I Will Follow You...

Friday, November 16, 2018

It has been a while.

Lama dah blog-blog Linda yang ada ni tak bersentuh.
Laman media sosial pun sunyi sepi.
Tiada lagi cicipan rasa meskipun suara hati yang diluah.
Tiada lagi ceritera anak-anak yang Linda kongsikan.

Setahun yang menyeksakan.
Setahun yang mengajar Linda erti kemurungan.
Setahun yang menemukan Linda dengan pelbagai jawapan.

Tak tahu kemana nak lari.
Tak tahu di mana nak sembunyi.
Tak tahu siapa kawan, siapa yang sebenarnya lawan.

Hari ini Linda kumpul kekuatan.
Menulis demi meluahkan perasaan.
Biarpun tiada yang memahami.
Biarpun tiada yang di sisi.

Namun Linda akan terus menulis.
Agar tiada lagi penyeksaan dalam minda.

Semoga Linda akan bersua lebih ramai kawan di alam maya ini.
Yang sudi berkongsi luahan rasa.
Yang tak jemu membaca.

Mudah-mudahan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...