I Will Follow You...

Wednesday, September 22, 2010

Siang : Sama Ejaan, Lain Makna

Entri kali ini sebenarnya berkisar tentang pemahaman aku tentang maksud siang terutamanya kenangan aku waktu dalam Darjah 1 di MGS, Ipoh.
Kisah terjadi di kelas 1I sewaktu ujian tapi tak ingat akhir tahun atau pertengahan tahun, janji kejadian tersebut berlaku waktu ujian.
Kertas ujian Bahasa Malaysia, bahagian Perkataan Berlawan. Soalannya,
"Apakah perkataan berlawan bagi SIANG?"
Rasa-rasa kengkawan, berapa lama aku ambil masa untuk jawab soalan di atas? Jawapannya,
"hampir keseluruhan waktu ujian!!!"
Kenapa ye? Sebabnya,
konpius dengan definisi SIANG...
Setelah aku buat carian, meh aku tolong define kat sini:
*Siang - Takrif : Tengahari, kata lawan Malam. Sumber : Kamus Dewan Edisi Empat
*Siang - Takrif : terang dan bersih sama sekali (kerana dibuang semaknya dll). me­nyiang 1 mencabut rumput (lalang, duri dll) supaya bersih: ~ sawah membersihkan sawah drpd tumbuh-tumbuhan yg tidak berguna. 2 membersihkan ikan (daging, sayur) sebelum dimasak: ~ ikan membuang sisik dan perut ikan sebelum dimasak. Sumber : Kamus Pelajar Edisi Kedua

Well, aku rasa korang mesti faham kan apa yang aku fikir sampai keseluruhan masa ujian diperuntukkan hanya untuk aku cari kata lawan bagi S.I.A.N.G..

Aku bayangkan mama siang ikan, pastu camne nak tutup balik ikan tu. Aduhai, mana la ada orang buat dek non oiii.. Bila dikenang-kenang, aku dok gelak sensorang especially bila tengah wish anak buah aku untuk UPSR semalam. Harapnya it does not run in the genetic la kan!

Monday, September 20, 2010

The ExerSaucer: A New Parent's Best Friend

Artikel ini dipetik dari sini. Guess that I'm looking for one, jenuh gak mencari, tapi belum ada rezeki...
Few links yang ada used ExerSaucer yang selalu aku keep track ialah Tinystars and My Baby World.

Once your little one has left the land of the bobbleheads and can get some neck control, an infant exercise saucer (commonly called an ExerSaucer®, after the Evenflo brand of saucers) will become your best friend. (No seriously, no exaggerations here. We mean your best friend.)

What's that? You already have a best friend? Well, while that best friend might like to share pitchers of sangria with you and loves to go shoe shopping, this best friend will:
Entertain your baby with a host of built-in toys.

Keep baby safe and stationary. (Many parents and safety experts prefer infant exercise saucers over baby walkers since they don't let your baby move around, putting her in danger of falling down the stairs, among other risks).

Allow you to get some stuff done around the house, while keeping an eye on the baby nearby.

Help your baby practice standing and kicking.
Ask around to find out which infant exercise saucers your friends and family used and loved. Then check eBay, thrift stores or friend's basements for a used model of the one you're looking for. This is one of those products that is highly coveted by parents of babies, but, it turns out, only used for a few brief months, so you can usually find a secondhand one in good condition.

Just be sure the model you do end up getting hasn't been recalled and that it comes with all the parts. Because an ExerSaucer with a missing spring ain't worth a thing.

And you thought you loved the bouncy seat!

Baby's Development - 5 Month (Week 1)

Rollin', rollin', rollin'

Your baby's stronger neck and arm muscles allow him to practice rolling over toward one side, a milestone that will probably awe and amuse you. Your baby might adopt rolling as his primary mode of ground transportation for a while, or he may skip it altogether and move on to sitting, lunging, and crawling. As long as your baby continues to gain new skills and shows interest in getting around and exploring his environment, don't worry.

Rolling over can be fun for your baby, but it can also be nerve-racking for you. Keep a hand on your baby during diaper changes, and never leave him unattended on a bed or any other elevated surface.

Your little social butterfly

At this age your baby not only tolerates attention from others, he'll often initiate it. Though you may soon notice the beginnings of stranger anxiety, your baby will probably still be fairly indiscriminate: Chances are anyone who approaches him with welcoming eyes or a grin delights him and becomes an instant friend. But don't worry — he still needs and craves lots of love and attention from you.

Your baby is also learning that his behaviors, both the ones you like and the ones you don't, engage you, so starting now (and for years to come) he'll do just about anything to get your attention. Right now almost everything he does is endearing, but as he gets older, he's more likely to get into mischief to provoke a reaction from you. Just don't forget to give him positive feedback when he's being good. It's a great way to start teaching right from wrong.

One thing will become clear: Your baby is beginning to expand his attention-getting repertoire to include more than crying. You may notice him wriggling, making noises, blowing "raspberries," and so on. Over the next three months, he'll develop a uniquely personal way of letting you know what he thinks, wants, and needs.

Dressed for success

As your baby starts becoming more active, he'll appreciate wearing comfy clothes. Opt for soft fabrics that won't chafe him as he's moving around. Loose, stretchy, and breathable clothing is also smart as it provides your energetic little one plenty of wiggle room.

Avoid clothes with rough or scratchy seams; long ties, buttons, or bows (could be a choking hazard); and anything else that gets in the way of your baby's sleeping, crawling, playing, or other regular activities.

In your baby's diaper

Don't be surprised if your baby's stools change color and odor as soon as he starts eating even tiny amounts of solids. This is normal. If his stools seem too firm, switch to other fruits and vegetables and oatmeal or barley cereal. (Rice cereal, bananas, and applesauce may be constipating.)

Remember, your baby is an individual

All babies are unique and meet milestones at their own pace. Developmental guidelines simply show what your baby has the potential to accomplish — if not right now, then soon. If your baby was premature, keep in mind that kids born early usually need a bit more time to meet their milestones. If you have any questions at all about your baby's development, ask your healthcare provider.

Rendang Pedas Daging - Resipi campak-campak

Semalam aku kemas peti ais, jumpa serai lam 10batang. Apa nak buat yer? So aku pun buat rendang daging pedas guna susu cair, yang tak lengkap dalam rendang tu = kerisik + lengkuas + daun kunyit. Malas nak pergi beli kat kedai. Masak je apa yang ada dalam peti ais tu.

Sebenarnya, rendang ni selalu arwah Pah masak bila tiba Hari Raya. Tahun-tahun selepas arwah Pah dah tak sihat, Chu take over untuk masak rendang ni. Ikutkan ini la kali pertama aku masak tanpa mama jadi tukang rasa dan tukang bagi naihat. Resipi yang kat bawah ni pun sebenarnya ikut sedap tangan aku je (nasib baik menjadi..huhu).

So resipi kali ini? Maaf, gambar tak sempat amik, dah kena bedal!

Bahan-bahan
600gm daging (dipotong kiub)
1 tin susu cair
1 inci kunyit (ditumbuk) - pandai-pandai je taruk, kan mama dah bising, "apasal rendang ni kuning sangat haa"
100gm cili giling cap Puteri (dah kena yang brand lain, tp tak sedap)
garam secukup rasa (aku letak 1 sudu kecik je)
* 6 batang serai
* 4 inci halia - sebesar ibu jari
* 6 biji bawang besar
* 6 ulas bawang putih
(*dihiris halus)

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan dalam kuali, masak api sederhana. Tunggu sampai daging empuk, setel!
Kalau suka rendang basah, guna 2 tin susu cair. Kalau tak, 1 tin dah memadai.

Nyum, nyum...kenapa aku guna susu cair? Sebab nak kawal pemakanan seisi rumah, kurangkan kolestrol dan elakkan darah tinggi. InsyaAllah, aku akan cuba berikan makanan terbaik untuk keluarga.

Sunday, September 19, 2010

Brisk Walking @ Taman Metropolitan Kepong...Again

Hari ni pergi lagi jenjalan kat taman. Macam biasa En Suami pergi memancing dan aku gi Brisk Walking. Dah nekad, no more McDonalds!

 Dah penat jalan, tunggu En Suami tak habis-habis lagi. Maghrib dah dekat pakcik ooiii! Tetiba cam best jer pisang goreng kat kiosk tepi tuh. Nyum Nyum..

"Dik, pisang goreng ni bg singgit", huahuahua...I broke my promise, again!

Enough for Saturday. Hasil tangkapan = nil!

En Suami tak puas hati. On the way back, nampak tasik kat Selayang. Cari punya cari, nampak orang mancing kat situ. Owh, lombong lama kat area Pasar Borong...

En Suami cuba lagi nasib dia. Wakaka, tak berhasil lagi sayang oi. Meh tolong I kemas stor kat rumah lagi baik la.

Pepagi Ahad dah ajak gi breakfast dan jogging, konon! Padahal dia nak gi mancing, macam la aku tak tau niat dia...Bila aku kata tak mo sebab nak kemas rumah, laju je dia kata ok. Pastu soh aku duduk umah diam-diam sebab dia nak gi mancing..Heheh, kan dah kata! Pi la pakcik oi, nanti balik umah bawak ikan banyak-banyak yer...

Brisk Walking @ Taman Metropolitan Kepong

Dah lama gak since the last time we went to Taman Metropolitan Kepong. We used to play layang-layang kat sana before this. Boleh dikatakan every weekend until musim hujan melanda, En Suami dah malas nak pergi.

So, hari Jumaat lepas aku sampai awal kat rumah sebab traffic was very smooth. En Suami dah siap kat rumah dengan Lil Muhammad dan terus ajak aku pi sana. Apahal nah tetiba gian memancing mamat nih!

Kali ni dah tak pergi main layang-layang. En Suami pergi memancing. While he fishing, I went for a nice brisk walking there. Sambil tolak stroller and perhaps Lil Muhammad enjoyed the scenery. Bukan apa, tengok dia diam jer sepanjang 1 jam lebih aku berjalan.

Hasil tangkapan hari ni? Aaarrrr...sebiji Big Mac untuk aku dan Triple Cheeseburger untuk En Suami. Huargh...camne nak kurus nih! Shed 200gm, gain anor 2000gm!

Takpe...Takpe...esok kita cuba lagi..hehe...

Friday, September 17, 2010

Al-Fatihah buat Allahyarham M.Rajoli

Rata-rata teman di Facebook dan Twitter semua update status tentang M.Rajoli.

Allahyarham seorang seniman yang sempoi dan pdat dengan pengetahuan agama.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah...

Wednesday, September 15, 2010

Tadika Seruan Islam & MGS Ipoh Get Together

January last year, I managed to meet my old buddies kat Tadika Seruan Islam Ipoh, as well as MGS Ipoh. Best sangat! Rasanya, itu je la kot kelebihan Facebook pada masa ni. Menemukan aku dengan kawan-kawan lama, mengeratkan persahabatan saudara mara, tak lupa menjadi pencetus api kemarahan sesetengah pihak.
@ Sakura Kristal, AEON AU2

Yang kat atas tu first time jumpa deme-deme nih. Ikutkan Emma, Berry and Maz tak pernah lost contact. Cuma aku ngan Azwin je yang dok tuko-tuko sekolah. Waktu dalam gambar nih, pencarian sahabat Azwin Shamsudin masih diteruskan.

A year after, diorang sume managed cari Azwin, also through Facebook. So, berjumpalah kami di SACC Mall.


Gamba ni time Surprise 30th Birthday Party for Emma @ Wadi Hadramawt, Ampang
 
 Finally, gamba bukak puasa kat Kak Ieta Steamboat, Wangsa Maju.

Terkadang aku kagum, dengan semangat setiakawan yang ada pada kitorang nih. Walaupun yang pasti, Emma, Berry dan Maz paling rapat bertiga. Tapi geng yang berlima ni tetap maintain hingga hari ini. Dan aku turut berharap agar persahabatan ini akan sentiasa kukuh dan abadi. InsyaAllah...

PESANAN BUAT SUAMI - Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Saturday, September 11, 2010

Ayah Wan @ Berita Harian Online

Hey..kitorang sumer terkujat tengok ayah wan dalam front page Berita Harian online hari ni. Chu yang bukak, then spread out to everyone else...

Check it out here...


Anyway, Hari Raya pertama kat KK, I cried..tak tau la tears of happiness atau terkenang kisah-kisah lama...

Wednesday, September 8, 2010

Resipi Biskut Chocolate Chips Famous Amos


Bahan-bahan:
1 cwn mentega
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips (biasa guna brand Hershey)
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut)
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts (boleh guna walnut, almond & hazel)
1 s/k vanilla

Cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah diparut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.

Resipi ni my bos mintak dan dia sangat bersemangat nak buat..yea yea..raya ni nak gi umah dia lah..leh makan sedap-sedap. Wooohooooo

Kenangan Hari Raya_Part 2

Entri kali ni pasal tradisi bergambar depan rumah tok dan pah.


Owh, rasa sungguh muda remaja tengok gamba nih. This photo was taken somewhere in year 1992~1993. Tak ramai lagi dalam gamba ni. Sebab generasi baru nak berkembang. Rasanya yang baru kahwin time tu, cuma Abg Min n Kak Ina je. Yang lain sumer muda-muda lagi.

Cuba tengok gambar seterusnya pulak.

Rasanya this is somewhere in 1995 berdasarkan gambar Zulia dan umurnya... hhehehhe..

Nowadays, sangat susah utk kitorang gather depan rumah ni as both grandparents dah takde. So we rarely went back there. How I miss those sweet memories.

Sob..Sob..Sob..ayor mata dah kuaq dah...

Tuesday, September 7, 2010

Rendang Dendeng ku...

Here goes my Rendang Dendeng...(ni stok yang dalam fridge untuk buat sahur)
Ni plak time memula rebus daging


Some of it dah distribute to families and friends. Hope diorang tak cirit-birit la dek kepedasannya..hehe

Alkisah nak masak, tengah nak basuh daging...Daging ni dah mintak En Suami belikan. Bukak-bukak plastik, ALAMAK!!! Ni Sliced meat...bukan Cube!

Tanya kat En Suami, kenapa beli Sliced meat?

Jawabnya, "Ala, senang kat you nanti, takyah dah nak hiris-hiris, kurang sikit kerja you..."

Haih, nak marah tak bleh, sebab niat dia memang dah baik. Cuma tak kena gayanya.
Anyway, masih berterima kasih kat En Suami sebab tolong belikan, kurang 1 kerja aku...

Untuk resipinya, sila klik sini.

Resipi Rendang Dendeng

Rendang Dendeng
Resipi ini telah saya olah dan buat pembaikan dari segi bahan dan kualiti pemakanan.
Klik sini untuk resepi terkini.

Daging - 1 kilo
Bawang Besar - ½ kilo
Cili Giling (Cap puteri) - 100 gm (1 peket besar)
Minyak - 4-5 senduk
Asam Keping - 2~3 keping (mengikut kemasaman asam tersebut)
Serai - 2~3 btg
Garam
Gula
Kicap masin manis atau lemak
Air rebusan daging

Daging
1. Rebus daging sampai empuk. Simpan air daging
2. Hiris daging lawan urat (lebih kurang saiz 1”x1.5”)
3. Tumbuk sekeping-sekeping daging yang dah dihiris
4. Perap daging yang ditumbuk dengan kicap masin
5. Goreng daging tersebut

Tumis
1. Panaskan minyak, tumis bawang dan cili sehingga pecah minyak
2. masukkan serai yang dititik, asam keping, air daging
3. Masukkan daging (jangan masuk air lebihan kicap yang diperap-nanti kaler x cantik)
4. Masukkan Garam dan Gula secukup rasa

Monday, September 6, 2010

Kenangan Hari Raya_Part 1


Apa yang aku tak boleh lupa tiap kali raya menjelang…

Raya dan Sungai belakang rumah

Siapa : Aku, Kak Fieza, Nurul & Abg Ron

Di mana : Sungai belakang rumah pah yang dulunya dalam, bersih, cantik, sejuk, air yg deras…dulu la

Bila : Raya 1990 kalau tak silap

Bagaimana : Gara-gara nak ambil selipar nurul yang hanyut, kami tipu Pah (tak baik tipu ye, dosa…). Kami kata pi beraya rumah kawan, air sirap tumpah…

*dan setiap kali ingatan ni menjelma, aku akan menitiskan air mata sebab terkenang arwah Pah yang dah hampir 4 tahun meninggalkan kami semua.

Ramadhan bakal meninggalkan kita


Sedih terasa bila terkenangkan detik-detik akhir Ramadhan yang bakal dilalui.

Kenapa sedih?

  1. Adakah kelebihan bulan Ramadhan ni aku gunakan sebaik-baiknya?
  2. Cukupkah amal ibadat aku pada Ramadhan kali ini?
  3. Sempatkah aku nak berjumpa Ramadhan akan datang?
  4. Adakah cukup ahli keluarga aku nanti pada Ramadhan akan datang?
  5. Dimanakah aku pada Ramadhan akan datang?
  6. Bagaimana keadaan aku pada Ramadhan akan datang?
  7. Bersedihkah lagi aku seperti tahun-tahun sebelum ini?
Banyak lagi la kalau nak diikutkan. Yang penting, walaupun sibuk dengan rendang dendeng ku itew, amal ibadat dilupa jangan.

Ingat ye kawan-kawan, raya bukan bermakna nak kumpul duit dengan buat bisnes dunia ye, bisnes akhirat kena jaga juga…

Friday, September 3, 2010

Kisah-Kisah Para Anbiya' _ Nabi Nuh a.s._Part 2: Revolusi Pemikiran

sebelumnya

Nuh membuat revolusi pemikiran. Ia berada di puncak kemuliaan dan kecerdasan. Ia merupakan manusia terbesar di zamannya. Ia bukan seorang raja di tengah-tengah kaumnya, bukan penguasa mereka, dan bukan juga orang yang paling kaya di antara mereka. Kita mengetahui bahawa kebesaran tidak selalu berhubungan dengan kerajaan, kekayaan, dan kekuasaan. Tiga hal tersebut biasanya dimiliki oleh jiwa-jiwa yang hina. Namun kebesaran terletak pada kebersihan hati, kesucian nurani, dan kemampuan akal untuk mengubah kehidupan di sekitarnya. Nabi Nuh memiliki semua itu, bahkan lebih dari itu. Nabi Nuh adalah manusia yang mengingat dengan baik perjanjian Allah SWT dengan Nabi Adam dan anak-anaknya, ketika Dia menciptakan mereka di alam atom. Berdasarkan fitrah, ia beriman kepada Allah SWT sebelum pengutusannya pada manusia. Dan semua nabi beriman kepada Allah SWT sebelum mereka diutus. Di antara mereka ada yang "mencari" Allah SWT seperti Nabi Ibrahim, ada juga di antara mereka yang beriman kepada-Nya dari lubuk hati yang paling dalam, seperti Nabi Musa, dan di antara mereka juga ada yang beribadah kepada-Nya dan menyendiri di gua Hira, seperti Nabi Muhammad saw. 

Terdapat sebab lain berkenaan dengan kebesaran Nabi Nuh. Ketika ia bangun, tidur, makan, minum, atau mengenakan pakaian, masuk atau keluar, ia selalu bersyukur kepada Allah SWT dan memuji-Nya, serta mengingat nikmat-Nya dan selalu bersyukur kepada-Nya. Oleh kerana itu, Allah SWT berkata tentang Nuh:
"Sesungguhnya dia adalah hamba (Allah) yang banyak bersyukur." (QS. al-Isra': 3)

Allah SWT memilih hamba-Nya yang bersyukur dan mengutusnya sebagai nabi pada kaumnya. Nabi Nuh keluar menuju kaumnya dan memulai dakwahnya:
"Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar. " (QS. al-A'raf: 59)

Dengan kalimat yang singkat tersebut, Nabi Nuh meletakkan hakikat ketuhanan kepada kaumnya dan hakikat hari kebangkitan. Di sana hanya ada satu Pencipta yang berhak disembah. Di sana terdapat kematian, kemudian kebangkitan kemudian hari kiamat. Hari yang besar yang di dalamnya terdapat siksaan yang besar.
Nabi Nuh menjelaskan kepada kaumnya bahawa mustahil terdapat selain Allah Yang Maha Esa sebagai Pencipta. Ia memberikan pengertian kepada mereka, bahawa setan telah lama menipu mereka dan telah tiba waktunya untuk menghentikan tipuan ini. Nuh menyampaikan kepada mereka, bahawa Allah SWT telah memuliakan manusia: Dia telah menciptakan mereka, memberi mereka rezeki, dan menganugerahi akal kepada mereka. Manusia mendengarkan dakwahnya dengan penuh kekhusukan. Dakwah Nabi Nuh cukup mengguncangkan jiwa mereka. Laksana tembok yang akan roboh yang saat itu di situ ada seorang yang tertidur dan engkau meng-goyang tubuhnya agar ia bangun. Barangkali ia akan takut dan ia marah meskipun engkau bertujuan untuk menyelamatkannya.

Akar-akar kejahatan yang ada di bumi mendengar dan merasakan ketakutan. Pilar-pilar kebencian terancam dengan cinta ini yang dibawa oleh Nabi Nuh. Setelah mendengar dakwah Nabi Nuh, kaumnya terpecah menjadi dua kelompok: Kelompok orang-orang lemah, orang-orang fakir, dan orang-orang yang menderita, di mana mereka merasa dilindungi dengan dakwah Nabi Nuh, sedangkan kelompok yang kedua adalah kelompok orang-orang kaya, orang-orang kuat, dan para penguasa di mana mereka menghadapi dakwah Nabi Nuh dengan penuh keraguan. Bahkan ketika mereka mempunyai kesempatan, mereka mulai melancarkan serangan untuk melawan Nabi Nuh. Mula-mula mereka menuduh bahawa Nabi Nuh adalah manusia biasa seperti mereka:
"Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnya: 'Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami.'" (QS. Hud: 27)

Dalam tafsir al-Quturbi disebutkan: "Masyarakat yang menentang dakwahnya adalah para pembesar dari kaumnya. Mereka dikatakan al- Mala' kerana mereka seringkali berkata. Misalnya mereka berkata kepada Nabi Nuh: "Wahai Nuh, engkau adalah manusia biasa." Padahal Nabi Nuh juga mengatakan bahawa ia memang manusia biasa. Allah SWT mengutus seorang rasul dari manusia ke bumi kerana bumi dihuni oleh manusia. Seandainya bumi dihuni oleh para malaikat nescaya Allah SWT mengutus seorang rasul dari malaikat.

bersambung

Kisah-Kisah Para Anbiya' _ Nabi Nuh a.s._Part 1:Pengenalan

sebelumnya

Nabi Nuh a.s adalah nabi keempat sesudah Adam, Syith dan Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris. 
Berlalulah beberapa tahun dari kematian Nabi Adam. Bunga-bunga berguguran di sekitar kuburannya dan pohon-pohon dan batu-batuan tampak tidak bergairah. Banyak hal berubah di muka bumi. Dan sesuai dengan hukum umum, terjadilah kealpaan terhadap wasiat Nabi Adam. Kesalahan yang dahulu kembali terulang. Kesalahan dalam bentuk kelupaan, meskipun kali ini terulang secara berbeza. 

Sebelum lahirnya kaum Nabi Nuh, telah hidup lima orang saleh dari datuk-datuk kaum Nabi Nuh. Mereka hidup selama beberapa zaman kemudian mereka mati. Nama-nama mereka adalah Wadd, Suwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr. Setelah kematian mereka, orang-orang membuat patung-patung dari mereka, dalam rangka menghormati mereka dan sebagai peringatan terhadap mereka. Kemudian berlalulah waktu, lalu orang-orang yang memahat patung itu mati. Lalu datanglah anak-anak mereka, kemudian anak-anak itu mati, dan datanglah cucu- cucu mereka. Kemudian timbullah berbagai dongeng dan khurafat yang membelenggu akal manusia di mana disebutkan bahawa patung-patung itu memiliki kekuatan khusus. 

Di sinilah iblis memanfaatkan kesempatan, dan ia membisikkan kepada manusia bahawa berhala-berhala tersebut adalah Tuhan yang dapat mendatangkan manfaat dan menolak bahaya sehingga akhirnya manusia menyembah berhala-berhala itu. Kami tidak mengetahui sumber yang terpecaya berkenaan dengan bagaimana bentuk kehidupan ketika penyembahan terhadap berhala dimulai di bumi, namun kami mengetahui hukum umum yang tidak pernah berubah ketika manusia mulai cenderung kepada syirik. Dalam situasi seperti itu, kejahatan akan memenuhi bumi dan akal manusia akan kalah, serta akan meningkatnya kelaliman dan banyaknya orang-orang yang teraniaya. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Alhasil, kehidupan manusia semuanya akan berubah menjadi neraka Jahim. Situasi demikian ini pasti terjadi ketika manusia menyembah selain Allah SWT, baik yang disembah itu berhala dari batu, anak sapi dari emas, penguasa dari manusia, sistem dari berbagai sistem, mazhab dari berbagai mazhab, atau kuburan seorang wali. Sebab satu-satunya yang menjamin persamaan di antara manusia adalah, saat mereka hanya menyembah Allah SWT dan saat Dia diakui sebagai Pencipta mereka dan yang membuat undang-undang bagi mereka. Tetapi saat jaminan ini hilang lalu ada seorang yang mengklaim, atau ada sistem yang mengklaim memiliki wewenang ketuhanan maka manusia akan binasa dan akan hilanglah kebebasan mereka sepenuhnya. 

Penyembahan kepada selain Allah SWT bukan hanya sebagai sebuah tragedi yang dapat menghilangkan kebebasan, namun pengaruh buruknya dapat merembet ke akal manusia dan dapat mengotorinya. Sebab, Allah SWT menciptakan manusia agar dapat mengenal-Nya dan menjadikan akalnya sebagai permata yang bertujuan untuk memperoleh ilmu. Dan ilmu yang paling penting adalah kesadaran bahawa Allah SWT semata sebagai Pencipta, dan selain-Nya adalah makhluk. Ini adalah poin penting dan dasar pertama yang harus ada sehingga manusia sukses sebagai khalifah di muka bumi. 

Ketika akal manusia kehilangan potensinya dan berpaling ke selain Allah SWT maka manusia akan tertimpa kesalahan. Terkadang seseorang mengalami kemajuan secara materi kerana ia berhasil melalui jalan-jalan kemajuan, meskipun ia tidak beriman kepada Allah SWT, namun kemajuan materi ini yang tidak disertai dengan pengenalan kepada Allah SWT akan menjadi siksa yang lebih keras daripada siksaan apa pun, kerana ia pada akhirnya akan menghancurkan manusia itu sendiri. Ketika manusia menyembah selain Allah SWT maka akan meningkatlah penderitaan kehidupan dan kefakiran manusia. Terdapat hubungan kuat antara kehinaan manusia dan kefakiran mereka, serta tidak berimannya mereka kepada Allah. Allah SWT berfirman:
"Seandainya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi. " (QS. al-A'raf: 96) 

Demikianlah, bahawa kufur kepada Allah SWT atau syirik kepada-Nya akan menyebabkan hilangnya kebebasan dan hancurnya akal serta meningkatnya kefakiran, serta kosongnya kehidupan dari tujuan yang mulia. Dalam situasi seperti ini, Allah SWT mengutus Nuh untuk membawa ajaran-Nya kepada kaumnya. Nabi Nuh adalah seorang hamba yang akalnya tidak terpengaruh oleh polusi kolektif, yang menyembah selain Allah SWT. Allah SWT memilih hamba-Nya Nuh dan mengutusnya di tengah-tengah kaumnya. 

5th Anniversary

sedar tak sedar dah 5 tahun di alam perkahwinan. yang bestnyer, ari tuh aku ingat tapi tak sempat prepare apa2 sebab sangat bz kat opis. lunch hour baru aku teringat aku tak message atau kol atau email etc.

so, a message was sent to him
"Happy 5th Anniversary Sayang..."

tak panjang, cukup ringkas sebab itu je yang sempat aku tulis dalam kesibukan kerja ari tuh.

replied by him
"hapy 2 u 2"

hohoho..juga sangat ringkas. ingat nak celeb kat mana2 tao macam malas je sebab bulan pose, baikla dok umah n pi terawih. bukan takde hari2 lain nak pi makan kan?

balik keje ari tuh, aku try balik awal sket. ermm..lucky me..seb baik sempat redah jem and reached pandan at 530pm..

am so touched......ada orang bagi bunga...huhuhuhu.....
tersengih2 si pemberi bunga cam kerang busuk!
arr..tak aci, tiru present yang aku bg kat dia on his bday...
anyway, thanks sayang...

mudah-mudahan perkahwinan kita diberkati selalu, dirahmati dengan limpah kurniaNya, dipermudahkan segala urusan...insya Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...