I Will Follow You...

Wednesday, April 20, 2011

Suami oh Suami

Ada seorang kawan ni, si suami punya perangai suka sangat bersms dan berchatting dengan perempuan
Tak tahulah sebab apa, agaknya memang hobi sejak azali kot.
Rahsia suaminya banyak yang dia tahu, banyak yang dia diamkan.
Akibatnya merana diri, merana badan.

Meh nak cerita sikit...
Perihal suami tak sedar diri, isteri di rumah engkau buat tak reti,
Engkau jadikan dia kuli, jadikan hamba abdi.
Balik kerja, duduk rumah sekadar goyang kaki, satu apa pun tak nak tolong si isteri.
Main game dan tengok tv, itulah kerja sehari-hari.

Si isteri pagi kerja, balik rumah pun bekerja.
Mana nak dijaga anak kesayangan.
Mana nak memasak untuk suami yang bimbang akan kelaparan.
Urusan basuh baju, sidai baju, gosok baju pun belum kesiapan.
Hai si isteri, takkanlah si suami langsung tak ringankan badan?

Satu hari si isteri perasan.
Telefon si suami tak boleh berenggang.
Si isteri dah agak, mesti ada skadal dengan perempuan.
Experience dah banyak kali, si isteri takkan tak perasan!

Sahih!
Memang si suami dok layan betina mana entah.
Siap sms, telefon tolong dodoikan.
Hai si suami, dah banyak kali lukakan hati si isteri,
takkan tak sedar-sedar lagi!

Bukan si isteri tak tahu,
Bukan si isteri bodoh melangu
Bukan si isteri suka diperkotak-katik begitu
Bukan...

Dah lama dah... (ikut gaya Tun Dr M kita bercakap yer)

Si isteri tak tahu pada siapa nak mengadu.
Pada pejabat agama...si suami mampus tak mahu!
Maka pada akulah jua meminjam bahu.
Menangis, ketawa dan sendu.

Tangisilah, ketawalah sepuas hatimu...

Seperti biasa, lepas cerita padaku, cerita selebihnya hanya antara dia dan Allah yang satu...

Moga-moga jiwanya tenang, dan bertemu jalan dan panduan.

4 comments:

aza ni said...

salam bkd..
aku pun pernah terima panggilan talipon..pukul 3 pagi semasa shift dulu..
orang rumah kawan aku , telepon plant..direct line lagi, masuk recorder....terkejut aku.

aza ni said...

dia ngadu hal rumah kat aku...
payah juga jadi shift leader ni...

secangkir madu merah said...

Linda, susah ya bila berada di dalam situasi si isteri itu...
sebagai seorang wanita dan isteri, akak turut merasa sakitnya hati si isteri yg dipermainkan oleh suami yg mungkin dulu dinikahi atas dasar suka sama suka kan?

kalau sudah diberi peluang pertama, kedua dan ketiga masih tidak lagi insaf atau pun berubah, adalah lebih baik angkat kaki sebelum si suami kena kaki, kang berdosa tak cium pintu syurga lak.

Linda said...

salam...

AZANI,
uiks???sampai ke opis teleponnya???
takpela, sebagai kawan...dengarkan aje la yer.

SMM,
itula pasal kak, kalau boleh tolong ganyang, memang saya tolong pi ganyangkan aje...hikhik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...