I Will Follow You...

Showing posts with label Stress Management. Show all posts
Showing posts with label Stress Management. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

perlu reboot!

it was such a hectic weekend, and miserable past few days...

macam-macam hal nak kena setel

sampai satu tahap, aku tak rasa macam orang dah

macam zomba kot!

maka, aku perlu reboot semula otak nih...

a vacay perhaps?

Monday, July 11, 2011

Lu sibuk pehal?


Aku dah tulis something…
Tapi kejadian tadi buat aku terus delete entri yang dah tinggal suku nak siap!

Marah ke?
Mungkin…

Terkilan ke?
Sikit…

Sakit hati?
Paling utama…

Apa nak buat?
Speechless…aku masih membara dalam dada!

Sibuk sangat pehal??????

Friday, April 8, 2011

Saya Pilih Carpool!


Masuk hari ni dah 11 hari kami bercarpool.
Seronok rupanya!

Terasa badan tak begitu stress sebab dapat rehatkan mata dan badan daripada memandu. 5 hari kereta Kak H, 5 hari kereta aku.

Bila naik kereta Kak H, aku dapat jadi Mem, sebab duduk kat seat belakang!

Jom kita carpool!

Thursday, April 7, 2011

Masalah


Bila ada masalah, aku tak boleh layan sangat perasaan ni sebab nanti menjadi-jadi pulak. Kesannya, aku takut aku tak boleh focus pada kerja.

Semua orang ada masalah dan tak dapat lari daripada masalah.
Yang membezakan ialah bagaimana seseorang itu berdepan dengan masalah yang dihadapinya.

Maka dengan itu, aku nak layan cerita-cerita merapu merapik meraban…hehe…
(hipokritkah aku?...garu kepala)

Wednesday, April 6, 2011

Warkah Terima Kasih Buat Rakan Blogger!

Salam,
Terima kasih kawan-kawan blogger sekalian atas keprihatinan anda. Saya sangat terharu atas kesudian anda meminjamkan bahu, telinga dan mata untuk saya.

Bagaimanapun, InsyaAllah saya masih ok, masih bertahan...
Bak kata Saleem Iklim, "walaupun pedih sanggup kutelan dan kurelakannya..."
Hihihi

Saya cuba melupakan tiap peristiwa pahit maung, derita lara...Mungkin saya terlalu dibuai perasaan, terlalu berat nak menanggung sendirian kala itu.

Dan mungkin pada satu tahap, saya terpaksa meluahkannya juga. Dan pada masa itu, saya sangat berharap agar rakan-rakan blogger tersayang masih ada di saat saya kecundang.

Tatkala ini, saya merenung masa silam saya. Mungkin tiap yang berlaku adalah balasan atas tiap kesalahan yang pernah saya lakukan. Saya redha. Mungkin dengan menerima apa jua yang terjadi dapat mematangkan saya dan mendekatkan saya kepadaNya.

Mudah-mudahan...InsyaAllah.

Terima kasih sekali lagi buat sahabat-sahabat blogger yang saya sayangi.

Seandainya

Seandainya, 
dapat ku lari
jauh ku pergi membawa diri

Sebenarnya,
langkah terkunci
antara kasih dan juga budi

Tabahkanlah hati ini untuk menempuh hari-hari mendatang...

Teguhkanlah benteng keimanan agar mampu bersabar dan berfikiran rasional...

Tunjukkanlah jalan agar aku tak meraba-raba dalam kesesatan...

Tuesday, April 5, 2011

Kemurungan Punca Penyakit Mental

Subjek ini rancak diperkatakan dalam buletin utama semalam. Sekurang-kurangnya 20% rakyat dunia mengalami kemurungan dan jumlah tersebut bertambah hari demi hari.

Kemurungan bukanlah penyakit mental, namun ia mampu menjurus ke arah gangguan mental.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda awal kemurungan, segera dapatkan bantuan daripada pakar.
*dah lupa pulak tanda-tanda awal tu...hehe

Agak-agak kalau jumpa psikiatri, aku kena buang keje tak? Maklumlah, bila jumpa psikiatri je, mesti orang terus kata orang gila!

Pasrah...

Monday, April 4, 2011

A Shoulder To Cry On

I really need a shoulder to cry on.
Would you be one?

Aku dah terlalu banyak makan hati.
Dah terlalu banyak tekanan.
Aku tak mampu lagi...

Sunday, April 3, 2011

WeeKend maid

Hari ni first time aku guna khidmat weekend maid, turut merupakan daily weekdays maid kawan opisku.

Upah RM50/4jam
Job scope : cuci tingkap, cuci kipas, cuci bilik air, sapu+vacuum+mop lantai, kemas stor.
Tak sempat pulak nak suruh gosok baju. Mungkin sebab hari ni extra menyental kuman degil!

Kenapa ambil maid? Tak mampu cuci dan kemas sendiri ke?

Erm, kami start buat kerja pukul 830 pagi. Muhammad bangun tidur pukul 930 pagi. Nasib baik dia boleh duduk diam kat kerusi selama 30 minit. Maka bolehlah aku selesaikan kerja di dapur. Selepas iu, bermulalah kerja aku untuk panaskan makanan, bagi Muhammad makan, mandikan dia dan sebagainya.

Setidak-tidaknya, dengan kehadiran Sulastri dapatlah aku sedikit masa berkualiti dengan anak...

Bukannya tak mampu kemas sendiri!

Ok Sulastri, lagi 2 minggu datang lagi ya!

Thursday, March 31, 2011

Pembimbing rakan sebaya

Aku kurang pasti bila PRS ni wujud kat sekolah. Yang pasti, aku terpilih sebab aku salah seorang pengawas. (jadi pengawas pun sebab aku ni nakal sangat!)

Antara tanggungjawab PRS;
1. menjadi tauladan kepada semua
2. menjadi pendengar setia terhadap rakan di sekeliling
3. memberi pendapat ke atas masalah tetapi bukan membuat keputusan mahupun memberikan penyelesaian
4. merahsiakan setiap perbualan

Ramai yang selesa bercerita pada aku. Mungkin pendapat aku ketika itu agak bernas. Mungkin mereka rasa aku mampu menangani setiap masalah yang aku hadapi kerana tak pernah lekang senyuman di bibir. Dan tak lupa juga, rahsia mereka selamat denganku.

Tahukah mereka, di sebalik senyuman itu terhimpun kisah duka lara yang tak mampu diluah. Hanya dengan menjadi pendengar setia aku tabahkan hati dengan berkata pada diri, "seberat-berat dugaan yang aku terima, mereka ini lebih hebat diuji"

P/s: berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Oleh itu senyumlah...

Senyum, tak perlu kata apa-apa!

Monday, March 28, 2011

Dari mata ke hati

Malam tadi segmen dari mata ke hati oleh Prof Dr Muhaya agak menarik.

Topik yang dibincangkan;
Mengawal stress anda!

Pertama sekali,
Memperbetulkan kaedah pernafasan agar kita terus bernafas dalam keadaan tenang.

Kedua,
Kikis ego kerana ego itu membuat kita stress.

Ketiga,
Cara membuang ego adalah dengan sentiasa bersangka baik pada orang lain supaya tidak selalu mencari keburukan orang

Keempat,
Dalam semua kaedah di atas, jangan lupa dekatkan diri padaNya. Solat dan doalah...

Akhir sekali, pesanan dari Prof: 
Suami dan isteri adalah hadiah dari Allah. Sayangilah, hargailah suami atau isteri anda. Dan sentiasa redha dengan ketentuanNya...

*aku masih rasa senak... :(

Sunday, March 27, 2011

Kalau tak reti, jangan guna!

Ko kenal aircond tak?
Ko rasa-rasa, ko adjust suhu dari 25 gi 16, leh sejuk dan-dan tu ke?
Ko rasa ko nak dok lama lam tu ke?
Paling lama pun setengah jam je...

So, takyah la rempuh masuk dgn muka tak mesra alam dan ala-ala tak puas ati sebab bilik tak sesejuk Kutub Utara!

Haih, dari nak buat ibadah bertukar jadi maki hamun (dlm ati je tapi maki la jugak namanya kan?)

Maafla ye, minggu ni aku agak jadikan tetingkap ini sebagai tempat luahan muntah royan aku.

Sila skip blog kalau takmo baca.

Saturday, March 26, 2011

Bengang Tahap Gaban

Nak lepas geram kat blog nih!
Sebab tak boleh lepas geram pada tuan empunya badan, nanti dok terasa hati pulak kan!

Geram sangat-sangat!
Rasa nak bertukar menjadi Kesatria Baja Hitam.

Kalau nak cerita in detail pun dah tak terluah rasanya.

Haih apa punya entri la malam ni.

Jom angkat wudhu. Kita tenangkan diri, itu lebih baik.

*tidak-tidakpun, ada gak kurang bengang aku lepas tulis ngarut camni.

Thursday, March 17, 2011

Depresi_akukah?


Aku rasa depresi kian menghimpit diri.

Kenapa?
Entahlah…aku cuma ingin lari dari semua keadaan ini.
Age crisis perhaps? – am still young at age!
PMS Syndrome might be? – don’t think soooooo

Aku lelah, lesu…

Wednesday, March 16, 2011

Life-Sacrifice-Happiness?

Life is full of sacrifaction.
Are you one of it?

Minda vs Fizikal

Fizikal aku masih cergas.

Minda ini berlari mengah
Tercungap-cungap kala hari baru sesuku
Mampukah menunggu setengah?

Aku pun tak tahu. Titik.

Monday, January 24, 2011

Peribahasa : dulu vs sekarang

Today at Risk Management workshop, aku 'belajar' peribahasa lama yang 'dibarukan'. Peribahasa tersebut ialah;
"masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum".

Yang aku belajar hari ni, (maybe korang dah biasa dengar tapi baru untuk aku la kan!"
"masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau MENGUCAP"!!!

Huhu, betul gak tu. Sapa la yang nak mengaum dalam kandang rimau! Hilang akal pe?!?!

Thursday, January 13, 2011

Update yang tak terupdate

Nama je tahun baru, tapi aku rasa tahun ni macam aku kurang bersemangat sikit nak memblog ni. Atau lebih tepat "aku dilanda penyakit malas menaip" ataupun "aku ketandusan idea".

Ketandusan ideakah aku?
Mungkin TIDAK... sebab idea aku selalunya mencurah-curah bila stuck dalam jam waktu balik kerja. Bila aku balik rumah dan mengadap My Lil Muhammad, maka secara tak langsungnya idea tu akan terus 'terbang'. Adeh, takkan aku nak menaip sambil driving! Bukan takat bahayakan diri sendiri je, orang keliling pun sama.
Moral of the story, pasni aku nak cakap & record je. Tangan tak boleh 'bekerja', tapi mulut boleh kan? Hehe

Bab yang penyakit M.A.L.A.S. tu... Hmm, ada la sikit2. Sebab aku rasa ada perkara lain yang lebih aku utamakan, cthnya main dengan anak (hilang segala penat dan stress). Cuma aku tengah adjust masa aku supaya lebih teratur dan terluang utk bersama family.

Monday, January 10, 2011

Tahun baru? Azam baru? Semangat baru?

Tahun baru...
Dah pun masuk tahun 2011. Dan tahun ni juga umur aku bertambah setahun lagi. Apa yang dah aku capai sepanjang aku hidup? Renung kembali ke tahun-tahun sebelumnya.
- kerjaya: alhamdulillah walaupun agak jauh ke tempat kerja, aku dah tak berada lagi di takuk lama
- kehidupan: pun syukur sebab rumah dah dapat, cuma rumah aku je yang dah tak ada penyewanya. Kalau ada kawan-kawan yang mencari rumah sekitar Saujana Utama, khabar-khabarkanlah ye. Dan sekarang operasi 5S dirumah. Aku nak sedekahkan semua baju yang tak dipakai. Ada idea kat mana nak dihantar?
- kewangan: hmm...camne aku nak komen ye, insyaallsh hutang-hutang lapuk dah mula berbayar. Tapi dengan minyak RON95 yang dah naik harga sejurus lepas RON97 naik harga, macamana agaknya ye! Aku pelik dengan slogan rakyat didahulukan, sebab rata-rata memang rakyat sengsara dengan tekanan ekonomi semasa. Yang kaya makin kaya, yang miskin bertambah miskin. Aku tak nampak bagaimana rakyat yang berpendapatan rendah mampu perbaiki keadaan kewangan mereka dengan situasi begini. Tapi takat mana je yang mampu aku buat pun...

Azam baru...
- oh! No more shopping benda yang tak perlu sebab aku rasa aku dah cukup dengan apa yang aku ada. Aku kena beristiqamah, syukur dengan nikmat Allah...
- err...yang lain-lain tu aku rasa sama je macam tahun-tahun sebelumnya. Ada yang dah tercapai, aku perlu perbaiki dan kaji...

Semangat baru...
- masih tercari-cari...

Wednesday, December 29, 2010

2010 dah nak sampai ke penghujungnya!

Entri ni dah lama aku draf, tapi tak publishkan sebab banyak kali touch up :)

28 Disember
Pada hari ini tahun 2009, aku sedang diuji. Ujian yang sangat hebat bagi aku, rasanyalah. Dalam aku diuji itu, aku bersembang dengan orang sekeliling, dan aku sedar bahawa ujian mereka lebih hebat daripada aku. Tapi itu cerita mereka, biarlah mereka yang singkapkannya.

Apa cerita aku?
Pada hari itu jugalah aku terpacak depan bangunan tu, tanpa ada tempat duduk, di tengah matahari terik, dengan Lil Muhammad yang baru 7 bulan di dalam kandungan.

Pada hari itu jugalah aku sedar, tahun lepas aku tak tidur selama 3 malam, gara-gara panggilan maut yang aku terima tu. Dan kerana itulah aku pengsan kat depan orang ramai kat bangunan tu.

Dugaan...mujur aku ada Lil Muhammad yang beri aku semangat, yang beri aku kekuatan untuk tempuhi semua tu. Dan kerana itu jugalah aku perasan yang Lil Muhammad sangat kental jiwanya, tak mudah menangis dan kuat semangat.

Pada hari itu jugalah aku sedar, Allah itu Maha Kuasa...Maha Suci Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...