Okey, akan ditayangkan di pawagam berhampiran anda mulai 31 Ogos ini.
Kenapa aku beria sangat nak promosikan kat sini?
1. Nazri M. Annuar adalah schoolmate aku walaupun bukan classmate aku
2. Karya-karya beliau banyak yang dah ada dalam koleksi aku (walaupun sampai hari ni aku tak berjaya dapat yang ada tandatangan dia)
3. Karya-karya dia sangat bersahaja, lenggok bahasa yang mudah difahami
4. Ye, aku tau aku tak baik dengan dia pun zaman sekolah dulu, tapi aku menghargai karyanya (aku takde niat membodek ye)
5. Sokonglah industri filem negara
p/s: Blog Nazri M.Annuar atau Dunia Vovin boleh dilayari di sini.
Tapi, bila aku kenangkan Lagenda Budak Setan the Movie, adalah sangat mengecewakan sebab aku lebih menghayati novelnya. Maka aku pilih novel lebih dari movie.
Untuk kes Karipap-Karipap Cinta pulak, aku belum beli novelnya (maaf ye Beron, err, ini panggilannya suatu masa dahulu, ko tak marah kan?) Maka, aku harus berkejar ke kedai buku berdekatan untuk beli sebelum kehabisan di pasaran. Dan apa jua outcome dari movie itu nanti, aku akan cuba untuk tidak buat perbandingan sebagaimana LBS.
(Kalau ada yang tak ok, aku terpaksa juga beri komen membina)
Ada juga blogger yang kutuk habis-habisan karya ni, tapi bagi aku terpulang kepada pembaca sebab tak semua orang ada citarasa yang sama.
Di sini juga saya nak mohon rakan-rakan blogger sekalian, supportlah sahabat saya ni ya! Jangan lupa beli tau! Pukul 8 pagi ni dia akan ke udara dalam Nasi Lemak Kopi O di TV9...
6 comments:
pagi tadi tengok penulis ini diwawancara oleh aziz desa di nasi lemak kopi O... teringin utk memiliki novel ini.. kawan awak ya linda, patutlah beriya2 promonya..
hihi...
aah, kawan sekolah...
banyak lagi novel-novel dia yang pernah ada sebelum ni.
sekali sekala promote kawan :)
ehem
singgah sini terus follow
sudi2 singgah ai plak eh
maceh
^_"
novel tu aku ada tapi haram tak khatam lagi... heh.
.
bk
aku ckp jujur...aku kurang novel novel no...tapi akan ku cuba dptkan..di pasaran
TM,
terima kasih membeli...tak khatam pun xpe..hikhik
AZANI,
xpe, tiada paksaan dalam membeli...cuma mewar-warkan je kat sini
Post a Comment