I Will Follow You...

Monday, October 18, 2010

Bas Sekolah Anda : Ingat Lagi tak?


Ingat lagi tak Bas Sekolah anda waktu sekolah dulu?
Saya ingat! (tapi bukan semua la yer)

Darjah 1 ~ Darjah 2 : Tak naik bas, sebab ada dulu mama ada driver, Mr Wong namanya

Darjah 3.5 (awal) : Yang ni aku tak ingat sebab kejap sangat

Darjah 3.5 (pertengahan) : pun aku tak ingat..huhu

Darjah 3.5 (akhir) ~ Darjah 4.5 (akhir): Bas Pak Said. Arwah Pah selalu temankan tunggu bas depan rumah sambil suap aku makan…hehe. Kalau sekolah pagi, terlepas bas, macam biasa arwah Tok akan hantar aku dan Kak Fieza gi sekolah. Dan kitorang juga akan berebut tempat duduk, tak nak duduk belakan arwah Tok, nanti baju sekolah kaler hitam..(dek kerana abuk cerut..adesh!). Bas Pak Said ni, senang nak recognize. Arwah Pah pesan, bila tengok bas ni, nampak lampu atas macam 2 biji mata, line tingkap depan macam hidung, grill depan bas macam mulut (I’m missin Pah & Tok…Al-Fatihah)

Darjah 4.5 (akhir) ~ Darjah 6 : Bas pakcik Samad! Plate no. WCD1315. Dan masih lalu-lalang amik budak depan umah aku, area Hulu Kelang, AU3. Cuma Pakcik Samad dah tak bawak bas. Tahun lepas aku jumpa dia kat kedai AU3, dia yang tegur aku, ingat lagi dia kat aku yer…terharu sat!

Sekolah Menengah : Aku tak naik bas dah. Tapi each time nak balik kampong, bas Manjoi, bas Kg Tungku Hussein, Sarata, Transnasional, Plusliner, Reliance, pastu apa ntah 1 bas yang takde lesen tu…

Well, just a few memories flashed back (takut satu hari nanti aku hilang ingatan, aku akan rujuk balik semua cerita-cerita ni untuk pulihkan semula, harap-harapnya takdelah jadi macam tu…)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...