Bahan-bahan:
	
	
	
	
	
A)
	3 biji telur
	2 cawan gula
	2 sudu makan esen Vanilla
	*campur semua, blend sehingga kembang dan gula hancur
	B)
	1 peket Nescafe 3in1 (warna merah)
	1 cawan air suam (bancuhkan Nescafe hingga larut)
	1 cawan minyak jagung atau minyak biasa
	1 cawan susu cair
	*campurkan semua
	C) 
	2 cawan tepung gandum
	1 cawan serbuk koko
	2 sudu teh baking powder
	1 sudu teh soda bikarbonat
	*campur dan ayak 2-3kali
	Cara-cara:
	• Campurkan bahan A dan B.
	• Tuang campuran perlahan-lahan dalam bahan C sedikit demi sedikit sehingga habis.
	• Gaul dengan rata.
	• Tuang ke dalam loyang yang disapu minyak.
	• Kukus sehingga masak, anggaran selama 45 minit dengan api sederhana.
	• Sejukkan sebelum meletak topping.
	TOPPING CHOC FUDGE
Bahan-bahan:
1 sudu besar esen vanilla
3 sudu besar tepung jagung
2 cawan susu segar full cream Dutch Lady
7 sudu serbuk koko
6 sudu gula
Cara-cara:
• Campurkan semua bahan dan blend
• Masak menggunakan api yang perlahan dan sentiasa kacau kerana mudah hangit
• Letakkan topping di atas kek
• Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing
Notakaki: Masaklah dengan penuh kasih sayang dan sentiasa berzikir. InsyaAllah kek akan lebih sedap dan sentiasa diingati oleh mereka yang memakannya.

No comments:
Post a Comment