I Will Follow You...

Showing posts with label MRR2. Show all posts
Showing posts with label MRR2. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Road Closure MRR2

Adoila, boleh plak diorang tutup jalan kat MRR2 ni. Memula aku blur apsal diorang block main road. Tetiba nampak banner kat jejantas tu.
JELAJAH MALAYSIA 2011
batu caves-ampang-usim nilai

Ngok ngek sungguh! Buatla announcement awal2! Panas betul hati aku di kala cuaca panas terik ni...

Sent from my iPhone

Thursday, November 4, 2010

Suatu Pagi di MRR2_Part 5


Traffic was so smooth hari ni. So, I took my own sweet time, driving dengan aman dan tenang. Putting on my RM10 so-called GUCCI sunglasses yang beli kat Kuantan (jauhhhh tuuuuu…kena campur tolak duit minyak dengan tol ni). Safely arrive kat opis at 7.45am.

Hmm, inilah penangan Public Holiday, budak cuti sekolah, cikgu cikgi tak gi ngajar…bestnye kalau hari-hari macam ni. Takdela aku bawak kereta mencilok sana-sini just to beat the traffic yang ntahpehapahapa tu.

Since mood sangat baik hari ni, aku lebih bersemangat dan bertenaga untuk gi kerja. Gambatte!

Wednesday, October 27, 2010

Suatu Pagi di MRR2_Part 4


Tak tau nak komplen camne dah jalan MRR2 tu. Lambat la aku pi opis tadi.

Why? Pergh…jam kaw-kaw kat Pandan till susur Jalan Kuari. Mati-mati aku ingat ada accident ke, lori terbalik ke, apa ke. Rupa-rupanya orang turap jalan dan causing the whole stretch of jam until taman melawati. Frust dibuatnya sebab timing dah cantik je time keluar rumah tu. Hmm…takpela, hari ni je. Sok jangan diorang sambung kerja-kerja menurap sampai Bandar Tasik Selatan plak. Naya aku…

Tuesday, August 17, 2010

Tuesday Blues...ada ka?

Hehehe, hari aku bersemangat nak gi keje kul 6.45pagi. Ni semua gara-gara semalam kuar kul 7.15 dan sampai opis kul 9 lebih. Tension aku dengan MRR2 yang semakin lama semakin hampeh.

Elok2 kuar je dari Jalan Mulia 1/1, errkkkkkss!!!!
Pehal semua keta berbaris nih?
Semua pakat nak kuar 6.45 gak ke?
So, konon nak tunjuk terer, aku soh En Suami cilok kanan, amik jalan Ukay Perdana...memula dah senyum, sampai simpang je....errrkkkkkssss!!!!!
Pehal jam lagi nih?
Kiri jam, kanan jam, depan jam, belakang jam...
So, decide nak patah balik, tidur lagi bagus.

En Suami pun call la opis dia, tetiba dapat tau ada meeting kul 10pagi. Haiyoo.patah balik...
Kitorang pun gagahkan diri "merangkak" kat Bukit Antarabangsa tu. Time tu dah pukul 7 pagi.
Sabar punye pasal, perjalanan sejauh 50m dapat kitorang lalui dalam tempoh SEJAM...
Uwaaaaa...tak tahan dah...lalu En Suami pun nekad, U-turn dan balik rumah..

Well, later dapat tau from my brother, ada kereta terbalik kat DUKE, di persimpangan MRR2. So MRR2 yang jam, tak bergerak langsung. Phew...nasib baik aku tak teruskan...

Maknanya, hari ni masuk half day la kan???

Wednesday, August 11, 2010

Hari Pertama di bulan Ramadhan

Yahoooooooo....
Masuk kul 8.00pagi, boleh balik kul 4.30ptg!
Dengan bersemangat aku kuar awal ari nih, end up sangkut kat MRR2 lagi...Hampeh, masuk keje kul 8.30pg, nak tak nak kena la balik kul 5.00ptg. Mesti time tu dah jam kaw2 nyer...

Sampai je kat opis, terus buat kerja-kerja yg sepatutnya, email apa yg perlu, dan telefon agen pembantu rumah.
Alamak! Handphone tertinggal la plak. Tapi dunia serba canggih sekarang, so kol la siapa2 yang patut kan..hehe..

Owh, agenku dah sampai depan opis. Segala telekung yang diorder pun dah sampai. Mari-mari...limited stock available. Within 15mins, 3 pasang sold. Ari tuh, within 1/2 day, 6 pasang sold. Alhamdulillah, ada duit tambahan utk aku tahun ni.

Okla, sapa2 nak order baju siap, kain pasang, telekung...leh order dengan aku gak yer...

Friday, August 6, 2010

Suatu Pagi di MRR2_Part 3

I'm back dengan story mory of traffic @ MRR2.

Pagi ni punya topik ialah berkenaan penunggang motosikal. Aku dulu pernah juga jadi rider ni.
  • Pernah ulang alik KL-JB-KL naik motor EX5 aku yang sangat aku sayang. 
  • Pernah jatuh motor. 
  • Pernah join tengok lumba haram kat JB.
  • Pernah mencelah-celah di kesibukan kotaraya sambil ingat jalan tu dia yang punya.
  • Pernah buat willie kat traffic light (sebenarnya tak sengaja..haha)
Macam-macam lagi la yang aku pernah dengan motor ni.
Tapi aku kagum dengan penunggang motosikal kat KL ni (yelah, aku kan dah tak menunggang motor semenjak JFJ aku tu hilang...sob..sob..)
Kenapa aku kagum?
  • Terer giler mencelah sambil bawak laju-laju kat celah-celah jam yang melampau. (Aku pun mencelah gak, tp takde la laju giler camtuh, berdesup bunyinyeee)
  • Jenis bawak tak sayang nyawa.
  • Boleh willie celah-celah jam (gila!)
  • Dan macam-macam lagi...

Dahsyat ghupernyer...Entahla, aku suka mencelah-celah (nak kata terer la gak kan..wakakaka), tapi aku belum nak korbankan nyawa la...

Apa-apapun, hati-hati memandu. Ingatlah mereka yang anda sayang. Jangan biarkan mereka terima kepulangan anda dengan kain kapan...

Wednesday, August 4, 2010

Suatu Pagi di MRR2_Part 2

sambungan dari entri sebelum ini...

Owh..baru aku tau kenapa jalan sesak gila lately nih...dah takde polis trafik yang selalu jaga kat MRR2 tu...

Agaknye dia dah baca entri aku pasal diorang kot? Huhu..pastu protes, antaranya:- 
  1. Nak buktikan kat aku yang entri aku tu salah. 
  2. Nak buktikan yang kalau takde diorang jaga kat situ, maka MRR2 yang sesak akan bertambah sesak. 
  3. Nak buktikan bahawa teori aku tentang diorang tu salah. 
  4. Nak buktikan bahawa kehadiran diorang sangat penting di situ. 
Apa-apa pun, aku tak amik port pun. Sebab bagi aku still sama. MRR2 tetap akan sesak tak kira waktu bila pun.
 Real Time Image kat MRR2

Kadang-kadang aku terfikir, time diorang buat town planning dulu, diorang tak consider ke semua nih? Bila dikaji-kaji semula, ada bagusnya main SimCity ni. Sebab kita tau nak manage town sendiri, jalan mana yang congested, kawasan perumahan mana yang ada calue, dsb.

Ahh..aku nak pi cari DVD SimCity la, nak sambung balik addiction aku tu. Tapi beli yang ORIGINAL tau! Nanti kena tangkap, akak tak tau!!!

ada sambungan lagi ke lepas ni? Check it out!

Tuesday, August 3, 2010

Suatu pagi di MRR2_Part 1


Dalam kesesakan pagi ini, tiba-tiba terdengar bunyi hon dari sebuah motosikal.

"Oww..sori pakcik, tak sengaja makan jalan" kataku.

Perjalananku diteruskan dan signal ke kanan kuberi dengan harapan ada simpati dari kereta di sebelah untuk member laluan kepadaku. Huh, Nampak gayanya cubaanku gagal kerana kelihatan deretan motosikal yang tidak putus-putus menyusuri lorong kecil antara kereta-kereta itu.

Aduh, sudah dua hari trafik agak sesak berbanding hari-hari biasa. Terdetik di hatiku, "Apa agaknya yang mengakibatkan kesesakan ini?".

Jarum minit berdetik dengan pantas menghampiri jam 9 pagi. Mudah-mudahan aku selamat tiba di pejabat sebelum waktunya.

MRR2 aku susuri dengan penuh sabar. Kelihatan suatu pemandangan yang agak luar biasa lalu bertanya kepada diriku, "Mana agaknya polis trafik yang selalu jaga kat sini ye?".

Okies, itulah intro entri kali ini. Aku cuba nak tulis blog ni dengan konteks bahasa segala bagai, tapi nampak gayanya tak bleh arr…

Sambungannya dalam entri akan datang.. :)

Monday, July 5, 2010

Lazy Monday


Monday blues la katakan...

Plus with the traffic jam yang menyakitkan kepala..

Somewhere before exit to Kajang, ada satu mamat motor termenung dengan motornya yang rosak. Pity him. Starting day of the week dah jadi camtuh. At least kalau kena hari Jumaat tu takpe la gak. Bila kena hari Isnin, masak!!!! Spoil mood for the whole week. As for me, still crawling like kura-kura meredah MRR2. 

Finally, lepas gak jam tu. Bukan apa, pelik dengan manusia yang bijak pandai nih. bawak Merc, Vios...tapi accident langgar buntut sket, terus tak mau gi tepi, sanggup duduk tengah jalan dan menyusahkan pengguna jalan raya lain yang tengah bersemangat nak gi kerja nih. Adeh, napa la korang tak guna pala otak yang bijak tuh...

Rasa macam nak je turun kat situ dan sekolahkan diorang kejap.

Moral of the story: kalau accident, sila pindahkan kenderaan ke tepi dan beri laluan kepada pengguna lain!

Friday, July 2, 2010

Pot Pet Pagi Jumaat

As usual, I will be mumbling sensorang lam keta about MRR2 traffic, again and again until I get bored (tapi tak tahu bila la kan?!)

Today's entry is about efficiency jaga traffic kat MRR2 especially kat pertemuan susur keluar DUKE, susur keluar Keramat AU dan MRR2 sendiri (setentang Glaxo Smith kline dan S.E.H)...Whooaa, very the detail akak menulis description of the location!

Bukan apa, I just can't understand, kenapa mesti ada orang jaga kat tepi jalan dan suruh orang jalan straight, walhal jalan tu memang straight pun!

I don't see any significant impact bila diorang jaga kat situ, sampai 3 orang plak tuh. But i could clearly see the difference bila diorang tak jaga, sebab jalan tu akan jadi very smooth... :)
No offence ye everyone...I tak kutuk and hina kerja diorang, cuma I rasa it would be even better if diorang kaji kat mana bottleneck, and try and error. If it does not help, maybe they have to change their strategy plak. Itu jer...hidup mesti creative maaaaa...

Think..Think out of the box!

Anyway, am really tired with the traffic situation in KL (esp MRR2), but I am still grateful that I don't have to live and work in Jakarta, which the traffic is even worst..*sigh*

Wednesday, June 30, 2010

(KL + 5.30pm)*Rain = Massive traffic jam!!!

As usual, MRR2 sucks!

It would be incredibly amazing if I managed to be at home by 6pm...huh...

Mana punye keta la bijak pandai bawak slow cam labi-labi kat lane kanan sekali...Ingat uols kat US ke?

Hadoila...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...