I Will Follow You...

Sunday, February 20, 2011

Kantoi Dengan Wife Kat Club

Sembang-sembang dengan seorang sahabat aku minggu lepas betul-betul buat aku rasa nak pecah perut. Sounds funny but lesson learnt for the hubby la kan...

Alkisah si suami beritahu si isteri yang dia nak main snooker malam tu. Si isteri being so sporting kata ok je. Diberinya si suami sepersalinan pakaian yang buruk dengan harapan tak melencong ke lain.

Si isteri tiba-tiba rasa bosan duduk seorang di rumah. Diajaknya seorang kawan untuk keluar minum dan kedai mamak berdekatan KLCC jadi pilihan. Sambil-sambil minum tu, kedengaran sebiji kereta lalu depan diorang dan terus si isteri cam bunyi kereta suami dia. (bagus tak bagus pendengaran seorang isteri ni kan!)

Si isteri rasa macam tak sedap hati dan untuk nak pastikan lagi, si isteri pun berjalan kaki ke parking kereta tu. Sah! Memang kereta di suami! Hati si isteri tergerak nak masuk ke Zouk dan cari si suami. Masalahnya, si isteri ni tak pernah jejak kaki ke club! Kawan si isteri ni pun tak pernah ada experience gak.


Diorang pun start calling-calling kawan yang pernah gi clubbing untuk mintak nasihat dan panduan. Maka checklist pun siap...
Baju: baby tee...bolehla
Seluar: jeans...hmm, rata-rata pakai skirt, belasah je laa
Kasut: tumit tinggi 1inci...so-so
Mekap: biasa-biasa




Lepas bayar dan masuk club, kawan si isteri disuruh jaga tepi pintu sambil tolong pegang handbag. Si isteri pergi dari intai dekat-dekat dari satu muka ke satu muka yang lain. Habis semua meja diredahnya tapi tak jumpa juga. Yang tinggal hanya di dance floor, si isteri serba salah juga nak dekat-dekat dengan manusia yang tengah tak sedar diri tu.

Setelah berkira-kira, si isteri nekad nak teruskan juga pencarian sang suami. Allah maha kuasa, si isteri ni dari awal mintak doa pada Allah untuk tunjukkan sesuatu maka ditunjukkanlah jua pada si isteri. Dalam si isteri ni mencari-cari, ternampaklah dia kelibat sang suami nun di atas sofa sambil bersembang dengan seorang pompuan.

Si isteri apalagi.... Tunggu sambungan selepas ini... :)

2 comments:

secangkir madu merah said...

as salam linda, 'instinct' pada isteri adalah satu anugerah dari Allah...alhamdulillah..

Lumrah kehidupan, kalau tak kena pada batang hidung kita tak percaya ada situasi begitu yg berlaku, kesah yg selalu kita tonton dlm drama di kaca tv..

kesian si isteri itu, ditipu suami hidup2...bila dah kantoi begitu, risikonya tetap pada isteri...

ce citer ce citer...

Linda said...

Owh SMM, saya sgt setuju dgn pendapat awak tu...instinct tu anugerah Allah buat para isteri. Sahabat saya ni dah byk kali kantoikan si suami dengan instinct dia tu..

Hajat di hati nak smbg citer ni hr ni, tapi tak berkesempatan pulak...nmpk gaya, kena tunggu lagilah sambungannya ye ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...