I Will Follow You...

Wednesday, December 1, 2010

Kisah K.A.H.W.I.N. dan yang seangkatan dengannya_Part 2

entri sebelumnya


Nak dijadikan cerita, Puan Nur dan anak-anak demam dan mintak Encik J hantarkan ke klinik tapi dek kerana ada appointment, Encik J tak endahkan pun permintaan diorang tu. Memandangkan permintaan tak dilayan, Puan Nur gagahkan diri bawak anak-anak ke klinik dan bila Encik J dapat tahu Puan Nur tak ada di rumah, sms dihantar maka jatuhlah talak satu ke atas Puan Nur.

Astaghfirullahalazim…sedih aku bila dapat tahu Encik J dengan mudahnya hantar sms macam tu hanya disebabkan perkara-perkara macam tu. Wahai L.E.L.A.K.I., kerana engkau lelaki, maka hak talak itu diletakkan di atas pundakmu, kerana engkau dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu…

Puan Nur telefon aku dan cuba berlagak biasa, tapi knowing for her for such a long time, aku dah tau camne perasaannya. Sepatutnya Aidiladha hari tu Puan Nur nak membawa diri ke rumah aku, tapi last minute Encik Suami ajak balik kampung, terus tak jadi. Sudahnya Puan Nur duduk di hotel seorang diri. Dan Puan Nur dah sewa hotel sebulan untuk selesaikan masalah ni. (Nak ajak dok umah aku, umah pun tengah menumpang rumah mama ni…haih)

Kepada Puan Nur;, aku doakan dia tabah kerana aku tau dia mampu harungi semua ni. Looking forward to meet her this Saturday.

Kepada sahabat-sahabat; kawal perasaan bila marah. Jangan biarkan nafsu menguasai diri. Berfikir sebelum bertindak. Jangan lupa asal-usul bila berada di puncak.

Kepada diriku sendiri; dah banyak yang aku lalui, dah banyak yang aku kongsi, mudah-mudahan setiap yang aku pelajari dapat aku jadikan panduan dalam kehidupan. Wallahualam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...