aku pun callin-calling Ayu kat Jepun, mintak resipi sebab En Suami teringin bebenor nak makan.
Ayu pun share satu link ni, http://hanamemories.blogspot.com
Alhamdulillah, menjadi dan sangaaaatttt sedap...
Wiken ni teringin plak nak buat, walaupun En Suami tak ada :)
Bahan-bahan
- 1 biji telur size L
- 160ml stok dashi - jika tiada bleh gune stok ayam@ikan bilis
- 1/2 sk souyou@kicap jepun - jika tiada bleh ltk garam sedikit shj
- 1/2 sk gula
Filling - bleh ltk
ikut suka
- 50g daging ayam - potong kecil2
- 2 ekor udang segar - buang kulit
- 2 biji shitake mushroom - hiris
- 2 batang crab stick
- 1/2 sk syouyu@garam@kicap cair
- 1/2 sk minyak bijan - optional
- daun ketumbar
- potongan carrot kukus utk hiasan
Cara-cara
- Gaul ayam dan udang segar dengan syouyu dan juga myk bijan. ketepikan.
- Kocok telur sebentar. Masukkan stok dashi, syouyu dan sedikit gula. Kacau kemudian tapiskan.
- Sediakan cawan@tea cup, masukkan ayam, udang, crab stick. Tuangkan telur tadi.
- Panaskan kukusan. Kukus 10-12min dengan api perlahan. Tutup periuk kukusan dengan kain. Boleh juga menggunakan oven dengan kaedah waterbath. Tapi pastikan bekas tuh bleh masuk oven yer!
- Dah masak, angkat dan letak hirisan daun ketumbar dan juga potongan carrot kukus td.
- Siap dihidang.
TIPS
supaya mendapat hasil telur yang cantik;
- Telur jgn terlebih pukul. Kacau sekadar pecah kuning telur dan sebati shj.
- Api kukusan jangan buka terlalu kuat. Buka api kecil sahaja.
- Letak bamboo mat di atas chawan mushi semasa mengukus. Jika tiada cukup sekadar letak kain pada penutup periuk kukusan.
- Buka sedikit periuk kukusan atau ltk chopstick seperti dalam video ini.
No comments:
Post a Comment