I Will Follow You...

Friday, June 17, 2011

Hari Lahir Mazura

Entri hari ini aku dedikasikan khas buat "adik kesayangan"...

Nama dia Mazura, tapi panggilan manja ialah Deq A.

Hari ini hari lahir Mazura. Yang ke-... 
Cukuplah kalau aku kata dia sedang melangkah ke suatu kumpulan nombor yang baru.

Dia bukan adik kandung aku. Tapi sebahagian diri aku merasakan dia sangat rapat dengan aku. 

Dialah teman tepi katil di sekolah dulu.
Dialah penglipur lara aku.
Dialah tempat kami berkongsi cerita dan mencurah rahsia.

Semua itu tidak berakhir tatkala aku melangkah keluar dari zaman persekolahan.
Masih, hingga hari ini...
Dialah teman, dialah adik,
Dialah...

(Tapi maaf...
Kami bukan pasangan lesbian, ataupun "lesbo" mahupun homoseksual!
Kami hanyalah teman rapat...tiada hubungan terlarang di antara kami.)

Berbalik kepada entri kali ini...
Sempena hari lahir dia, 17 JUN 2011, aku doakan agar dirinya
• dimurahkan rezeki
• dikurniakan kesihatan tubuh badan
• dirahmati selalu
• dilindungiNya dan dikasihiNya setiap masa

Semoga dia akan sentiasa berbahagia dengan keluarga tersayang...InsyaAllah...

p/s: sesungguhnya aku tak menyangka persahabatan ini masih utuh, sehinggakan dia sentiasa ada di sisi tatkala aku benar-benar hampir "lemas" suatu masa dulu...hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik Deq A dan keluarga...

2 comments:

Anonymous said...

tq ....heheh..

Linda said...

Hadiah KIV yer ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...