I Will Follow You...

Wednesday, February 23, 2011

Cendol dan Rojak Best!


Misi makan cendol dan rojak semenjak balik dari Melaka hari tu.
Ini ialah semangkuk cendol...
 Ini semua kes kempunan nak makan cendol kat kedai yang kawan Kak Ame suggest – area Simpang Ampat. Dia bagi direction kat Balai Polis Simpang Ampat, rupa-rupanya balai polis apa nama entah. Dia ingat-ingat lupa, alang-alang. Kesian Pah Chu, kempunan nak makan cendol Melaka. Tak tahu bila lagi nak bawak dia ke sana since dia pun dah nak balik London 25hb ni. (T_T)

Maka misi aku pun bermula…

Area Taman Melawati memang ada cendol dan rojak yang sedap, dari sekolah rendah lagi aku selalu makan kat situ. Tapi aku macam malas je nak ke sana… :p

Area Ampang pun aku dah pergi, kat sebelah Klinik Dr Wan dan Julia ada satu Restoran Cendol (itu memang namanya ye) dan ada buat francais kat few places lagi.

Kat area Pandan Indah, depan masjid pun ada tapi tak berapa umph!

Ahad lepas, alang-alang aku dah ada kat area Subang, aku ajak En Suami cari cendol dan rojak yang dia kata sangat sedap tu. Katanya, dari 20 tahun lepas orang tu berniaga kat Subang dan memang ramai yang membeli. Bila sampai kat Shell, En Suami terkejut sebab Gazebo dah takde dan diganti dengan bangunan bertingkat-tingkat! Hampa juga waktu tu tapi En Suami nak pusing-pusing dan kalau nasib baik boleh terjumpa van cendol tu.

Pusing punya pusing tak ada jugak, terpaksa la balik rumah. Ahah! Rupa-rupanya dah ada kiosk laaaaa…
Dah rezeki kitorang tu…yea yea!

En Suami beratur beli rojak Sotong RM4.00 sepinggan, aku pulak beratur beli cendol RM1.50 sepinggan.

Yummy!
Memang ramai manusia yang beratur dan membeli. Sepanjang kitorang makan, aku rasa adala lebih 20 orang yang dah bersilih ganti membeli.


Alhamdulillah…malam ni tak yah makan malam dah.

Mama dan Ayah makan, Lil Muhammad tido diam-diam dalam keta eh!
Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati!

4 comments:

Nizam.Ariff said...

nostalgia sungguh tempat tu.. tu dulu tempat kita orang bujang2 pekena rojak+cendol... masa tu kita orang duduk kat SS18. Dan masa tu juga JM Briyani baru nak bertapak di belakang rumah kami di ss18 tu...

Linda said...

Alahai...sama la dgn En Suami, tmpt lepak lepak dia zaman bujang a.k.a zaman matriks 20thn lpas... :)

Tapi ternyata...rojak dia sedap! Jumaat ni aku nak gi beli la for lunch, boleh?

Nizam.Ariff said...

alang-alang, ko beli la cendol untuk satu opis...

rojak untuk aku...

Linda said...

Minggu ni x jd beli sbb td Hasliza dh beli kat Shah Alam... Minggu depan la jawabnye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...