I Will Follow You...

Wednesday, February 26, 2014

Saiz Vitamin Shaklee

Dalam kesibukan menyusun dan membungkus order hari ini, terdetik di hari nak buat perbandingan saiz vitamin Shaklee.

Banyak kali juga terima email dan terima message di fb, bertanyakan saiz vitamin ni. Maklumlah, tak semua suka nak telan-telan vitamin yang boleh jolok tekak nih.

Linda dah buatkan perbandingan dengan duit seposen yang lama tu. Walaupun ada di antaranya nampak besar, jangan risau!

Contohnya VitaLea, walaupun besar, dia cepat larut sebab ciri-ciri organik dan bahan semulajadi yang terkandung di dalam ya membuatkan keterbolehlarutan yang agak tinggi.

OmegaGuard pula, boleh dikunyah begitu saja, rasanya pun manis cuma agak berbau hanyir sikit. Anak linda pun kunyah macam tu aje.

Alfalfa, jumlah pengambilan ada yang lebih dari 1 biji. Jangan risau, laritkan dalam air panas, anda dapat ala-ala teh herba gitu! Kunyah buat kudap-kudapan pun boleh.

Selamat makan vitamin tau darling semua!

Linda

Boleh dapatkan konsultasi percuma dengan Linda dengan setiap pembelian tak kira kuantiti atau jumlah pembelian :)

Jom Packing Vitamin!

Pukul 1 pagi...

Dah lama tak packing vitamin, sebab kebiasaannya SHAKLEE akan buat penghantaran terus kepada pelanggan. Tapi kali ni kena packing sendiri sebab kebanyakannya COD atau mix dengan set bajet. 

Tengok Vitalea saya! 
Bertingkek-tingkek!

Alhamdulillah...mana nak dapat multivitamin tertua dan terlaris hanya dengan RM15 aje sebulan?
*HALAL, berdaftar dengan KKM pulak tu!

Siapa nak lagi, sila angkat tangan ok!
Promosi harga kasih sayang hanya tinggal 3 hari aje!!!

Linda
fb.com/SihatDenganSaya


Tuesday, February 25, 2014

Gandakan BR1M Anda!

Lai lai lai - Double Your BR1M!


1 botol = 180 tablets

Boleh tahan untuk 6 bulan!

Serendah RM15 je sebulan...


Duit BR1M = RM650

Boleh beli promo set buy 6 free 1, hanya untuk bulan ini.

Boleh jadi ahli serendah RM75 seumur hidup.

Siap ada baki lagi.

Guna sebagai modal, generate income dengan set promo. Dapatlah RM195 lebih kurang.


Duit BR1M pun bertambah!

Beranak-pinak lagi!

Bolehla guna bertahun-tahun.


Nak tahu caranya?

Jom hubungi saya...


Linda

0129401604

fb.com/SihatDenganSaya

Monday, February 24, 2014

Baby Wrapping

Ok.

Serius aku kagum.
Tak sempat nak amik video.
How did the sister place, wrap and carry her lil brother on her back.
Lepas tu baru dia alihkan ke depan.

Ok.

Amazing.
Aku sendiri tak reti wrap macam tu.
Sebab tu jugak aku pilih Ergo.

Senang.

Buckle up and go.
Aku tak reti nak sling, tak reti nak wrap.
Paling penting, aku tak yakin bila nak wrap, takut jatuh.

Ok.

Aku terkesima.
Inilah realiti kehidupan budakbudak Myanmar kat sini.

Monday, February 17, 2014

Bahaya Susu Formula kepada Bayi

Saya seorang ibu, saya cuba berikan yang terbaik untuk anak saya.
Saya juga pernah berikan susu formula kepada anak saya atas kejahilan saya tentang penyusuan susu ibu.


Tetapi seorang tetamu yang hadir menziarahi saya genap seminggu saya berpantang membuatkan saya tersedar keburukan susu formula.
Saya nekad, berikan yang terbaik kepada anak saya.

Kala itu, breastpump masih lagi agak mahal, tak seperti sekarang di mana pelbagai jenama, pelbagai fungsi dan harga yang menarik boleh didapati. Saya gigih membaca kaedah penyusuan yang betul, cara membanyakkan air susu dan pelbagai lagi cara saya lakukan hingga saya hampir putus asa.

Push factor saya:
1. kata-kata azimat daripada Dr Suhaimi Isa "kalau ibu give up, baby akan give up"
2. anak saya mengalami incomplete intestine dan saya mesti berusaha berikan dia susu ibu agar dia cepat sembuh

Alhamdulillah.
Usaha saya membuahkan kejayaan.
Semenjak itu, saya telah menggunakan lebih daripada 12 jenis pam pelbagai jenama. Yang tidak digunakan, saya jual.

Saya mencuba pelbagai suplemen dan milk booster.
Sekarang saya tahu apa milk booster yang sesuai dengan saya.

Saya pilih SHAKLEE.
Kenapa?
Betulkah Set menyusu SHAKLEE boleh banyakkan susu?
Efektifkah set menyusu itu?

TOLONG!
Betulkan minda anda.
Fahami konsep penyusuan.
Fahami kegunaan suplemen dalam membantu penyusuan.
Gabungkan keduanya, anda akan mendapat hasil yang anda perlukan.

Dapatkan nasihat daripada pengedar yang betul.
InsyaAllah, saya sentiasa kongsikan pengalaman pahit getir saya dalam menyusukan ketiga-tiga permata hati saya.

Sekadar nukilan dari hati seorang ibu...
Linda
012-9401604
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...