I Will Follow You...

Thursday, December 30, 2010

Piala AFF Suzuki : Laser di Malaysia dan Indonesia?


Hari tu waktu perlawanan pertama piala AFF Suzuki, penjaga gol Indonesia Markus naik angin sebab matanya kena pancaran laser sewaktu free kick diberikan kepada Malaysia.

Hakikatnya, setelah diselidik pancaran laser itu datangnya daripada penyokong Indonesia sendiri.

Malahan, penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat turut mengalami perkara yang sama di Stadium Gelora Bung Karno Indonesia sewaktu penalty, sudut dan free kick dari Indonesia. Tapi dia tak la pulak mengamuk sakan sampai terhenti game tu. Malaysia cuba bersikap professional dan bersedia menghadapi apa jua keadaan baik di Malaysia mahupun di gelanggang lawan. Tahniah Malaysia!

Antara gambar penyokong Indonesia yang membanjiri stadium seawal jam 12 tengahari waktu Indonesia.










Ini pula notis yang digantung rentetan kes pancaran laser yang berlaku di Stadium Bukit Jalil Malaysia. (err, aku tak paham kenapa ada hambar cewek-cewek plak kat situ..huhu)

31 Disember cuti : apa kata anda?

Haha,,,aku call sorang kawan tadi. Dia kata bos dia marah gila kat team Malaysia sebab menang semalam. Huhuhu...dia kata lain kali biar kalah supaya tak ada cuti. tak adalah dia pening kepala nak susun balik production schedule.

Kata aku;
Horrayyyy...sebab minggu ni aku ada banyak masa untuk berkemas dan pindah rumah.


Lagi satu bagusnya cuti ni sebab tak adalah aku tersangkut dalam traffic jam kat MRR2 tu. Maklumlah, orang-orang KL ni jakun tengok bunga api. Malam nanti sesak le jalanraya tu. Tak kuasa aku nak keluar dan menambahkan statistic kereta di jalanraya.

Korang tak suka esok cuti???
Aku pedulik apa..janji aku suka..Hahahaha…

More on Piala AFF Suzuki : 'Bagai Medan Perang'

dipetik dari Harian Metro Online...

SUASANA di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta bagaikan medan perang ketika aksi final kedua Piala Suzuki AFF, malam tadi.
Hampir 95,000 penyokong Sang Garuda memenuhi setiap pelosok stadium itu untuk membentuk lautan merah manakala di luarnya pula enam layar gergasi disediakan untuk 100,000 peminat yang tidak mendapat tiket perlawanan.

Hampir 10,000 anggota keselamatan daripada pelbagai cabang yang lengkap bersenjata dan kereta perisai pula mengawal keadaan terutamanya di pintu masuk yang sering diasak peminat untuk memasuki stadium sehingga ada yang terpaksa disuraikan dengan semburan air.
Malah skuad kebangsaan yang memasuki stadium kira-kira jam 6 petang waktu Malaysia terpaksa ‘berperang awal’ apabila tiba diiringi dengan lima jentera itu bagi mengelakkan diganggu penyokong Indonesia.

Situasi di dalam stadium pula hiruk pikuk dengan sorakan penyokong Indonesia yang menyanyikan lagu rasmi skuad kebangsaan Indonesia ‘Garuda Di Dadaku’, diikuti dengan persembahan artis tempatan yang silih berganti.

Malah di segenap gelanggang terdapat pelbagai kain rentang yang digantung bagi membangkitkan semangat pemain Indonesia seperti Bangkit Sepakbola Indonesia Menuju Prestasi, Ayo Bambang (Pamungkas) Kamu Pasti Bisa, Timnas Lanjutkan Prestasi Mu Karena Kamu Bisa dan sebagainya.

Suasana bertambah gamat apabila ketua jurulatih kebangsaan K Rajagobal dan beberapa pegawai pasukan Malaysia masuk untuk memeriksa padang sebelum pada jam 7 malam waktu Malaysia, pemain kebangsaan memasuki padang untuk menjalani latihan ringan yang disambut dengan ‘boo’ penyokong Indonesia.

Perkara sebaliknya berlaku apabila pemain Indonesia memasuki padang yang diiringi dengan jeritan �ndonesia...Indonesia...Indonesia... untuk membangkitkan semangat pemain.

Bagi aku, game is still a game...standard la boo mengeboo ni kan? Take it positively, kita akan lebih bersemangat!!!

PM declare 31 Disember sebagai cuti umum

Dengar berita di radio pagi tadi and WHAT???

"PM isytihar 31 Disember sebagai cuti umum beikutan kemenangan skuad Harimau Malaya dalam piala AFF Suzuki malam tadi"


Macam tak percaya pulak! Rasanya this is the second time aku merasa public holiday due to victory in sports. First was during Piala Thomas and now Piala AFF Suzuki. Anyway, kejayaan ni sepatutnya diraikan oleh semua rakyat Malaysia kerana kesemua pemain termasuk jurulatih adalah 100% rakyat Malaysia.

Aku bangga!

Piala AFF Suzuki : Penyokong Malaysia Geram

aku petik dari Harian Metro hari ni.

KECEWA dengan lokasi tempat duduk dalam Stadium Gelora Bung Karno serta faktor risiko keselamatan, antara 150 hingga 200 penyokong Malaysia menonton dalam protes final kedua Piala Suzuki AFF di layar besar di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, malam tadi.
Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor, Mohd Nasir Yunus, 55, yang mengetuai rombongan penyokong pasukan bola sepak Malaysia, berkata kumpulan penyokong negara yang tidak ramai jumlahnya sudah menempah tiket di tempat duduk VIP, tetapi mereka diberikan tempat duduk di belakang gawang gol di pintu II.

Mereka juga diletakkan di tengah-tengah penyokong Indonesia dan berasa tidak selamat untuk berada dalam stadium menonton perlawanan bagi menyokong pasukan Malaysia.
“Kami amat kesal sekali. Kami berasa kami dianak tiri, disisih dan tidak diberikan keadilan sewajarnya. Setelah mengambil kira faktor keselamatan dan perbincangan dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia serta persetujuan anggota rombongan, kami mengambil keputusan menonton perlawanan itu dalam protes di Kedutaan Besar Malaysia,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia.

Mohd Nasir berkata rombongan itu membabitkan kira-kira 60 penyokong yang datang dari Malaysia dan protes mereka itu turut disertai penyokong negara yang berada di Jakarta.

“Kumpulan kami tidak ramai, tidak ada masalah jika kami diberikan tiket di tempat duduk VIP,” katanya.

Piala AFF Suzuki Perlawanan Kedua (Malaysia 1 - Indonesia 2)

OK..Malaysia Menang dengan aggregate 4-2.

Puas hati ke?
Ermm…soalan tu payah sikit kot sebab walaupun menang aggregate, aku agak terkilan sebab kita masih ‘kalah’ di Indonesia. Kalaulah…kalaulah dapat seri atau 3-2 semalam aku rasa kemenangan tu lebih bermakna. Rasanya ramai yang setuju dengan statement aku ni.

Bagaimanapun, Malaysia tetap JUARA!

Khairul Fahmi sangat mantap! Aku suka each time bola melekat kat tangan dia. Macam ada gam plak kat glove dia tuh. Mama kata macam goalkeeper zaman Mokhtar Dahari dulu; Arumugam. Cuma aku tak berapa gemar bila dia asyik keluar dari kotak penalty tu. Maybe dia stress kot. (Aku pun buat camtu gak dulu sampai team aku kalah 11-2..erk!) Safee pulak seolah-olah jelmaan Mokhtar Dahari dengan jersi bernombor 10.

Keseluruhan game boleh aku kata sedikit perlahan sebab Malaysia lebih banyak defending rather than attacking. Perhaps it is a part of strategy since kita dah lead with the 3 aggregate in front of Indonesia. Pendek kata, aku lebih suka tengok first leg hari tu yang lebih menggemparkan dan menggegarkan jantung.

Anyway sekalung tahniah buat HARIMAU MALAYA! Cuma janganlah kerana satu kemenangan ni kita dah rasa cukup untuk kita. Lebihkan usaha sampai dapat masuk World Cup plak eh!

Wednesday, December 29, 2010

Wah! Banyaknya cerita best hari ni!

On the way to office, aku call Dadik. Entah kenapa rasa rindu menjengah pulak. Maklumlah, kalau dulu selalu jumpa, bila masing-masing dah berkeluarga kurang sikit masa nak bersembang di kedai kopi sampai tak sedar jam dah pukul 5 pagi. :)

Finally, Dadik is an Aircraft Engineer! Bahagia sangat bila dapat tau sebab aku pun turut merasa penat lelahnya dalam mengejar impian dia. Zaman (kang tersedak plak si Zaman tu yer.. - hanya Dadik dan Abg Udin yang faham) dia belajar dulu, banyak sangat dugaannya. Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran Dadik, akhirnya tercapai jua segala yang diidamkan.






Next, aku dapat tau dari Dadik yang Abg Udin is expecting this 15th January! Macam tak caya je...Anyway, am so glad for both of them.







Tak lupa juga dengan kisah-kisah orang di sekeliling aku...yang dah lepas dari bankruptcy, yang dapat pergi Haji, yang dapat anak, yang dapat naik gaji, yang dapat kerja baru, yang dapat boyfriend dsb...

Aku? Alhamdulillah aku dah ada Lil Muhammad buat penghilang duka dan penyembuh luka...wah, macam terluka je aku nih? Taklah, aku bahagia, tapi aku lebih bahagia dengan kehadiran Muhammad. Masih terbayang-bayang senyumannya sebelum aku hantar ke nursery pagi tadi. Masih terbayang-bayang tangisannya bila aku berlalu meninggalkannya. Sob..Sob..Sob..

Aih, dah tertukar tajuk la plak nih. Anyway, tak sabar tunggu piala AFF suzuki second leg malam ni!!!

Malaysia Boleh!!!

Tasbih Kaffarah : Bacaan dan Maknanya

Satu pagi di masjid Al-Khairiah, ada seorang sahabat aku ni bertanya...
"Ustaz tu dok kata kita akhiri majlis dengan tasbih kaffarah, apa maknanya ye? Macamana nak bacanya?"

Hmm..aku pun baru tersedar yang selama ni aku dok baca tasbih kaffarah tanpa tahu tujuannya...

Owh, by the way, inilah bacaannya:


سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاََإِلَهَ إِلاَّ أَنْتََأسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ





Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”

Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.


"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui". Al-Baqarah:42

Wallahualam.

rujukan :
http://sharelwahid.blogspot.com/2010/02/tasbih-kaffarah.html
http://keretamayat.blogspot.com/2008/10/taubat-yang-simple.html

2010 dah nak sampai ke penghujungnya!

Entri ni dah lama aku draf, tapi tak publishkan sebab banyak kali touch up :)

28 Disember
Pada hari ini tahun 2009, aku sedang diuji. Ujian yang sangat hebat bagi aku, rasanyalah. Dalam aku diuji itu, aku bersembang dengan orang sekeliling, dan aku sedar bahawa ujian mereka lebih hebat daripada aku. Tapi itu cerita mereka, biarlah mereka yang singkapkannya.

Apa cerita aku?
Pada hari itu jugalah aku terpacak depan bangunan tu, tanpa ada tempat duduk, di tengah matahari terik, dengan Lil Muhammad yang baru 7 bulan di dalam kandungan.

Pada hari itu jugalah aku sedar, tahun lepas aku tak tidur selama 3 malam, gara-gara panggilan maut yang aku terima tu. Dan kerana itulah aku pengsan kat depan orang ramai kat bangunan tu.

Dugaan...mujur aku ada Lil Muhammad yang beri aku semangat, yang beri aku kekuatan untuk tempuhi semua tu. Dan kerana itu jugalah aku perasan yang Lil Muhammad sangat kental jiwanya, tak mudah menangis dan kuat semangat.

Pada hari itu jugalah aku sedar, Allah itu Maha Kuasa...Maha Suci Allah...

Kisah-Kisah Para Anbiya' : Tak Tahu Bila ada Sambungannya

Entri tentang kisah-kisah nabi ni aku dapat dari laman sesawang (hehe, budayakan bahasa kita!) JAIPK. Tapi malang sekali, laman sesawang ni kena hack kot. So, aku pun tak berani nak bukak dah. Buat kawan-kawan yang berani bukak web tu, leh la gi baca kat sana.

Anyway, entri tentang kisah nabi ni akan aku sambung pada masa akan datang, tapi tak tahu bila la. Tunggu aku dapat cari laman sesawang yang sesuai, yang sesuai lenggok bahasanya untuk bacaan kita semua. Insya-Allah...

Monday, December 27, 2010

Piala AFF Suzuki Perlawanan Pertama (Malaysia 3 - Indonesia 0)

Wow...tak sangka aku player Malaysia main quite cool last night. Tak menghampakan langsung.Walaupun hakikatnya 1st half tu aku dok layan Grey's Anatomy...hikhikhik...

First goal aku menjerit sakan, bergema satu blok umah mama rasanya. Bila tiba 2nd and third goal plus wisel penamat, aku rasa lagi dahsyat bila dengar seluruh AU3 bergema. Ni yang tak sabar nak tunggu hari Rabu nih!

p/s Tengah cari momentum untuk start blogging lepas discharged nih.. :(

Tuesday, December 7, 2010

Khabar dari Tanah Suci

Mama called. Dah kat airport. Lagi 30 boarding as per schedule. Mudah-mudahan perjalanannya dirahmati Allah. Sekejap je plak rasanya. Hari tu time nak pegi, rasa cam lama je...

Monday, December 6, 2010

Doa Awal Tahun Hijrah


DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Doa Akhir Tahun Hijrah


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.

My Lil Muhammad dah 9 bulan hari ni


Hey...My Lil Muhammad dah 9 bulan hari ni! Omedeto tanjobi gozaimasu…

Meaning dah 9 bulan juga (bersamaan dengan 3/8 daripada keseluruhan tempoh susuan) mama berusaha agar anak mama ni mendapat bekalan susu yang secukupnya.

Semoga mama akan tabah menghadapi cabaran 15 bulan yang mendatang… (erkkk…..pejam celik je tuh)

Sayang anak mama…!!!

Gambatte!!!

Pelamin Anganku Musnah_Part 2

Ingat lagi entri aku sebelum ni?

So, aku nak sambung sikit...agak tragis dan aku sebak jugak dengar cerita mamat nih...


Sebelum aku kena brain freeze, aku ceritakan sedikit apa yang sempat aku dengar dari radio Era hari tu.

Caller tu ceritakan kisah tragis yang berlaku pada hari persandingannya 3 tahun lepas. Dia bercinta dengan wife dia dari sekolah rendah lagi. Kisah percintaan diorang berakhir di jinjang pelamin akhirnya, sekaligus menjadi pengakhiran juga kepada kisah percintaan diorang selama ini.

Waktu bersanding, wife dia batuk dan tisu yang pengapit guna untuk lap mulut wife dia penuh dengan darah. Dia tengok wife dia pucat dan tiba-tiba pengsan dari kerusi pengantin. Dia pangku wife dia yang dah tak bermaya tu dan tak lama lepas tu wife dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya, di atas pelamin tersebut.

Dia tak tau nak buat apa, dia panggil nama wife dia berkali-kali dan telefon ambulan.

Paling menyedihkan, sehingga hari ini keluarga wife dia tak nak beritahu apa penyakit sebenar yang dihadapi oleh wife dia. Tapi dia syak wife dia sakit jantung berlubang. Dek kerana family wife dia sayang sangat kat dia, diorang cadangkan untuk berkahwin dengan kembar wife dia. Tapi dia tak boleh terima sebab walaupun wajah serupa, jiwa dan perasaan tetap orang yang berbeza.

Setahun dia cuba untuk menerima kenyataan yang wife dia dah tak ada. Mudah-mudahan dia tabah dan berjumpa dengan seseorang suatu hari nanti. InsyaAllah

Faktor Perceraian

dipetik dari Harian Metro Online

PENDEDAHAN Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, menerusi kajian yang dibuat pada 2008, mendapati wujudnya potensi tinggi berlakunya perceraian dalam usia perkahwinan 10 tahun ke bawah.
Dalam kajian pada 2007 pula, Jakim mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian dan bagi tempoh enam hingga 10 tahun pula mendapati 27.7 peratus bercerai.

Ini bererti tempoh 10 tahun pertama adalah paling kritikal kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan perceraian.
Berdasarkan rekod 2009, 135,136 perkahwinan didaftarkan manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan.

Di negara kita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diwujudkan bagi menjaga kebajikan wanita supaya tidak teraniaya, tertindas, ketinggalan dan seumpamanya.

Namun, melihat keadaan semasa di negara kita pada masa kini, mungkin tiba masanya kita memikirkan sebuah badan khas untuk membantu lelaki yang kelihatan semakin pudar keupayaan mereka.

Allah SWT menciptakan isi dunia ini berpasangan supaya mereka saling bekerjasama memakmurkan dunia sesuai dengan fitrah mereka.

Namun, jumlah wanita lebih ramai memenuhi institusi pengajian tinggi dan seterusnya semakin banyak menguasai jawatan dalam bidang pekerjaan.
Pendidikan dalam rumah tangga semakin terhakis, satu puncanya adalah apabila wanita semakin ramai diperlukan untuk keluar bekerja sedangkan lelaki pula gagal menampung keperluan membantu dalam pendidikan anak.

Dalam kata mudahnya, dunia pekerjaan kini memerlukan bantuan wanita untuk terus bergerak tetapi dunia rumah tangga memerlukan bantuan lelaki untuk terus harmoni.

Apabila wanita kelihatan berjaya menampung keperluan dunia pekerjaan, tentu kemampuannya mengurus isi rumah tangga menyusut, ketika itulah peranan lelaki diperlukan tapi sedikit malang apabila lelaki terus terkebelakang.

Di dunia kerjaya mereka menyusut, di dalam rumah tangga mereka sering gagal menampung ruang kosong ditinggalkan isteri yang bekerja.

Hasilnya pergolakan pasti berlaku, rumah tangga berantakan, anak pasti terkena impak negatif dan seterusnya mendasar di dalam jiwa mereka sehingga dewasa.

Lebih buruk jika impak itu merosak jiwanya dan menjadikan anak berkenaan sebagai pembuli di sekolah, ‘virus’ di universiti, sampah dalam masyarakat dan pencipta masalah dalam negara.

Allah SWT menyebut dalam surah Al-Nisa, ayat 43, bahawasanya: “Lelaki itu adalah ketua ke atas wanita disebabkan kerana kurniaan yang diberikan kepada mereka dan disebabkan nafkah yang mereka berikan.” Jelas daripada ayat di atas, Allah melantik lelaki selaku ketua dan pemutus keputusan di dalam sesebuah rumah tangga berdasarkan dua sebab utama iaitu, kelebihan fizikal mereka dan, tanggungjawab mereka selaku pencari nafkah untuk keluarga.

Nescaya, kalau kedua-dua itu tidak disempurnakan dengan baik, pasti masalah akan berputik satu demi satu, ketidakpuasan hati akan menjelma hari demi hari, kehidupan akan berubah kepada seribu satu macam jenis masalah hingga berakhir dengan perceraian dan anak bermasalah.

Kerana itu keharmonian keluarga sangat penting dalam Islam dan Rasulullah SAW mengatakan, krisis dalam keluarga boleh ‘menghakis’ agama kerana ia punca kepada masalah lebih besar dalam masyarakat.

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sahabatku, mahukah kamu aku khabarkan satu amalan yang lebih besar fadilatnya berbanding puasa (sunat), sedekah (sunat) dan solat (sunat)?” Maka Abu Darda’ menjawab: “Ya, Rasulullah.” Baginda membalas: “Itulah mendamaikan perbalahan dalam keluarga dan masyarakat.” (Riwayat Al-Tirmidhi Abu Daud) Rasulullah turut menyatakan bahawasanya: “Kerosakan dalam hubungan rumah tangga, kaum kerabat dan organisasi masyarakat akan menghakis (ketaatan dalam agama).” (Riwayat Ahmad dan Tirmidhi: Hadis Hasan) Apabila wanita sudah bekerja dan berpendapatan sendiri, mereka tiada lagi punyai masalah untuk bercerai, hasilnya berdasarkan kajian, ‘trend’ perceraian bagi tempoh 1998-2002 menunjukkan hampir 70 peratus kes perceraian di Kelantan, Johor dan Terengganu dipohon oleh wanita (isteri).

Di beberapa negeri lain pula menyaksikan lebih 50 peratus wanita sebagai plaintif dalam kes perceraian.

Allah Maha Mengetahui wanita dan emosinya, ia satu perkara fitrah, justeru, kuasa cerai diberikan kepada suami.

Namun, isteri masih mempunyai kuasa untuk memohon melalui mahkamah apabila mereka benar-benar mempunyai kes dan sebab yang utuh di sisi syarak.

Fakta yang diberikan di atas menyokongnya, ia juga sekali gus menunjukkan kegagalan lelaki.

Artikel ini bukan bertujuan menyalahkan sesiapa, cuma mengajak kita berfikir sejenak kepada kelemahan lelaki dalam memainkan peranannya yang dianugerahkan oleh Allah, iaitu sebagai ketua keluarga.

Ia adalah satu tugas dan amanah yang datang dengan tanggungjawab dan peranan.

Tanggungjawab sebesar itu memerlukan ilmu dan kredibiliti secukupnya untuk bertindak selaku pemutus keputusan di dalam rumah tangga.

Keputusan dibuat pula mestilah rasional dan boleh diterima oleh ahli rumah, khususnya isteri, sama seperti sifat seorang hakim di dalam mahkamah, selain hakim, peguam bela dan pendakwa juga pakar di dalam bidang undang-undang, namun ia perlukan seorang pemutus keputusan.

Itulah sebaik-baik cara yang Allah SWT ajarkan untuk manusia, mereka perlukan pemimpin yang tidak mudah terpengaruh dengan emosi, tetapi lebih tumpu kepada rasional dalam membuat keputusan.

Berdasarkan ayat surah al-Nisa tadi, Allah melantik lelaki dan Allah Maha Mengetahui setiap kelemahan dan kelebihan makhluk yang diciptakan-Nya.

Hari ini, dengan segala kecukupan peralatan dan fizikal yang ada pada lelaki, semakin ramai menyalahgunakan kemudahan fizikal.

Kelebihan digunakan untuk menjadi penjenayah tegar, tenaga fizikal digunakan untuk ‘merempit’ dan menunjuk kekuatan dengan bergaduh dan tidak ketinggalan juga sebahagiannya diguna untuk mendera anak, isteri dan wanita lain.

Minda logik dan kurang emosi yang dianugerahkan Allah SWT digunakan untuk ‘menjustifikasikan’ segala kelalaian, menghiburkan diri apabila ditimpa kegagalan, padahal tiada usaha secukupnya dilaksanakan.

Akhirnya, semakin ramai lelaki gagal menggalas tugas ketua keluarga lantaran mendorongnya untuk terus mendesak isteri mengambil alih sebahagian tugasannya yang akhirnya menjadi punca kepada ‘rumahku nerakaku’.

Mungkin dengan sebab itu, kita kini memerlukan satu agensi khusus untuk melindungi lelaki sebagaimana peranan KPWKM yang melindungi wanita.

Kita sedar tabiat lelaki tidak suka dinasihati kecuali mereka yang datang meminta, tidak seperti wanita yang mudah menerima nasihat.

Justeru, adakah jika kementerian seperti ini diwujudkan, ia boleh mengubah situasi buruk yang melanda? Apapun, pemimpin negara dan semua pihak berkuasa memerlukan kaedah dan strategi lebih jelas dan berkesan bagaimana untuk kembali memperkasakan lelaki daripada aspek iman, ilmu, jiwa dan minda supaya mereka kembali menjalankan tanggungjawab dan bukan sibuk menjual ‘ubat kuat’ dan ‘tahan lasak’.

Tanpa pelan bertindak yang jelas dan jitu, krisis lebih buruk akan berlaku kepada lelaki, khususnya di negara kita.

Sudah tentu perkara pertama adalah mengembalikan mereka kepada fitrah mereka, membawa lelaki kepada agama kerana semua itu bakal mempengaruhi isteri dan anak mereka.

Khabar dari Tanah Suci


Apakah anda mampu melupakan kematian yang berlaku di depan mata anda?
Bagaimanakah anda menghadapinya pada saat itu serta hari-hari mendatang?

Khabaran dari Masjidil Haram, diceritakan oleh ayah Kak Liza (Pakcik Nis Naim). Dua hari yang lepas, dia menyaksikan sendiri jemaah haji Malaysia meninggal dunia betul-betul di depannya di dalam Masjidil Haram. Arwah ketika itu sedang sujud apabila ada seorang jemaah haji (warganegara tidak diketahui) terpijak leher arwah dan meninggal serta-merta.

Pakcik Nis Naim terdengar bunyi “krak” tanda leher yang patah dipijak jemaah berkenaan. Susulan kejadian tersebut, Pakcik Nis Naim tak henti menangis sepanjang hari mengenangkan kematian yang tidak mengira tempat dan waktu. Innalillahiwainnalillahirojiun…mudah-mudahan arwah dirahmati Allah s.w.t. dan diterima Hajinya. Wallahualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...