I Will Follow You...

Thursday, April 28, 2011

Pangkor Day 1 : Bila Larut Malam

Termenung panjang di balkoni. Ada 2 pokok disimbah cahaya lampu neon. Di depannya ada ombak, sekejap menghempas dengan ganas. Sekejap berdesir.

Aku rindu...

Isk, tak maulah layan perasaan ni.

Ngantuk dan penat. Tadi aktiviti memancing, tapi takat pegang pancing je laaa..

Balik bilik, pam buat hal pulak! Terpaksa guna kaedah Marmet. Dapatlah 3oz...takpela, setidaknya aku usaha...

Sekarang nak tidur, terbayang-bayang Lil Muhammad yang selalunya kat sebelah sambil aku bacakan Alfatihah, surah 3Qul, Ayatul Kursi, doa sebelum tidur dan zikir munajat. Terbayang juga nasihat aku padanya. Isk... Baru 1 hari aku dah tak keruan...

Uwaaaaaaaaa...i mis my Lil Muhammad...

4 comments:

Nizam.Ariff said...

kalau ko ingat kat dia, dia pasti ingat kat ko gak...


setiap kali dia ingat kat ko, dia akan cuba tanya.." ibu mana?"

Tapi, cakap budak, siapalah yang faham. Yang jaganya tak faham.

Dia tanya beberapa kali namun tak dapat jawapannya. Lalu, dia hanya mampu menangis menahan risau kerana tak dapat lihat muka ibunya beberapa hari ini. Dia risau sebab dia tak tahu/faham kenapa ibunya tak ada di sisinya... lebih-lebih lagibila tiba waktu malam... waktu dia mahu tidur... tiada kehangatan ibu...

"mana ibu..?" tiada jawapan...

"Ibu saya mana..?"

"Ibu..?"



Dan pertanyaan itu tenggelam bersama-sama linangan air mata sikecil itu...

Airmata rindu yang diserap dek bantalnya.

Tiada ubat rindu yang lebih mujarab selain daripada mendengar suara ibu.


dan si kecil itu tidur tanpa mendengar suara ibunya...malam tadi... malam esok juga....

ish... ish...ish...





.

tasekM said...

iye ke rindu anak nih...?
aku syak rindu org lain nih...




tak gitu?
ehem!

;)


.

secangkir madu merah said...

Aku pun seperti dapat merasakan rindu yang dimaksudkan itu.



Aku selalu bersangka baik.



Aku rasa kau lebih rindukan ayahnya..


.

Linda said...

Tak kot... Rindu kat anak tu lebih lagi...

Malam tadi first time tak dengar dia nangis

First time juga tak dengar dia nak susu

Takat bapaknye... Dah slalu sangat outstation sampai x heran dah.. Ahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...