I Will Follow You...

Showing posts with label Rendang Pedas Daging. Show all posts
Showing posts with label Rendang Pedas Daging. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Mood Swing

Lately...bosan nak update blog
(Tapi blog lagi satu rajin plak updatenya)

Maybe tengah rancak jual Shaklee, banyak sangat promotion Shaklee sekarang.
Kulit cantik berseri untuk raya, nak bagi kurus, nak kecutkan jerawat, macam-macam lagi lah.
Alhamdulillah...bab kurus tu...kurangla 14kg lepas aku consume 6 bulan separa konsisten.
Bab kulit, aku tak la particular sangat, cuma aku perasan tapak kaki semakin gebu dan mulus...chewahhhh.

Jual Tudung Z and Z pun Alhamdulillah berjalan lancar. Yang order online, yang order via phone dan macam-macam lagi.

Yang kena tipu, hmmm...sejak 2004 aku jadi ahli Cosway, tak pernah aku bengang gila camni, tak pernah aku jumpa manusia penipu yang sanggup rembat duit dan bagi barang expired kat aku. Takpelah, rezeki masing-masing...pandai-pandailah dia menjawab di akhirat nanti. Wallahualam

Yang nyata, seperti tahun-tahun lepas, blog ni naik rank sebab resipi rendang dendeng dengan resipi rendang pedas perak. Dan aku juga, tahun ni sama macam tahun lepas, dan tahun lepas, dan tahun lepas-lepas, tak berkesempatan nak masak rendang dendeng dan rendang pedas perak dah.

Rendang dendeng, nak kena menumbuk daging, sah-sah hero 2 orang tu yang bertumbuk nanti.
Rendang pedas, renyah nak hiris sana-sini. Time consuming, susah sikit nak mengadap semua tu.
Alasan je kan!

Pecah rekod, dah 4 tahun tak rajin mengadap dapur untuk buat acar buah tradisional. Alih-alih tahun ni terrrrrajin pulak. Resipi acar buah tradisional? Bila aku rajin, aku update la ye.
Acar buah ni tak macam acar orang kahwin yang banyak kaler hijau kuning merah tu. Tu semua banyak chemical, aku takut nak makan...hahaha.

Acar buah mama ni memang kami jual dari dulu, seingat aku dari aku dok Ipoh. Dari tahun 1988, dok menjual kat Pasar Ramadhan Medan Gopeng tu. Yang top...pegedil dan acar buah! Apa lagi yang mama jual aku pun tak ingat, sebab itu je yang aku terer tolong masak.

Cuma tahun ni tak guna Limau Kam Kuat tu, tak ada stok sebab tertinggal kat Ipoh. Maka, diolah sedikit dengan Limau Valencia beli kat Tesco RM0.49 sebiji dipotong lapan dan direbus...Owh..lagi sedap dan berkhasiat aku rasa...

Gambar Acar Buah? Nanti la aku snap atau kalau sahabat blogger aku yang dapat sebekas acar ni rajin tolong snapkan gambar tu ye.

Monday, September 20, 2010

Rendang Pedas Daging - Resipi campak-campak

Semalam aku kemas peti ais, jumpa serai lam 10batang. Apa nak buat yer? So aku pun buat rendang daging pedas guna susu cair, yang tak lengkap dalam rendang tu = kerisik + lengkuas + daun kunyit. Malas nak pergi beli kat kedai. Masak je apa yang ada dalam peti ais tu.

Sebenarnya, rendang ni selalu arwah Pah masak bila tiba Hari Raya. Tahun-tahun selepas arwah Pah dah tak sihat, Chu take over untuk masak rendang ni. Ikutkan ini la kali pertama aku masak tanpa mama jadi tukang rasa dan tukang bagi naihat. Resipi yang kat bawah ni pun sebenarnya ikut sedap tangan aku je (nasib baik menjadi..huhu).

So resipi kali ini? Maaf, gambar tak sempat amik, dah kena bedal!

Bahan-bahan
600gm daging (dipotong kiub)
1 tin susu cair
1 inci kunyit (ditumbuk) - pandai-pandai je taruk, kan mama dah bising, "apasal rendang ni kuning sangat haa"
100gm cili giling cap Puteri (dah kena yang brand lain, tp tak sedap)
garam secukup rasa (aku letak 1 sudu kecik je)
* 6 batang serai
* 4 inci halia - sebesar ibu jari
* 6 biji bawang besar
* 6 ulas bawang putih
(*dihiris halus)

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan dalam kuali, masak api sederhana. Tunggu sampai daging empuk, setel!
Kalau suka rendang basah, guna 2 tin susu cair. Kalau tak, 1 tin dah memadai.

Nyum, nyum...kenapa aku guna susu cair? Sebab nak kawal pemakanan seisi rumah, kurangkan kolestrol dan elakkan darah tinggi. InsyaAllah, aku akan cuba berikan makanan terbaik untuk keluarga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...