I Will Follow You...

Wednesday, June 29, 2011

Lipan Oh Lipan


Mood pagi-pagi aku dikejutkan dengan lipas yang keluar dari belakang palung air dalam tandas. Mula-mula ada seekor je, tiba-tiba macam satu koloni kat belakang tu!

Aku ambil berus lantai dan hempuk seekor. Bila aku tengok sekoloni lipas tu macam nak serang aku, aku pun terus tutup pintu dan ambik Ridsect. Lil Muhammad punyalah excited dengar aku menghempuk lipas dalam tandas tu. Maka terpaksalah aku terus hantar dia kat babysitter supaya dia tak join hempuk lipas dengan aku.

Sebelah tangan pegang Ridsect, sebelah lagi pegang berus lantai. Aku dah bersedia untuk berperang!

Aku naik atas mangkuk tandas dan sembur Ridsect selagi aku mampu bunuh semua lipas-lipas itu.

Bring to my surprise, bukan lipas je yang keluar…aku nampak sesuatu yang menjalar keluar di sebalik palung! Yang paling aku takut telahpun keluar…LIPAN!!!!!
Harap maaf, tiada gambar yang sempat dirakam atas faktor keselamatan!

Panjang lipan tu ada la setengah jengkal. Dan yang lebih menakutkan, bukan seekor dua, tapi dengan anak cucu cicit lipan pun keluar. Habis lipan-lipan tu aku hempuk dengan berus lantai.

Tak cukup dengan tu, aku sembur lagi dan lagi, just to make sure semuanya dah mati!
Tapi aku tak cukup yakin, aku ambik bleach dan tuang setengah botol 5 liter tu kat belakang palung tu.
Bila dah tak nampak  apa-apa, baru la aku cukup yakin untuk mandi…

Impak dari kejadian hari ini :
1.       Aku lambat pergi kerja
2.       Aku sakit mata sebab rasanya bleach tu meruap dan masuk mata
3.       Aku sakit dada, semput sebab terhidu bleach dan Ridsect (Alamak, ubat tak bawak pulak!)

3 comments:

tasekM said...

semput tu bahaya tu.
kot2 ada sorg pakcik tu nak tolong bg cpr sila sedia batang penyapu..

:p




.

Linda said...

ekeke...
kalau pakcik tu nak bagi cpr, aku rasa dia semput dulu...

eheheh...

Nizam.Ariff said...

tak cukup nafas... sendiri punya nafas pun macam tak cukup jer....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...