I Will Follow You...

Tuesday, October 26, 2010

Lambaian Kaabah


Laungan Azan dari tangga rumahku mengiringi pemergian mama ke Kelana Jaya sebelum berlepas ke Tanah Suci Mekah. Hujan renyai-renyai tatkala kami bergerak keluar dari rumah.

Tepat jam 530ptg, kami tiba di Kelana Jaya. Kering jalanraya menunjukkan hujan belum lagi membasahi bumi. Aku selesaikan urusan stiker penerbangan, penginapan, beg sandang dan kad sim mama. Mama berikitikaf di suatu sudut, mungkin sedang berfikir dan mencari ketenangan jiwa sebelum berangkat pergi.

Selepas itu, aku dan Kak Ame selesaikan pula beg dan lain-lain keperluan mama supaya tak kelam kabut dibuatnya nanti. Telah masuk waktu Maghrib, mama dah siap berpakaian ihram. Aku cuba sibukkan diri supaya tak hanyut dengan perasaan.

Sebaik pengumuman daftar masuk jemaah haji di buat, hujan mulai turun. Perlahan-lahan barangan mama kami angkat ke pintu masuk dank ala itu airmata mulai turun. Bukan air mata kesedihan yang kami beri, namun airmata kegembiraan yang kami iringi kerana akhirnya hajat mama tercapai jua. 34 tahun berlalu, akhirnya mama berpeluang menjejak bumi Mekah sekali lagi…Alhamdulillah, Syukur Ya Allah di atas rahmatMu…

Langkah mama deras, sederas air mata dan hujan yang turut menemani kami pada malam itu…

InsyaAllah mama, doa dan ingatan kami sentiasa bersamamu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...