I Will Follow You...

Monday, September 20, 2010

Rendang Pedas Daging - Resipi campak-campak

Semalam aku kemas peti ais, jumpa serai lam 10batang. Apa nak buat yer? So aku pun buat rendang daging pedas guna susu cair, yang tak lengkap dalam rendang tu = kerisik + lengkuas + daun kunyit. Malas nak pergi beli kat kedai. Masak je apa yang ada dalam peti ais tu.

Sebenarnya, rendang ni selalu arwah Pah masak bila tiba Hari Raya. Tahun-tahun selepas arwah Pah dah tak sihat, Chu take over untuk masak rendang ni. Ikutkan ini la kali pertama aku masak tanpa mama jadi tukang rasa dan tukang bagi naihat. Resipi yang kat bawah ni pun sebenarnya ikut sedap tangan aku je (nasib baik menjadi..huhu).

So resipi kali ini? Maaf, gambar tak sempat amik, dah kena bedal!

Bahan-bahan
600gm daging (dipotong kiub)
1 tin susu cair
1 inci kunyit (ditumbuk) - pandai-pandai je taruk, kan mama dah bising, "apasal rendang ni kuning sangat haa"
100gm cili giling cap Puteri (dah kena yang brand lain, tp tak sedap)
garam secukup rasa (aku letak 1 sudu kecik je)
* 6 batang serai
* 4 inci halia - sebesar ibu jari
* 6 biji bawang besar
* 6 ulas bawang putih
(*dihiris halus)

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan dalam kuali, masak api sederhana. Tunggu sampai daging empuk, setel!
Kalau suka rendang basah, guna 2 tin susu cair. Kalau tak, 1 tin dah memadai.

Nyum, nyum...kenapa aku guna susu cair? Sebab nak kawal pemakanan seisi rumah, kurangkan kolestrol dan elakkan darah tinggi. InsyaAllah, aku akan cuba berikan makanan terbaik untuk keluarga.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...