I Will Follow You...

Tuesday, November 30, 2010

Kisah K.A.H.W.I.N. dan yang seangkatan dengannya


Bila tiba musim kenduri kahwin, yang paling penting ialah aku tak payah masak! Hik Hik Hik…

Teringat zaman kenduri aku dulu, nak dijadikan cerita boleh plak orang buat piket sampai jam sepanjang-panjang MRR2 tu. So ramaila tetamu kehormat aku yang lambat sampai dan menyebabkan orang-orang yang lain ni terpaksa tunggu untuk makan.

Hmm…Alhamdulillah dah 5 tahun pun perjalanan hidup aku dalam bab seterusnya. Suka duka tangis tawa semua ada. Tipu la kalau aku kata semuanya indah belaka. Kalau semuanya indah je, apa guna kahwin kan? Kena la gaduh sikit-sikit, baru la reti nak pujuk bini or vice versa. Kalau asyik stereotaip je, aku pun muak! Hehehe.

Ok, enough with the prologue. Back to the point yang aku dah karang sepanjang perjalanan balik kerja tadi.

Apakah perkara halal yang amat dibenci Allah?
Yup…guess that you guys pun tau kan!
C.*.R.*.I. atau D.*.V.*.R.*.E.

Sedih, geram, terkilan…dan macam-macam lagi yang aku tak dapat ungkapkan di sini bila seorang sahabat baik telefon dan berbual tentang perkara ni.

Kenapa?
Sebab diorang ni kawan baik aku. Banyak kisah sedih, suka duka yang kitorang selalu kongsi bersama.
(tujuan aku menulis kisah ni di sini bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak, tapi sekadar teladan buat sahabat-sahabat yang aku sayang. Dan aku harap korang tak perlu buat spekulasi tentang siapakah gerangan yang aku maksudkan di sini ye supaya tak menyinggung perasaan sesiapa)

Encik J dan Puan Nur (bukan nama sebenar) dah berkawan agak lama. Bercinta pun lama dan banyak dugaan yang menimpa sepanjang perkenalan diorang sampai la diorang kahwin dan beranak pinak. Tapi semua tu diorang lalui dengan tabah.

Semua tu berubah bila Encik J dapat jackpot! Maaf, bukan jackpot kat kasino tu yer tapi some sort of durian runtuh ler.  The lifestyle pun start to change for someone yang tak pernah merasa senang dalam kehidupan. Hubungan persaudaraan yang rapat pun mula menjadi renggang. Perkara-perkara yang biasa dilalui zaman susah seolah-olah jijik bila diingat kembali. Sebab tu la aku takmo jadi kaya, cukupla senang sikit daripada biasa, takut aku lupa daratan, lupa asal usul.

Bila harta dunia yang dikejar, maka banyaklah tukang hasut dan banyak jugalah dugaan yang mendatang. Bila dah berharta, mulalah ada yang memandang dan nak mengendeng. Dan kerana ada yang mengendeng itu jugalah, maka anak isteri mula dilupakan. Sakit pening anak isteri mulalah dirasakan sebagai beban.

bersambung dalam entri seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...