I Will Follow You...

Thursday, March 31, 2011

Pembimbing rakan sebaya

Aku kurang pasti bila PRS ni wujud kat sekolah. Yang pasti, aku terpilih sebab aku salah seorang pengawas. (jadi pengawas pun sebab aku ni nakal sangat!)

Antara tanggungjawab PRS;
1. menjadi tauladan kepada semua
2. menjadi pendengar setia terhadap rakan di sekeliling
3. memberi pendapat ke atas masalah tetapi bukan membuat keputusan mahupun memberikan penyelesaian
4. merahsiakan setiap perbualan

Ramai yang selesa bercerita pada aku. Mungkin pendapat aku ketika itu agak bernas. Mungkin mereka rasa aku mampu menangani setiap masalah yang aku hadapi kerana tak pernah lekang senyuman di bibir. Dan tak lupa juga, rahsia mereka selamat denganku.

Tahukah mereka, di sebalik senyuman itu terhimpun kisah duka lara yang tak mampu diluah. Hanya dengan menjadi pendengar setia aku tabahkan hati dengan berkata pada diri, "seberat-berat dugaan yang aku terima, mereka ini lebih hebat diuji"

P/s: berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Oleh itu senyumlah...

Senyum, tak perlu kata apa-apa!

3 comments:

Nizam.Ariff said...

;)

:0

:)

:)(



(aku tak kata apa-pa)

Linda said...

I loike!!!

secangkir madu merah said...

senyum ikhlas yg lahir dari hati sudah cukup menceritakan segalanya yg terbuku jauh disudut hati...

tak payah cakap apa2...senyum je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...