I Will Follow You...

Tuesday, February 8, 2011

Rumah Sebelah Kena Pecah!!!_Part 2


Actually ni kesinambungan dari entri sebelum ni. Tak sampai 24 jam selepas kejadian pecah rumah kat tangga aku ni, ada la sorang mamat India ni kena cekup waktu dia buat cubaan nak pecah rumah kat tangga yang sama.

Sebelum tu dah ada orang nampak dia berlegar-legar kat kawasan tu. Nampak sangat la dia orang baru kat situ sebab kat blok aku tu cuma ada satu je keluarga India dan kitorang semua memang kenal dia. En Suami pun nampak dia lalu depan rumah few minutes before kena cekup tu. Tapi mengikut kata En Suami, ada dua orang sebab lagi satu helmet masih ada atas motor yang disorok kat belakang rumah kitorang.

Lebih kurang jam 6.45 petang, terdengar kecoh-kecoh depan rumah. Makcik Sariah panggil aku dari luar. Aku mintak En Suami tolong tengokkan. Bila aku keluar je, En Suami terus pass Muhammad kat aku dan ikut kejar pencuri yang terlepas tu. Bila dah tangkap, diorang nak pukul tapi Makcik Sariah tak bagi. Itu yang terlepas dan terus tak dapat tangkap sampai sudah. Motor tu pulak, ada kes samun, dadah, pecah rumah dan rogol. Adehla, terus rasa tak secure duduk kat situ. Sekarang ni, keluar sekejap pun aku akan cepat-cepat kunci pintu rumah.

Alhamdulillah, bila jadi kes macam ni, aku nampak perpaduan yang ada dalam komuniti kat sini. Itu je yang buat aku kurang takut sikit. Aku tinggalkan rumah hari Khamis lepas dengan perasaan yang berbelah bagi, tapi aku serahkan kepadaNya untuk memberi perlindungan. Sampai-sampai rumah je, kelam kabut aku cek segala kunci rumah tu. Syukur Alhamdulillah…baru rasa lega dan hilang segala libang libu dalam dada ni.

Ok, sekarang tengah planning for next vacation plak J

2 comments:

Nizam.Ariff said...

simpan barang berharga kat bank...

Linda said...

kalau dia rompak bank plak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...