I Will Follow You...

Friday, February 11, 2011

Kisah Dulu-Dulu_sambungan



Bila aku setuju nak bawak kawan aku jumpa mamat ni, aku dok la terpikir nak bawak someone. Tapi at that moment aku takde sapa2 yang terlintas di kepala otak nih.

Kenapa aku perlu bawak seseorang?
1. Untuk tunjuk kat dia yang aku tak keseorangan (tak nak kalah la konon)
2. Untuk bagitau kat dia, “Tolong jangan berharap lagi pada aku”
3. Untuk kaver gabra aku kot…

Tengah dok pikir tu, lalulah En Suami (waktu tu tak kenal sangat pun) kat depan aku.
Terus aku tanya,
Aku : free tak malam ni, leh teman tak?
En Suami : Where to?
Aku : Jumpa ex-bf
En Suami : Ok

So malam tu kitorang pun bawaklah kawan aku ni dari Shah Alam ke Kem dan terus ke NZ Wangsa Maju. Nasib baik En Suami dan kawan aku ni ada topik yang boleh disembangkan. Maklumla sama-sama belajar kat Jepun walaupun berbeza tahun, at least tak la sunyi sepi je kan…

Aku? Trying my best to act like nothing ever happen before.
Dia? Dah terlalu banyak perubahan…tak perlu aku nyatakan dengan terperinci kat sini la kan…

Yang penting, malam tu berlalu dengan mood persahabatan sahaja. Alhamdulillah, respon dari dia menampakkan yang dia tahu aku dah tak berharap apa-apa dari dia.

Zero.
Kosong.
Mati.
Tanpa Prejudis.
Aku rasa lebih “ringan”, lebih berkeyakinan, lebih matang.

Yang bestnya, aku dapat sms daripada dia keesokan malamnya. Tapi aku pelik, sebab dia tanya whether aku still sayang dia lagi ke tak?!?! Uiks? I thought everything dah clearly explained and understood by each of us! Dah takde sayang-sayang, takde maknanya, geli dah tekak aku nak nyebutnye pun…

All out of sudden, tetiba je dia kata, “Tak payah la awak nak sayang saya dah, pergilah kat kawan kita tu”. Aik, apahal plak nih. Macam la dia tak tau yang kawan kitorang tu couple dengan membe kitorang. Hilang akal ke apa???

Kawan aku pun sms gak, dia tanya ada tak mamat ni hantar sms merepek? Later we realized that the sms was actually sent by his wife. So what? Ingat aku kemaruk sangat ke? End up, aku terus bagitau kat dia yang aku tak berminat langsung walaupun sekadar kawan. Enough said, this will be my last sms to you and I don’t expect any reply from you anymore. The end.


However, good things happened. En Suami akhirnya benar-benar menjadi teman hidup aku. Dan aku lebih tenang untuk membuang semua surat, bahan bukti yang aku simpan sepanjang perkenalan aku dengan mamat tu. Mungkin itulah yang sepatutnya aku buat dari dulu untuk mencari sedikit ketenangan…

Kisah Dulu-Dulu


Kamu ketahuan…pacaran lagi…
Dengan dirinya…teman baikku…
Tapi  tak mengapa…aku tak heran…
Kerna dirimu…cinta sesaatku…

Sambil kemas rumah mama semalam, terjumpa pulak hadiah ‘si dia’ tahun 1999. Nak campak sayang, nak simpan nyampah, baikla aku bagi kat anak-anak sedara buat main…dengan wrapping paper pun masih elok dok kat dalam kotak tu. Perlu ke upload gambar kat sini? Tak payahla ek sebab aku pun tak suka nak nengoknya dah.

Kena sangat la lagu kat atas tu zaman aku kenal ngan dia. Dah kahwin pun dia, pun dengan kawan baik aku tu kan. Tapi aku sedih la jugak sebab after 6 years, dia datang cari aku balik. Dengan alasan sama macam aku selalu dengar dari kawan-kawan, media dan orang lain, “I tak bahagia dengan perkahwinan i…”

Uwekkkkkk…nak muntah aku dengornye. Kalau tak bahagia, takdela sampai 3 dah anak ko weh!
Ok, agak-agak korang, apa respon aku ye?

Hmm…Februari 2005, aku melayan segala SMS yang dia hantar, tapi aku tak anggap lebih ye. Aku layan sebagai kawan baik, yang pernah sama-sama susah dan senang. Aku tahu limit aku, dan aku pun tak sanggup nak lukakan hati wife dia. SMS tu berterusan sebagai kawan (takde feeling-feeling eh…dia aku tak tau la kan!).

Sehinggalah 20.05.2005, kawan aku balik dari Jepun dan nak jumpa si mamat nih. Kebetulan mamat ni ada kursus kat KL 2-3 hari ni. Aku pun agak keberatan nak bawak, sebab aku tak rasa aku nak jumpa mamat tu (dendam still ada, ehehehe). Yang kawan aku ni pulak beria-ia mintak tolong sebab dia tak tau jalan kat KL ni. Pening gak kepala aku time tu, sebab dulu kitorang berempat kawan baik; termasuk la girlfriend kawan aku yang balik dari Jepun tu.

Dan aku pun akhirnya bersetuju…sambungannya selepas ini eh.. :D

Tuesday, February 8, 2011

Rumah Sebelah Kena Pecah!!!_Part 2


Actually ni kesinambungan dari entri sebelum ni. Tak sampai 24 jam selepas kejadian pecah rumah kat tangga aku ni, ada la sorang mamat India ni kena cekup waktu dia buat cubaan nak pecah rumah kat tangga yang sama.

Sebelum tu dah ada orang nampak dia berlegar-legar kat kawasan tu. Nampak sangat la dia orang baru kat situ sebab kat blok aku tu cuma ada satu je keluarga India dan kitorang semua memang kenal dia. En Suami pun nampak dia lalu depan rumah few minutes before kena cekup tu. Tapi mengikut kata En Suami, ada dua orang sebab lagi satu helmet masih ada atas motor yang disorok kat belakang rumah kitorang.

Lebih kurang jam 6.45 petang, terdengar kecoh-kecoh depan rumah. Makcik Sariah panggil aku dari luar. Aku mintak En Suami tolong tengokkan. Bila aku keluar je, En Suami terus pass Muhammad kat aku dan ikut kejar pencuri yang terlepas tu. Bila dah tangkap, diorang nak pukul tapi Makcik Sariah tak bagi. Itu yang terlepas dan terus tak dapat tangkap sampai sudah. Motor tu pulak, ada kes samun, dadah, pecah rumah dan rogol. Adehla, terus rasa tak secure duduk kat situ. Sekarang ni, keluar sekejap pun aku akan cepat-cepat kunci pintu rumah.

Alhamdulillah, bila jadi kes macam ni, aku nampak perpaduan yang ada dalam komuniti kat sini. Itu je yang buat aku kurang takut sikit. Aku tinggalkan rumah hari Khamis lepas dengan perasaan yang berbelah bagi, tapi aku serahkan kepadaNya untuk memberi perlindungan. Sampai-sampai rumah je, kelam kabut aku cek segala kunci rumah tu. Syukur Alhamdulillah…baru rasa lega dan hilang segala libang libu dalam dada ni.

Ok, sekarang tengah planning for next vacation plak J

Feeding your baby : Four Day Rule


When feeding your baby, always remember to apply the four day rule. 

The four day rule is a simple strategy to help spot baby digestive problems or potential allergies and easily identify problem foods. 

The rule is easy to follow...
Each time you introduce a new food to your baby, you need to continue feeding your baby that same food for four days. You can continue to feed your baby other foods you have safely introduced. 

But don't introduce two new foods at the same time.
It's an effective strategy...
Allergic reactions usually appear quickly - sometimes within 1/2 an hour of your baby eating the food responsible. But it can take up to 3 or 4 days for a reaction to occur. Baby digestive problems, too, tend to take a few days to appear.
By sticking to one new food for 4 days, you will immediately be able to tell which food is causing the reaction or digestive problem. You can then eliminate this food from your baby's diet, although it may be possible to re-introduce it later on. Identifying the problem quickly means you won't need to "experiment" to find its cause ... and you won't risk provoking the same reaction again. 

A useful tip is to try introducing new foods in the morning or at lunch time.
If your baby suffers a severe allergic reaction, it will be easier to get medical help then, rather than later in the day.
If the food causes your baby digestive problems, he may experience diarrhea, gas (wind) or some other discomfort. If you've given him the food late in the day, then he - and you - will probably be in for a sleepless night!
If you are introducing solids to your baby before he is 6 months old, you might want to increase the "four day rule" to seven days. Some medical experts believe that, in a younger baby, digestive problems and allergic reactions are more likely to occur.
Giving your baby new foods is exciting, but don't rush things - it pays to be patient and apply this rule. You will be in control of your baby's diet, alert to potential problems and able to identify their cause. And the end result ... a happy, healthy baby, enjoying the foods that are right for him.

Wednesday, February 2, 2011

Rumah Sebelah Kena Pecah!!!

Lebih kurang jam 11 tadi, dengar kecoh-kecoh depan rumah. Macam biasa En Suami suruh aku menyibukkan diri jadi pemberita dan papparazi tak bergaji. Aku pulak baru je terlelap lepas tidurkan Muhammad. So sebab malas nak keluar dalam keadaan mamai, aku panjat toilet bowl dan intai je dari toilet tu (sungguh tak senonoh kan!). Bila dengar diorang kata ada orang pecah masuk, aku pun terus la keluar. Makcik Sariah terus beritahu yang rumah sebelah kitorang kena pecah dalam pukul 7 hingga 8 malam tadi.

The best part is, yang aku dapat tahu perompak tu tak sempat curi apa-apa sebab kebetulan Man turun tangga dan ternampak dia kat dalam rumah tu. Ikut cerita Man, si perompak tu tergamam bila nampak Man dan terus lari keluar. Man pun tergamam dan tak buat apa-apa. Tuan rumah tu dah balik Lipis untuk CNY. Kitorang pun tak berapa kenal dia sebab masalah komunikasi, dia tak tahu cakap Bahasa Melayu...

Bila aku recall, aku sampai rumah pukul 715. Then aku gi amik Muhammad selang 2 rumah, masuk rumah betul-betul before Maghrib. Pastu dok panaskan nasi Muhammad, layan Muhammad depan tv pastu kecoh-kecoh kul 11 tadi. Hmm, aku bersyukur yang kitorang tak kena apa-apa atau terserempak dengan si perompak tadi.

So kawan-kawan, cuti panjang ni kita kenalah beringat sikit. Kunci rumah, tingkap dan sebagainya. Beritahu jiran terdekat anda dan jangan lupa tinggalkan nombor yang boleh dihubungi. Kalau boleh, jangan biarkan rumah anda kelihatan tiada penghuni. Pasang timer untuk lampu ke, tv ke...tapi orang kata kalau dah nak kena tu, kena gak kan! Anyway, sebab tu juga kita kena doa dan tawakkal kepada Allah. Amalan yang singkat, tapi banyak maknanya...

Di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua. Happy holiday!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...