I Will Follow You...

Wednesday, June 29, 2011

Lipan Oh Lipan


Mood pagi-pagi aku dikejutkan dengan lipas yang keluar dari belakang palung air dalam tandas. Mula-mula ada seekor je, tiba-tiba macam satu koloni kat belakang tu!

Aku ambil berus lantai dan hempuk seekor. Bila aku tengok sekoloni lipas tu macam nak serang aku, aku pun terus tutup pintu dan ambik Ridsect. Lil Muhammad punyalah excited dengar aku menghempuk lipas dalam tandas tu. Maka terpaksalah aku terus hantar dia kat babysitter supaya dia tak join hempuk lipas dengan aku.

Sebelah tangan pegang Ridsect, sebelah lagi pegang berus lantai. Aku dah bersedia untuk berperang!

Aku naik atas mangkuk tandas dan sembur Ridsect selagi aku mampu bunuh semua lipas-lipas itu.

Bring to my surprise, bukan lipas je yang keluar…aku nampak sesuatu yang menjalar keluar di sebalik palung! Yang paling aku takut telahpun keluar…LIPAN!!!!!
Harap maaf, tiada gambar yang sempat dirakam atas faktor keselamatan!

Panjang lipan tu ada la setengah jengkal. Dan yang lebih menakutkan, bukan seekor dua, tapi dengan anak cucu cicit lipan pun keluar. Habis lipan-lipan tu aku hempuk dengan berus lantai.

Tak cukup dengan tu, aku sembur lagi dan lagi, just to make sure semuanya dah mati!
Tapi aku tak cukup yakin, aku ambik bleach dan tuang setengah botol 5 liter tu kat belakang palung tu.
Bila dah tak nampak  apa-apa, baru la aku cukup yakin untuk mandi…

Impak dari kejadian hari ini :
1.       Aku lambat pergi kerja
2.       Aku sakit mata sebab rasanya bleach tu meruap dan masuk mata
3.       Aku sakit dada, semput sebab terhidu bleach dan Ridsect (Alamak, ubat tak bawak pulak!)

Friday, June 24, 2011

GLC Open Day...apa aku dapat?

Hari ni sehingga Ahad ada GLC Open Day bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre.

Apa aku dapat?

First
Sakit kaki!!! sepanjang dalam tren aku rasa nak menangis sebab kaki terlalu sakit - lama sangat berdiri dan melecet-lecet sebab jarang pakai high heels!

Second
Penat...
Aku penat tawaf keliling hall untuk kutip goodies!!! 

Third
Beli vitamin pada harga diskaun 30% daripada harga biasa...

Fourth
Dapat RFID keychain sebab aku dah pre-register kat FB!!!

Fifth
gambo upload later la yer
Bergambar dengan Upin dan Ipin (best ke?)

Sixth
Curi-curi ambil gambar Aku dengan M. Kayveas

Seventh
Convert TouchnGo lama kepada PlusMiles

Last but not least
Networking, tak lupa jugak jumpa kawan2 lama

Dan yang paling penting...
Knowledge & experience
(tapi kalau diberi pilihan lagi sekali, aku tak nak la pergi dah...penat wooooo!!!)

for more info, sila lawati www.glcopenday.com

Thursday, June 23, 2011

ASTRO naikkan Caj Perkhidmatan sebanyak RM20?

Kalau betul ASTRO naikkan Caj Perkhidmatan sebanyak itu, confirm aku immediately POTONG servis tersebut.

Bukan apa;
asyik-asyik ulang cerita sama
asyik-asyik keluar iklan, dah macam RTM ngan TV3 pulak rasanya
asyik-asyik tak ada siaran bila hujan

Bila tak ada siaran, bukan nak prorate kan harga.
Kalau hari-hari hujan, hari-hari tak ada siaran???
Sia-sia la aku bayar tiap-tiap bulan kan?

Kalau nak naik harga macam tu sekali, baik aku langgan UNIFI je!

Nak naik harga, naiklah.
Aku bersiap sedia nak terminate pun...

p/s: mungkin impak kenaikan harga ini tak terjejas kepada yang berpendapatan teramat tinggi. tapi manusia macam aku, tetap terasa...

Wednesday, June 22, 2011

Derma dan Penjualan Tiket Pembangunan Institusi Ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah


Assalamualaikum w.b.t.
Entri hari ini agak lain sikit berbanding hari-hari biasa.
Entri kali ini aku nak war-war tentang persembahan amal. Bukan selalu kita dapat peluang beramal macam ni.
Malam Amal MAHABBAH RASULULLAH ini akan diadakan seperti berikut:
                Tarikh    : Ahad, 3 Julai 2011 bersamaan 2 Syaaban 1432H
                Masa     : 8.00 malam
                Tempat  : Dewan Muktamar Pusat Islam

Antara agenda yang akan berlangsung pada malam tersebut;
  • Majlis Makan Malam
  • Persembahan oleh Rahmat (Ekamatra)
  • Pelancaran Album Qasidah
  • Kutipan Amal untuk Tabung Pembangunan dan Pendidikan Yayasan Safa

Harga Tiket (Harga Kerusi) ialah RM150. Bagaimanapun, sekiranya anda berminat nak bersedekah sahaja, any amount will do…
Aku hanya membantu sahabat di opis, maka semua sumbangan bolehlah disalurkan terus kepada Encik Zakaria seperti di bawah:
                Nama    : Mohd Zakaria bin Mohd Hamdan
                Mobile  : 012 2925447
                Emel      : zakarimh@proton.com, zhamdan@gmail.com

Sebarang pertanyaan, bolehlah juga dianjurkan terus kepada beliau ye.
(Teman tak tau lebih-lebih wehhh)

Pandemik Influenza


Waktu temankan mama buat check up kat GH hari tu, aku jalan-jalan kat luar.
Nak hilangkan ngantuk dan penat...
Bacala apa yang patut kat notis board tu.

So aku pun nak share barang sebaris dua...
Lagipun, hari tu dok kecoh pandemik influenza, adik beradik H1N1 la juga.

Maka, cepat2 take action bila simptom dan suhu badan seperti di atas yer :)

Monday, June 20, 2011

Yummy! Cekelat Weh!

Ada Hamba Allah baru balik dari Tioman.
Tak lupa kat kawan-kawan kat opis.
Makanya, kami dapat cekelat!!!

p/s: 1 cekelat missing sebab ada "semut besar" songlap atas meja aku!

Sunday, June 19, 2011

CARS! @ Sunway Pyramid...

Encik Suami touchdown je, terus kena ajak ke Sunway Pyramid. (padahal semalamnya aku dah tawaf SP tu)

Jalan punya jalan, ternampak watak Tractor dengan Cars. Bukan main suka Lil Muhammad! Terus tak nak duduk dalam push cart. 

Nasib baik tak melalak bila nak balik. Boleh babai-babai lagi! 



Sent from my iPhone

Saturday, June 18, 2011

World Animal Conference


Kalau dah tak ada kerja...Mainan Lil Muhammad jadi mangsa!

Friday, June 17, 2011

Bunga Untuk Saya?

Ingatkan dah lupa
Tapi ingat juga.

Ingatkan tak ada apa-apa
Tapi ada juga.

Ingatkan...


Thank you Sayang,
Ingat jugak you kat birthday I ye...
(macamlah you pernah lupa...Tapi ni tiru idea I untuk birthday you tahun lepas! Hehe)

Hari Lahir Mazura

Entri hari ini aku dedikasikan khas buat "adik kesayangan"...

Nama dia Mazura, tapi panggilan manja ialah Deq A.

Hari ini hari lahir Mazura. Yang ke-... 
Cukuplah kalau aku kata dia sedang melangkah ke suatu kumpulan nombor yang baru.

Dia bukan adik kandung aku. Tapi sebahagian diri aku merasakan dia sangat rapat dengan aku. 

Dialah teman tepi katil di sekolah dulu.
Dialah penglipur lara aku.
Dialah tempat kami berkongsi cerita dan mencurah rahsia.

Semua itu tidak berakhir tatkala aku melangkah keluar dari zaman persekolahan.
Masih, hingga hari ini...
Dialah teman, dialah adik,
Dialah...

(Tapi maaf...
Kami bukan pasangan lesbian, ataupun "lesbo" mahupun homoseksual!
Kami hanyalah teman rapat...tiada hubungan terlarang di antara kami.)

Berbalik kepada entri kali ini...
Sempena hari lahir dia, 17 JUN 2011, aku doakan agar dirinya
• dimurahkan rezeki
• dikurniakan kesihatan tubuh badan
• dirahmati selalu
• dilindungiNya dan dikasihiNya setiap masa

Semoga dia akan sentiasa berbahagia dengan keluarga tersayang...InsyaAllah...

p/s: sesungguhnya aku tak menyangka persahabatan ini masih utuh, sehinggakan dia sentiasa ada di sisi tatkala aku benar-benar hampir "lemas" suatu masa dulu...hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik Deq A dan keluarga...

Thursday, June 16, 2011

Lil Muhammad n Me

Bila Encik Suami asyik tak ada, tinggallah aku dan Lil Muhammad berdua di rumah.

Bila dua-dua dah bosan, inilah jadinya!

Wednesday, June 15, 2011

Jangan Usik!


Hari tu aku buat "jamuan kecil-kecilan" untuk cik semut yang selalu berparti kat meja tu.
Setakat ini, racun semut jenama nilah yang aku guna semenjak tahun 2000, terbukti keberkesanannya!
Tapi sori, aku tak tahu jenamanya sebab aku tak reti baca chinese character.
Kalau nak cari, carilah kat kedai senseh. RM0.50 je sekeping...

Kalau nak cerita tentang bagaimana racun semut tu berfungsi, mau berjela-jela nanti!
Maka, lain kali la ye aku sambung...

P/s: ni aku nak tabur racun lagi, nak buat "jamuan" untuk "semut besar" yang selalu amik makanan atas meja aku tu!

Tuesday, June 14, 2011

Aku teringat...

Corat Coret Sana Sini: SAWO

Hari ini aku ada di konvensyen.
Ambience; mengembalikan aku kepada nostalgia lama.
Sound system, lighting, pentas...

Tiba-tiba aku rindu.
Rindu nak berteater.
Rindu nak berdekon.
Rindu pada rakan-rakan pentas.
(mungkin aku terlebih tengok Akademi Fantasia...hoho)

Belek handphone.
Eh, nombor telepon Khalid Salleh ada lagi!
Nak telefon ke tak?
Nak kembali atau tak?

Nak revamp semula hidupkah?
Perlu atau mahu?
(garu-garu kepala, aku kena letak konsentrasi pada persembahan kat depan ni weh!)

Monday, June 13, 2011

Birthday Kak NN (1 month overdue!)

choc cake for bday girl


Hari tu birthday Kak N. Bukan kami belanja, tapi Kak N yang belanja kami. Isk, terharu plak!
Anyway, Happy Birthday Kak N...

Semoga dimurahkan rezeki
Dikurniakan kesihatan
Dipermudahkan segala urusan
Dan semoga berbahagia selalu...

InsyaAllah...

Saturday, June 11, 2011

Tukang urut best!

Aku berjaya memanjakan diri setelah hampir setengah tahun tak dapat buat appointment dengan Kak Nor.

Kak Nor tinggal di kem askar Bandar Kinrara. Aku dapat tahu pasal Kak Nor pun melalui ofismate lama. Mula-mula ingat Kak Nor ni sama macam tukang urut yang lain; urut sakit! Bring me to surprise, Kak Nor ni lain dari yang lain!!!

Kak Nor urut perlahan tapi jari jemari dia tak berhenti menggosok. Upah Kak Nor Rm30/urut. Kenapa aku tak kata per jam? Sebab Kak Nor urut tak kira masa, dia urut sampai dia tengok urat tak bersimpul, dia urut sampai tak terasa bisanya. Tapi aku tak sampai hati la bagi RM30. Ada lebih-lebih tu buat hadiah untuk anak-anak dia.

Pertama kali Mama kena urut dengan Kak Nor, Mama pun dah tak nak cari tukang urut lain. Waktu Mama sakit hari tu, Kak Nor sanggup luangkan masa sampai pukul 1 pagi untuk urut Mama. Terima kasih ye Kak Nor...

Tapi...
Kak Nor pesan, mulai 23 Jun dia nak bercuti sebulan sebab suami dia balik dari Congo. Lepas tu, hujung tahun ni InsyaAllah dia pindah ke Rawang, bergantung kepada urusan jual beli rumah.

Sekarang aku buntut, ehhh buntu laa...
Mana nak cari tukang urut lain pulak?
Boleh ke dapat macam Kak Nor?
Alaaaa... Misi pencarian kena bermula la ni!

Monday, June 6, 2011

Meja Cik Nurul (",)

Lagi cubaan tiltshift photo dari Meja Cik Nurul
Different angle?   

Sunday, June 5, 2011

Test Skill


Tengah belek-belek handphone, ternampak application yang aku download ari tuh.

Godek-godek jap, nak tau camne nak guna.

Cubaan pertama...

Saturday, June 4, 2011

Terima kasih PUSPEL SYABAS!


Lepas aku mengamuk sakan kat PUSPEL SYABAS pagi semalam, barulah water tanker tiba.

Macamana aku tak mengamuk, aku dah mintak bantuan tanker since Khamis 8:37pm, dan pagi Jumaat tu still tak sampai-sampai!

Finally pukul 10:20am barulah kitorang merasa nak jumpa setitik air. ( barulah nak value ayor yer )

Bila driver tanker tu kol dan bagitau dah nak sampai, maka akulah insan pertama yang tercegat nak ambil air. Kat babysitter Lil Muhammad pun aku pesan suruh siap sedia bila tanker sampai.

Alhamdulillah, adalah bekalan air mentah untuk buat mandi dan ke jamban!

p/s: pukul 8 malam barulah bekalan air pulih seperti sediakala selepas gangguan selama 40jam!!!

Thursday, June 2, 2011

Alamak, air tak ada!!!

Alaaaaaaaa....

Napa takde air...lepas aku google, baru teringat ada pengumuman gangguan bekalan air di Ulu Langat.

Adeh, setitik ayor pun tak ada nih. Naya aku!

Tapi kan, waktu announce tu, kata 1 jun. Ni dah 2 jun weh!

Bila aku call PUSPEL, deme kata tak tentu, kemungkinan 2~3 hari jugak baru setel.

Hampeh!

Baby sitter dah give up, mana nak jaga budak kalau ayor takde!

Huhu, sok aku cari ayor sungai le jawabnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...