I Will Follow You...

Monday, February 28, 2011

Penyakit Mental Punca Bunuh?

Selak-selak Mingguan Wanita semalam terjumpa lagi artikel ibu yang bunuh anak. Ish...ish...ish...

Tergamak ke bunuh anak sendiri?
Tergamak ke pijak budak yang setinggi lutut kita je?
Tergamak ke kita sepak terajang budak yang tak tau apa-apa?
Tergamak ke bagi racun, tengok si anak menggelupur dan mati depan mata sendiri?


Bagi orang yang waras dan sempurna imannya, aku rasa tak pernah terlintas pun nak buat sesuatu seperti di atas. Bila aku google tentang kisah ibu-ibu yang bunuh anak ni kebanyakannya berpunca dari tekanan mental.

Banyak punca tekanan mental ni, dan banyak juga cara mengelak dan merawatnya.
Bagi kita yang beragama Islam ni, kena la sentiasa solat, doa dan beramal supaya tak goyah iman.
Bila ada masalah, jangan lari...tapi cuba untuk hadapi dan selesaikan masalah itu sebaiknya.
Dapatkan bantuan, kalau bukan dari keluarga atau sahabat, boleh telefon talian Nur 15999. DIorang akan bagi saluran untuk kita cari penyelesaian.

Haih, tak sanggup rasanya tengok artikel-artikel ni lagi!

p/s : Untuk lebih faham tentang penyakit mental, boleh layari di sini. dan laman sesawang MMHA.

Kantoi Dengan Wife Kat Club_Part 2

OK...Sorry sebab aku lambat mengupdate cerita yang ni.
Imbas kembali entri yang lalu, kat mana aku berhenti eh?
Oh ye, bahagian yang si isteri ternampak suaminya dia atas sofa dan tengah bersembang dengan seorang pompuan yang tak seberapa comel pun kat sebelahnya.

Nak dijadikan cerita...
Tajam tak tajam penglihatan si isteri, terlihatlah sang suami nun di ceruk sana. Hati berdebar-debar tak usah nak kata. Apa nak dibuat libang-libu rasanya. Nekad dalam hati, sang suami kena diajar juga. Kalau tidak, sampai bila nak menjeruk rasa.

ni pun atas riba la gak kan?
Peha suami jadi sasaran. Si isteri terus duduk atas riba dan peluk leher sang suami sambil berkata kat pompuan di sebelahnya:
Isteri : Hai, apa khabar? Dah lama kenal ke?
Pompuan : Eh, taklah. Baru je kenal ni (sambil senyum-senyum)
Isteri : Takpe, nak kat dia ke? Nak amik lah!
Pompuan : *blur* (Terpinga-pinga kes tak tau apa cite)


Sang suami terlopong tak terkata apa-apa dari mula si isteri duduk atas riba hinggalah saat si isteri bagi pelempang free kat pipi sang suami. Sang suami baru terpisat-pisat, tergenyeh-genyeh mata, agaknya baru tersedar dia berpijak di alam nyata.

Sang suami tarik tangan si isteri. Konon nak selesai di luar. Si isteri dah naik gila, capai botol arak di kiri kanan meja, dibalingnya dekat sang suami tapi tak terkena. Bouncer suruh keluar; katanya nak gaduh setel kat luar.




Elok sang suami keluar, lari pecut tak toleh-toleh lagi. Tinggalkan si isteri yang bertumit tinggi, nak lari takut tergeliat buku lali. Si isteri jerit mintak tolong. Katanya 'lelaki' itu ialah si pencuri. Pakcik India jaga parking kejar sang suami, suruh setel jangan lari-lari.

Hai sang Suami, apa cerita ni...Si isteri punyalah baik, punyalah comel engkau buat begini...

Balik rumah, perang dunia berlaku lagi. Sang suami diam menyepi tak berani kata apa-apa pada si isteri. Mungkin salah sendiri, kena batang hidung sendiri.

Hai sang Suami, dah 4 tahun kahwin, ubah-ubahlah diri. Ini belum ada anak, kenalah perbetulkan diri. Supaya nanti jadi teladan pada anak isteri.

p/s : sahabat aku ni sedang mencari ketenangan pada tika dan saat ini. Apa yang aku boleh katakan, mohonlah pada Yang Maha Kuasa, mohon diberikan petunjuk dan hidayah, mohon diberikan panduan untuk meneruskan jalan kehidupan. Kita doakan sama-sama ye. Dalam masa yang sama, cerita ni untuk panduan diri sendiri jugak, bukan nak mintak tapi itulah ragam orang di keliling kita. Nampak muka macam tak ada apa-apa, hati di dalam tak siapa yang tahu...

Thursday, February 24, 2011

Jenis-jenis Satay : Satay Kaki?


Pernah makan satay? Atau kadang-kadang dieja sebagai S.A.T.E.

Berapa jenis satay yang korang pernah rasa?

Satay Satay Satay!
1. Satay Ayam
2. Satay Daging
3. Satay Perut
4. Satay Kambing
5. Satay Rusa
6. Satay Arnab
7. Satay Lipan pun ada!!!


Anyway, ada ke satay hati? limpa? Kalau kat Chow Kit hati-hati bila beli satay sebab ada penjual yang muka macam Melayu yang jual satay anjing dan kucing!

Banyak-banyak satay, pernah korang dengar satay kaki?

Sekarang dah ada satay terbaru yang wujud dalam senarai makanan yang sedia ada.

Taraaaaa…inilah satay kaki (ilham dari En Amir!)




Kaki Azizul Hasni Awang yang cedera dalam perlumbaan basikal di Manchester


p/s : huhu, maaflah kalau kata aku tak sensitive, cuma senda gurauan semata-mata. Kot mana pun aku still tabik dengan AZIZUL HASNI AWANG kerana meneruskan perlumbaan dan merangkul tempat ketiga untuk pusingan keirin dan muncul juara keseluruhan. Sikap beliau harus dicontohi oleh semua…kecederaan bukanlah penghalang sesuatu kejayaan! (Berita melaporkan bahawa serpihan kayu tersebut hanya menembusi daging dan kulit, bukan pada tulang)

Wednesday, February 23, 2011

Cendol dan Rojak Best!


Misi makan cendol dan rojak semenjak balik dari Melaka hari tu.
Ini ialah semangkuk cendol...
 Ini semua kes kempunan nak makan cendol kat kedai yang kawan Kak Ame suggest – area Simpang Ampat. Dia bagi direction kat Balai Polis Simpang Ampat, rupa-rupanya balai polis apa nama entah. Dia ingat-ingat lupa, alang-alang. Kesian Pah Chu, kempunan nak makan cendol Melaka. Tak tahu bila lagi nak bawak dia ke sana since dia pun dah nak balik London 25hb ni. (T_T)

Maka misi aku pun bermula…

Area Taman Melawati memang ada cendol dan rojak yang sedap, dari sekolah rendah lagi aku selalu makan kat situ. Tapi aku macam malas je nak ke sana… :p

Area Ampang pun aku dah pergi, kat sebelah Klinik Dr Wan dan Julia ada satu Restoran Cendol (itu memang namanya ye) dan ada buat francais kat few places lagi.

Kat area Pandan Indah, depan masjid pun ada tapi tak berapa umph!

Ahad lepas, alang-alang aku dah ada kat area Subang, aku ajak En Suami cari cendol dan rojak yang dia kata sangat sedap tu. Katanya, dari 20 tahun lepas orang tu berniaga kat Subang dan memang ramai yang membeli. Bila sampai kat Shell, En Suami terkejut sebab Gazebo dah takde dan diganti dengan bangunan bertingkat-tingkat! Hampa juga waktu tu tapi En Suami nak pusing-pusing dan kalau nasib baik boleh terjumpa van cendol tu.

Pusing punya pusing tak ada jugak, terpaksa la balik rumah. Ahah! Rupa-rupanya dah ada kiosk laaaaa…
Dah rezeki kitorang tu…yea yea!

En Suami beratur beli rojak Sotong RM4.00 sepinggan, aku pulak beratur beli cendol RM1.50 sepinggan.

Yummy!
Memang ramai manusia yang beratur dan membeli. Sepanjang kitorang makan, aku rasa adala lebih 20 orang yang dah bersilih ganti membeli.


Alhamdulillah…malam ni tak yah makan malam dah.

Mama dan Ayah makan, Lil Muhammad tido diam-diam dalam keta eh!
Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati!

Sunday, February 20, 2011

Kantoi Dengan Wife Kat Club

Sembang-sembang dengan seorang sahabat aku minggu lepas betul-betul buat aku rasa nak pecah perut. Sounds funny but lesson learnt for the hubby la kan...

Alkisah si suami beritahu si isteri yang dia nak main snooker malam tu. Si isteri being so sporting kata ok je. Diberinya si suami sepersalinan pakaian yang buruk dengan harapan tak melencong ke lain.

Si isteri tiba-tiba rasa bosan duduk seorang di rumah. Diajaknya seorang kawan untuk keluar minum dan kedai mamak berdekatan KLCC jadi pilihan. Sambil-sambil minum tu, kedengaran sebiji kereta lalu depan diorang dan terus si isteri cam bunyi kereta suami dia. (bagus tak bagus pendengaran seorang isteri ni kan!)

Si isteri rasa macam tak sedap hati dan untuk nak pastikan lagi, si isteri pun berjalan kaki ke parking kereta tu. Sah! Memang kereta di suami! Hati si isteri tergerak nak masuk ke Zouk dan cari si suami. Masalahnya, si isteri ni tak pernah jejak kaki ke club! Kawan si isteri ni pun tak pernah ada experience gak.


Diorang pun start calling-calling kawan yang pernah gi clubbing untuk mintak nasihat dan panduan. Maka checklist pun siap...
Baju: baby tee...bolehla
Seluar: jeans...hmm, rata-rata pakai skirt, belasah je laa
Kasut: tumit tinggi 1inci...so-so
Mekap: biasa-biasa




Lepas bayar dan masuk club, kawan si isteri disuruh jaga tepi pintu sambil tolong pegang handbag. Si isteri pergi dari intai dekat-dekat dari satu muka ke satu muka yang lain. Habis semua meja diredahnya tapi tak jumpa juga. Yang tinggal hanya di dance floor, si isteri serba salah juga nak dekat-dekat dengan manusia yang tengah tak sedar diri tu.

Setelah berkira-kira, si isteri nekad nak teruskan juga pencarian sang suami. Allah maha kuasa, si isteri ni dari awal mintak doa pada Allah untuk tunjukkan sesuatu maka ditunjukkanlah jua pada si isteri. Dalam si isteri ni mencari-cari, ternampaklah dia kelibat sang suami nun di atas sofa sambil bersembang dengan seorang pompuan.

Si isteri apalagi.... Tunggu sambungan selepas ini... :)

Salam Takziah Buat Shazlinda

Al-Fatihah buat Qaif, permata hati Shazlinda dan Man.
Qaif dilahirkan di Ipoh Specialist Centre awal Februari lepas pada usia 29 minggu. Qaif tabah berjuang hingga ke akhir hayatnya beberapa hari sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Semoga Umi dan Ayah Qaif tabah dan cekal menghadapi ketentuan Ilahi.

Shazlinda is my dormmate and a niece to my mom's bestfriend. She is among my fav junior at school apart from Mazura, Ermaliza, Azira and few others. Later we found out that her father is the brother of late Makcik Ani(she made such wonderful baked macaroni).

Al-fatihah and our greatest condolence to beloved Qaif.

Saturday, February 19, 2011

Jantan Tak Guna

Ok, aku tau nanti ada pihak yang disagree dengan tajuk aku but please bare in mind, kalau korang setuju dengan tindakan JANTAN yang akan aku ceritakan ni maka korang pun sama tak guna macam dia! Bukannya aku suka-suka nak judge JANTAN ni tapi aku rasa perangai binatang lagi bagus dari dia...(teruk sangat ke apa yang dia buat tu...hihihi)

Aku menulis dalam keadaan marahkah bila keluarkan tajuk sebegini rupa? No...no...no... Marah aku dah tiada tapi masih terbayang-bayang peristiwa yang berlaku depan mata aku hari tu...

 Peristiwa ni berlaku di EPF during lunch hour. Aku pickup document kat sana dengan En Suami. Lepas urusan selesai, kitorang menuju ke parking.

On the way to our car, ternampak ada sorang mamat tengah dukung anak (umur lebih kurang 1 tahun) dalam kereta, sambil bercakap dengan satu couple yang baru selesai park keta. 

Mamat ni dah tunggu parking ni when couple ni selamba je masuk parking yang dia dah lama tunggu. Dalam hati aku kesian sebab dia tunggu tengah panas terik, bawak budak pulak tu... Nasib baik aku dah nak keluar, adalah satu parking kosong untuk dia. 

Mamat ni dengan couple tu dah macam naik suara sikit. Bila kitorang keluar dan lalu di tengah-tengah "pergaduhan" diorang tu, aku perasan yang keadaan dah macam tak terkawal sikit. Aku suruh En Suami slow down sikit sebab macam tak sedap hati je.

Waktu tu lah aku nampak couple ni (yang jantan tu je) berjalan ke kereta tu dan mamat tu pulak bukak pintu kereta. Yang jantan tu tolak mamat ni, rentap kolar baju dan tumbuk mamat ni kat muka.

Aku pun tak tau apasal aku berani sangat, aku terus lari ke kereta tu dan suruh diorang stop. Apa yang ada dalam kepala aku time tu tak lain tak bukan ialah keselamatan baby dalam kereta tu je. 

Jantan tu sound : "your 'husband' started the quarrel!".
Aku : he is not my husband! I am just someone who is concern about the baby inside the car!
Jantan : you dont have to cover up your 'husband', he started it all
(dia ni pekak gamaknya)
Aku : hoi, my husband is inside the car over there, we saw what you did just now as we passed in between both of you.
(then only jantan ni sedar kot yang kitorang menyaksikan kejadian tu tadi)
Aku : you tak malu ke tumbuk orang in front of a baby! You gangster sangat ke? Nak show off sangat ke?
Jantan : hey, he started it. You should ask him to jaga his mouth!
Aku : you buta ke buat macam tu depan baby, you pekak ke? Tak dengar ke the baby is crying and scared of you!
Jantan : hey, just because he is your 'man', you nak back up him lah?
(amboi, nak main racism plak jantan sekor ni)
Aku : what 'my man'! dont ever raise about racist issue ok...this is Malaysia and i will act the same if others did this in front of a baby. I am a mother and i am very concern of the baby!
Jantan : i am a father too! But he started it! (Macamla aku tak nampak dia tumbuk mamat tu dulu! Mamat tu dah terdiam dari tadi sambil pegang muka dia, slowly dia masuk parking time aku bebel kat situ)
Jantan : ...membebel-bebel dengan wife dia sambil jalan masuk epf....

Aku pulak terus menghala ke kereta dan bagitau laki aku, laki aku nak pusing balik sebab nak suruh mamat tu buat repot polis. Dia sanggup nak jadi saksi, katanya jantan tu perlu diajar! Jangan suka-suka buat kacau, tumbuk orang sana sini. 

Aku tak kira la dia bangsa apa sekalipun. Tapi aku tetap angin tengok dia sergah dan tengking depan budak camtu. Kalau takat marah pun aku tak suka nengoknya, inikan pulak bila tengok siap naik tangan.

Bodoh punya JANTAN!

Friday, February 18, 2011

Hadiah Uncle Wan & Aunty Hana

Ni gift dari Uncle Izwan dan Aunty Hana. Saya dah boleh naik!

Nanti ajak Kak Awliya dan Abang Qaiser datang rumah ye. Boleh main sama-sama.

Salam sayang dan semoga cepat sembuh to Kak Awliya dan Abg Qaiser :)

Usaha Menangkap Gambar Gigi

24 Oktober 2010, 2 batang gigi bawah dah tumbuh.

6 Januari 2011, 2 batang gigi atas pulak tumbuh.

11 Februari 2011, lagi 1 batang gigi atas tumbuh.

Usaha nak ambil gambar gigi ke-5 tak berjaya jugak. Tapi inilah hasilnya yang taklah begitu mengecewakan. Cuma nampak 4 batang je, yang ke-5 tu tak berapa sangat.

Lepas ambil gambar ni, terus kena gigit dengan Muhammad. Geram gamaknya, asyik kena suruh senyum je...

Handphone Rosak :(

Semalam My Lil Muhammad campak handphone mama yang usia tsk sampai 2bulan ni dari atas kerusi dan dusshhh... ke lantai!

Kesan dari kejadian tu, speaker handphone dah tak berfungsi langsung. So, setiap kali nak kol, aku kena guna loudspeaker. Sangatlah tertekannya rasa, tapi tak boleh nak salahkan si kecik tu. Sapa suruh letak handphone merata-rata. Haish, kena gi kedai phone la plak. Malasnya nak keluar rumah dengan hidung yang tersumbat nih!

Iklan Ubat Gigi Kodomo Lion

"Ibu suruh guna ubat gigi dewasa, tak ada xylitol pun. Ibu, belikan saya ubat gigi kodomo lion ye..."

Ada tak korang pernah terdengar iklan ni kat radio. Aku perasan iklan ni dalam radio Era boleh dikatakan tiap-tiap pagi. Ini sebahagian je, aku tak ingatla pulak skrip pnuhnya.

Anyway. It does sound a bit harsh to me. Sebab seolah-olah budak tu diajar untuk jadi kurang ajar sebab pandai nak komplen pasal mak dia pulak. Pastu lebih utamakan cakap cikgu kat sekolah if compared to mama dia. 

Huhu, taktau la korang punya pendapat pulak kan!

Thursday, February 17, 2011

Aku dan Twitter

Hari ni aku berjaya sign up account di Twitter. Lalu terlintas di fikiran;
Perlukah?
Untuk apa?
Akan updatekah?

Lepas sign up, aku tak berminat pun nak explore kegunaannya, mahupun menggodek-godek application tu. Sedangkan blog ni pun tak terupdate, inikan pulak akaun yang lain.

Tengoklah, kalau ada kerajinan atau kelapangan barulah aku fikirkan sama ada aku nak update atau tak...

Apa-apapun, aku ada Twitter... Korang ada??? Muahahaha

AADK: penagih rokok vs penagih dadah

Sambil tunggu En Suami hari tu, ternampak sebijik van AADK (agensi anti dadah kebangsaan) lalu kat depan kitorang. Dahla terhegeh-hegeh, bawak pun cam terhuyung hayang je. Later baru aku perasan yang van tu 'tak betul' sikit sebab driver tu tengah nyalakan api rokok. Hmmm...no wonder la kan! 

Aku renung-renung kembali dan aku rasa tak sepatutnya dia buat macam tu sambil memandu sebab membahayakan orang sekeliling. Aku terfikir jugak, patutnya mereka yang terlibat dengan AADK ni tak sepatutnya hisap rokok sebab menjadi contoh yang tidak baik kepada penagih dan bekas penagih. 

Mana taknya, penagih dan bekas penagih tu sedang diajar untuk berhenti menagih dan kawal ketagihan mereka. Tapi, bila perokok dok merokok depan diorang, diorang boleh bantai balik yang si perokok ni pun tak dapat kawal ketagihan mereka terhadap rokok apatah lagi nak suruh diorang stop menagih dadah. 
So, renung-renungkanlah...

My Lil Muhammad and His New 'Playland'


Semalam lepas kemas rumah, ternampak satu area yang agak kosong. Terus terfikir nak letak semua barang mainan Muhammad kat situ. Before this semua susun kat korner je. Playmat tu pun baru pasang.

Mainan dalam kotak tu pun nak kena segregate sebab dah tak sesuai dengan peringkat umur Muhammad. Err...berkira-kira nak beli mainan untuk bajet bulan depan. Masalahnya, aku tak sure mainan macamana yang sesuai dengan dia. Muhammad lebih suka main tempat sidai baju, kerusi, meja, remote astro...haih anak teruna mama ni...

Nampak gaya, pencarian mainan Muhammad akan bermula la ni... :)

Sent from my iPhone

Wednesday, February 16, 2011

My Lil Muhammad : Almost 1 yr old

Pejam celik pejam celik macam tak percaya lagi beberapa hari My Lil Muhammad dah nak mencecah umur setahun.

 Rasa macam baru je keluar dari hospital.
Rasa macam baru je tengok dia belajar meniarap.
Rasa macam baru je tengok dia mula merangkak.

Semalam, Maulidur Rasul...
Petang tu aku tak ada plan nak ke mana-mana pun. Memandangkan cuaca pun sangat baik dan tak berapa panas, aku terus suggest kat En Suami untuk bawak Muhammad ke Town Park Pandan Indah. Sebelum ni asyik pergi Taman Metropolitan Kepong je. Itupun dia duduk dalam stroller je.

This time, aku saja lepaskan dia kat atas rumput. bagi dia berani sikit untuk bertatih-tatih. For the first time jugak la aku bagi dia naik slide, buai dan jongkang jongket.

Tetiba rasa macam sayu pulak sebab rasa rindu nak gomol dia waktu kecik-kecik. As time goes by, aku harap dia akan jadi seorang insan yang berjaya dunia dan akhirat, dan sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya. InsyaAllah...

Friday, February 11, 2011

12 Signs of an Unhappy Marriage


From my previous entry, ada aku cerita pasal mamat ni yang dok kata “I tak bahagia dengan perkahwinan I”. Aku pun google signs of unhappy marriage and bumped into this list. Boleh juga buat panduan kepada semua. Setidak-tidaknya boleh kesan dari awal dan ambil tindakan segera. Again, sekadar panduan je ye…

How to know that your Marriage is in Trouble

 

Not all marriages are made in heaven. A marriage in order to be a happy one takes a considerable amount of work. There are many signs to an unhappy marriage. I am giving below some of those signs. If either or any of the partners is behaving in such a manner then the chances are that it is an unhappy or failing marriage.
1) Frequent Arguments and Disrespect: If there are frequent disagreements between the husband and wife it is a definite sign that all is not well in the marriage. Abusive behavior and disrespect is another sign of an unhappy marriage. Some couples even resort to constant name calling, hurtful or vulgar behavior and bringing up issues that will purposely hurt the other person. Some not only curse each other they even throw objects at each other or get violent with each other. This can also be devastating for children of the unhappy couple if any.
2) Lack of Communication: If either or one partner has stopped communicating like he or she used to earlier that is a sure sign of unhappiness in marriage. While some couples choose to get into arguments or verbal lashing some couples stop communicating and keep a distance with each other. They stop sharing their thoughts and feelings with each other and stop consulting each other about home or personal issues. Couples in unhappy marriages often busy themselves with distractions to avoid the real issues.
3) Lies or keeping Secrets from one another: When the Marriage is on rocks many couples become too secretive about their activities. For instance if the spouse leaves the room frequently for private phone conversations or switch of the phone suddenly when the partner appears in front of them it is a sign to be beware. A happy couple often talks about their plans for the future. One of the signs of an unhappy marriage is that the spouse no longer shares hopes and dreams of future with you.
4) Not Spending time with you: If your spouse suddenly has started to spend more time with friends regularly than they spend time with you it is a sign of troubles in your relationship. Your spouse may even find excuses to stay at work late just to avoid being with you. Frequent trips made by one party or both, extended working hours, more time spent separately with friends and general avoidance of the other party can all be signs of an unhappy marriage. If the Spouse suddenly develops new hobbies and prefers to spend time alone without your company it is one of the signs that your marriage is in trouble. Such a person may also display Escapism.
5) Lack of Intimacy and Affection: If either of the parties do not display signs of love or affection like hugs, kiss or compliments then the marriage has lost its spark. Many times the spouse may also indulge in comparing you with others or praising others in front of you. Many times even the hand holding is gone, the pats on the back are absent and they usually won’t be sleeping in the same bed also. Lack of intimacy is one of the most common indicators of lack of emotional connection. Though the honeymoon phase may not last forever a total disinterest or lack of intimacy with spouse may be a sign of marital discontent.
6) Drinking or Drug usage: Some people tend to think they can drown their problems by drinking or using drugs. If such a habit has started suddenly that may be a sign of an unhappy marriage.

7) Partner Infidelity : Adultery or Partner Infidelity is a clear sign that the marriage is an unhappy one. When such a thing happens it is very hard to recover from an affair because once trust is gone it does not come back fast. There are instances when the marriage is under false pretenses (like the husband is not a Gay when he is one). A cheating husband or wife is a clear indication of an unhappy marriage.Sometimes one may make a sudden change in appearance or be secretive of their phone calls and may indulge in huge credit card spending when they are cheating on their spouses apart from spending time away from home.
8) Body language: The Body language between the husband and wife can also point if the marriage is a happy or unhappy one. Bad body language and behavior between spouses can be indication of an unhappy marriage.
9) Selfishness and not caring for the needs of the Spouse: When marriage is unhappy it will appear that one spouse will be unselfish with his or her feelings. He or she will not care that their activities bother the other person or care for the other persons needs.
10) Depression and Loneliness: If any of the partners is suffering from any form of depression or is exhibiting signs of depression is clear that he or she is unhappy. He or she will get even unhappy with the marriage if they feel alone in this suffering.Some may even have stronger feelings of regret regarding a choice of partner. Many may lose or put weight in such a condition because they either eat more or eat less.

11) Falling out of Love or having unrealistic Expectations: Many enter into marriage with unrealistic expectations and when they do not get fulfilled the marriage becomes an unhappy one. There are also instances where the couple who was in love fall out of love and lose interest in the spouse.
12) Other Issues: Sometimes other issues also can lead to unhappiness in marriage like monetary troubles or work pressures. There can also be problems from in laws or children.

In order to make a marriage succeed both husband and wife should stay emotionally connected and work towards building trust and love in the relationship.


Kisah Dulu-Dulu_sambungan



Bila aku setuju nak bawak kawan aku jumpa mamat ni, aku dok la terpikir nak bawak someone. Tapi at that moment aku takde sapa2 yang terlintas di kepala otak nih.

Kenapa aku perlu bawak seseorang?
1. Untuk tunjuk kat dia yang aku tak keseorangan (tak nak kalah la konon)
2. Untuk bagitau kat dia, “Tolong jangan berharap lagi pada aku”
3. Untuk kaver gabra aku kot…

Tengah dok pikir tu, lalulah En Suami (waktu tu tak kenal sangat pun) kat depan aku.
Terus aku tanya,
Aku : free tak malam ni, leh teman tak?
En Suami : Where to?
Aku : Jumpa ex-bf
En Suami : Ok

So malam tu kitorang pun bawaklah kawan aku ni dari Shah Alam ke Kem dan terus ke NZ Wangsa Maju. Nasib baik En Suami dan kawan aku ni ada topik yang boleh disembangkan. Maklumla sama-sama belajar kat Jepun walaupun berbeza tahun, at least tak la sunyi sepi je kan…

Aku? Trying my best to act like nothing ever happen before.
Dia? Dah terlalu banyak perubahan…tak perlu aku nyatakan dengan terperinci kat sini la kan…

Yang penting, malam tu berlalu dengan mood persahabatan sahaja. Alhamdulillah, respon dari dia menampakkan yang dia tahu aku dah tak berharap apa-apa dari dia.

Zero.
Kosong.
Mati.
Tanpa Prejudis.
Aku rasa lebih “ringan”, lebih berkeyakinan, lebih matang.

Yang bestnya, aku dapat sms daripada dia keesokan malamnya. Tapi aku pelik, sebab dia tanya whether aku still sayang dia lagi ke tak?!?! Uiks? I thought everything dah clearly explained and understood by each of us! Dah takde sayang-sayang, takde maknanya, geli dah tekak aku nak nyebutnye pun…

All out of sudden, tetiba je dia kata, “Tak payah la awak nak sayang saya dah, pergilah kat kawan kita tu”. Aik, apahal plak nih. Macam la dia tak tau yang kawan kitorang tu couple dengan membe kitorang. Hilang akal ke apa???

Kawan aku pun sms gak, dia tanya ada tak mamat ni hantar sms merepek? Later we realized that the sms was actually sent by his wife. So what? Ingat aku kemaruk sangat ke? End up, aku terus bagitau kat dia yang aku tak berminat langsung walaupun sekadar kawan. Enough said, this will be my last sms to you and I don’t expect any reply from you anymore. The end.


However, good things happened. En Suami akhirnya benar-benar menjadi teman hidup aku. Dan aku lebih tenang untuk membuang semua surat, bahan bukti yang aku simpan sepanjang perkenalan aku dengan mamat tu. Mungkin itulah yang sepatutnya aku buat dari dulu untuk mencari sedikit ketenangan…

Kisah Dulu-Dulu


Kamu ketahuan…pacaran lagi…
Dengan dirinya…teman baikku…
Tapi  tak mengapa…aku tak heran…
Kerna dirimu…cinta sesaatku…

Sambil kemas rumah mama semalam, terjumpa pulak hadiah ‘si dia’ tahun 1999. Nak campak sayang, nak simpan nyampah, baikla aku bagi kat anak-anak sedara buat main…dengan wrapping paper pun masih elok dok kat dalam kotak tu. Perlu ke upload gambar kat sini? Tak payahla ek sebab aku pun tak suka nak nengoknya dah.

Kena sangat la lagu kat atas tu zaman aku kenal ngan dia. Dah kahwin pun dia, pun dengan kawan baik aku tu kan. Tapi aku sedih la jugak sebab after 6 years, dia datang cari aku balik. Dengan alasan sama macam aku selalu dengar dari kawan-kawan, media dan orang lain, “I tak bahagia dengan perkahwinan i…”

Uwekkkkkk…nak muntah aku dengornye. Kalau tak bahagia, takdela sampai 3 dah anak ko weh!
Ok, agak-agak korang, apa respon aku ye?

Hmm…Februari 2005, aku melayan segala SMS yang dia hantar, tapi aku tak anggap lebih ye. Aku layan sebagai kawan baik, yang pernah sama-sama susah dan senang. Aku tahu limit aku, dan aku pun tak sanggup nak lukakan hati wife dia. SMS tu berterusan sebagai kawan (takde feeling-feeling eh…dia aku tak tau la kan!).

Sehinggalah 20.05.2005, kawan aku balik dari Jepun dan nak jumpa si mamat nih. Kebetulan mamat ni ada kursus kat KL 2-3 hari ni. Aku pun agak keberatan nak bawak, sebab aku tak rasa aku nak jumpa mamat tu (dendam still ada, ehehehe). Yang kawan aku ni pulak beria-ia mintak tolong sebab dia tak tau jalan kat KL ni. Pening gak kepala aku time tu, sebab dulu kitorang berempat kawan baik; termasuk la girlfriend kawan aku yang balik dari Jepun tu.

Dan aku pun akhirnya bersetuju…sambungannya selepas ini eh.. :D

Tuesday, February 8, 2011

Rumah Sebelah Kena Pecah!!!_Part 2


Actually ni kesinambungan dari entri sebelum ni. Tak sampai 24 jam selepas kejadian pecah rumah kat tangga aku ni, ada la sorang mamat India ni kena cekup waktu dia buat cubaan nak pecah rumah kat tangga yang sama.

Sebelum tu dah ada orang nampak dia berlegar-legar kat kawasan tu. Nampak sangat la dia orang baru kat situ sebab kat blok aku tu cuma ada satu je keluarga India dan kitorang semua memang kenal dia. En Suami pun nampak dia lalu depan rumah few minutes before kena cekup tu. Tapi mengikut kata En Suami, ada dua orang sebab lagi satu helmet masih ada atas motor yang disorok kat belakang rumah kitorang.

Lebih kurang jam 6.45 petang, terdengar kecoh-kecoh depan rumah. Makcik Sariah panggil aku dari luar. Aku mintak En Suami tolong tengokkan. Bila aku keluar je, En Suami terus pass Muhammad kat aku dan ikut kejar pencuri yang terlepas tu. Bila dah tangkap, diorang nak pukul tapi Makcik Sariah tak bagi. Itu yang terlepas dan terus tak dapat tangkap sampai sudah. Motor tu pulak, ada kes samun, dadah, pecah rumah dan rogol. Adehla, terus rasa tak secure duduk kat situ. Sekarang ni, keluar sekejap pun aku akan cepat-cepat kunci pintu rumah.

Alhamdulillah, bila jadi kes macam ni, aku nampak perpaduan yang ada dalam komuniti kat sini. Itu je yang buat aku kurang takut sikit. Aku tinggalkan rumah hari Khamis lepas dengan perasaan yang berbelah bagi, tapi aku serahkan kepadaNya untuk memberi perlindungan. Sampai-sampai rumah je, kelam kabut aku cek segala kunci rumah tu. Syukur Alhamdulillah…baru rasa lega dan hilang segala libang libu dalam dada ni.

Ok, sekarang tengah planning for next vacation plak J

Feeding your baby : Four Day Rule


When feeding your baby, always remember to apply the four day rule. 

The four day rule is a simple strategy to help spot baby digestive problems or potential allergies and easily identify problem foods. 

The rule is easy to follow...
Each time you introduce a new food to your baby, you need to continue feeding your baby that same food for four days. You can continue to feed your baby other foods you have safely introduced. 

But don't introduce two new foods at the same time.
It's an effective strategy...
Allergic reactions usually appear quickly - sometimes within 1/2 an hour of your baby eating the food responsible. But it can take up to 3 or 4 days for a reaction to occur. Baby digestive problems, too, tend to take a few days to appear.
By sticking to one new food for 4 days, you will immediately be able to tell which food is causing the reaction or digestive problem. You can then eliminate this food from your baby's diet, although it may be possible to re-introduce it later on. Identifying the problem quickly means you won't need to "experiment" to find its cause ... and you won't risk provoking the same reaction again. 

A useful tip is to try introducing new foods in the morning or at lunch time.
If your baby suffers a severe allergic reaction, it will be easier to get medical help then, rather than later in the day.
If the food causes your baby digestive problems, he may experience diarrhea, gas (wind) or some other discomfort. If you've given him the food late in the day, then he - and you - will probably be in for a sleepless night!
If you are introducing solids to your baby before he is 6 months old, you might want to increase the "four day rule" to seven days. Some medical experts believe that, in a younger baby, digestive problems and allergic reactions are more likely to occur.
Giving your baby new foods is exciting, but don't rush things - it pays to be patient and apply this rule. You will be in control of your baby's diet, alert to potential problems and able to identify their cause. And the end result ... a happy, healthy baby, enjoying the foods that are right for him.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...