: sabtu ni hingga isnin yang lagi satu.

Bos: Lamanya! Tak boleh kurang sikit?

Saya: Ala bos, sekali sekala

Bos: Tengoklah dulu, sekali sekala tolong jengah opis tu. Bersawang nanti!

Saya: Kira ok la ni bos? terima kasih bos! sayaaaaaannngggg bos! mwah mwah mwah!

*ok, bos dah bagi kebenaran untuk saya tidak mengupdate cite dalam blog selama saya bercuti ini. kalau saya rajin, saya lawat la blog untuk sapu-sapu sawang eh.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
buat semua umat Islam di seluruh dunia,
buat blogger yang sering melawat
samada yang sering titipkan coretan atau semata-mata jadi silent reader.

Mohon maaf andai ada terkasar bahasa, tersilap kata, terhiris hati dek bahasa yang kurang enak.

Semoga kita berjumpa lagi, semoga selamat dalam perjalanan walau di mana anda berada.

Kalau nak jemput saya ke open house anda, sila email ke kedondongmasam@gmail.com ok.
(Rumah ai...ermm, tunggu lepas musim raya kalau ai larat nak buat keje sensorang...hehe)


Rendang Pedas Daging : resipi campak-campak

Aku dah plan dengan kak ame, dia buat rendang dendeng, aku buat rendang pedas, nanti kita switch. Yeah, tak payah aku masak banyak2!

resipi rendang dendeng aku dah bagi kat dia.

kali ni aku nak buat rendang pedas daging negeri perak, yang hiris ye, bukan yang blend!
kalau arwah pah ada, mesti kitorang dah kumpul kat dapur umah kualer buat mende ni...sob sob...

anyway, resipi rendang pedas ku...

2kg daging - potong kiub kecik-kecik
kunyit sebesar ibu jari - tumbuk


(yang bawah ni semua hiris halus-bahan-bahan leh tambah atau kurang mengikut citarasa)
halia sebesar 2 ibu jari
serai 5 batang
daun kunyit 5 helai
bawang merah 15 biji
bawang putih 10 ulas

cili boh - aku guna cap puteri sebab rasa dia natural, dan sebab aku malas nak blend cili kering
santan

(yang ni masuk last)
garam
gula
asam keping

perap dan masuk semua dalam kuali
masak semua sekali dan rasa (bulan pose jangan makan dulu eh!)

dan boleh makan!

gambor takde eh? hmm, baru nak buat satgi :)



Wednesday, August 24, 2011

Bingai!

Kang aku panggil bingai, marah plak!

Sent from my iPhone

Lil Muhammad kena kokak!


Dah la aku bengang bila tengok rambut dia dah kena kerat, tangan pulak berbirat-birat.

Sepatah pun idak kat aku nih.

Nak tanya aku dah malas, nanti jawapnya sama je.

Nanti kata aku bias, menangkan anak sendiri je, anak orang aku nak salahkan.

Ye, aku tau anak aku suka rebut mainan, cembeng...

Tapi kot ye pun, tengok-tengokla sikit budak yang lagi satu tu, yang memang sume orang tau suka gigit orang lain.

Ini baru satu tempat, ari tuh aku tengok sampai TIGA gigitan kat tangan Lil Muhammad.

Bukan sekali dua, rasanye ni dah kali keduploh dah ni.

Bukan senang nak cari BS wehhhh :(

Bencana nak datang dah...

Dulu,
Lu pada gua is somebody

Sekarang,
Gua nampak lu as nobody

Konklusi,
Baik gua lari sebelum lu dapat cari gua, sebelum bencana melanda!

p/s: mekasih sahabat bagitau aku pasal dia tadi...

Sent from my iPhone

Tuesday, August 23, 2011

crash!

otak aku yang crash!

maklumla, mood raya sudah mali.

takde idea nak buat keghoje nih. camne?

dok pikir sabtu nak cari daging, nak hiris serai, daun kunyit, halia, bawang... hahaha...

dengan appointment doctor untuk Lil Muhammad lagi...

how i wish ada 48 jam dalam sehari!

Monday, August 22, 2011

Rendang Pedas Daging _ Warisan Turun Temurun

Hari ni ada masa terluang sikit.

Saja aku belek statistic post bulan ni.

Wah! Mencanak-canak orang google resipi chocolate chip famous amos dengan rendang dendeng

Erm, terus rasa nak buat biskut petang ni.

Rendang dendeng plak, tahun ni macam dah tak kuasa nak buat.

Tahun ni aku nak buat rendang pedas jelah! (Aku masak style orang perak, hiris halus-halus, tak main la pakat blend je sumer halia, daun kunyit, serai tu...)

Hinsh...hinsh...bersemangat nak menghiris ni...

Harap-harap bahan sumer cukup, minggu ni aku beli kuali baru demi rendang pedas itew!!!!

Sunday, August 21, 2011

Bahan Baeeekkkkk

Tiba-tiba rasa nak berkunjung ke laman pengikut (TM dah lama buat dahhh).

Mood time ni agak sayu.

Jangan tanya kenapa sebab aku pun tak tahu.

Bila baca tentang menangis, entri adakala kita perlu menangis buat aku terpana kejap.

Terkenang kejap kisah-kisah lama...hikhik

Terus baca entri kami dah putus, bukan aku menyesal, saja terkenang...

Dan rasa sesal (ada sikit kot), sedih, melabun dan macam-macam perasaan lain terus lenyap.

Kiranya, kita kena redha dengan perjalanan hidup kita.

Walau susah, walau senang.

Kalau mudah, kita kongsikan...

Kalau payah, kita perbaiki lagi...

Sekadar renungan...

Friday, August 19, 2011

Resipi Chawan Mushi

dulu aku pernah try satu resipi tu tapi macam tak jadi...

aku pun callin-calling Ayu kat Jepun, mintak resipi sebab En Suami teringin bebenor nak makan.

Ayu pun share satu link ni, http://hanamemories.blogspot.com

Alhamdulillah, menjadi dan sangaaaatttt sedap...

Wiken ni teringin plak nak buat, walaupun En Suami tak ada :)


Bahan-bahan
  • 1 biji telur size L
  • 160ml stok dashi - jika tiada bleh gune stok ayam@ikan bilis
  • 1/2 sk souyou@kicap jepun - jika tiada bleh ltk garam sedikit shj
  • 1/2 sk gula
Filling - bleh ltk ikut suka
  • 50g daging ayam - potong kecil2
  • 2 ekor udang segar - buang kulit
  • 2 biji shitake mushroom - hiris
  • 2 batang crab stick
  • 1/2 sk syouyu@garam@kicap cair
  • 1/2 sk minyak bijan - optional
  • daun ketumbar
  • potongan carrot kukus utk hiasan
Cara-cara
  • Gaul ayam dan udang segar dengan syouyu dan juga myk bijan. ketepikan.
  • Kocok telur sebentar. Masukkan stok dashi, syouyu dan sedikit gula. Kacau kemudian tapiskan.
  • Sediakan cawan@tea cup, masukkan ayam, udang, crab stick. Tuangkan telur tadi.
  • Panaskan kukusan. Kukus 10-12min dengan api perlahan. Tutup periuk kukusan dengan kain. Boleh juga menggunakan oven dengan kaedah waterbath. Tapi pastikan bekas tuh bleh masuk oven yer!
  • Dah masak, angkat dan letak hirisan daun ketumbar dan juga potongan carrot kukus td.
  • Siap dihidang.
TIPS supaya mendapat hasil telur yang cantik;
  • Telur jgn terlebih pukul. Kacau sekadar pecah kuning telur dan sebati shj.
  • Api kukusan jangan buka terlalu kuat. Buka api kecil sahaja.
  • Letak bamboo mat di atas chawan mushi semasa mengukus. Jika tiada cukup sekadar letak kain pada penutup periuk kukusan.
  • Buka sedikit periuk kukusan atau ltk chopstick seperti dalam video ini.

Thursday, August 18, 2011

Mana Mak?

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.


Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian


Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 


Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

 

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.


Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"  

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.




Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

p/s: terima kasih kat kakak aku sebab tolong emailkan cite ni sampai aku tersok sek sorang-sorang kat opis...uwaaaaa 

Tuesday, August 16, 2011

Aku digoda...dan ya, aku tergoda!

Dalam fb pun digoda
Dalam blog pun digoda
Sembang dalam telefon pun digoda

Akibatnya
aku benar-benar tergoda

Semalam jam teruk
Walaupun aku balik awal dari opis
Sampai rumah dekat pukul 7 juga

Hati dah tak tenang
Jiwa tak tenteram
Terbayang-bayang

Isk
Tak dapat aku bayangkan
Nikmat dan keseronokan itu
Uish...

Berbuka dengan jiwa yang kacau
Tak sabar dah rasanya

Lepas Maghrib, aku intai
Hmm...line clear
Lil Muhammad pun main sorang-sorang

Aku gomol semua sekali
tapi tak boleh lama-lama

Hah, dah panas!
Boleh aku masak cucur bawang ni!!!
Yay...

Enaknya makan cucur bawang :)

Meeting in Progress

Shhh...tak boleh bising-bising!

p/s: mintak maaf ye tuan punya tepon ngan spek mata, amik gambo tanpa kebenaran

Monday, August 15, 2011

Meriam Buluh Halal!

Kome pernah tengok?
Kome mungkin pernah dengor...
Kome mungkin tak berjaya lihat dengan mata kepala sendiri...

Teman dari kecik,

Biasa dah dengor...
Biasa dah tak boleh tido malam...
Biasa dah naik pekak telinga teman...

Dummmm....
Dummmmmmmm....
Dummmmmmmmmmm....

Lepaih je Pemegang Mohor DiRaja buat pengumuman
Deme mula bakor meriam
Dari malam sampai ke pagi raya
Pagi raya pun masih berdentum-dentam

Dulu deme kata tak boleh main
HARAM wehhhh...

Ate
Orang yang mainnya pun pakat-pakat bekas askar, bekas polis (yang belum jadi bekas pun ada jugak..teman taw...toksah nak tipu)

Pah kata,
"kome budak-budak kecik jangan gatai nak seberang sungai tengok orang main meriam!"

Itu dulu...
Sekarang, nak main meriam tu dapat kelulusan Sultan.
Heritage katanya.
Jadi, dah HALAL la main meriam ni wehhh...

Ni gambor tahun 2009, kat belakang rumah Pah.

Sunday, August 14, 2011

Hari tu Pn Munirah ada buat n3, untuk sesiapa yang nak sampaikan salam buat Norma.
Korang dah tau pasal Norma kan?

Maka, aku pun titipkan sesuatu.
Mungkin tak bermakna bagi sesiapa, tapi itu mungkin yang termampu aku kirimkan buat Norma kala ini.
Mudah-mudahan Norma akan bertambah pulih.
Moga-moga Syawal ini dapat menyaksikan Rafiq dapat berhari raya buat pertama kali dengan mamanya.
Supaya, Talib lebih ceria berhari raya dengan anak dan isteri tercinta.
Insya Allah...

Salam norma dan keluarga

Berbanggalah,
kerana menjadi insan yang dipilih olehNya,
insan yang diduga adalah insan yang disayangi Allah

Bersyukurlah,
kerana mendapat keluarga yang penyayang,
yang sentiasa di sisi walau apapun yang mendatang

Berdoalah, dan jangan berhenti...
demi anak dan suami
demi adik neradik dan ahli keluarga
kerana Allah tidak pernah lupa mendengar doa hambaNya
kerana Allah sayangkan hambaNya

Berjuanglah,
walau hingga ke titisan terakhir
jangan mengalah, kerana itulah kekuatanmu

Talib,
Jangan dikesalkan dugaan yang diberi
kerana di situlah kasih sayang sebenar mula terpancar

Buat semua yang sentiasa di sisi Norma, yang setiasa menjaga, mengasihinya
Kalian adalah insan terpuji
Yang tak pernah mengenal erti penat dan lelah
Yang tak pernah mengeluh walau diuji
Yang sentiasa senyum di hadapannya walaupun hatimu diruntun
Tabahlah selalu

A relatives once quote me, "when taking care of the one with the pain, sometimes people forgotten about the pain of the primary caretaker..."
BErsabarlah, Berdoalah, Berusahalah

dan tawakkal kepadaNya...

Friday, August 12, 2011

Karipap-Karipap Cinta

Okey, akan ditayangkan di pawagam berhampiran anda mulai 31 Ogos ini.

Kenapa aku beria sangat nak promosikan kat sini?

1. Nazri M. Annuar adalah schoolmate aku walaupun bukan classmate aku
2. Karya-karya beliau banyak yang dah ada dalam koleksi aku (walaupun sampai hari ni aku tak berjaya dapat yang ada tandatangan dia)
3. Karya-karya dia sangat bersahaja, lenggok bahasa yang mudah difahami
4. Ye, aku tau aku tak baik dengan dia pun zaman sekolah dulu, tapi aku menghargai karyanya (aku takde niat membodek ye)
5. Sokonglah industri filem negara

p/s: Blog Nazri M.Annuar atau Dunia Vovin boleh dilayari di sini.

Tapi, bila aku kenangkan Lagenda Budak Setan the Movie, adalah sangat mengecewakan sebab aku lebih menghayati novelnya. Maka aku pilih novel lebih dari movie.

Untuk kes Karipap-Karipap Cinta pulak, aku belum beli novelnya (maaf ye Beron, err, ini panggilannya suatu masa dahulu, ko tak marah kan?) Maka, aku harus berkejar ke kedai buku berdekatan untuk beli sebelum kehabisan di pasaran. Dan apa jua outcome dari movie itu nanti, aku akan cuba untuk tidak buat perbandingan sebagaimana LBS.
(Kalau ada yang tak ok, aku terpaksa juga beri komen membina)

Ada juga blogger yang kutuk habis-habisan karya ni, tapi bagi aku terpulang kepada pembaca sebab tak semua orang ada citarasa yang sama.

Di sini juga saya nak mohon rakan-rakan blogger sekalian, supportlah sahabat saya ni ya! Jangan lupa beli tau! Pukul 8 pagi ni dia akan ke udara dalam Nasi Lemak Kopi O di TV9...


Wednesday, August 10, 2011

Pesta Panjut Kat Kualer

Dan Ramadhan pun tiba...

Bila tiba malam-malam terakhir Ramadhan, arwah Tok akan bawak kami pusing-pusing Sayong. 


Mula-mula mesti singgah kat Talang, kawasan yang ada jual peralatan sembahyang cina.
Ada jual mercun, macam-macam jenis mercun ada.
Yang paling aku ingat, mercun katak dan mercun parachute.

image : ihsan dari google
Dalam koleksi gambar aku, tak ada langsung gambar panjut kat Kualer.
Kalau ada, sangatlah blur dan nampak gelap aje.
Maklumlah time tu tak wujud lagi DSLR segala bagai.
Yang paling canggih pun, kamera Panorama yang Chu beli kat Jepun.
Gambar kat atas ni pun, rasanya waktu YM Raja Nazrin kahwin.


image : http://ahazeman.blogspot.com/2009_09_01_archive.html

Bila tiba pesta panjut, Kualer yang gelap akan jadi terang-benderang.
Segala ceruk kampung, even reban ayam pun berseri-seri.
Kat rumah pulak, kitorang berebut-rebut nak pasang panjut kat depan tu.
Kalau ada pakcik-pakcik aku yang rajin, cari buluh dan buat pelita buluh...



Bila dah jarang balik kampung, aku rasa rindu sangat.
Syahdu ya amat nak melalui saat-saat itu semula.
Kalau boleh kuundurkan masa, for sure aku tak akan sia-siakan kenangan tu.

I miss Kuala Kangsar sooo much.........




Tuesday, August 9, 2011

Arwah Tok & Pah...dalam kenangan

Mode : Refreshing old memories...

1980an...
Aku, Kak Fieza, Boboy...kadang-kadang Nurul & Anith pun akan ada sama.
Berhimpit-himpit dalam kereta Renault kaler hijau kepunyaan arwah Tok.

Tak kira bila, selalunya waktu pagi, Tok bawak ke rumah anak-anak yatim kat Kota Lama (dah tak ingat Kanan atau Kiri).
Tak kira bulan apa, Tok akan bawak juga cucu-cucunya pergi ke sana.

Supaya kami sedar, yang kami masih lagi beruntung.
Supaya kami sedar, untuk berkongsi kebahagiaan dan kesenangan dengan mereka.
Supaya mereka turut bahagia, dengan apa yang kami hadiahkan...

Memang kami sedar, malah sedih bila Tok dah tak ada lagi...
Tak ada siapa nak bawak kami ke sana lagi 
Dan terus teringat kala Ramadhan...


nanti aku sambung kat entri seterusnya...

Al-Fatihah buat kedua-dua nenda tercinta
Abdul Rahman bin Alang Md Yasin
Puteri Aishah binti Megat Itam

Monday, August 8, 2011

Kisah Norma, Talib dan Rafiq

Aku copy dari blog Puan Munirah.

Menitik air mata.

Dalam bahagia kita, ada yang sengsara
Dalam kita sengsara, rupa-rupanya masih ada yang lebih sengsara

Siapa Norma, Talib dan Rafiq?
Norma dan Talib - Wedding Day
Norma and Talib - Kasih Sayang si suami
Norma at home
Rafiq, yang masih dahagakan kasih sayang seorang ibu

Ini pun aku copy dari blog tuan punya...

Hows Norma

Thanks all sebab sangat rajin bertanya kan khabar pasal Norma

Those who are still new to this blog here's the summary

Norma is my biras
Age 26 , suffer brain cancer stage 4
Married last year Mac 2010 , lahirkan rafiq bulan Jan 2011
Start sakit masa pregnant 7 bulan .
As soon bersalin terus dia tak boley bangun
The cancerous tumor is 7 cm kat saraf tunjang dia
5 X operation . 2 mon after operation ...tumor tew membesar balik
dah 15X radioterapi tapi tak memberi kesan
she is to weak for kimo
hospital dah surrender
now dia berada di rumah nya at Balakong
Ini pulak rentetan kisah Norma...

1 Mac 2011 Norma di sahkan ada brain tumor
2 Mac 2011 Doc pasang shan di kepala Norma
6 Mac 2011 Talib n Norma's 1st anniversarry
8 Mac 2011 1st operation remove kan tumor
operation 10 hour++
14 Mac 2011 Norma HKL day 14
20 Mac 2011 Norma ICU day 5 HKL day 20
22 Mac 2011 Norma HKL day 22
26 Mac 2011 Norma HKL day 25
27 Mac 2011 Norma HKL day 27
28 Mac 2011 Norma HKL day 28
1 April 2011 Norma HKL day 32
3 April 2011 Norma HKL day 34
5 April 2011 Norma HKL Day 36
7 April 2011 Urgent - Norma makin lemah
8 April 2011 Norma HKL day 39
11 April 2011 - Norma HDW , HKL day 42
sumbangan utk Rafiq
15 April 2011 Norma HKL day 46
18 April Norma HKL day 49

tgh risau kan pasal Norma ...my Hubby plak kena operate sebab colon cancer
25 April 2011 Sutan kena operate
kisah pembedahan pak sutan 24 April - 30 April 2011

masa tew jugaks dapat tahu cancer Norma stage 4
Norma stage 4

5 May 2011 Norma operate kali ke 5 HKL day 66
10 May 2011 Norma HKL day 71
12 May 2011 Norma HKL day 73
22 May 2011 Norma HKL day 83
Abdul Rafiq is 4 Months
1 June 2011 - Norma di Onkologi , HKL day 96
5 June 2011 - Norma pulang ke Rumah
15 June 2011 - Emergency
17 June 2011 - This entry

Aku sangat sebak...



Ya Allah, tak dapat aku gambarkan kesedihan bila baca blog Puan Munirah aka Kak Moon ni.
Aku tak kenal siapa dia. Tapi persaudaraan sesama Islam membuatkan aku terpanggil untuk hebahkan di sini.
Apa yang dapat kita bantu, kita bantu.
Kalau tak dapat dari segi material, cukuplah doa yang kita sampaikan dari kejauhan.

2kilo dah!!!

org sibuk gi terawih malam pertama
aku sibuk cari penimbang
ok, aku dah catit

hari ke 2 puasa
jarum ada gerak ke kiri sikit
mungkin kena calibrate kot

hari ke 4 puasa
eh, betul la ada gerak ke kiri
tapi still tak pueh ati

hari ke 6 puasa
uiks...minus 2kg
betul ke nih? (sengih sorang-sorang)

hari ke 7 puasa
cari penimbang kat tempat lain
wah...betul la
penimbang aku tak rosak!!!

hari ke 8 puasa
aku kena teruskan misi...

by raya
10 kg must shed away!
psst...jangan raya nanti naik double udah laaa

Friday, August 5, 2011

SEPENDA tu apa weh?

korang tau tak SEPENDA adalah singkatan untuk apa sebenarnya?


p/s: AKU, tolong jangan jawab...aku tau ko dengar jawapannya tadi...
      MYSELF pun tak bleh jawab!!!! haha

You & Me, Me & You

When we are apart

A part of me is missin...


gila jap pala otak aku nih!

Thursday, August 4, 2011

Birthday En Suami...

It was his birthday...

Hadiah? Kad? Kek?

none of the above...

tak sempat sebab aku terlalu sibuk

dia pun terlalu sibuk



semalam baru sempat beli kad

semalam En Suami mintak tolong belikan alarm clock, yang bunyi kuat dan boleh snooze

merata aku cari tapi tak jumpa

mujur jumpa juga kat JJ Wangsa Maju

kira hadiah birthday boleh?

malam tadi juga dah pas kat Pejal

flight Pejal pagi ni, jumpa En Suami kat sana


Happy Birthday Sayang...

dah berapa ye umur u???

Hehehe

from a birthday card which i stumbled upon yesterday;

"To be OLD and WISE, you must first be YOUNG and STUPID"

perlu reboot!

it was such a hectic weekend, and miserable past few days...

macam-macam hal nak kena setel

sampai satu tahap, aku tak rasa macam orang dah

macam zomba kot!

maka, aku perlu reboot semula otak nih...

a vacay perhaps?

Wednesday, August 3, 2011

Ada Beza Ke?

 
Cuba teka...





Yang atas 2 bijik tuh ialah USB Hub.

Yang bawah ialah ubat semput aku...

blueh..takde keje nih!

S-26 Mama (For Pregnant & Breastfeeding Mom)

 
Bila Ami bagitau G-ha dah 8 minggu, aku terus amik setin susu.
Lom bukak lagi...

Aku beli kat motherhood expo.
Aku tak minum pun.
Sebab tin lama pun tak habis-habis lagi.

Sample ari tu macam sedap gila.
Dah beli macam tak sedap je.

Bukan aku bagi sisa.
Tak nak bazir, sian orang Somalia weh...

Monday, August 1, 2011

Buah Hati Mama

 
Pejam celik Lil Muhammad dah besar.

Dah pandai sepah barang... :)

Dah pandai demand mainan.

Tapi bila dapat mainan, Lil Muhammad buang bila nampak buku.

Lil Muhammad lagi suka baca buku daripada duduk mengadap mainan.

Lil Muhammad hapah tak hajab bila bukak kartun kat tv. (Aman mama nak tengok Chuck dan Grey's Anatomy!)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...