I Will Follow You...

Monday, January 10, 2011

Tahun baru? Azam baru? Semangat baru?

Tahun baru...
Dah pun masuk tahun 2011. Dan tahun ni juga umur aku bertambah setahun lagi. Apa yang dah aku capai sepanjang aku hidup? Renung kembali ke tahun-tahun sebelumnya.
- kerjaya: alhamdulillah walaupun agak jauh ke tempat kerja, aku dah tak berada lagi di takuk lama
- kehidupan: pun syukur sebab rumah dah dapat, cuma rumah aku je yang dah tak ada penyewanya. Kalau ada kawan-kawan yang mencari rumah sekitar Saujana Utama, khabar-khabarkanlah ye. Dan sekarang operasi 5S dirumah. Aku nak sedekahkan semua baju yang tak dipakai. Ada idea kat mana nak dihantar?
- kewangan: hmm...camne aku nak komen ye, insyaallsh hutang-hutang lapuk dah mula berbayar. Tapi dengan minyak RON95 yang dah naik harga sejurus lepas RON97 naik harga, macamana agaknya ye! Aku pelik dengan slogan rakyat didahulukan, sebab rata-rata memang rakyat sengsara dengan tekanan ekonomi semasa. Yang kaya makin kaya, yang miskin bertambah miskin. Aku tak nampak bagaimana rakyat yang berpendapatan rendah mampu perbaiki keadaan kewangan mereka dengan situasi begini. Tapi takat mana je yang mampu aku buat pun...

Azam baru...
- oh! No more shopping benda yang tak perlu sebab aku rasa aku dah cukup dengan apa yang aku ada. Aku kena beristiqamah, syukur dengan nikmat Allah...
- err...yang lain-lain tu aku rasa sama je macam tahun-tahun sebelumnya. Ada yang dah tercapai, aku perlu perbaiki dan kaji...

Semangat baru...
- masih tercari-cari...

2 comments:

Nizam.Ariff said...

Aku dah mula elak shopping kat hypermarket...

kalau setakat beli runcit-runcit je, baik aku beli kat kedai runcit. walau mahal 10sen 20 sen, tapi dapat elakkan 'impulsive buying behavior'... d

Linda said...

Tapi minyak naik rega nk counter camne plak? Haih, jpm sama2 naik moto la jawabnya ye... :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...