I Will Follow You...

Friday, October 29, 2010

My Dear Warehouse Sale Kembali Lagi!

Yeay! I repeat...My Dear Warehouse Sale Kembali Lagi!...

28 Oct till 7 Nov...kena pergi nih...En Suami, bleh tak? hehe...


Apa yang ada kat sana? As usual...
Products Offered
  • High Chair
  • Bouncer
  • Stroller
  • Walker
  • Carseat
  • and more

Terms
  • Cash and Credit Cards
  • Time: 9am – 7pm
  • Tel: 603 8060 0093/95
Happy Shopping!

Wednesday, October 27, 2010

Suatu Pagi di MRR2_Part 4


Tak tau nak komplen camne dah jalan MRR2 tu. Lambat la aku pi opis tadi.

Why? Pergh…jam kaw-kaw kat Pandan till susur Jalan Kuari. Mati-mati aku ingat ada accident ke, lori terbalik ke, apa ke. Rupa-rupanya orang turap jalan dan causing the whole stretch of jam until taman melawati. Frust dibuatnya sebab timing dah cantik je time keluar rumah tu. Hmm…takpela, hari ni je. Sok jangan diorang sambung kerja-kerja menurap sampai Bandar Tasik Selatan plak. Naya aku…

Tuesday, October 26, 2010

Aku dan dilema


Dilema #1 : Nak cope dengan new environment kat office. Bukan apa, nak kena redah jam seawal terbit matahari, nursery plak bukak lambat. Haih…camne nak sampai awal kat opis nih! Ikut nasib la, kalau tak jam, selamat…

Dilema #2 : Nak cari rumah. Bukan apa, susah nak cari kat area “situ” dalam short notice. Sebab hotspot, padat penduduk, banyak kemudahan kat area situ. Tapi by hook or by crook, aku kena gak dapatkan within this week. Barang dah mula kemas sikit-sikit. Pinggan mangkuk tinggal yang guna daily je. Yang lain-lain aku dah pack supaya tak pecah. Baju pun dah pack tinggal yang nak guna je.

Bila masuk stor, aku menung…Where to start? Ahaha, ada jugak yang aku buang semua sekali nih. Itupun dah banyak yang aku buang. Just imagine, barang yang ada dalam stor semuanya adalah hasil simpanan dari aku kecik! While doing the packing last week, aku jumpa report card waktu darjah 1 till darjah 6. Pastu segala medal dari kecik sampai kat U, semua aku campak lam tong sampah.

Buku-buku dari sekolah rendah sampai kat U, pun dah kena buang. Except for hard cover book zaman U, aku put aside dan tengah fikir kat mana aku nak dump…huh…*thinking*

Salam dari Mekah

Received a SMS from mama today! Yay!

Mama dlm msjidil haram. Nak tunggu zohor 12.20pm waktu mekah. Dr 9am iktikaf, dpt tempat menghadap pintu kaabah. Smlm buat umrah wajib. Balik hotel 3 am. Jarak hotel 725 meter dr masjid. Ada shortcut. Alhamdulillah -

Sent: 26-Oct-2010 11:00:00 (waktu Mekah)
Received: 26-Oct-2010 16:04:53 (waktu Malaysia)

Gembira dengar mama dapat apa yang dihajatkan...

KT54, Penerbangan Pertama Ke Mekah


Penerbangan pertama memasuki Mekah, KT54 akhirnya selamat tiba walaupun nyaris-nyaris emergency landing di India kerana mak kak Liza sesak nafas dalam penerbangan. Alhamdulillah, aku dapat call mama malam tadi. Dengar suara mama agak penat, maklumlah 8 jam penerbangan dan ketika itu pula dalam bas, perjalanan ke Jeddah.

Mama bagitau, handle trolley bag mama patah. So mama kena angkat beg tu sorang-sorang. Sian pulak dengar macam tu. Takpelah mama, dugaan semua tu. Nanti mama beli je beg baru kat sana ye. Nanti kitorang masukkan duit untuk kegunaan mama kat sana.

Mama nak berehat, later mama free baru mama contact kitorang. Baiklah mama, rehatkanlah diri dulu ye. We Love You MOM!

Quote for today


'Seribu orang sahabat masih terlalu sedikit, tetapi seorang musuh sudah terlalu banyak' -Luqman Al-Hakim-

I bumped into this quote while surfing on the net. Renungkan maksudnya, betapa dalam pengertiannya. Renungkan pada diri kita, berapa banyak sahabat kita, berapa banyak pula musuh kita…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...