I Will Follow You...

Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Kanda...dinda nak balik ni

Kanda,
Dinda masih di kantor
kanda yang suruh tunggu

Tapi kanda,
Dinda nak balik ni
Ada orang nak datang rumah...

Kanda...
Ada harapan tak dinda boleh balik sekarang?

Nak bagitau kanda,
takut kanda merajuk...

Boleh ye kanda...

Ala, dinda tau kanda tengah baca blog ni...

Boleh ye kanda?
Ye? Ye? Ye?

Ditujukan khas untuk kanda Aku (Kak Fiza, jangan muntah bihun ye!)

Friday, June 24, 2011

GLC Open Day...apa aku dapat?

Hari ni sehingga Ahad ada GLC Open Day bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre.

Apa aku dapat?

First
Sakit kaki!!! sepanjang dalam tren aku rasa nak menangis sebab kaki terlalu sakit - lama sangat berdiri dan melecet-lecet sebab jarang pakai high heels!

Second
Penat...
Aku penat tawaf keliling hall untuk kutip goodies!!! 

Third
Beli vitamin pada harga diskaun 30% daripada harga biasa...

Fourth
Dapat RFID keychain sebab aku dah pre-register kat FB!!!

Fifth
gambo upload later la yer
Bergambar dengan Upin dan Ipin (best ke?)

Sixth
Curi-curi ambil gambar Aku dengan M. Kayveas

Seventh
Convert TouchnGo lama kepada PlusMiles

Last but not least
Networking, tak lupa jugak jumpa kawan2 lama

Dan yang paling penting...
Knowledge & experience
(tapi kalau diberi pilihan lagi sekali, aku tak nak la pergi dah...penat wooooo!!!)

for more info, sila lawati www.glcopenday.com

Thursday, April 28, 2011

Pangkor Day 2 - Round island before snorkelling

Ini pun kerja yer...

Pangkor Day 1 : Bila Larut Malam

Termenung panjang di balkoni. Ada 2 pokok disimbah cahaya lampu neon. Di depannya ada ombak, sekejap menghempas dengan ganas. Sekejap berdesir.

Aku rindu...

Isk, tak maulah layan perasaan ni.

Ngantuk dan penat. Tadi aktiviti memancing, tapi takat pegang pancing je laaa..

Balik bilik, pam buat hal pulak! Terpaksa guna kaedah Marmet. Dapatlah 3oz...takpela, setidaknya aku usaha...

Sekarang nak tidur, terbayang-bayang Lil Muhammad yang selalunya kat sebelah sambil aku bacakan Alfatihah, surah 3Qul, Ayatul Kursi, doa sebelum tidur dan zikir munajat. Terbayang juga nasihat aku padanya. Isk... Baru 1 hari aku dah tak keruan...

Uwaaaaaaaaa...i mis my Lil Muhammad...

Wednesday, April 27, 2011

Pangkor Day 1- Free n Easy

From the boat to the beach...


View from our room

Pangkor Day 1 : Shah Alam - Lumut - Pangkor

Perjalanan hari ini dari Shah Alam ke Lumut mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih termasuk berhenti rehat 2 kali.

Setibanya di jeti, seperti biasa sesi ambil gambar non stop oleh jurugambar amatur. Dah lama aku tak ke pulau, termasuklah Pulau Pinang. Sekali sekala ambil angin laut dan pantai seronok juga. Tiba-tba rasa sebak, teringat Lil Muhammad kat rumah. First time rasanya duduk jauh dengan dia. Dan first time juga tidur malamku tanpa Lil Muhammad.

Ok, masa untuk menikmati pemandangan di atas feri sambil memuji keindahan Yang Maha Esa...

Gambar rindu pada Little Muhammad

Saturday, April 23, 2011

Keghoje weh...

Dapat sms dari bos, esok masuk kerja jap...

Hmm...okies...

Tetiba baru teringat, sok weekly maid aku datang!
Esok jugak aku ada appointment dengan kak nor urut tu!
Err...nak urut pun kena buat appointment 2 bulan awal...adeh...
Nak buat camne, terpaksa la aku postpone urut lagi 2 bulan.

Maka dengan itu, aku terus berpaling arah dari AF, terus buat laundry, gosok baju, kemas rumah, dan semua yang sewaktu dengannya. Aku dah tinggalkan job tu untuk Sulastri tapi since kena gi kerja, takkan nak tunggu lagi 2 minggu kot...

Omak, tulang den dah berkeriut keriat ni.

Sok nak cari thai massage lah!!!

Thursday, April 14, 2011

Finance for Non Finance Manager?

2nd day attending FfNFM training by Vincent. As of now, still ok walaupun tangan kejap-kejap kaver mulut yang menguap tu.

Kawan yang sorang lagi tu ngelat takmo datang sebab dia tak mau Pecahkan Pala Otak memikior isi perut training tu... Huhu

Maka dengan itu juga, blog aku tak sempat nak diupdate la yer :)

Friday, April 8, 2011

Saya Pilih Carpool!


Masuk hari ni dah 11 hari kami bercarpool.
Seronok rupanya!

Terasa badan tak begitu stress sebab dapat rehatkan mata dan badan daripada memandu. 5 hari kereta Kak H, 5 hari kereta aku.

Bila naik kereta Kak H, aku dapat jadi Mem, sebab duduk kat seat belakang!

Jom kita carpool!

Wednesday, March 16, 2011

Friday, January 28, 2011

Website Berguna Untuk Aku

Dulu aku selalu bukak www.howstuffworks.com especially bila surf untuk siapkan project paper kat U dulu. Yelah, nak belajo pasal enjin keta la, apala..manala aku reti sangat bab-bab keta time tu, bab moto reti laaaa...
But later aku rajin bukak web ni plak...

http://www.dummies.com
OOOOOOOOoooooOOOOooooOOO....best gak, free je ghupernye yer...ingatkan nak kena beli macam kat MPH tu..

Adeh..lembab jugak aku ni yer.. :) (sengih malu-malu sensorang)

Monday, January 24, 2011

Peribahasa : dulu vs sekarang

Today at Risk Management workshop, aku 'belajar' peribahasa lama yang 'dibarukan'. Peribahasa tersebut ialah;
"masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum".

Yang aku belajar hari ni, (maybe korang dah biasa dengar tapi baru untuk aku la kan!"
"masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau MENGUCAP"!!!

Huhu, betul gak tu. Sapa la yang nak mengaum dalam kandang rimau! Hilang akal pe?!?!

Wednesday, January 19, 2011

Alamak! Icepack tertinggal!

Aiyoo, boleh plak tertinggsl ice pack kat umah hari ni. Apa nak buat nih! Ada gak aku beli sebungkus plastik ice ni kang. Tapi tahan ke????
Jawabnya, tunggu otw balik la baru boleh 'proses'.
Any idea???
Sebab hari ini aku kena balik lambat, tal boleh la nak bajet lam kul bape n bape lama boleh bertahan... Huhu, sangat susah hati...

Thursday, January 13, 2011

Update yang tak terupdate

Nama je tahun baru, tapi aku rasa tahun ni macam aku kurang bersemangat sikit nak memblog ni. Atau lebih tepat "aku dilanda penyakit malas menaip" ataupun "aku ketandusan idea".

Ketandusan ideakah aku?
Mungkin TIDAK... sebab idea aku selalunya mencurah-curah bila stuck dalam jam waktu balik kerja. Bila aku balik rumah dan mengadap My Lil Muhammad, maka secara tak langsungnya idea tu akan terus 'terbang'. Adeh, takkan aku nak menaip sambil driving! Bukan takat bahayakan diri sendiri je, orang keliling pun sama.
Moral of the story, pasni aku nak cakap & record je. Tangan tak boleh 'bekerja', tapi mulut boleh kan? Hehe

Bab yang penyakit M.A.L.A.S. tu... Hmm, ada la sikit2. Sebab aku rasa ada perkara lain yang lebih aku utamakan, cthnya main dengan anak (hilang segala penat dan stress). Cuma aku tengah adjust masa aku supaya lebih teratur dan terluang utk bersama family.

Wednesday, December 1, 2010

Appreciation dinner untuk aku?


Last Friday aku ada dinner kat Legend Hotel, organized by Abg Shaha. Only for close friend yang kat MSCSB je. Terharu sangat…jap, lap air mata sat. Sroootttt….hehe..


Dinner apa ye? Garu pala jap. Actually a week before aku dapat sms ni;

 Gambar kat sebelah ni GEN JAPANESE RESTAURANT, tapi end up kat DI-ATAS BRASSERIE


Salam. Bagi pihak QSD, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih pada Pn Azlinda Ismail kerna membantu kami mencapai pengiktirafan ISO 9001:2008, kami telah mendapat sijil dari pihak SGS. Thanks again dear. Sincerely, Abg Shaha –> 11-Nov-2010 13:37:45 Shaha Khalid

Assalamualaikum Muhammed, Just to updateyou that we already received officialcertificate for ISO 9001:2008 from 26/10/2008 till 25/10/2013 –> 11-Nov-2010 13:29:35 Razak Misban

Aku ke? Well the credit should go to Abg Jeff yang really-really put his 200% effort on the Stage 1 audit. Aku just buat structure, and dia yang do almost all the job. Anyhow, semua ni takkan berjaya kalau bukan dengan bantuan semua (walaupun ada yang dok sibuk kutuk aku lepas tu kan…takpelah, aku redha dengan apa yang korang buat pun). That is the biggest challenge for me during my time there. But the biggest challenge as for now is to maintain the certification, which will be very tough for Abg Jeff. InsyaAllah, apa yang dapat aku bantu, akan aku bantu dari jauh.

Alhamdulillah, amanah yang dipertanggungjawabkan kat aku terlaksana sudah. Rasa ringan bahu ni walaupun aku patut dah rasa camtu since long before, time aku submit reply utk Minor NC. Tapi betul-betul aku lega lepas dah dapat sijil. Sebab akhirnya semua kata-kata nista oraang kat sana yang mempertikaikan keupayaan aku dah tertepis akhirnya. Syukur sangat-sangat…

Mudah-mudahan Abg Jeff dapat lalui semua ni dan lebih dihargai di masa akan datang. InsyaAllah.

*Abg Jeff, saya sentiasa doakan kejayaan Abg Jeff dan hanya Allah mampu membalas semua kebaikan dan pertolongan yang Abg Jeff hulurkan kepada saya selama ni.

Thursday, November 4, 2010

Suatu Pagi di MRR2_Part 5


Traffic was so smooth hari ni. So, I took my own sweet time, driving dengan aman dan tenang. Putting on my RM10 so-called GUCCI sunglasses yang beli kat Kuantan (jauhhhh tuuuuu…kena campur tolak duit minyak dengan tol ni). Safely arrive kat opis at 7.45am.

Hmm, inilah penangan Public Holiday, budak cuti sekolah, cikgu cikgi tak gi ngajar…bestnye kalau hari-hari macam ni. Takdela aku bawak kereta mencilok sana-sini just to beat the traffic yang ntahpehapahapa tu.

Since mood sangat baik hari ni, aku lebih bersemangat dan bertenaga untuk gi kerja. Gambatte!

Wednesday, November 3, 2010

Hijrah itu pengorbanan

Why entri kali ni berkisar tentang Hijrah?

Banyak kaitannya...sebenarnya aku nak compress few stories dalam satu entri je.. :)

1. Hijrah : kerja lama kepada kerja baru

Perlu ke tukar kerja? In terms of challenge, yes. In terms of career development, yes. In terms of new environment, yes.
Adakah aku tukar kerja semata-mata ingin lari dari kehidupan lama? Tipu kalau aku kata tak, but it is only small part of it. (Promised salary adjustment not been done, aku tahankan aje) Truth is, aku dah tak larat nak stuck with the same position, same task. I need something more energetic, something alive, something realistic.
Aku nak merasa berpijak di dunia nyata (akhirat tak lupa jugak), bukan angan-angan setinggi awan. Maka, aku akan terus bekerja, sampai aku capai apa yang aku idamkan.

2. Hijrah : rumah lama kepada rumah baru
Ni rumah aku yang kat SU3

Perlu ke pindah rumah baru? Err...ni bukan keperluan, dah kira wajib ni! Maklumlah, tuan rumah aku yang gila bagi notis 10 hari untuk kosongkan rumah. Just because dia ada personal conflict dengan kakak aku, aku yang jadi mangsa. And the reason given by her is soooooo TAK MASUK AKAL! Whatever it is, rumah tu rumah dia, aku hanya penyewa, maka keluarlah aku. Alhamdulillah, dapat rumah korner lot yang dekat dengan ofis En Suami, depan padang permainan, dekat dengan public transport dan banyak facilities dengan harga yang SANGAT berpatutan. Mungkin doa-doa orang teraniaya telah didengar olehNya, dan berkat doa seorang ibu yang mendoakan anaknya di hadapan Kaabah, InsyaAllah.

3. Hijrah : sikap lama kepada sikap baru

Quoting from satu company nih "Change Starts With Me". It is so true. Titik tolak perubahan bermula dari diri sendiri, dan dari situ dapat kita ubah persekitaran kita. Itu jugalah yang selalu aku bebelkan kepada anak-anak buah aku. Same goes to En Suami. Komen dia pasal ROKOK, "kalau nak berhenti, tak payah Niquotin segala bagai, cukup dengan niat nak berhenti dari hati sendiri". Hmm...tapi En Suami pun masih hisap rokok lagi, hehehe...Takpe, sok aku beli banyak-banyak refill e-cigarette tu. :)

Time's up, panggilan solat Zuhur lebih diutamakan. InsyaAllah, aku jenguk lagi blog usang ni entah bila-bila nanti.

Wednesday, October 27, 2010

Suatu Pagi di MRR2_Part 4


Tak tau nak komplen camne dah jalan MRR2 tu. Lambat la aku pi opis tadi.

Why? Pergh…jam kaw-kaw kat Pandan till susur Jalan Kuari. Mati-mati aku ingat ada accident ke, lori terbalik ke, apa ke. Rupa-rupanya orang turap jalan dan causing the whole stretch of jam until taman melawati. Frust dibuatnya sebab timing dah cantik je time keluar rumah tu. Hmm…takpela, hari ni je. Sok jangan diorang sambung kerja-kerja menurap sampai Bandar Tasik Selatan plak. Naya aku…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...