hoccay...
pinggang aku rasa nak patah...3d2n kl-bintulu-sibu-bintulu-kl
yang kl-btu-kl je naik flight, lelain by road...
anyway, very adventure la kan! gps tu kira reliable la kan???
tengkiu hubby for the unplanned holiday :)
next month kita buat gila2 camtu lagi okeh?!
p/s: gambo maleh nak update lagi...tunggu terrrrajin sikit
Aku mencorat dan mencoret, apa di sekeliling, apa dialami, apa dirasa, apa yang aku suka...
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Monday, September 19, 2011
Monday, September 12, 2011
Cuti-Cuti Merdeka Raya
Thursday, August 25, 2011
Bos, saya nak mintak cuti...approve ye?
Saya: Bos, saya nak cuti ye, sempena raya yang mulia ini.
Bos: Bila?
Saya: sabtu ni hingga isnin yang lagi satu.
Bos: Lamanya! Tak boleh kurang sikit?
Saya: Ala bos, sekali sekala
Bos: Tengoklah dulu, sekali sekala tolong jengah opis tu. Bersawang nanti!
Saya: Kira ok la ni bos? terima kasih bos! sayaaaaaannngggg bos! mwah mwah mwah!
*ok, bos dah bagi kebenaran untuk saya tidak mengupdate cite dalam blog selama saya bercuti ini. kalau saya rajin, saya lawat la blog untuk sapu-sapu sawang eh.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
buat semua umat Islam di seluruh dunia,
buat blogger yang sering melawat
samada yang sering titipkan coretan atau semata-mata jadi silent reader.
Mohon maaf andai ada terkasar bahasa, tersilap kata, terhiris hati dek bahasa yang kurang enak.
Semoga kita berjumpa lagi, semoga selamat dalam perjalanan walau di mana anda berada.
Kalau nak jemput saya ke open house anda, sila email ke kedondongmasam@gmail.com ok.
(Rumah ai...ermm, tunggu lepas musim raya kalau ai larat nak buat keje sensorang...hehe)
Monday, July 4, 2011
KUL-BTU-MRI-BTU....& KUL
Encik Suami nak pergi site lagi, kali ni 6 hari direct. Peningla aku kejap, dengan babysitter yang bercuti lagi...
Tiba-tiba Encik Suami bagi cadangan, "you ikutla sekali, tapi kena balik sendirila, sebab i kena stay..."
Ting! Lampu atas kepala pun menyala. Nasib baik gaji pun dah masuk. Apalagi aku pun carilah tiket termurah kat MAS, hampeh! Terpaksala amik AirAsia, Encik Suami pun terpaksa tukar flight dari MAS to AirAsia jugak. KUL-BTU-KUL RM585, angkat aje la.
Sampai je kat rumah (yang bakal Encik Suami menetap untuk beberapa bulan, tahun...erk!), terus aku pulak rasa nak pindah sini, hehehe. Fully-furnished dah macam rumah sendiri tu...waktu duduk Kuantan pun tak hebat camni...hihi.
Malamnya kami ronda-ronda Bintulu yang tiada apa-apa, part tu memang sedih...Tapi sempatla Encik Suami beli baju selai dua untuk Lil Muhammad (macamla kat KL tak ada kedai baju!)
Pagi-pagi kami bertolak ke Miri. On the way, Encik Suami singgah pergi site. Kata sekejap, makan sejam jugakla tunggu Encik Suami kat dalam keta! Lil Muhammad pulak tidur lena macam tak nak bangun-bangun. Nasib baik pun, sebab jalan ke Miri taklah berapa rata, setidaknya Lil Muhammad taklah meragam nanti.
Sampai Miri pukul 11 pagi, 3 jam setengah perjalanan termasuk lepas singgah di Similajau. Lunch di kedai melayu (orang kelantan) sebab tak berani nak redah kedai lain. Tiba-tiba Encik Suami dapat call, dia kena interview orang pukul 5 petang ni di Bintulu! Maknanya, pukul 2 paling lewat untuk bertolak balik ke sana.
Apa-apahal, Encik Suami nak sempurnakan juga objektif perjalanan kami.
Objektif Encik Suami : mencari makanan eksotik di pasar tamu!
Itulah perangai Encik Suami, sukakan benda yang pelik-pelik, suka explore, buat tambah ilmu katanya. Habis semua gerai di pasar tamu kitorang redah sampailah hujung sekali aku tunjuk peket- peket yang agak pelik kat Encik Suami. Nasib baik Encik Suami baru nak pegang plastik, dia ringan mulut tanya kat peniaga tu. Cis, khinzir rupanya!!! Adeh, terus trauma jap nak membelek-belek.
Tengok jam dah hampir pukul 1. Nak tak nak terpaksa berangkat juga. Tiba-tiba teringat yang tak ada gambar pun kami di Miri. Maka, Marriot Miri jadi mangsa lokasi kami untuk bergambar sebab on the way je.
Bermulalah pengembaraan 2 jam setengah kami, dan Lil Muhammad pun terus tidur lagi.
Lepas Encik Suami drop kami kat kondo, apalagi swimming time dengan Lil Muhammad. Lepas swimming dia lapar, baru senang nak bagi makan...hehehe. Sambil-sambil makan, baru perasan balkoni tu mengadap matahari terbenam. Nak ambil gambar dekat balkoni macam cuak pulak sebab tak selamat untuk Lil Muhammad. Gambar dari hall pun jadilah, sekali dengan budak comot tu!
Malam pula makan di Seribu Bintang, macam-macam ada. Encik Suami try set Melanau, makan linut dengan kuah asam, side dish ada umai mentah, paku pakis dan biji sago. Takat rasa sikit bolehla, tapi nak melantak...err...aku tak mampu kot!
Makan malam ni Rabbi beria-ia nak bayar. Terima kasih, semoga murah rezeki! Dan kami balik dengan perut yang sangat sarat, ambik barang dan check in hotel di town untuk hari seterusnya....lalu mata pun lelaplah...
Sent from my iPhone

Thursday, April 28, 2011
Pangkor Day 2 - Round island before snorkelling
Wednesday, April 27, 2011
Pangkor Day 1- Free n Easy
Pangkor Day 1 : Shah Alam - Lumut - Pangkor
Perjalanan hari ini dari Shah Alam ke Lumut mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih termasuk berhenti rehat 2 kali.
Setibanya di jeti, seperti biasa sesi ambil gambar non stop oleh jurugambar amatur. Dah lama aku tak ke pulau, termasuklah Pulau Pinang. Sekali sekala ambil angin laut dan pantai seronok juga. Tiba-tba rasa sebak, teringat Lil Muhammad kat rumah. First time rasanya duduk jauh dengan dia. Dan first time juga tidur malamku tanpa Lil Muhammad.
Ok, masa untuk menikmati pemandangan di atas feri sambil memuji keindahan Yang Maha Esa...
Gambar rindu pada Little Muhammad

Tuesday, March 15, 2011
Look Out Point, Ampang
En Suami at Look Out Point
View kurang cantik sebab tak dapat parking best. Maklumlah, banyak noo 'keta rosak' tersadai tepi jalan ni.
Seingat aku, kali terakhir aku jejakkkan kaki di sini ialah kira-kira 6 atau 7 tahun yang lepas. Waktu tu kami bertiga makan di gerainya di tepi-tepi jalan. Puas aku cari tadi tapi tak berjumpa. Rupa-rupanya dah diganti dengan restoran-restoran besar dan harga yang mahal, sudah pasti!
Hmm, hasrat hati nak lepak minum-minum dan bersantai. Kesian pulak kat si kecik yang dah layu matanya. Mungkin lain kalilah!
Subscribe to:
Posts (Atom)