I Will Follow You...

Showing posts with label Kenangan Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Kenangan Hari Raya. Show all posts

Monday, September 20, 2010

Rendang Pedas Daging - Resipi campak-campak

Semalam aku kemas peti ais, jumpa serai lam 10batang. Apa nak buat yer? So aku pun buat rendang daging pedas guna susu cair, yang tak lengkap dalam rendang tu = kerisik + lengkuas + daun kunyit. Malas nak pergi beli kat kedai. Masak je apa yang ada dalam peti ais tu.

Sebenarnya, rendang ni selalu arwah Pah masak bila tiba Hari Raya. Tahun-tahun selepas arwah Pah dah tak sihat, Chu take over untuk masak rendang ni. Ikutkan ini la kali pertama aku masak tanpa mama jadi tukang rasa dan tukang bagi naihat. Resipi yang kat bawah ni pun sebenarnya ikut sedap tangan aku je (nasib baik menjadi..huhu).

So resipi kali ini? Maaf, gambar tak sempat amik, dah kena bedal!

Bahan-bahan
600gm daging (dipotong kiub)
1 tin susu cair
1 inci kunyit (ditumbuk) - pandai-pandai je taruk, kan mama dah bising, "apasal rendang ni kuning sangat haa"
100gm cili giling cap Puteri (dah kena yang brand lain, tp tak sedap)
garam secukup rasa (aku letak 1 sudu kecik je)
* 6 batang serai
* 4 inci halia - sebesar ibu jari
* 6 biji bawang besar
* 6 ulas bawang putih
(*dihiris halus)

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan dalam kuali, masak api sederhana. Tunggu sampai daging empuk, setel!
Kalau suka rendang basah, guna 2 tin susu cair. Kalau tak, 1 tin dah memadai.

Nyum, nyum...kenapa aku guna susu cair? Sebab nak kawal pemakanan seisi rumah, kurangkan kolestrol dan elakkan darah tinggi. InsyaAllah, aku akan cuba berikan makanan terbaik untuk keluarga.

Wednesday, September 8, 2010

Kenangan Hari Raya_Part 2

Entri kali ni pasal tradisi bergambar depan rumah tok dan pah.


Owh, rasa sungguh muda remaja tengok gamba nih. This photo was taken somewhere in year 1992~1993. Tak ramai lagi dalam gamba ni. Sebab generasi baru nak berkembang. Rasanya yang baru kahwin time tu, cuma Abg Min n Kak Ina je. Yang lain sumer muda-muda lagi.

Cuba tengok gambar seterusnya pulak.

Rasanya this is somewhere in 1995 berdasarkan gambar Zulia dan umurnya... hhehehhe..

Nowadays, sangat susah utk kitorang gather depan rumah ni as both grandparents dah takde. So we rarely went back there. How I miss those sweet memories.

Sob..Sob..Sob..ayor mata dah kuaq dah...

Monday, September 6, 2010

Kenangan Hari Raya_Part 1


Apa yang aku tak boleh lupa tiap kali raya menjelang…

Raya dan Sungai belakang rumah

Siapa : Aku, Kak Fieza, Nurul & Abg Ron

Di mana : Sungai belakang rumah pah yang dulunya dalam, bersih, cantik, sejuk, air yg deras…dulu la

Bila : Raya 1990 kalau tak silap

Bagaimana : Gara-gara nak ambil selipar nurul yang hanyut, kami tipu Pah (tak baik tipu ye, dosa…). Kami kata pi beraya rumah kawan, air sirap tumpah…

*dan setiap kali ingatan ni menjelma, aku akan menitiskan air mata sebab terkenang arwah Pah yang dah hampir 4 tahun meninggalkan kami semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...