Haih anak mama orang ni asyik meragam je 2-3 hari ni. Kesian mama tengok.
Tetba pagi tadi waktu anak mama nangis, ternampak plak gusi yang dah nak pecah sangat oleh 2 batang gigi. Aloh, aloh...kesiannya...Takpe, anak mama kuat kan? Mungkin minggu ni minggu bermanja mama dengan Muhammad yer...
Dan, mama pun tetiba rasa sebak. Sebab mula-mula tumbuh gigi, lepas tu diri pun dah boleh sikit-sikit. Lepas ni jalan pulak. Sekejap je masa berlalu. Mama rasa tak puas nak gomol Muhammad dan peluk-peluk budak kecik nih.
Besar nanti jadi anak yang soleh ye sayang!
No comments:
Post a Comment