I Will Follow You...

Friday, April 1, 2011

SAWO

Sawo.
Isterimu Inang.
Matang, anak lelaki harapanmu.

*Teater Sawo ni menang peringkat Zon JB, tak silap aku tahun 1999. Yup, terpampang di dada akhbar, separuh muka depan.

Banggakah aku?
Sedikit. Bukan riak.

Sebab aku sebahagian daripadanya. Yang gigih berlatih siang dan malam.
Yang tak jemu menerima kritikan.
Yang usai dilemparkan cercaan.

Orang benci, tak suka!
Sebab kami dianggap orang kelas bawahan.

Yang tak mampu bersosial di kelab ekuestarian.
Yang tak mampu menghayun besi dilapangan.

Ah pedulikan semua itu.
Kerana itu kepuasan bagiku!

*tiba-tiba rindu nak jumpa geng-geng PERSADA.
Kalau nasib baik, leh jumpa 'Sawo' di Titiwangsa yang sibuk dengan lakaran karikaturnya, sambil-sambil dapatkan ide untuk kerja architecture nye.
'Matang' last aku jumpa kat Auditorium DBKL, dengan Petronas katanya.
Tapi camne nak cari, mana aku ingat nama betul depa semua! Garu kepala...

1 comment:

Anonymous said...

Salam singgah ukhwah.
Kiranya cuba menepati Misi di Maya.
Nostalgia mengusik jiwa! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...