I Will Follow You...

Friday, February 11, 2011

Kisah Dulu-Dulu_sambungan



Bila aku setuju nak bawak kawan aku jumpa mamat ni, aku dok la terpikir nak bawak someone. Tapi at that moment aku takde sapa2 yang terlintas di kepala otak nih.

Kenapa aku perlu bawak seseorang?
1. Untuk tunjuk kat dia yang aku tak keseorangan (tak nak kalah la konon)
2. Untuk bagitau kat dia, “Tolong jangan berharap lagi pada aku”
3. Untuk kaver gabra aku kot…

Tengah dok pikir tu, lalulah En Suami (waktu tu tak kenal sangat pun) kat depan aku.
Terus aku tanya,
Aku : free tak malam ni, leh teman tak?
En Suami : Where to?
Aku : Jumpa ex-bf
En Suami : Ok

So malam tu kitorang pun bawaklah kawan aku ni dari Shah Alam ke Kem dan terus ke NZ Wangsa Maju. Nasib baik En Suami dan kawan aku ni ada topik yang boleh disembangkan. Maklumla sama-sama belajar kat Jepun walaupun berbeza tahun, at least tak la sunyi sepi je kan…

Aku? Trying my best to act like nothing ever happen before.
Dia? Dah terlalu banyak perubahan…tak perlu aku nyatakan dengan terperinci kat sini la kan…

Yang penting, malam tu berlalu dengan mood persahabatan sahaja. Alhamdulillah, respon dari dia menampakkan yang dia tahu aku dah tak berharap apa-apa dari dia.

Zero.
Kosong.
Mati.
Tanpa Prejudis.
Aku rasa lebih “ringan”, lebih berkeyakinan, lebih matang.

Yang bestnya, aku dapat sms daripada dia keesokan malamnya. Tapi aku pelik, sebab dia tanya whether aku still sayang dia lagi ke tak?!?! Uiks? I thought everything dah clearly explained and understood by each of us! Dah takde sayang-sayang, takde maknanya, geli dah tekak aku nak nyebutnye pun…

All out of sudden, tetiba je dia kata, “Tak payah la awak nak sayang saya dah, pergilah kat kawan kita tu”. Aik, apahal plak nih. Macam la dia tak tau yang kawan kitorang tu couple dengan membe kitorang. Hilang akal ke apa???

Kawan aku pun sms gak, dia tanya ada tak mamat ni hantar sms merepek? Later we realized that the sms was actually sent by his wife. So what? Ingat aku kemaruk sangat ke? End up, aku terus bagitau kat dia yang aku tak berminat langsung walaupun sekadar kawan. Enough said, this will be my last sms to you and I don’t expect any reply from you anymore. The end.


However, good things happened. En Suami akhirnya benar-benar menjadi teman hidup aku. Dan aku lebih tenang untuk membuang semua surat, bahan bukti yang aku simpan sepanjang perkenalan aku dengan mamat tu. Mungkin itulah yang sepatutnya aku buat dari dulu untuk mencari sedikit ketenangan…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...