I Will Follow You...

Saturday, June 4, 2011

Terima kasih PUSPEL SYABAS!


Lepas aku mengamuk sakan kat PUSPEL SYABAS pagi semalam, barulah water tanker tiba.

Macamana aku tak mengamuk, aku dah mintak bantuan tanker since Khamis 8:37pm, dan pagi Jumaat tu still tak sampai-sampai!

Finally pukul 10:20am barulah kitorang merasa nak jumpa setitik air. ( barulah nak value ayor yer )

Bila driver tanker tu kol dan bagitau dah nak sampai, maka akulah insan pertama yang tercegat nak ambil air. Kat babysitter Lil Muhammad pun aku pesan suruh siap sedia bila tanker sampai.

Alhamdulillah, adalah bekalan air mentah untuk buat mandi dan ke jamban!

p/s: pukul 8 malam barulah bekalan air pulih seperti sediakala selepas gangguan selama 40jam!!!

3 comments:

aza ni said...

mana gambar wet tshirt...hi hi...

tasekM said...

40 jam tu lama tu kan...?




.

Linda said...

gambar wet shirt???
tengah mandi camne nak amik gambar sendiri :)

pergh...40 jam tu terasa seperti 40 hari weh!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...