I Will Follow You...

Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Rumah Sebelah Kena Pecah!!!_Part 2


Actually ni kesinambungan dari entri sebelum ni. Tak sampai 24 jam selepas kejadian pecah rumah kat tangga aku ni, ada la sorang mamat India ni kena cekup waktu dia buat cubaan nak pecah rumah kat tangga yang sama.

Sebelum tu dah ada orang nampak dia berlegar-legar kat kawasan tu. Nampak sangat la dia orang baru kat situ sebab kat blok aku tu cuma ada satu je keluarga India dan kitorang semua memang kenal dia. En Suami pun nampak dia lalu depan rumah few minutes before kena cekup tu. Tapi mengikut kata En Suami, ada dua orang sebab lagi satu helmet masih ada atas motor yang disorok kat belakang rumah kitorang.

Lebih kurang jam 6.45 petang, terdengar kecoh-kecoh depan rumah. Makcik Sariah panggil aku dari luar. Aku mintak En Suami tolong tengokkan. Bila aku keluar je, En Suami terus pass Muhammad kat aku dan ikut kejar pencuri yang terlepas tu. Bila dah tangkap, diorang nak pukul tapi Makcik Sariah tak bagi. Itu yang terlepas dan terus tak dapat tangkap sampai sudah. Motor tu pulak, ada kes samun, dadah, pecah rumah dan rogol. Adehla, terus rasa tak secure duduk kat situ. Sekarang ni, keluar sekejap pun aku akan cepat-cepat kunci pintu rumah.

Alhamdulillah, bila jadi kes macam ni, aku nampak perpaduan yang ada dalam komuniti kat sini. Itu je yang buat aku kurang takut sikit. Aku tinggalkan rumah hari Khamis lepas dengan perasaan yang berbelah bagi, tapi aku serahkan kepadaNya untuk memberi perlindungan. Sampai-sampai rumah je, kelam kabut aku cek segala kunci rumah tu. Syukur Alhamdulillah…baru rasa lega dan hilang segala libang libu dalam dada ni.

Ok, sekarang tengah planning for next vacation plak J

Wednesday, February 2, 2011

Rumah Sebelah Kena Pecah!!!

Lebih kurang jam 11 tadi, dengar kecoh-kecoh depan rumah. Macam biasa En Suami suruh aku menyibukkan diri jadi pemberita dan papparazi tak bergaji. Aku pulak baru je terlelap lepas tidurkan Muhammad. So sebab malas nak keluar dalam keadaan mamai, aku panjat toilet bowl dan intai je dari toilet tu (sungguh tak senonoh kan!). Bila dengar diorang kata ada orang pecah masuk, aku pun terus la keluar. Makcik Sariah terus beritahu yang rumah sebelah kitorang kena pecah dalam pukul 7 hingga 8 malam tadi.

The best part is, yang aku dapat tahu perompak tu tak sempat curi apa-apa sebab kebetulan Man turun tangga dan ternampak dia kat dalam rumah tu. Ikut cerita Man, si perompak tu tergamam bila nampak Man dan terus lari keluar. Man pun tergamam dan tak buat apa-apa. Tuan rumah tu dah balik Lipis untuk CNY. Kitorang pun tak berapa kenal dia sebab masalah komunikasi, dia tak tahu cakap Bahasa Melayu...

Bila aku recall, aku sampai rumah pukul 715. Then aku gi amik Muhammad selang 2 rumah, masuk rumah betul-betul before Maghrib. Pastu dok panaskan nasi Muhammad, layan Muhammad depan tv pastu kecoh-kecoh kul 11 tadi. Hmm, aku bersyukur yang kitorang tak kena apa-apa atau terserempak dengan si perompak tadi.

So kawan-kawan, cuti panjang ni kita kenalah beringat sikit. Kunci rumah, tingkap dan sebagainya. Beritahu jiran terdekat anda dan jangan lupa tinggalkan nombor yang boleh dihubungi. Kalau boleh, jangan biarkan rumah anda kelihatan tiada penghuni. Pasang timer untuk lampu ke, tv ke...tapi orang kata kalau dah nak kena tu, kena gak kan! Anyway, sebab tu juga kita kena doa dan tawakkal kepada Allah. Amalan yang singkat, tapi banyak maknanya...

Di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua. Happy holiday!

Monday, November 22, 2010

Blog yang tak dijengah

Rasa macam lama pulak tak menjengah kat blog nih. padahal tiap2 pagi idea melambak-lambak dan mencurah-curah utk dikeluarkan. Haih En Suami, semenjak teponku dah diPINJAM oleh En Suami, tak dapat la nak memblog secara mobile eh. Nampak gaya bulan depan kena ganti satu bleh? (hint utk En Suami..hehe)

Sedikit update utk bulan November yang tak dapat aku terjemahkan dengan panjang lebar...

7 Nov - Genap 1 tahun hilang motor kesayangan JFJ8114..sob sob sob

9 Nov - WHC bertukar hakmilik

10 Nov - Makan-makan malam dengan Kak Ame's family kecuali Abg Huzir. (Aimran,Alia,Azhad: Ni kira Cik Lin celebrate awal bleh? hehe)

11 Nov - Result UPSR keluar. Aimran dapat 4A 1B (english). Haih, Kak Ame mengeluh jugak le sebab dia kan mengajar English. Tapi Aimran pun admit, dia over confident waktu exam tu and after review his paper, memang ada banyak silly mistake pun. Takpelah, at least syukur jugak dia boleh jawab after so much pressure yang dia try to manage early this year. It is not good enough but it will be even better next time, kan?

12 Nov - Birthday Azhad 5 tahun
13 Nov - Birthday Alia 10 tahun
So, memandangkan birthday dekat-dekat, Cik Lin tak larat nak pecah kepala pikir hadiah apa nak bagi. So, Cik Lin bagi Aimran, Alia dan Azhad duit je tiap-tiap sorang. Lagipun, Ayah korang dah bising yang barang-barang dah tak muat dalam rumah tu.Muahaha

15 Nov - Mam pesan jangan call sepanjang 5 hari di Arafah. Mama nak beribadat dan sempurnakan rukun haji. Baiklah Bonda...doa kami sentiasa mengiringi Bonda di sana.

17 Nov - Raya Haji di Lubok China. Orang dok melapah daging kat belakang, aku dok depan jaga anak je la ye..Sapa soh plan last minute..ngehehehe...

18 Nov-20 Nov - Down with Cough, Flu and Fever. Haih, kensel sumer plan meronda dengan Pn Nira. (Nira, next time aku singgah UPM je la kita borak-borak). Anyway, jaga diri dan jangan sedih-sedih.

21 Nov - Pusing-pusing Ampang, cari tempat makan, beli mainan Muhammad...

Sekian dulu buat hari ini... :)

Monday, November 8, 2010

Pindah Rumah...Selesai Sudah...

Minggu lepas minggu yang sangat hectic, fantastic Mr Loba Loba. Penat sangat sampai tak terdaya nak gi kerja rasanya.Nasib baik semalam dapat kasut baru, so berkobar-kobar perasaan nak gi kerja. Terima kasih En Suami! Ni semua gara-gara kasut kerja yang aku dah asingkan terangkat sekali kat dalam stor, dan kedudukannya sangat strategik - paling dalaaaaaaammmmmmm sekali!

Haih, barang aku dah bersepah kat 4 bijik rumah.
1. Rumah Kak Ame - 5 bundut baju (yang jarang guna), 1 stand fan (bagi terus kat Alia), 1 bijik TV (yeay, ada can dapat tv baru!!!)
2. Rumah Sri Nilam - Fridge & Freezer + barang-barang yang dah campur aduk. Reason why tak letak semua barang dalam tu, huhu, gara-gara lift rosak dan orang situ marah sebab 1 lift je yang berfungsi dan kitorang je yang fully occupy.
3. Rumah Lembah Maju - semua perabot termasuk washing machine dan barang-barang yang turut bercampur aduk (aku dah lost count barang-barang nih, nampak gaya baju yang tak basuh pun semua masuk dalam tuh)
4. Rumah mama - baju kerja, baju+toys+toilettries Muhammad, Aku+En Suami+My Lil Muhammad

Yup, we end up staying at Mama's house sebab tak jumpa nursery lagi. Rumah Mama is less than 5 minutes to the nursery. So, sehingga berjumpa nursery baru, or dapat maid (whichever comes first), kitorang akan still duduk situ sampailah rumah yang akan kitorang duduk siap renovate. Perancangannya, bulan 1 baru masuk dan akan buat simple housewarming. Buat baca doa sikit, rumah tu dah lama tak duduk, dah lain "penghuninya"...Hmm, moga-moga semuanya dipermudahkan olehNya. InsyaAllah.

Sunday, July 4, 2010

Mi Casa_Part One

F95, Persiaran Saujana 6

Alhamdulillah...

Finally, the house that we bought on February 2006 were completed on November 2007. But we were only acknowledged that on May 2008 as changes of mailing address has not been done by Glomac.

Are we moving in?

Err..tough question I guess...Mr Hubby is now working in KL and my office is also located quite far from this house. Thus, the house were left unattended.

Until one day, I had published it in the FACEBOOK. Free rental for 1 year, terms & conditions applied.. (in return, tenant kena pasang gril, buat wiring, pasang lampu & kipas dan akan menjadi hak milik tuan rumah lepas tu).

A friend of mine berminat, so she moved in somewhere mid Nov 2009...

The transformation of the house:
pandangan hadapan

pandangan depan gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...