I Will Follow You...

Friday, October 1, 2010

Tinggalkan anak dengan pengasuh: EBM vs FM

Susah betul nak cari BS yang boleh handle EBM. Yang pergi rebus botol susu la, panaskandalam microwave la...macam-macam hal walaupun dah tulis cara-cara nak handle EBM tu.

Berbalik kepada tajuk entri kali ni. Memandangkan susah sangat nak cari BS yang ada pengetahuan tentang EBM ni, kawan saya pun berkata,
"Ala, anak ko dah nak masuk 7 bulan kan? Akak pun dulu nyusu badan juga, tapi bila kat rumah je la. Kat rumah BS pakai susu tin je. BS pun tak payah susah-susah. Lagipun nanti ko penat, nak pam lagi, kerja lagi, rumah lagi..."
Aku terpempan, dalam hati tak menyalahkan mana-mana pihak. Sebab aku rasa tak semua orang tahu dan faham kelebihan bagi EBM kat anak berbanding FM. Sedangkan aku pun baru berjinak-jinak dengan EBM ni, so aku tak salahkan diorang.
Kalau ikutkan hati, nak je kata,
"Anak saya minum EBM sebab dia bukan anak lembu yang minum FM"
Isk, aku dulu pun minum FM gak...tak baik kata camtu..hehe..Nak berkata-kata biar berlapik, ye tak?

So, ni baru intro je. Entri akan datang aku akan cerita lebih lagi pasal EBM vs FM ni. (Saja nak bagi korang follow citer nih, hehe)

Btw, aku bukan seorang LC, cerita yang akan aku paparkan adalah berdasarkan pemahaman aku tentang EBM yang telah aku ekstrakkan dari pembacaan aku. Kalau salah, harap dapat perbetulkan ye.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...