I Will Follow You...

Tuesday, August 24, 2010

Kerja : Ibadah Atau Mengisi Masa Lapang?

Kenapa tajuk entri kali ini berkait tentang "kerja" lagi?

Mungkin sebab past 2 weeks aku agak sibuk dengan kerja-kerja di pejabat.

Mengimbau kembali pada saat-saat mula bekerja sebaik tamat belajar.

Time tu bujang trang tang tang, jarak tempat kerja ke pejabat lebih kurang 60km, dan mengambil masa lebih dari 1 jam untuk sampai (itupun kalau trafik ok). Masuk kerja pukul 8.10 pagi, balik kerja 5.30 ptg. Tapi seingat aku, tak pernah atau jarang-jarang sekali aku balik pukul 5.30ptg. Tambahan bulan puasa, tak pernah pun balik awal sebab company tak pernah isytihar untuk balik awal. Mungkin itulah kekurangan kerja dengan syarikat asing. Kebajikan pekerja tempatan jarang diambil kira.

  1. Sebut tentang overtime, level aku sebagai Engineer tak boleh claim OT, tak boleh claim cuti. Kira kerja ala-ala buat kebajikan untuk syarikat. Tapi Alhamdulillah ada la elaun makan which is only RM1.50/jam. Sesungguhnya aku masih bersyukur dengan bayaran tersebut.
  2. Balik kerja selalunya dalam pukul 9mlm ke atas. Dalam sebulan, akan ada sekali dua Sabtu yang aku akan datang kerja. Sesungguhnya aku masih bersyukur aku masih punya pekerjaan walaupun hanya makan gaji pokok.

Dulu aku kerja kerana nak timba pengalaman. Alhamdulillah, banyak yang aku pelajari bila kerja dengan syarikat asing.

  • Aku berjaya kerja dalam keadaan serba tertekan.
  • Aku berjaya menjual pengalaman aku di syarikat lain.
  • Aku berjaya bekerja dalam apa-apa bidang walaupun dengan sedikit pengetahuan asas.

Sesungguhnya aku berterima kasih kepada bos aku (dan masih lagi jadi bos aku sehingga hari ini walaupun dah bertukar tempat kerja). Maaf, aku tak bodek bos. Aku terima kerja di sini hari ni pun atas dasar percaya dan pengalaman aku. Kalau nak diikutkan, tempat lama jauh lebih banyak kemudahan yang aku terima, gaji pun lebih tinggi daripada apa yang aku dapat sekarang. Bukan aku sengaja downgrade diri sendiri, tapi aku nak cabar diri aku untuk lakukan apa yang pernah bos aku dan Mr Lee buat suatu masa dulu. Alhamdulillah juga, aku berjaya lalui semua tu.

Bila ada yang persoalkan tugas aku sekarang, bila ada yang berkata kerja aku tak seberapa, bila ada yang kata kerja aku tak sebagus mana…aku mengkaji…aku cermin diri sendiri…

Sesungguhnya aku berterima kasih, dan aku bersyukur kerana aku tidak berada di tempat dia berada sekarang.

Kenapa?

Aku pernah kerja overtime tanpa sedikit pun rungutan, sebab aku tahu aku perlu cari rezeki dan rezeki itu harus aku cari dengan halal, kerana itu aku anggap kerja itu ibadah.

Aku tahu penglibatan aku dalam kerja, walaupun bukan dalam skop kerja aku, aku anggap ia sebagai satu pengalaman berharga yang tak akan dapat aku cari di mana-mana.

Aku tahu di mana level aku, di mana harus aku berdiri tatkala semua orang berdiri, di mana harus aku duduk ketika semua orang duduk. Tak pernah aku persoalkan kerana aku mengerti bahawa kerja itu ibadah yang perlu aku laksanakan.

Aku sedar siapa diri aku, sebagai seorang yang baru bermula, aku bekerja dengan bersungguh-sungguh dan tak suka komplen tentang kerja aku.

Aku cuba perbaiki diri dan kelemahan yang ada dalam diri aku bila aku temui masalah, dan aku tidak create another masalah.

Aku kerja dengan ikhlas, tanpa curi tulang. Aku tak salah guna internet di pejabat dan sebagainya walaupun aku berpeluang buat semua tu.

Yang penting, atas semua yang aku laksanakan, aku berjaya jual diri aku di syarikat-syarikat lain waktu interview. Bukan aku tak dapat interview semua tu, tapi offer yang diberikan kadang-kadang tidak begitu attractive dan buang masa kalau aku terima. Bukannya aku nak terima kerja sewenang-wenangnya, kena gak kaji sebelum terima, kan?

Sunday, August 22, 2010

Kisah-Kisah Para Anbiya' _ Nabi Idris a.s._Part 2:Nabi Idris a.s. Bersama Malaikat Izrail

sebelumnya

Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail

Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau datang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." 
Kata Malaikat Izrail, "Aku datang untuk menziarah dengan izin Allah." 
Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail, "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu".
Kata Malaikat Izrail, "Kepentingan apa itu?" 
Jawab Nabi Idris, "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut". 
Kata Malaikat Izrail, "Sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang melainkan mendapat izin Allah". 

Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.
Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. 

Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris a.s., "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?". 
Kata Nabi Idris a.s., "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."
Kata Malaikat Maut, "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya." 
Kemudian Nabi Idris a.s. berkata lagi pada Malaikat Maut, "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." 
Kata Malaikat Maut, "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".

Maka Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman, "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s.".

Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, rantai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. 

Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut, "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi denganmu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah".
Maka Malaikat Maut berkata, "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah." 

Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.
Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. 

Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang di dalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam. 

Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. 

Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail, "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal di dalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam syurga." 
Maka Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. 
Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga, "Hai Idris, keluarlah engkau dari syurga." 
Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar. 
Allah s.w.t telah berfirman, "Tiap-tiap orang mesti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah s.w.t berfirman lagi maksudnya, "Tidak ada di antara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya, "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).

"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga?" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga." 

Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."

Seterusnya : Nabi Nuh

Kisah-Kisah Para Anbiya' _ Nabi Idris a.s._Part 1:Siapakah Beliau?

Allah s.w.t berfirman:
"Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut)di dalam Al-Qur'an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Rasul. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (QS. Maryam: 56-57) 

Kita tidak mengetahui bila Nabi Idris hidup dan kepada kaum siapa dia diutus dan bagaimana Allah s.w.t mengangkat darjatnya pada kedudukan yang tinggi. 

Menurut dongeng kuno disebutkan bahawa Nabi Idris adalah Uzairis, salah seorang pahlawan Mesir kuno. Beliau dianggap sebagai Tuhan berhala. Izis, isterinya memainkan peranan penting dalam mengembalikannya pada kehidupan. Kami tidak memiliki suatu sumber yang asli yang dapat kami percaya untuk meneguhkan pendapat seputar Nabi Idris. 

Barangkali Idris adalah seorang Nabi yang dermawan dan mulia dan diutus di Mesir, lalu Allah s.w.t mengangkatnya di sisi-Nya seperti Nabi Isa Ibnu Maryam. Ketika beliau diangkat, terjadilah berbagai macam isu dan fitnah seputar beliau dan kemudian beliau dijadikan sebagai Tuhan. Dan barangkali ada versi lain seputar kisah itu. 

Yang jelas Al-Qur'an al-Karim tidak menyingkap kesamaran yang berhubungan dengan Nabi Idris. Yang kami ketahui hanya bahawa beliau adalah seorang yang jujur, yang terpercaya, dan seorang Nabi. Allah s.w.t mengangkatnya ke darjat yang tinggi di sisi-Nya. 

Kisah-Kisah Para Anbiya' _ Nabi Adam a.s._Part 7:Kisah Adam dalam Al-Quran

sebelumnya

Kisah Adam dalam Al-Quran.

Al_Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah Al_Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al_A'raaf ayat 11 sehingga 25 

Pengajaran Yang Terdapat Dari Kisah Adam.

Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah-perintah dan larangan-larangan Allah dan dalam apa yang diciptakanNya kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oleh otak manusia bahkan oleh makhluk-Nya yang terdekat sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah akan menciptakan manusia - keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi sehingga mereka seakan-akan berkeberatan dan bertanya-tanya mengapa dan untuk apa Allah menciptakan jenis makhluk lain daripada mereka yang sudah patuh rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan mengagungkan nama-Nya.

Bahawasanya manusia walaupun ia telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental ia tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf. Hal mana telah terjadi pada diri Nabi Adam yang walaupun ia telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu. Ia telah lupa dan melalaikan peringatan Allah kepadanya tentang pohon terlarang dan tentang Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.

Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidaklah ia sepatutnya berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat tidak akan melakukannya kembali. Rahmat Allah dan maghfirah-Nya dapat mencakupi segala dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya kecuali syirik bagaimanapun besar dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan.

Sifat sombong dan bongkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan. Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya hingga hari Kiamat kerana kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Kisah-Kisah Para Anbiya' _ Nabi Adam a.s._Part 6:Adam dan Hawa Diturunkan Ke Bumi

sebelumnya

Adam dan Hawa Diturunkan Ke Bumi.

Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampuni perbuatan pelanggaran yang mereka telah lakukan hal mana telah melegakan dada mereka dan menghilangkan rasa sedih akibat kelalaian peringatan Tuhan tentang Iblis sehingga terjerumus menjadi mangsa pujukan dan rayuannya yang manis namun beracun itu.
 
Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah menerima pengampunan Allah dan selanjutnya akan menjaga jangan sampai tertipu lagi oleh Iblis dan akan berusaha agar pelanggaran yang telah dilakukan dan menimbulkan murka dan teguran Tuhan itu menjadi pengajaran bagi mereka berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi tipu daya dan pujukan Iblis yang terlaknat itu. Harapan untuk tinggal terus di syurga telah pudar kerana perbuatan pelanggaran perintah Allah, hidup kembali dalam hati dan fikiran Adam dan Hawa yang merasa kenikmatan dan kebahagiaan hidup mereka di syurga tidak akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa redha Allah serta rahmatNya akan tetap melimpah di atas mereka untuk selama-lamanya. Akan tetapi Allah telah menentukan dalam takdir-Nya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak terfikirkan oleh mereka. Allah s.w.t. yang telah menentukan dalam takdir-Nya bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan untuk dikelolanya, akan dikuasai kepada manusia keturunan Adam memerintahkan Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama dari hamba-hambaNya yang bernama manusia itu. 

Berfirmanlah Allah kepada mereka: "Turunlah kamu ke bumi sebahagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kamu dapat tinggal tetap dan hidup di sana sampai waktu yang telah ditentukan."

Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan berulang kembali. Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya berbeda-beda warna kulit dan kecerdasan otaknya. Umat manusia yang akan berkelompok-kelompok menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa di mana yang satu menjadi musuh yang lain saling bunuh-membunuh aniaya-menganiaya dan tindas-menindas sehingga dari waktu ke waktu Allah mengutus nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya memimpin hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus penuh damai kasih sayang di antara sesama manusia jalan yang menuju kepada redha-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat. 

bersambung

Kisah-Kisah Para Anbiya' _ Nabi Adam a.s._Part 5:Iblis Mulai Beraksi


Iblis Mulai Beraksi.
Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh Allah dari Syurga akibat bangkangannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati dan dengki terhadap Adam yang menjadi sebab sampai ia terkutuk dan terlaknat selama-lamanya tersingkir dari singgahsana kebesarannya. Iblis mulai menunjukkan rancangan penyesatannya kepada Adam dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia.

Ia menyatakan kepada mereka bahawa ia adalah kawan mereka dan ingin memberi nasihat dan petunjuk untuk kebaikan dan mengekalkan kebahagiaan mereka. Segala cara dan kata-kata halus digunakan oleh Iblis untuk mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa ia betul-betul jujur dalam nasihat dan petunjuknya kepada mereka. Ia membisikan kepada mereka bahawa larangan Tuhan kepada mereka memakan buah-buah yang ditunjuk itu adalah kerana dengan memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal. Diulang-ulangilah pujukannya dengan menunjukkan akan harumnya bau pohon yang dilarang indah bentuk buahnya dan lazat rasanya. Sehingga pada akhirnya termakanlah pujukan yang halus itu oleh Adam dan Hawa dan dilanggarlah larangan Tuhan.

Allah mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yang bermaksud: "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata."

Adam dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah ia bahawa mereka telah terlanggar perintah Allah dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan dan dosa besar. 

Seraya menyesal berkatalah mereka:"Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu kerana terkena pujukan Iblis. Ampunilah dosa kami kerana nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami." 

Saturday, August 21, 2010

Kisah-Kisah Para Anbiya' _ Nabi Adam a.s._Part 4:Adam Menghuni Syurga

sebelumnya

Adam Menghuni Syurga

Adam diberi tempat oleh Allah di syurgadan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya utuk mengembangkan keturunan. Menurut cerita para ulama'. Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam di sebelah kiri di waktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga, ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya.

Dia bertanya oleh malaikat, "Wahai Adam, apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"
Berkatalah Adam, "Seorang perempuan."
Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan kepadanya, "Siapa namanya?", tanya malaikat lagi.
"Hawa.", jawab Adam.
"Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?, tanya malaikat lagi.
Adam menjawab, "Utuk mendampingiku, memberi kebahagiaan kepadaku, dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."

Allah berpesan kepada Adam, "Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga, rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah di dalamnya, rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yag terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nafsumu. Kamu tidak akan mengalami rasa lapar, dahaga ataupun letih selama mana kamu berada di dalamya. Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini yang menyebabkan kamu celaka dan termasuk di kalangan orang-orang yang zalim. Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu, dan ia akan berusaha membujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kau sedang nikmati ini."

bersambung

Tuesday, August 17, 2010

Tuesday Blues...ada ka?

Hehehe, hari aku bersemangat nak gi keje kul 6.45pagi. Ni semua gara-gara semalam kuar kul 7.15 dan sampai opis kul 9 lebih. Tension aku dengan MRR2 yang semakin lama semakin hampeh.

Elok2 kuar je dari Jalan Mulia 1/1, errkkkkkss!!!!
Pehal semua keta berbaris nih?
Semua pakat nak kuar 6.45 gak ke?
So, konon nak tunjuk terer, aku soh En Suami cilok kanan, amik jalan Ukay Perdana...memula dah senyum, sampai simpang je....errrkkkkkssss!!!!!
Pehal jam lagi nih?
Kiri jam, kanan jam, depan jam, belakang jam...
So, decide nak patah balik, tidur lagi bagus.

En Suami pun call la opis dia, tetiba dapat tau ada meeting kul 10pagi. Haiyoo.patah balik...
Kitorang pun gagahkan diri "merangkak" kat Bukit Antarabangsa tu. Time tu dah pukul 7 pagi.
Sabar punye pasal, perjalanan sejauh 50m dapat kitorang lalui dalam tempoh SEJAM...
Uwaaaaa...tak tahan dah...lalu En Suami pun nekad, U-turn dan balik rumah..

Well, later dapat tau from my brother, ada kereta terbalik kat DUKE, di persimpangan MRR2. So MRR2 yang jam, tak bergerak langsung. Phew...nasib baik aku tak teruskan...

Maknanya, hari ni masuk half day la kan???

Monday, August 16, 2010

Kisah-Kisah Para Anbiya' _ Nabi Adam a.s._Part 3:Pengetahuan Adam Tentang Nama-Nama Benda

sebelumnya

Allah hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmat-Nya menunjuk Adam sebagai penguasa bumi, maka diajarkanlah kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta, kemudian diperagakanlah benda-benda itu di depan para malaikat seraya:"Cubalah sebutkan bagi-Ku nama benda-benda itu, jika kamu benar merasa lebih mengetahui dan lebih mengerti dari Adam."
Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dengan berkata:"Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajakan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."

Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam, berfirmanlah Allah kepada mereka:"Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."

bersambung

Rendang Dendeng For AidilFitri 2010

Due to overwhelmed request daripada sanak saudara, kengkawan, anak-anak sedara dan diriku sendiri...

Maka, tahun ini aku jual juga la rendang dendeng yang dibuat khas oleh aku, resipi khas bonda dan nenda.

RM45/kg, mahal sangat ke? tak kot, sebab rata-rata aku tengok cecah gak RM60/kg.

Lagipun aku guna daging batang pinang, bukan daging kotak.

Masalahnya,
  1. Bila nak masak?
  2. Sapa nak tolong?
  3. Bila nak beli barang?
  4. Sapa nak jaga baby?
  5. Sapa nak hantar/delivery?
  6. dan macam-macam lagi...
Ada gak kengkawan yang request untuk hantar minggu depan. Insya-Allah, ada kelapangan minggu ni aku buat ler. Kot tak, tunggu le bila-bila aku mampu buat eh...

Sedap ke aku masak? Entah...tapi terharu gak le bila anak-anak sedara mintak aku masakkan untuk diorang. Dan aku sentiasa ingatkan diorang, semua tu tunjuk ajar nenda diorang, iaitu bondaku sendiri. Dan aku jugak selalu pesan kat diorang, untuk belajar tolong mak bapak kat dapur dari kecik, sebab tak salah kalau lelaki tolong di dapur, dan tak jatuh maruah dok di dapur.

Mudah-mudahan, ada la rezeki aku sikit bulan ni yer...amiiiiiiinnnnn....

Thursday, August 12, 2010

Kisah-Kisah Para Anbiya' _ Nabi Adam a.s._Part 2:Iblis Membangkang

sebelumnya

Iblis Membangkang

Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain, yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya. Iblis merasa dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam, kerana ia diciptakan dari unsur api, sedang Adam dari tanah dan lumpur. Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun diperintah oleh Allah.

Tuhan bertanya kepada Iblis:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"
Iblis menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."


Kerana kesombongan, kebongkakan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.

Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat. Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan, tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat, mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang, menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.


Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu:
"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah."


bersambung

Kisah-Kisah Para Anbiya' _ Nabi Adam a.s._Part 1:Kekhuatiran Para Malaikat

Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

Kekhuatiran Para Malaikat.
Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu,mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:"Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerusakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."
Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, karena Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."
Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk.Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna

Wednesday, August 11, 2010

Fadhilat Solat Tarawih

Aku ada terbaca di ruang maya ni tentang ketidak sahihan hadis yang mengandungi fadhilat solat tarawih. So, ini sedikit sebanyak yang dapat aku salin dan tampal kat blog ni. Mudah-mudahan menjadi panduan kepada semua.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu ‘alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :
“Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh”

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya :
“Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim) “

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib). Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi:
“Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.”

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata:
“Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).”

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi:
“Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa’bah.”

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud:
“Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)”

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud:
“Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)”

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan “Ya Ali” sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Supply Chain Management

Nak study mende ni jap, tapi cam maleh plak...
"Supply Chain Management"

Q: Kenapa aku kena study mende ni?
A: Sebagai persiapan untuk kerja baru..hehehe... (ini hint utk bos ker?)

Well, itu sebab utama la so far. Tapi antara lain, aku nak tambah ilmu pengetahuan. Dok dengar orang kata itu, kata ini, tapi aku tak faham-faham pun sampai sudahnya.

So, aku ada masa lebih kurang sebulan utk fahamkan dan akan aku terjemahkan dalam blog kesayanganku ini :)

Hari Pertama di bulan Ramadhan

Yahoooooooo....
Masuk kul 8.00pagi, boleh balik kul 4.30ptg!
Dengan bersemangat aku kuar awal ari nih, end up sangkut kat MRR2 lagi...Hampeh, masuk keje kul 8.30pg, nak tak nak kena la balik kul 5.00ptg. Mesti time tu dah jam kaw2 nyer...

Sampai je kat opis, terus buat kerja-kerja yg sepatutnya, email apa yg perlu, dan telefon agen pembantu rumah.
Alamak! Handphone tertinggal la plak. Tapi dunia serba canggih sekarang, so kol la siapa2 yang patut kan..hehe..

Owh, agenku dah sampai depan opis. Segala telekung yang diorder pun dah sampai. Mari-mari...limited stock available. Within 15mins, 3 pasang sold. Ari tuh, within 1/2 day, 6 pasang sold. Alhamdulillah, ada duit tambahan utk aku tahun ni.

Okla, sapa2 nak order baju siap, kain pasang, telekung...leh order dengan aku gak yer...

Salam Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi...
Moga-moga Ramadhan kali ini lebih bermakna buatku, InsyaAllah. Buat pertama kalinya aku berpuasa dengan kehadiran putera kesayangan di dalam hidupku.

InsyaAllah, Ramadhan kali ini juga amat bermakna buat ahli keluargaku.

Mama akan berpuasa untuk kali pertamanya tanpa menjadi seorang bankrupsi.
Kak Ina juga akan berpuasa buat kali pertama dengan seorang suami yang baru dinikahinya 4 hari yang lalu.
Bermakna, anak-anak saudaraku juga akan berpuasa dengan seorang "Ayah" yang bakal membentuk peribadi mereka.
Andai panjang hayat ini, akan ku kongsikan pengalaman kakakku dipinang isteri pertama seterusnya diajak bermadu berbekalkan nawaitu kepada Allah Taala.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi kebaikan kepada umatNya.

Di kesempatan ini juga, aku mohon maaf dan ampun atas segala kesalahan. Kita tak mampu menjangka andai ini Ramadhan terakhir buat diri kita. Selamat berpuasa juga aku ucapkan kepada semua sahabat handai, rakan taulan, serta saudara mara yang aku kasihi.

Friday, August 6, 2010

Suatu Pagi di MRR2_Part 3

I'm back dengan story mory of traffic @ MRR2.

Pagi ni punya topik ialah berkenaan penunggang motosikal. Aku dulu pernah juga jadi rider ni.
  • Pernah ulang alik KL-JB-KL naik motor EX5 aku yang sangat aku sayang. 
  • Pernah jatuh motor. 
  • Pernah join tengok lumba haram kat JB.
  • Pernah mencelah-celah di kesibukan kotaraya sambil ingat jalan tu dia yang punya.
  • Pernah buat willie kat traffic light (sebenarnya tak sengaja..haha)
Macam-macam lagi la yang aku pernah dengan motor ni.
Tapi aku kagum dengan penunggang motosikal kat KL ni (yelah, aku kan dah tak menunggang motor semenjak JFJ aku tu hilang...sob..sob..)
Kenapa aku kagum?
  • Terer giler mencelah sambil bawak laju-laju kat celah-celah jam yang melampau. (Aku pun mencelah gak, tp takde la laju giler camtuh, berdesup bunyinyeee)
  • Jenis bawak tak sayang nyawa.
  • Boleh willie celah-celah jam (gila!)
  • Dan macam-macam lagi...

Dahsyat ghupernyer...Entahla, aku suka mencelah-celah (nak kata terer la gak kan..wakakaka), tapi aku belum nak korbankan nyawa la...

Apa-apapun, hati-hati memandu. Ingatlah mereka yang anda sayang. Jangan biarkan mereka terima kepulangan anda dengan kain kapan...

Kawanku Disahkan Menghidap Tumor Otak :(

Semalam plan nak gi jenguk Baizah kat Hospital Pantai Bangsar tapi dah balik lambat, serba salah plak nak singgah sana. As of today, dia dah discharge and now tunggu next appointment dengan Eye Specialist.

Aku terkesima bila dapat tahu keadaan Baizah.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah semalam, aku tak henti-henti berfikir tentang musibah yang menimpa keluarga mereka. Alhamdulillah, mereka tak banyak diduga selama ni. InsyaAllah kehidupan mereka sangat senang, kedua-dua naik pangkat lepas kahwin. Orang kata rezeki mencurah-curah selepas kahwin.Tapi sekali dugaan menimpa, alangkah beratnya terasa...

Bukan berpura-pura. tapi air mata aku menitis bila dapat tahu keadaan Byzah. Sama-sama kita berdoa, agar Byzah cepat sembuh, agar ada senyum di wajahnya...

Thursday, August 5, 2010

Apa Perasaan Anda Apabila Disahkan Menghidap Tumor Otak?

Sahabat baik aku, baru saja update status di wall FB mengatakan isteri tercinta disahkan menghidap tumor otak. Isterinya juga adalah seorang yang aku kenal dan agak baik dengan aku. Kawan aku baru kahwin dalam 2 tahun lepas, anak pun baru sorang, umur 1 tahun dan nama anak pun sama dengan anak aku.

Respon aku? Of course sangat terkejut...

Aku telefon En Suami, nak ajak dia pergi lawat kat Hospital Pantai Bangsar malam ini.

Mudah-mudahan masih boleh dirawat. Sebab mengikut kata kawan aku tadi, nak operate will be too risky. Now seeking for 2nd opinion. Aku doakan Byzah cepat sembuh, dan semoga dia tenang selalu. Amin.

Agak-agak korang, kalau korang dalam situasi macam tu, apa tindakan korang ye?

Wednesday, August 4, 2010

What's For Dinner?.....sambungan

Ulps..barang sumer dah ready, Cili dah tumbuk, dah masuk kuali.
Eh, mana plak santan yang berkotak-kotak ari tuh?
Hmmm...cari sana, cari sini, tak ada jugak. Hairan, mana ye?
Kena call my mom nih.

Me: Mama, ada nampak tak santan yang ada 5-6 kotak ari tuh?
Mom: Laa..tulah hari tu lupa nak bagitau, santan dah habis...
Me: Owh ye ke? Hmm takpelah..
Mom: Guna susu pun boleh, nak masak lemak kan?
Me: A'ah, yogurt boleh tak ma? Ada yogurt dalam fridge ni.
Mom: Boleh je...
Me: Ok

Aiyo..rebung sumer dah siap potong, takkan nak masak tempoyak plak...Yougurt pun yogurt lah.
Before this pernah la gak masak kari ngan masak lemak biasa pakai yogurt. Bila campur rebung tak pernah la plak.
Maka selamatlah yogurt tersebut dalam masak lemak ku itu. Awwww....masamnye!
Terlebey sudah...Camne nak alter nih?
Ah bantai la, kalau ada orang nak makan, makan laaa...
hahaha...padan muka aku, lain kali nak masak, tengok dulu bahan-bahannya cukup ke tak...
haih...

What's For Dinner?

Masak tempoyak ayam?
Masak lemak ayam dengan rebung?

PIlihan saya...MASAK LEMAK AYAM REBUNG

Yea yea...bukan apa, bila tengok rebung dalam peti ais tu, baiklah aku masak cepat-cepat sebelum dia tukar jadi buluh..ahaha..

Tempoyak yang ada tu, biarlah diperam lama sikit. Baru ada power!!!

Jom, kita masak!

Kita tunggu keputusannya...

Suatu Pagi di MRR2_Part 2

sambungan dari entri sebelum ini...

Owh..baru aku tau kenapa jalan sesak gila lately nih...dah takde polis trafik yang selalu jaga kat MRR2 tu...

Agaknye dia dah baca entri aku pasal diorang kot? Huhu..pastu protes, antaranya:- 
  1. Nak buktikan kat aku yang entri aku tu salah. 
  2. Nak buktikan yang kalau takde diorang jaga kat situ, maka MRR2 yang sesak akan bertambah sesak. 
  3. Nak buktikan bahawa teori aku tentang diorang tu salah. 
  4. Nak buktikan bahawa kehadiran diorang sangat penting di situ. 
Apa-apa pun, aku tak amik port pun. Sebab bagi aku still sama. MRR2 tetap akan sesak tak kira waktu bila pun.
 Real Time Image kat MRR2

Kadang-kadang aku terfikir, time diorang buat town planning dulu, diorang tak consider ke semua nih? Bila dikaji-kaji semula, ada bagusnya main SimCity ni. Sebab kita tau nak manage town sendiri, jalan mana yang congested, kawasan perumahan mana yang ada calue, dsb.

Ahh..aku nak pi cari DVD SimCity la, nak sambung balik addiction aku tu. Tapi beli yang ORIGINAL tau! Nanti kena tangkap, akak tak tau!!!

ada sambungan lagi ke lepas ni? Check it out!

Tuesday, August 3, 2010

Suatu pagi di MRR2_Part 1


Dalam kesesakan pagi ini, tiba-tiba terdengar bunyi hon dari sebuah motosikal.

"Oww..sori pakcik, tak sengaja makan jalan" kataku.

Perjalananku diteruskan dan signal ke kanan kuberi dengan harapan ada simpati dari kereta di sebelah untuk member laluan kepadaku. Huh, Nampak gayanya cubaanku gagal kerana kelihatan deretan motosikal yang tidak putus-putus menyusuri lorong kecil antara kereta-kereta itu.

Aduh, sudah dua hari trafik agak sesak berbanding hari-hari biasa. Terdetik di hatiku, "Apa agaknya yang mengakibatkan kesesakan ini?".

Jarum minit berdetik dengan pantas menghampiri jam 9 pagi. Mudah-mudahan aku selamat tiba di pejabat sebelum waktunya.

MRR2 aku susuri dengan penuh sabar. Kelihatan suatu pemandangan yang agak luar biasa lalu bertanya kepada diriku, "Mana agaknya polis trafik yang selalu jaga kat sini ye?".

Okies, itulah intro entri kali ini. Aku cuba nak tulis blog ni dengan konteks bahasa segala bagai, tapi nampak gayanya tak bleh arr…

Sambungannya dalam entri akan datang.. :)

Monday, August 2, 2010

Cerita Ceriti RumahTangga Sana Sini

Nak dijadikan cerita, aku kena gi meeting kat Rawang minggu lepas. Kena ganti abang-abang opis ni yang bercuti. As usual, aku punya part will be mainly focusing on ISO 9001 dan Service&Maintenance.

Sambil2 bercerita tu, abg Sales ni dokla kata kita kena buat semua dokumen berkaitan since kitorang baru je dapat Recommendation for ISO9001 Certification. Aku pun saja le quote balik ayat auditor aku tuh, 
“Easy to get, hard to maintain…sama macam kawin laaa, manyak senang mau kawin, manyak susah mau maintain woo..”. 
Abg Sales ni dok jeling la kat aku, yang lelain pakat gelak la.

Uiks?!Adakah aku telah salah berkata2? Ni yang aku musykil nih.

So, dalam perjalanan balik ke Puchong, kitorang singgah le makan kat Bukit Sentosa tuh. Terbukak le citer dari mulut Abg Sales nih…

Ko tau, si “L” (nama dirahsiakan bagi menjaga maruah pihak tertentu) tu sebenarnya baru bercerai. Gulps!!!!

Terus rasa bersalah menyelinap kat dalam diri nih. Tapi serius aku tak taw, lagipun niat aku time tu just nak quote balik apa yang SGS Auditor wat lawak dgn kitorg. Aduhai mulut, napa la ko tak reti nak jaga hati dan perasaan orang…

The thing is, aku tak sedih sangat pasal terlajak kata tu. Yang buat aku terkilan adalah kisah perceraian si L tadi.
  1. Si L sekarang berstatus janda beranak 2.
  2. Bekas suami L bercerai disebabkan oleh kehadiran orang ketiga.
  3. L dan bekas suaminya masih bekerja dalam satu syarikat, satu bumbung yang sama.
  4. Orang ketiga yang disebutkan itu juga bekerja dalam syarikat dan bumbung yang sama
  5. Orang ketiga dan bekas suami nya itu telah pun berkahwin dan mereka kini semua di bawah syarikat, bumbung yang sama
Gosh, kalau aku la kan, rasanya dah tak sanggup nak duduk sekali kat situ.
How I respect the lady (L ye, bukan orang ketiga tu)…

“Ya Allah, ku mohon padaMu, janganlah kau duga perkahwinan kami melebihi daripada apa yang termampu aku tanggung.”

Hubby’s Birthday


Hari ni Hubby's Birthday. Malam tadi dia dah dapat "hadiah". Haha…tula, aku dah suruh balik before 12midnite, tapi tak balik2…So, aku pun terlelap la kan. Nasib badan la cik abang tu. Kunci rumah tak bawak, call hp aku tak dapat, tekan loceng takde sapa nak bukak pintu. Well, bolehla kira tu part of your birthday surprise kan!

Yang problemnya hari ni…apa present pun tak beli, tak sempat la yang…

Dengan pantasnya aku menaip www.bloom.com.my, booking bunga dengan ferrerro rocher…itu je yang mampu.


Ok, baru je dapat message, order being sent!


Anyway, HAPPY BIRTHDAY Sayang…Semoga Allah merahmati setiap yang dilaksanakan.

Semoga Sayang menjadi Suami, Ayah yang Mithali dan sentiasa menyayangi kami berdua…(kalau ada tambah lagi lepas ni, kita amend wish ni ye..hehe)

Sunday, August 1, 2010

Bukit Antarabangsa dah hilang hijaunya...

Tiap-tiap hari nak pergi kerja aku mesti lalu ikut tapak pembinaan 60 unit banglo sepanjang bukit antarabangsa.

Mula-mua aku pelik gak bila tengok orang dok tebang pokok kat situ. Ingatkan nak trim pokok-pokok yang ada tu sebab asyik tumbang je. Sekali aku tengok lagi...Aik! Apasal dah gondol bukit ni??? Ini bukan trim lagi dah, ni tahap licin abis!

Dari hari ke hari aku tunggu papan projek naik kat tapak tu, tapi tak keluar-keluar pun. Suatu hari, aku ternampak iklan "60 unit banglo berkembar". But still, tiada papan projek kat situ. Aku dah nak wat repot kat MPAJ kalau nak diikutkan, tapi busy manjang. After 2 weeks, baru aku perasan papan tu dah naik. Yang bestnya, dulu sibuk warning "no more projek lereng bukit". Baru je setahun setengah kejadian tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa tu, even belum siap pun lagi kerja-kerja membaikpulih kawasan yang ranap tu.

Bila tengok projek-projek ni naik macam cendawan kat area in, aku rasa sedih. 

Sedih sebab;
  1. Dah tiada lagi hijau yang dapat aku pandang sepanjang perjalanan pergi kerja.
  2. Bukit antarabangsa dah menjadi semakin panas dari hari ke hari. Dulu aku tak payah pasang kipas pun kat rumah, sekarang siap kena pasang air-cond lagi!
  3. Kebajikan rakyat yang tinggal kat bukit antarabangsa ni dah takde siapa nak ambil peduli sebab lebih pentingkan tempat tinggal untuk mereka yang kaya raya. 
  4. Jalan bukit antarabangsa tu dah semakin teruk
  5. Yakin jalan turun bukit tu akan semakin sesak sebab lalauan keluar masuk perumahan tu di pertengahan turun bukit...pergh, seksa nak brek kereta lepas ni!
  6. Tiada lagi warisan yang boleh aku pertontonkan kat generasi akan datang
  7. Negara jiran yang kecil tu pun rasanya lebih banyak hijau dari negara kita sendiri
  8. Pemanasan global berpunca daripada memberi kemewahan hidup kat bangsa kaya-raya ni
Entahlah, kita asyik berkempen pasal alam sekitar, jaga sungai kita, jaga bumi kita, earth day dsb.

Tapi perlakuan kita tak sebenarnya mencerminkan apa yang kita katakan...

Renung-renungkanlah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...