I Will Follow You...

Tuesday, January 31, 2012

Pertama dan terakhir

Ini fail.

Ini fail pertama saya.
Ini juga fail terakhir saya.

Kegunaan pada awal, saya simpan semua slip keputusan setiap semester dan semua dokumen yang berkaitan.

Kegunaan pada akhir, saya simpan semua bahan untuk tesis dalam fail ni.

Sekarang saya dah tak guna fail ni. Tapi ia tetap menjadi kenangan terindah untuk saya...

Saturday, January 21, 2012

Tik Tok Tik Tok...

Hari berganti hari Minggu berganti minggu Bulan berganti bulan Pejam celik pejam celil Tak terasa pun masa berlalu Sebab ia pergi terlalu pantas! Renung balik masa yang dah berlalu pergi... Apa kebaikan yang dah aku lakukan? Apa kesilapan yang dah aku perbaiki? Apa pembaharuan yang telah aku laksanakan? Dan, Apa yang bakal aku hadapi masa depan? Gentarkah aku? Tabahkah aku? Bersediakah aku? Hari ini, Aku menarik nafas dalam. Dalam sedalamnya. Hari ini, Aku persiapkan minda dan fizikal. Aku perkukuhkan perasaan. Supaya aku tidak tersungkur. Kala aku melangkah esok. Doakan aku tabah!

Thursday, January 19, 2012

Lil Muhammad dan aeroplane

Jenuhnya nak membawak budak kecik ni dari kapal ke balai ketibaan. Terkedek-kedek dok ralit tengok kapal terbang.

Takpe la sayang, ini first flight for this year after so many times kita ulang alik naik 'bas udara' nih sepanjang tahun 2011. Lepas ni pun entah bila nak ke sana lagi ye. Paling cepat pun bulan April...Lainlah kalau Encik Suami rajin nak angkut budak kecik ni ke sana :)

Wednesday, January 18, 2012

Hasil karya pertama

Jalan-jalan kat Mydin, ternampak pensel warna. Terus teringat kat Lil Muhammad. Jangan tak ada buah tangan untuk dia, dibelikan juga jumbo pencil colour tu.

Inilah gaya kuak lentang dan gaya bebas Lil Muhammad mewarna. Nasib baik tak duduk bawah kerusi!


Ini budak dapat pen lepas godek-godek beg laptop mama. Dia ingat ada pensel warna lagi dalam tu kot.
Terjojol biji mata mama bila nampak artwork tak bernama ni!
"No, no, no Muhammad! Pen and colour untuk tulis dalam buku aje sayang..."


Monday, January 16, 2012

Gila CD!

Ini bukan CD Compact Disc ye, tapi CD Cloth Diaper!

Dulu aku gila BP. Bukan Blood Pressure, tapi sila cari sendiri la ye.

Sekarang kegilaan aku hanya pada CD.

Dulu mungkin aku tak reti nak guna, maka aku buat endah tak endah.

Tapi bila CD ni menampakkan keberhasilan dari segi kewangan, aku jadi gila!

Seronoknya bila bershopping, aku dah tak pedulikan harga DD (Disposable Diapers).

Seronoknya bila aku dah tak perlu angkut berbeg-beg DD Huggies Dry Comfort dan berebut-rebut cari stok murah.

Hari ini, CD aku sampai lagi.


Setakat ini, yang termurah aku jumpa namun kualiti tetap setanding yang mahal dan berjenama. Bukan aku suka-suka nak promote, tapi untuk mama-mama di luar sana, yang tak ada lebihan bajet untuk beli CD yang mahal-mahal, aku boleh rekomen www.gifts-h.com.

Tapi untuk Lil Muhammad, colour very limited. Lagipun aku tak nak la dia pakai yang flowery-flowery sangat kan.

Yang penting, balik nanti aku nak kena pre-wash semua CD ni.

*maaflah sahabat-sahabat blogger yang tak berminat dengan perihal CD-CD ni yer...hal orang pompuan ngan hal mak-mak je nih!

Thursday, January 12, 2012

Jom Memanah!


Teringat zaman2 lepas confinement. 
Gian nak memanah. 
Sekali ada pulak kedai baru bukak kat Galaxie Ampang. 
Maka, lepaslah gian aku ni.
 
Semenjak dua menjak ni rasa nak memanah lagi, tapi kedai tu dah tutup.
Kena pegi AU2 la pulak pasni, kat pusat sukan tu.
KOt nak rasa yang mahal, jomla memanah kat Club Med!
(hint untuk En Suami...hehehe)



Monday, January 9, 2012

Sedut-sedut si siput sedut, kusangka siput rupanya...!!!

Semalam,
Lunch di rumah kakak aku. Suruh dia masak nasi, nanti kami beli lauk di Ampang.
Ikan goreng, kari ayam, sayur pucuk manis dgn labu, dan yang paling menggoda nafsu tatkala itu...siput sedut masak lomak cili api.

Sampai di Wangsa Melawati, nasi panas-panas baru angkat dari periuk nasi. Jamah sayur sikit. Mama dah angkat siput sedut separuh pinggan. Ceduk sikit siput sedut.

Sroot...sroot...sedapnyeeeeeeee...
Satu mangkuk kecil cengkerang siput berjaya aku keluarkan.

Sroot...sroot...isk, ada anak udang plak ke nih? Kuah lemak pada 'anak udang' itu aku sedut dan keluarkan dari mulut.
Dan...arghhhhhhhhhhhh...
Ini bukan anak udang, tapi ANAK LIPAS!!!

Tuesday, January 3, 2012

Daddy's Day Out!

En Suami spending his quality time with Lil Muhammad.

Mama tak berani pijak batu batan sebab gayat. Hoho. Kalau En Suami dukungkan berani la kot!

New year @ Pantai Temasya aje la ek! Gara-gara diesel kehabisan stok utk beberapa hari, nak jalan jauh pun tak berani.

Lil Muhammad pun tak berapa sihat. Doktor Azman bagitau yang Lil Muhammad telah mewarisi semput mama dia... :(

Cepat sembuh ye sayang! Terima kasih En Suami sebab bawak kitorang jalan-jalan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...