I Will Follow You...

Friday, January 28, 2011

Website Berguna Untuk Aku

Dulu aku selalu bukak www.howstuffworks.com especially bila surf untuk siapkan project paper kat U dulu. Yelah, nak belajo pasal enjin keta la, apala..manala aku reti sangat bab-bab keta time tu, bab moto reti laaaa...
But later aku rajin bukak web ni plak...

http://www.dummies.com
OOOOOOOOoooooOOOOooooOOO....best gak, free je ghupernye yer...ingatkan nak kena beli macam kat MPH tu..

Adeh..lembab jugak aku ni yer.. :) (sengih malu-malu sensorang)

Tuesday, January 25, 2011

My Lil Muhammad : progress to date

Actually entri ni dah berkurun lama dalam notes kat handphone. Saja suka-suki nak update...btw, tajuk kali ni dah macam update repot pulak ye!
Muhammad progress to date
1.dah pandai tegur orang, selalu kata "hey" bila nmpk kucing, pisang atau apa2 yg menarik minat dia
2.dah boleh ingat gambar magnet pada fridge (e.g. Bird,tik tok,bus,taxi-dia dah pandai matchkan gambar2 tu bila kita sebut)
3.dah boleh berdiri sendiri-1st time on 1st jan hari tu
4.suka makan, pantang nampak makanan!tp berat normal, alhamdulillah
5.dapat repot dr nursery, muhammad naik belakang baby umur 6 bulan dan "tunggang" mcm naik kuda. Pastu suka korek mata budak kat nursery dan sekarang sangat hyperactive...sekarang Muhammad dah tak duduk nursery, dia dok kat rumah babysitter.
6.sgt suka kena dakap-mama miss you sayang...

Monday, January 24, 2011

Peribahasa : dulu vs sekarang

Today at Risk Management workshop, aku 'belajar' peribahasa lama yang 'dibarukan'. Peribahasa tersebut ialah;
"masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum".

Yang aku belajar hari ni, (maybe korang dah biasa dengar tapi baru untuk aku la kan!"
"masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau MENGUCAP"!!!

Huhu, betul gak tu. Sapa la yang nak mengaum dalam kandang rimau! Hilang akal pe?!?!

Friday, January 21, 2011

My Lil Muhammad : Operasi Mengerjakan Handphone Mama

Ini budak kerjakan handphone mama semalam. Punyalah seronok dia amik gambar sendiri sampailah aku nampak dia tengah berura-ura nak membaling handphone tu. Nasib baik aku sempat ambil dan sorok. Apalagi melalak la dia. Takpe sayang, nanti mama belikan deskphone kat sayang ye. Hihi

Wednesday, January 19, 2011

Alamak! Icepack tertinggal!

Aiyoo, boleh plak tertinggsl ice pack kat umah hari ni. Apa nak buat nih! Ada gak aku beli sebungkus plastik ice ni kang. Tapi tahan ke????
Jawabnya, tunggu otw balik la baru boleh 'proses'.
Any idea???
Sebab hari ini aku kena balik lambat, tal boleh la nak bajet lam kul bape n bape lama boleh bertahan... Huhu, sangat susah hati...

Sunday, January 16, 2011

My Lil Muhammad @ 10 months

Inilah anak mama yang sedang demam, hingus pun dok meleleh ke. Tapi alhamdulillah, lepas Tah tolong jaga seminggu kat rumah, My Lil Muhammad dah tak demam or flu or batuk. Maybe sebab dah tak bercampur dengan virus-virus yang silih berganti kat nursery tu.

Thursday, January 13, 2011

Update yang tak terupdate

Nama je tahun baru, tapi aku rasa tahun ni macam aku kurang bersemangat sikit nak memblog ni. Atau lebih tepat "aku dilanda penyakit malas menaip" ataupun "aku ketandusan idea".

Ketandusan ideakah aku?
Mungkin TIDAK... sebab idea aku selalunya mencurah-curah bila stuck dalam jam waktu balik kerja. Bila aku balik rumah dan mengadap My Lil Muhammad, maka secara tak langsungnya idea tu akan terus 'terbang'. Adeh, takkan aku nak menaip sambil driving! Bukan takat bahayakan diri sendiri je, orang keliling pun sama.
Moral of the story, pasni aku nak cakap & record je. Tangan tak boleh 'bekerja', tapi mulut boleh kan? Hehe

Bab yang penyakit M.A.L.A.S. tu... Hmm, ada la sikit2. Sebab aku rasa ada perkara lain yang lebih aku utamakan, cthnya main dengan anak (hilang segala penat dan stress). Cuma aku tengah adjust masa aku supaya lebih teratur dan terluang utk bersama family.

Monday, January 10, 2011

Anak mama demam balik :(

Haih, susahnya bila hantar anak kat nursery. Hari ni baik demam, esok pergi nursery kena flu pulak. Baik balik, demam balik... Ikutkan hati rasa nak berenti keje je jaga anak kat rumah.
My Lil Muhammad, cepat sembuh ye nak!

Tahun baru? Azam baru? Semangat baru?

Tahun baru...
Dah pun masuk tahun 2011. Dan tahun ni juga umur aku bertambah setahun lagi. Apa yang dah aku capai sepanjang aku hidup? Renung kembali ke tahun-tahun sebelumnya.
- kerjaya: alhamdulillah walaupun agak jauh ke tempat kerja, aku dah tak berada lagi di takuk lama
- kehidupan: pun syukur sebab rumah dah dapat, cuma rumah aku je yang dah tak ada penyewanya. Kalau ada kawan-kawan yang mencari rumah sekitar Saujana Utama, khabar-khabarkanlah ye. Dan sekarang operasi 5S dirumah. Aku nak sedekahkan semua baju yang tak dipakai. Ada idea kat mana nak dihantar?
- kewangan: hmm...camne aku nak komen ye, insyaallsh hutang-hutang lapuk dah mula berbayar. Tapi dengan minyak RON95 yang dah naik harga sejurus lepas RON97 naik harga, macamana agaknya ye! Aku pelik dengan slogan rakyat didahulukan, sebab rata-rata memang rakyat sengsara dengan tekanan ekonomi semasa. Yang kaya makin kaya, yang miskin bertambah miskin. Aku tak nampak bagaimana rakyat yang berpendapatan rendah mampu perbaiki keadaan kewangan mereka dengan situasi begini. Tapi takat mana je yang mampu aku buat pun...

Azam baru...
- oh! No more shopping benda yang tak perlu sebab aku rasa aku dah cukup dengan apa yang aku ada. Aku kena beristiqamah, syukur dengan nikmat Allah...
- err...yang lain-lain tu aku rasa sama je macam tahun-tahun sebelumnya. Ada yang dah tercapai, aku perlu perbaiki dan kaji...

Semangat baru...
- masih tercari-cari...

Thursday, January 6, 2011

Lawatan tapak

Lawatan kali ini ke xxxxx. Tak bleh nak reveal kat cni sbb nti ada yg mendengki. Huahuahua. Sangatla mengantuk sepanjang perjalanan sebab baru lepas melantak sepinggan mee dan segelas air teh o. Dengan cuaca camni, ada 1 jam perjalanan untuk aku labuhkan mata. Huargh... Apa je la yang aku labunkan tengahari buta camni!!! Tapi sukati akula, my blog my rules :)

Wednesday, January 5, 2011

Tq En Suami!!!

Tq En Suami sbb belikan i hp utk i mobile blogging.hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...