I Will Follow You...

Thursday, March 31, 2011

Pembimbing rakan sebaya

Aku kurang pasti bila PRS ni wujud kat sekolah. Yang pasti, aku terpilih sebab aku salah seorang pengawas. (jadi pengawas pun sebab aku ni nakal sangat!)

Antara tanggungjawab PRS;
1. menjadi tauladan kepada semua
2. menjadi pendengar setia terhadap rakan di sekeliling
3. memberi pendapat ke atas masalah tetapi bukan membuat keputusan mahupun memberikan penyelesaian
4. merahsiakan setiap perbualan

Ramai yang selesa bercerita pada aku. Mungkin pendapat aku ketika itu agak bernas. Mungkin mereka rasa aku mampu menangani setiap masalah yang aku hadapi kerana tak pernah lekang senyuman di bibir. Dan tak lupa juga, rahsia mereka selamat denganku.

Tahukah mereka, di sebalik senyuman itu terhimpun kisah duka lara yang tak mampu diluah. Hanya dengan menjadi pendengar setia aku tabahkan hati dengan berkata pada diri, "seberat-berat dugaan yang aku terima, mereka ini lebih hebat diuji"

P/s: berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Oleh itu senyumlah...

Senyum, tak perlu kata apa-apa!

Wednesday, March 30, 2011

Renew roadtax di myeg?

Semalam baru perasan roadtax dah meninggal dunia 5 hari lepas! Wah, aku dah siap jalan ke hulu hilir dengan road tax tu. Nasib baik tak ada road block! Kalau tak, naya la aku...

Geran dan insuran pun tak bawak semalam. So aku pun try la surf kat www.myeg.com.my. 

Wah, aku kagum! Renew pukul 940 pagi, pukul 4 petang dah deliver kat opis! Inilah baru dikatakan efisyen dalam Order-To-Delivery...

Tuesday, March 29, 2011

Solatlah Wahai Anak...

Macam ni la rupanya Maghrib di rumah bila mama dan Muhammad tinggal berdua. Mama solat dan Muhammad akan rukuk dan sujud entah ke mana kiblat. Tapi tak apa, jadikan latihan wahai anak. Nanti dah besar jangan lupa solat!

Sent from my iPhone

Monday, March 28, 2011

Akademi Fantasia @ AEON AU2

Aku taklah fanatik AF, tapi terserempak pulak dengan preview AF kat Jusco AU2.

Ni Pak Nil tengah perkenalkan student Akademi Fantasia musim terakhir.

So lepas ni bolehlah tengok student AF belajar secara live kat Jusco tu. Erm dah macam dalam zoo pulak student ni...

Sent from my iPhone

Dari mata ke hati

Malam tadi segmen dari mata ke hati oleh Prof Dr Muhaya agak menarik.

Topik yang dibincangkan;
Mengawal stress anda!

Pertama sekali,
Memperbetulkan kaedah pernafasan agar kita terus bernafas dalam keadaan tenang.

Kedua,
Kikis ego kerana ego itu membuat kita stress.

Ketiga,
Cara membuang ego adalah dengan sentiasa bersangka baik pada orang lain supaya tidak selalu mencari keburukan orang

Keempat,
Dalam semua kaedah di atas, jangan lupa dekatkan diri padaNya. Solat dan doalah...

Akhir sekali, pesanan dari Prof: 
Suami dan isteri adalah hadiah dari Allah. Sayangilah, hargailah suami atau isteri anda. Dan sentiasa redha dengan ketentuanNya...

*aku masih rasa senak... :(

Sunday, March 27, 2011

Kalau tak reti, jangan guna!

Ko kenal aircond tak?
Ko rasa-rasa, ko adjust suhu dari 25 gi 16, leh sejuk dan-dan tu ke?
Ko rasa ko nak dok lama lam tu ke?
Paling lama pun setengah jam je...

So, takyah la rempuh masuk dgn muka tak mesra alam dan ala-ala tak puas ati sebab bilik tak sesejuk Kutub Utara!

Haih, dari nak buat ibadah bertukar jadi maki hamun (dlm ati je tapi maki la jugak namanya kan?)

Maafla ye, minggu ni aku agak jadikan tetingkap ini sebagai tempat luahan muntah royan aku.

Sila skip blog kalau takmo baca.

Saturday, March 26, 2011

Bengang Tahap Gaban

Nak lepas geram kat blog nih!
Sebab tak boleh lepas geram pada tuan empunya badan, nanti dok terasa hati pulak kan!

Geram sangat-sangat!
Rasa nak bertukar menjadi Kesatria Baja Hitam.

Kalau nak cerita in detail pun dah tak terluah rasanya.

Haih apa punya entri la malam ni.

Jom angkat wudhu. Kita tenangkan diri, itu lebih baik.

*tidak-tidakpun, ada gak kurang bengang aku lepas tulis ngarut camni.

Friday, March 25, 2011

Nak letupkan keta aku ke?

Tobat tak pegi dah BHP Seri Petaling.
Napa?
Ni kira ajal lom sampai la aku mampu menulis.

Adake patut? Minah pam atendan ni selamba je bukak penutup minyak tu sambil aku dok kuar duit, dok shoping jajan, dok bayar dan dia pulak nyadin aje cakap tepon betul-betul depan tangki minyak yang terbukak tu!

Hoi! A spark could blown you away tau!
Bila aku bebel, dia kata "saya dah biasa kak".

Err...takpela, aku takmo menambah statistik kematian eh.

Thursday, March 24, 2011

Air tangan suami


Jumaat lepas aku give up.
Tak larat nak masak sebab ada banyak kerja rumah tertunggak.

Pada En Suami, aku beritahu yang dapur tutup hari ni.
Sebagai balasan, aku belanja dinner! Yay!

En Suami malas nak keluar. Sudahnya dia yang masuk dapur.
Dapatlah aku merasa kari ayam dengan 'hidangan' kat atas tu.

Sayur kubis + carrot + tomato + cheese = err, tak tahu nak bagi nama apa.

Walaupun nampak pelik, tapi aku tabik sebab sedap!

Lepas ni, bolehlah masuk dapur lagi ye!

Wednesday, March 23, 2011

Hamba

Lesu

Tak terluah apa-apa
Waima tiada riak muka
Untuk menggambarkannya

Hati

Teduh sekali
Jiwa kosong
Nafas terhenti

Diri itu

Diam
Keluh
Tangis

Disesali tiada gunanya
Langkah diatur
Selangkah demi selangkah

Gigih
Tabah
Redha pada ketentuanNya

Hari ini

Dia iktikaf
Sujud
Mohon padaNya
Cahaya di lorong itu

Tuesday, March 22, 2011

Dia.

Dia pernah hadir
Walaupun seketika (4 tahun kira kejap la kan?)

Dia pernah menggembirakan
Tak kurang juga menyakitkan jiwa dan perasaan (1:100, bahagia:derita)

Hari ini dia hadir lagi
Aku mimpikah?

Diam, teleku, fikir sejenak.

Walaupun kau hadir berkali-kali
Aku tetap kan berlalu pergi

Sapa suruh aku gatai bercibta zaman belajo!!! Ngeh ngeh

*for someone, somewhere, somehow

Monday, March 21, 2011

Habit: Suka + Benci

Goyang Kaki

Ada tak habit SUKA goyang kaki bila dok kat meja?

Perasan tak orang sebelah jeling-jeling?

Maksudnya orang tak selesa dan BENCI, sebab meja tu bergoyang-goyang!

Sendiri mau ingatlah...

Sunday, March 20, 2011

Another Steps!!!


Dah 1 tahun dan 1 minggu usia Muhammad Amirul Al-Raziq.

Terasa baru semalam aku pegang kaki kecilnya yang sebesar dua jari itu. Hari ini, kaki itu mampu berdiri dengan sendiri. Gagah melangkah lantas membuatkan aku rasa dia semakin besar. Harapan aku, janganlah ada apa-apa yang merenggangkan ikatan kami berdua biarpun masa yang terluang untuknya agak terbatas.

Mama sayang Muhammad...Kala ini, sebuah ciuman hinggap di pipi kecil itu yang sedang asyik diulit mimpi...

Saturday, March 19, 2011

Aimran dan MRSM

Hujung minggu ni Aimran akan ke MRSM Kuala Kubu.

Rasa baru semalam aku bawak dia jalan-jalan naik keta di usianya 9 bulan. Sangat mendengar kata dan sangat senang nak bawak dia jalan-jalan dalam keta.

Tak sangka, dah naik Tingkatan 1 rupanya. (Diam tak diam, aku pun dah tua la kan?)

Semoga menjadi insan yang berguna, berjaya dunia dan akhirat. Ciklin takde apa nak bagi. Harta pun tak ada. Cuma doa mengiringi tiap detik dan langkah.

Selamat Maju Jaya!

p/s: Muhammad dah tak boleh nak main dengan Abang bila Ciklin pergi rumah Abang Aimran...

Friday, March 18, 2011

Maka Luputlah...


Pagi tadi makan nasi dagang
Bajet-bajet kenyang sampai ke petang
Alamak, ada lagu pulak berkumandang
Cek-cek perutku yang bergendang

“Sabar ye perut, kita tunggu petang”
Sambil tangan usap-usap perut
Konon-konon nak memujuk

Tak boleh tahan bingitnya gendang
Meh kita “Mai Sechawan”
Minum Nescafe sambil cari kudapan

“Eh, ada roti dalam beg kesayangan”

Celup celap roti coklat
Tapi kenapa lain sikit rasanya?

Belek-belek label pada plastik
Tapi nampak gaya dah tercarik
Masih boleh dicantum balik

“TARIKH LUPUT 13 MARCH 2011”

Intai-intai pada kalendar
Hari ini 17 March 2011
Hmm, patutlah aku rasa pelik
Dah 4 hari expired rupanya

Mudah-mudahan esok aku bernyawa lagi untuk sambung komen kat sini :p

Kenyang dah pon!

*Gambar = tiada (nanti kata aku promote brand pulak!)

Thursday, March 17, 2011

Cahaya Itu Kembali


Cahaya Itu Kembali

Selepas beberapa hari yang agak kelam, sama kelamnya dengan cuaca di luar sana, hari ini aku nampak cahaya.

“Wah, aku pasti akan lebih bersemangat dengan kehadiran cahaya ini!”, kataku.

*Hmm…lampu kat surau dah tak berkelip-kelip dah. Lega mata aku mandangnya.

Warna Warni Kehidupan


Lihatlah sekitar alam
dunia luas terbentang

Betul sangatlah tu. Toleh kanan toleh kiri, Nampak pandangan yang agak menarik hari ni.
Amik henpon, klik sana klik sini.
Aku suka bila ada banyak warna.
Banyak warna-warna ceria.

Tambah pulak sarapan pagi ada yang belanja...Terima Kasih ye...lupa plang nak ucap tadi.
(Burrrppppp, kenyang sampai petang!)

Yang kuning : bekalan untuk si kecik
Yang hitam berjalur hijau : keperluan kerja
Yang lutsinar bertompok pelbagai warna : keperluan badan
Yang merah jambu : untuk manusia-manusia jambu macam mak, nokkss… (sambil tangan meliuk lintuk)
Yang kelabu : sebagai alat penghubung suara (jarang-jarang berbunyi pun)
Yang ungu : SANGAT penting sebelum aku fikir ‘aku bakal dijemput pulang’
…UBAT SEMPUT daaa

Depresi_akukah?


Aku rasa depresi kian menghimpit diri.

Kenapa?
Entahlah…aku cuma ingin lari dari semua keadaan ini.
Age crisis perhaps? – am still young at age!
PMS Syndrome might be? – don’t think soooooo

Aku lelah, lesu…

Wednesday, March 16, 2011

Life-Sacrifice-Happiness?

Life is full of sacrifaction.
Are you one of it?

Kebuntuan Melanda = Pegedil Ikan?


Buntu...(bukan buntut yer)
Buntu nak masak apa buat aku terpanggil untuk 5S dapur tu.

Sebelum ubi kentang bercambah, sebelum ikan 'beranak' dalam DF tu, baiklah aku bertindak apa yang patut.

Hasilnya...tarrraaa...pegedil ikan versi aku!

Bahan-bahan
Ubi kentang yang masih boleh dimakan (rebus dan lenyek)
Ikan yang boleh dimasak (goreng dan carik isinya)
Garam, lada hitam kasar, sedikit penggebu (kulit roti yang blom berkulat), sebijik telur (putih utk adunan, kuning utk celup) kebiasaannya aku letak daun sup dan bawang goreng tapi bahan-bahan tak wujud pulak dalam peti ais time ni.

Tempa adunan bulat-bulat yang leper (gasak engkorang lah), celup dlm telur kuning dan goreng dgn api sederhana sampai kekuning-kuningan.

Lepas tu makanlah!

Gempa Lagi : Jepun, M6.0 Sejam Yang Lalu

Sahabat di Jepun kemaskini status di FB.
Gempa melanda lagi.
Aduh, dugaan menimpa-nimpa.
Allah, lindungilah mereka.

Minda vs Fizikal

Fizikal aku masih cergas.

Minda ini berlari mengah
Tercungap-cungap kala hari baru sesuku
Mampukah menunggu setengah?

Aku pun tak tahu. Titik.

Tuesday, March 15, 2011

Is Facebook really closing down?

Benarkah seperti yang diwar-warkan seketika dulu?

15 mac akan jadi detik akhir bagi Facebook? Is Facebook really closing down today?

Aku menunggu...masih...

Takde pape pun?

Tanpa Facebook...
Gerhanakah malam-malamku?
Sunyikah hari-hariku?
Anti-sosialkah nanti aku?
Gilakah aku?

Errr... TIDAK bagi semua soalan di atas sebab Facebook aku tu pun dah agak bersawang dan makin kurang pengunjungnya...

Persoalannya...ada aku kesah ke?!?!

Bontot siapakah?

Ok, aku nak bayar utang kat Nizam. Gambo bontot! Hish... Bontot kuali ler...
(aku draf lama dah entri ni, dah seminggu terperuk)

Hitamlah hitam si pucuk manggis (aku dengar Bongai kat Pilah tahun 1999)
Hitamlah lagi bontot kuali aku...

Kuali ni panjang citenye, maka aku pendekkan:

Pertama;
Ini kuali pemberian mak ex boypren aku!
Zaman belajo dulu aku rajin masak (takde duit nak makan luar!).
Kisah terjadi bila mak ex bf aku ni datang menumpang tido, terkejut beruk la nengok dapur umah sewa aku nih. Aku baru pindah, rumah serba-serbi kekurangan. Bukan bermaksud mak aku tak mampu beli, tapi almaklum baru pindah dan dah orang nak bagi. Haha
Sebelum ni aku dok hostel, goreng telur pun guna seterika je, masak rendang lam periuk nasi. Tumbuk cili atau bawang guna spanar moto. Handal tak? Handal kan? Kan? Kan?

Kedua;
Waktu aku dapat kuali ni, lagi hitam bontotnya. Nak dibandingkan sekarang...huish banyak bezanya. Kuali di atas juga telah aku sental berkali-kali. Serta telah berkali-kali juga proses pemutihan dan penghitaman bersilih ganti.

Ketiga;
Usia kuali ni dah menjangkau hampir 9 tahun di bawah jagaan aku. Lama dah rupanya ye!

Keempat;
Aku masih guna kuali ni hingga hari ini sebab dah terbiasa, bukan sebab aku saja gatal nak
ingat bf lama! Tak kuasa aku nak ingat dah. Aku pun hampir terlupa asal usul kuali tu. Ahhh...tu sume cite lagho je..huhu

Kelima;
Ahh...gaji bulan ni aku beli barulah!!! (Kuali baru yang aku beli masih kekal baru sebab baru beberapa kali guna.)

p/s: ceit! Sampai abis bateri fon aku dok karang entri kuali nih. ^_^

Look Out Point, Ampang

En Suami at Look Out Point

View kurang cantik sebab tak dapat parking best. Maklumlah, banyak noo 'keta rosak' tersadai tepi jalan ni.

Seingat aku, kali terakhir aku jejakkkan kaki di sini ialah kira-kira 6 atau 7 tahun yang lepas. Waktu tu kami bertiga makan di gerainya di tepi-tepi jalan. Puas aku cari tadi tapi tak berjumpa. Rupa-rupanya dah diganti dengan restoran-restoran besar dan harga yang mahal, sudah pasti!

Hmm, hasrat hati nak lepak minum-minum dan bersantai. Kesian pulak kat si kecik yang dah layu matanya. Mungkin lain kalilah!

Monday, March 14, 2011

C.I.N.T.A

Cuba kau renungkan matamu yang ayu
Inginku nyatakan ke dalam hatimu
Noktah cinta kita sampaibya disini
Takkan musnah impian yang kuharapkan
Aku mengerti siapa diri ini

Kekayaan tiada dalam diri
Entah mengapa jadi begini
Nasib demikian rupa
Angkara dunia
Namun langkahku tak akan terhenti di sini

Aku malas nak sambung... Huhu

Cinta, bukankah sepatutnya bahagia? - quote from a friend...

Sunday, March 13, 2011

Road Closure MRR2

Adoila, boleh plak diorang tutup jalan kat MRR2 ni. Memula aku blur apsal diorang block main road. Tetiba nampak banner kat jejantas tu.
JELAJAH MALAYSIA 2011
batu caves-ampang-usim nilai

Ngok ngek sungguh! Buatla announcement awal2! Panas betul hati aku di kala cuaca panas terik ni...

Sent from my iPhone

Friday, March 11, 2011

Jadilah Pemandu Berhemah


Semalam mendengar kisah pakcik kepada En H membuat aku terpukul sendiri. Hari ini aku insaf, tak nak langgar lampu merah dan speeding bila lampu kuning.

Kisahnya (seperti yang diceritakan oleh En H pagi tadi); pakcik dia naik motor untuk beli makanan. Sewaktu sampai di traffic light, lampu tu dah kuning. Arwah ni pemandu berhemah, dia pun tak nak bahayakan diri dia sendiri maka berhentilah dia di traffic light tersebut.


Di belakang arwah ada sebuah kereta yang dipandu oleh seorang perempuan berbangsa ****** (tak boleh bagitau nanti dikatakan racist). Melihatkan lampu kuning, minah ni pun speeding tanpa terperasankan arwah yang dah berhenti kat depan ni.

Kesan pelanggaran tersebut, arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggalkan 5 orang anak serta seorang isteri. Innalillahirojiun…
sekadar hiasan

Moral :
1. Jangan speeding bila lampu isyarat bertukar kuning
2. Patuhi undang-undang jalanraya
3. Jangan ingat pemandu lain berfikiran sama seperti anda
Last but not least…
4. Hormatilah pemandu lain di sekeliling anda, terutamanya penunggang motosikal (tak semua penunggang motosikal itu adalah mat rempit, jadi jangan beri negative perception kepada mereka…)

Akhir kata, cerita ini sekadar renungan buat semua. Tidak berniat mengganggu sensitiviti mana-mana pihak.
Al-Fatihah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat...

Monday, March 7, 2011

Restoran Cosy Place @ Wangsa Maju

Ari tuh, tak ingat bila...En Suami ajak dinner kat tempat lain, tak lalu dah makan kat tempat biasa.
Pandangan Dari Luar Restoran

Sambil jalan-jalan kat Wangsa Maju tu, ternampak this Restaurant, mula-mula takut nak masuk sebab ingat tak Halal. So, aku turun dan tanya, rupa-rupanya kedai Melayu.
Ruang Makan Santai
the 'Suasana' 

Lil Muhammad enjoying His Farley's

The food was very tempting, harga reasonable and comes in big amount. (Kalau nak pergi lain kali boleh share je).

Our Dinner
2nd Course En Suami - Mushroom Soup 
Main Course En Suami - Rib Eye Steak Yang Sangat Sedap
Tengah fikir camne nak muat masuk lam perut! 




After : Dah tak larat!

Cuzzie's Day Out

Last Saturday, Chu ajak gi IKEA. Mula-mula Mama dan Chu je. Pastu Chu call Kak Fieza, kebetulan dia cuti so bolehla bawak anak-anak sekali.

Maka saratla satu kereta Chu tu dengan Mama+Chu+Kak Fieza+Fareez+Marissa+Muhammad+Me. End up, Mama dan Chu je yang bershopping pun. Yang bawak budak-budak kecik ni entah mana-mana perginye.

Sampai IKEA, call pulak Anith. Plan asal nak ke rumah dia lepas tu but since dia nak join kitorang kat IKEA, maka bertambahlah cucu Pak Tok Rahman kat IKEA nih.

We had lunch kat McD je sebab IKEA cafe sangat pack! Later we headed to rumah Ayah Nuar @ TTDI, makan-makan curry puff IKEA kat sana. Around 630pm baru la reti nak balik rumah...

Sunday, March 6, 2011

Lil Muhammad Turn 1 Today!

Anak mama dah setahun rupanya hari ni. Semalam, advance celebrate kat Hot Spring Selayang from 10pm until 2am pagi tadi...(suka-suka je ajar anak berembun!) Hari ni apa program pulak?

Hmm...nak dedicate this to Lil Muhammad lah!

My Lil Muhammad,
Hari ni jugak mama celebrate 1year of parenthood. Dan hari ni jugak mama bergelar 'mama'. Thank you sayang for being such a good and obedient boy.

My Lil Muhammad Amirul Al-Raziq,
Mama doakan agar anak mama menjadi seorang insan yang berguna, berjaya dunia dan akhirat. Mama doakan agar anak mama ni juga jadi anak soleh, mentaati agama dan mendengar kata. Jangan lupa doakan mama walaupun mama dah tak ada nanti.

Mama saaaayaaannngggg Muhammad!

Sent from my iPhone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...