I Will Follow You...

Saturday, July 3, 2010

Job vs Jobs Description

Kita keje mengikut JD atau JD direka mengikut kerja kita?

Mari kita fikir-fikirkan...

Kita kerja mengikut JD, itu yang sepatutnya. tapi adakalanya kita perlu juga buat kerja yang di luar skop JD yang dah diamanahkan.

Mesti ada yang tanya nanti, adakah ini luahan hati saya?
Jawapannya, mungkin!

Tetapi saya yakin bahawa jawapan yang sama juga mungkin diberikan oleh ramai pekerja di luar sana. 
Truth hurts! Haha...but that's the fact. Kena accept la kan?

Well, kerja pun kena tolak ansur. Ada masa kita pun ngular gak, so kena la kerja betul-betul dan ganti waktu yang kita gunakan untuk mengular tuh. So, kalau kena overtime tapi tak boleh claim, jangan cepat melatah. Kita kena ingat dan niat, kerja kita ikhlas kerana Allah, lagipun kerja itu ibadah dan amanah!

About JD ikut keje atau keje ikut JD, I think mana-mana pun ok sebab kita kena give and take. Tapi kalau asyik kena "take" aje, naya la!!!

Adala 1 orang ni, orang suka kerja dengan dia. Tapi bila orang yang kerja dengan dia tu sangat baik dan dia suka, dia akan suruh orang tu buat banyak kerja. My opinion, dia suruh sebab dia percaya dan dia yakin yang orang dia suka tu boleh laksanakan kerja tu dengan sempurna. Well, it is such  compliment, tapi I think it is very unfair untuk orang yang menerima job tambahan tu. Sedangkan orang yang sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk buat kerja tu boleh goyang-goyang kaki je.

Haih, I nak komen lebih-lebih..I dare not! Sebab bila banyak cakap, orang marah kita. Bila kita diam, orang ingat kita redha terima semua tu (redha je la walaupun rasa terpaksa).

Then, what should I say???

:(


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...